JAI || BAB 16

Drama Series 96555

Mia masih lagi bersandar di sofa ruang tamu. Termenung jauh sambil jari-jemarinya bermain pada cincin permata yang sudah tersarung pada jari manisnya.

Matanya terpejam apabila teringat perbualan diantara dia dan Khaleef tadi. "Jadi pengakuan kau sebelum ni mahu jadikan aku isteri kau pun...sebab kau nak aku puaskan nafsu kau. Kan? Kau nak sangat aku jadi isteri kau sebab kau dah tak tahu mana nak lepaskan nafsu syahwat kau yang dah membuak-buak tu kan?"

Masih jelas dalam ingatnnya ketika ini.

Dia nampak Khaleef ketawa mengejek setelah mendengarkan persoalan darinya.

"Ya. Betullah tu. Aku dah tak tahan sangat Mia. Aku tak tahu mana nak lepas nafsu aku ni. Aku kan nafsu haiwan. Kau pun dah tolak aku. Aku pun lepaskanlah dekat isteri aku ni. Dia je yang sanggup terima benih aku. Nak buat macam mana kan? Kalau dah bernafsu tak boleh tahan-tahan...nanti mati pucuk pula...siapa yang susah? Kan sayang?"

Lebih sakit hati bila dia nampak macam mana bangganya muka Khaleef meraih tangan kanan Dalisyah dan kucup sambil matanya masih lagi tertumpu kearahnya tanpa rasa serba salah.

Sampainya hati Khaleef mempermainkan perasaannya. Punyalah dia tidak tidur malam terkenangkan rayuan Khaleef ketika memintanya peluang kedua. Katanya tanpa diri aku, dia seakan mahu mati. Tetapi tindakan Khaleef berlama sebaliknya. Elok sahaja aku nampak dia mengucup dahi dan tangan Dalisyah. Biasalah lelaki, kalau sudah kemaruk nak agongkan nafsu. Berlutut ketanah pun dia sanggup.

"Baguslah, nasib aku tak terima kau jadi imam aku. Kalau tak, mungkin setiap tahun kot aku beranak. Tak pun, kena bermadu sebab membuak sangat nafsu kau yang tak tertahan tu kan?"

Masih segar diingatan juga dia pada soalannya sendiri. Dia ketap bibir.

"Tulah, nasib baik juga aku tak jadikan kau makmum aku. Kalau tak, mungkin tiap-tiap kali aku nak tunaikan nafkah batin aku...kau akan tolak. Ha, tak pun. Aku takut je kau tak mampu nak tunjukkan persembahan terbaik kau diatas ranjang. Yalah, kau kan malaikat? Mana pandai skill atas ranjang ni..."

Waktu ini, hati Mia hancur berkecai. Begitu jelek pemikiran Khaleef. Sehingga ke atas ranjang juga dia mahu bahaskan. Lebih terasa sakit ketika Khaleef menunduk kearahnya. Mia nampak dia tersenyum senget. Seolah-olah mengejek dirinya yang seakan tertipu dengan permainan Khaleef. Lelaki tak guna tu nampak bangga sangat dengan perbuatan terkutuknya.

Lepastu, Mia dengar Khaleef sambung berbicara bongkak.

"Pesan aku, jagalah suami kau baik-baik. Puaskan nafsu dia. Takut dia cari lain pula. Hm?" Dia perhati saja ketika Khaleef berdiri tegak semula sambil membawa Dalisyah pergi bersamanya duduk di pertengahan ruangan solat semula. Dia merentap tangannya dari genggaman Malik dan Kasih. "Kau memang too much, Khal! Kau memang kurang ajar!"

Mia menggeleng kepala perlahan. Cuba untuk memadam peristiwa menyakitkan itu dari ingatannya jauh-jauh. Entah kenapa walau Khaleef berulang kali menyakitinya. Sampai sekarang perasaannya ini sukar membenci dan masih melekat dihati. Semakin dia mahu membenci, semakin fikirannya berkata tak mampu. Dia cuba untuk fahami diri sendiri. Dia tahu, Khaleef hanya mempermainkan cintanya. Tetapi hatinya tetap berkeras untuk memperakui cintanya terhadap Khaleef adalah Cinta dengan ketulusan yang sebenar. Sampai saat ini dia tak pernah mengerti dengan dirinya sendiri. Dia cuba untuk memahami kenapa semua harus begini. Kisah mereka sangat membingungkan. Seakan segala sudut hanyalah jalan buntu.

"Adik, menung apa tu. Jom minum kopi dengan abang," sapa Malik dengan membawa secawan kopi panas didalam genggaman. Kemudian, dia letak cawan itu dihadapan Mia.

Sisa air mata yang masih tergantung di hujung tubir itu, dia kesa. "Tak ada apa. Tiba-tiba rasa nak termenung. Abang kenapa tak tidur lagi?" Mia menoleh kearah Malik dengan senyuman hambar.

Malik memandang kearah tangga beberapa saat, kemudiannya dia toleh kearah Mia semula.

"Abang ada kerja nak kena siapkan. Mata ni asyik lelap je kalau duduk depan laptop. Tu yang keluar bilik sekejap minta adik teman abang minum kopi. Suami adik mana?" soal Malik sambil menghirup kopi panas.

Suami? Oh, lupa pula dia sudah sah bergelar sebagai isteri kepada Bahrin. "Ada dekat atas. Tengah mandi," jawab Mia datar. Cawan dihadapannya dia ambil. Hirup perlahan.

"Tak teman suami mandi?" usik Malik dengan tawa kecil. Saja mahu menghiburkan hati adiknya yang nampak tak keruan.

Mia ketawa perlahan. Ada saja idea Malik untuk membuatnya ketawa.

"Dah besarlah. Tak perlu berteman..." jawab Mia sebelum menghirup lagi beberapa cicipan.

Malik sengaja duduk merapat untuk mengusik adiknya.

"Nak tahu rahsia...hubungan baginda Rasulullah selalu bahagia dengan isteri nya?" soal Malik. Panjang saja akalnya. Mia geleng kepala. Tidak tahu pula baginda ada rahsia rumah tangga.

"Abang ada dengar, ustaz Salam bagi ceramah dekat masjid semalam. Rahsia Baginda Rasulullah menghidupkan suasana bahagia didalam rumah tangganya adalah mandi bersama-sama." tambah Malik lagi. Ternaik keatas ke bawah keningnya ketika mahu mengusik Mia.

Pipi Mia sudah kemerahan. Bahang.

"Ish abang ni. Merepek je." Berdecit Mia berselang jelingan maut dia hadiahkan kepada Malik.

"Apa pula main-main? Abang tak tipu. Aisyah pernah menceritakan bahawa: Aku pernah mandi bersama Rasulullah dari satu bekas Dan Baginda mendahuluiku (mengambil air dari bekas tersebut), sehingga aku katakan: Sisakanlah untukku, sisakan untukku. Sedang keduanya dalam keadaan junub. Hem. Dalam Hadis Riwayat Muslim 485 tau. Nampak betapa romantiknya Baginda Rasulullah bersama Isteri dalam keadaan mandi bersama. Adik tak nak cuba?" Malik menyiku manja pinggang Mia yang sudah tidak senang duduk.

Terkebil-kebil Mia dibuatnya. Sejak bila pula si Malik ni pandai berdalil. Boleh lah jadi ustaz Malik suatu hari nanti. "Tak mahu lah..." Mia jegil mata pada Malik yang sedang tersengih kearahnya. Mandi dengan Bahrin? Lambat lagi.

"Alaaaa...tak cuba lagi mana nak tahu...kan?" sengaja dia mahu menaikkan lagi adiknya. Sudah lama dia tidak bergaduh dengan Mia. Rindu pula untuk merasainya sebelum dia mengundur diri dari dunia yang fana ini.

"Eeyy, sejak bila abang pandai menggatal ni?" Mia cubit pinggang Malik. Terkekek dia melihat pinggang Malik yang terliuk lentok sudah macam cacing kepanasan. Manakan tidak, terkena cubitan yang lebih berbisa dari ketam. Segera Mia bangkit dan menapak laju naik ke tingkat atas. Tak mahu lah berlama dengan Malik. Nanti dia usik benda yang merepek lagi.

Sesampai saja didalam bilik, Mia dengar bunyi pancuran air dari dalam tandas. Maksudnya, Bahrin masih belum siap mandi. Fuh. Bolehlah dia berbaring dengan tenang. Sebaik sahaja dia menghenyak tubuh pada permaidani seempuk sutera itu, dia pejam mata.

"Ya. Betullah tu. Aku dah tak tahan sangat Mia. Aku tak tahu mana nak lepas nafsu aku ni. Aku kan nafsu haiwan. Kau pun dah tolak aku." Tak semena-mena air hangat jatuh semula diatas permukaan pipi mulusnya. Terasa dikhianati. Punyalah dia percayakan pengakuan cinta Khaleef terhadapnya mati-mati. Rupanya, dia dipermainkan. Semurah itu nilai cinta mereka? Benci.

Bunyi pancuran air yang tiba-tiba berhenti itu membuatkan hati Mia berdebar-debar. Segera dia raih selimut dan selubung tubuh. Pejam mata serapat-rapatnya. Dia belum bersedia untuk berhadapan dengan Bahrin. Tak selesa. Biarlah dia berpura tidur daripada perlu berbual dengan lelaki itu.

Bahrin menapak keluar dari tandas dengan bertuala sahaja. Separuh tubuh atas nya tertayang. Tenang sahaja hatinya ketika melihat isteri nya yang sudah tertidur lena diatas katil. Penat sangat tu. Perlahan Bahrin menghenyak punggung bersebelahan dengan Mia. Selimut yang menutup wajah Mia, perlahan dia selak. Takut lemas pula.

Terkoyak senyuman Bahrin. Telapak tangan kasarnya membelai lembut kepala isteri nya. "Sayang..." dia bisik perlahan sambil mengucup ubun-ubun rambut Mia. Dia berharap semoga hati isteri nya akan terpaut padanya suatu hari nanti. Kalau bukan sekarang. Insyaallah, tidak lama lagi.

Hati Mia sudah berkocak macam nak pecah. Lebih-lebih lagi ketika dia merasakan bibir Bahrin mengucup ubunnya. Dia sudah boleh terbayang yang suaminya masih lagi hanya bersarungkan tuala. Ah. Bikin gugup saja.

"Sayang tak tidur lagi kan? Hmm?" soal Bahrin dengan senyuman.

Astaga. Semakin menggila jantung ini mengepam gamaknya apabila perbuatannya tertangkap. Tapi tak apa. Dia tetap mahu meneruskan kepuraannya. Alang-alang sudah kantoi berpura tidur. Baik dia teruskan saja. Kalau buka mata nanti, buat malu saja.

Tangan Bahrin menarik lembut bahu Mia kearah dada kekarnya. Kemudian, pinggang Mia dirangkul erat. Memang meremanglah si Mia ni buat nya. Dia rasa dada kekar Bahrin yang sedikit basah. Yalah, baru habis mandi kan.

"Sayang, abang ada nak cakap something ni. Tak nak buka mata ke?" Dia kucup pula kedua belah kelopak mata milik Mia beberapa kali.

"Nak cakap apa?" datar jawapan Mia. Matanya masih lagi tertutup erat.

Senyuman Bahrin semakin melebar selepas mendengar jawapan dari Mia. Mujur isterinya masih lagi mahu menjawab pertanyaannya daripada di pulaukan sahaja bukan?

"Abang ingat, mula bulan depan...abang nak bawa sayang ke bandar. Tinggal di rumah kita. Mahu?" soal Bahrin sedikit teragak-agak. Dia tahu, Mia pasti akan membantah kerana risaukan keadaan Malik tetapi dia terpaksa bertegas. Tempat kerjanya di Kuala Lumpur. Tak mahu lah dia berjauhan dengan isteri semata-mata perlu menjalankan tanggungjawabnya untuk mencari rezeki.

Pindah ke bandar?! Laju saja Mia membuka mata.

"Apa?" soal Mia. Takut-takut tersalah dengar pula.

Bahrin tarik nafas perlahan. Dia belai rambut Mia guna sebelah tangan.

"Abang nak sayang pindah ke rumah abang di KL bulan depan."

Mia angkat wajah untuk memandang tepat ke wajah suaminya sebelum melepaskan beberapa keluhan.

"Kau tahukan Malik tak sihat?" Mia menjarakkan sedikit wajahnya dari wajah Bahrin.

"Tahu, tak akan lah abang tak tahu. Malik kan kawan baik abang. Tapi tempat kerja abang disana. Mahu tak mahu, abang nak sayang pindah ke rumah abang. Faham?" Tegas nadanya. Tidak mahu dia memberi kompromi apa-apa. Dia mahu Mia akur dengan permintaannya. Untuk kebaikan mereka.

Mia geleng laju. Gila ke? Sakit Malik tu dah lah makin teruk. Kalau tiba-tiba Malik pitam siapa pula yang mahu tengokkan? Tak akan mahu biar dia terlantar di sofa sendirian? Mia ubah posisi kepada duduk dan mengeluh lagi.

"Maaf, soal ni aku tak akan setuju. Malik perlukan aku. Kalau apa-apa perkara buruk jadi pada Malik aku orang pertama yang mahu tolong dia." Mia raup wajah.

"Dia dah tak lama lah sayang." Terkejut Mia mendengar jawapan dari Bahrin.

"Kau cakap apa tadi?"

Wajah Bahrin berubah tegang.

"Memang Malik dah tak lama kan? Sayang pun tahu kesihatan Malik memang makin merosot. Kalau kita sumbat ubat banyak mana pun dia akan mati." Selamba Bahrin sambil menjawab sambil silang tangan.

"Jaga mulut kau tu Bahrin."

Bahrin angkat kening kanan. "Tempat seorang isteri di sisi siapa?" soalnya dengan nada tegas. Mia pula sudah tergamam. Mula lah tu, nak guna kuasa veto.

Telapak tangan kasar itu menapak pada dagu Mia. Angkat. "Di sisi abangnya atau di sisi suaminya?" soal Bahrin lagi.

•••

Stereng kereta dihadapannya dia tumbuk kuat. Tak pelik macam mana CCTV di hotel cikai tu boleh rosak. Agaknya, memang semua nya sudah diatur dengan teliti. Khaleef mendengus kegeraman beberapa kali. Jika CCTV rosak, macam mana dia hendak buktikan kepada mereka bahawa dia di fitnah?

Mahu saja dia ceraikan Dalisyah, tapi sudah tentu dia akan diserang oleh keluarganya seolah-olah mahu lari dari tanggungjawabnya. Yang lebih menyakitkan hati, dia sendiri kebingungan sama ada benar atau tidak yang dia sudah menebuk bekas kekasihnya.

Kalau pun betul, itu bukan atas kemahuan nya.

Dia tidak sedar.

Boleh jadi dia diberi ubat peransang dan alcohol supaya dia tidak sedar atas kelakuannya sendiri. Sekarang ini, dia cuma mengharapkan ujian DNA. Andai kata Dalisyah mengandung. Dia perlu menunggu dengan sabar sehingga gadis itu bersalin. Baru lah terbukti bahawa dia di fitnah.

Tapi jika keputusan DNA itu adalah hasil dari benihnya bagaimana?

Ah. Itu lah yang paling dia takut kan. Tak akan dia sanggup ceraikan Dalisyah yang sudah mengandung kan anaknya selama sembilan bulan?

Dia perlu cari bukti yang lain. Yang lebih kokoh. Tak kira walau macam mana pun.

Sesampai di masjid, terasa tenang ketika dahinya bersujud diatas sejadah. Segala beban yang dipikulnya seakan hilang buat seketika. Kalau pun bukan untuk selama-lamanya, cukuplah hanya untuk beberapa ketika. Usai menunaikan solat maghrib berjemaah, tiba-tiba ada seorang ustaz berusia lima puluh an menyapanya.

"Assalamualaikum, anak ni yang..." Belum lagi ustaz itu habis bertanya, Khaleef sudah dapat agak apa yang mahu dia solat sebab ustaz ni juga yang ada di sana sewaktu dia diijab kabulkan bersama Dalisyah pagi tadi disini.

"Waalaikumsalam, iya ustaz." Dia perakui sahaja. Lagipun memang namanya sudah membusuk. Buat apa mahu disorok lagi. Tiara guna. "Saya memang tak mahu berlama disini. Tak layaklah saya..." jawab Khaleef sambil menyambut salam. Ustaz ni, dia memang tidak masuk campur soal 'tangkap basah' Khaleef dan Dalisyah. Ustaz ini cuma tumpang sembahyang di masjid ini. Tapi sempat lah dia saksikan sesi ijab kabul mereka tadi. Biasalah, orang yang sudah berusia. Beribadah dia puluh empat jam di masjid tanpa mengenal erti lelah.

"Jangan dulu, dengarkan ustaz beri ceramah sekejap. Mari..." Tangannya di genggam perlahan menuju dibawa menuju kepada jemaah yang berserban putih. Mungkin jemaah dari para tabligh atau pelahar tahfiz. Lagilah rasa diri ini hina sangat. Tapi tak apa. Dia duduk diam dan ikut kan sahaja kemahuan ustaz tadi yang sudah naik diatas mimbar.

"Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..." Beramai-ramai jemaah didalam masjid menjawab salam dari Ustaz. Ustaz ini berasal dari Indonesia, Jakarta. Tetapi dia sudah lali tinggal disini. Orang masjid juga semua mengenalinya dengan nama panggilan Ustaz Salam kerana tabiatnya yang suka memberi salam kepada setiap jemaah yang berkunjung di masjid untuk menunaikan ibdah fardhu.

"Hadirin yang saya muliakan, pada kesempatan kali ini, mari kita berbicara tentang sebuah sifat mulia yang sangat penting dalam kehidupan kita, yaitu sabar dalam menghadapi fitnah." Khaleef rasa tertampar. Macam tahu-tahu pula ustaz ini tentang apa yang sedang dia hadapi. Pada mulanya, dia fikir bahawa dia tidak mahu berlama mendengarkan ceramah dari ustaz ini tetapi bila tajuk pun dah macam pengubat hati. Dia tetap duduk disitu sahaja.

"Fitnah atau fitnahan merupakan ujian yang tak dapat kita hindari. Namun, dengan kesabaran, kita dapat menghadapinya dengan kokoh dan tegar. Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan perbedaan pendapat, iri hati, dan cobaan. Terkadang, orang-orang yang kita anggap dekat bisa menjadi sumber fitnah bagi kita." Bercakap soal orang terdekat. Terus sahaja wajah Dalisyah yang terpampang dalam fikiran.

"Fitnah bisa berupa rumor, tuduhan palsu, atau penghinaan terhadap kita. Namun, di dalam agama Islam, Allah SWT telah menekankan pentingnya sikap sabar dalam menghadapi fitnah. Dalil Ayat Al-Quran. Allah SWT berfirman dalam Surat Al-A'raf (7:200) ertinya, 'Dan jika kamu ditimpa sesuatu fitnah, maka bertakwalah kamu kepada Allah dengan ketaqwaan yang lebih, niscaya Dia akan memberi (karunia)-Nya kepadamu dengan pertolongan yang jelas.' Dalil Al-Qur'an ini menunjukkan bahwa ketika kita dihadapkan pada situasi fitnah, kita harus meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dan mengandalkan-Nya sepenuhnya," tambah ustaz Salam lagi.

Khaleef mengangkat tangan kanan. "Ustaz, maafkan saya. Saya ingin bertanya. Soalan pertama saya, salah atau tidak jika kita rasa Allah membenci kita setelah memberikan kita ujian(fitnah) sebesar itu? Soalan kedua, Ustaz bagaimana caranya untuk kita bersabar sekiranya difitnah?"

Ustaz Salam angguk kepala perlahan. "Allah tidak pernah membenci hambanya. Allah datang kan ujian kerana Allah sayang. Dia mahu kita mendekati-Nya semula. Allah juga menjanjikan pertolongan yang nyata bagi orang-orang yang bersabar dan bertakwa dalam menghadapi ujian fitnah ini."

"Sabar adalah kunci dalam menghadapi fitnah."

"Untuk jawapan soalan kedua. Dalam situasi ini, kita harus mengendalikan emosi kita, menjaga lidah agar tidak berkata-kata yang merugikan, dan mempercayakan hasilnya kepada Allah. Sabar bukanlah tanda kelemahan, melainkan bukti kekuatan dan keimanan kita sebagai hamba Allah."

"Hadirin yang saya muliakan, Ingatlah bahwa setiap ujian yang kita hadapi adalah kesempatan untuk meningkatkan derajat kita di hadapan Allah SWT. Dengan sabar, kita akan mendapatkan kekuatan untuk menghadapi fitnah dengan kehormatan dan integritas yang tinggi."

"Allah tidak akan menyia-nyiakan kebaikan dan kejujuran kita..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience