"Mia tunggu!"
Mia berpaling ke sisi kanan. Air liurnya ditelan berulangkali berharap akan ada kemanisan, ternyata hanya tetap terasa pahit.
"Khal?"
Langkah kakinya terhenti. Bibir bawahnya diketap. Sudah tiga minggu dia berjaya mengelakkan dirinya daripada bertembung dengan Khaleef tapi hari ini. Kenapa? Kenapa hari ini dia gagal? Kakinya dengan sengaja berhenti melangkah sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil oleh Khaleef.
Langkahnya sasar? Kenapa? Adakah dia memang mahu untuk berhadapan dengan Khaleef? Oh tak akan lah? atau adakah ini dinamakan takdir? Takkan dia mahu harus berdepan dengan Khaleef pula! Tak mungkin!
Rindu? Erm, tak ada jawapan untuk itu. Yang pastinya, di sini. Hati nya. Sakit.
Melihat langkah Khaleef yang semakin mendekat, Mia mula tersedar. Dia perlu mencipta jarak ini. Tanpa berkata apa-apa, Mia meneruskan langkah. Cuba menjauh dari Khaleef. Ya, dia mahu mengundurkan diri. Dia tidak kisah lagi apa tanggapan Khaleef terhadap nya. Tapi yang jelas, dia tidak mahu berhadapan dengan Khaleef lagi.
Khaleef tersentak. Sakit. Hatinya sakit disaat melihat Mia cuba menapak jauh dari nya.
"Mia!" teriak Khaleef. Dia mahu menghentikan langkah Mia tapi nampaknya Mia masih tidak sudi untuk berhadapan dengannya. Sakit. Kenapa hati dia rasa sakit sangat ni? Hatinya sakit saat mulai sedar bahawa keputusan Mia yang ingin mengundurkan diri dari nya. Tapi kenapa? Dia rindukan persahabatan mereka.
Mia dengar. Dia dengar jelas Khaleef sebut namanya. Dia genggam buku lima. Kuatkan kaki untuk terus melangkah.
Biarlah...
Kalau bukan untuk selama-lamanya, biarlah untuk tempoh waktu yang lama. Dia memang sudah memikirkan masak-masak untuk mencipta jarak diantara mereka. Supaya dia dapat menghakis segala rasa sakit dan malu didalam hatinya.
Dia melamar Khaleef? Dia, sebagai seorang perempuan melamar seorang lelaki? Kawan baik dia pula tu!
Andai...andai kata berita memalukan ini tersebar ke pengetahuan kawan-kawan sepejabatnya. Agak-agak muka dia nak letak dimana? Dia tak mahu kehilangan kerja ini semata-mata kisah yang amat memalukan itu tersebar! Kerana itu dia berusaha semaksimum mungkin untuk melarikan diri daripada Khaleef.
Biarlah, hubungan persahabatan mereka putus. Biarlah Khaleef menganggapnya sombong. Sakit? Ya, memang sakit. Mia sanggup mencipta jarak diantara mereka berdua. Dia tidak lagi peduli. Apalagi dia tidak sanggup berhadapan dengan lelaki yang berada di hadapannya ini. Kalaulah lamaran dia diterima, mesti dia mampu berlagak biasa. Tapi yang menjadi masalah bila lamarannya ditolak tanpa sebarang alasan yang kukuh dan yang paling kejamnya tanpa ada sebarang pertimbangan!
Dia boleh bersumpah, sesiapa sahaja yang berada di tempatnya akan rasa benda yang sama. Lari atau kaku seperti tiang elektrik. Yang lebih jelas, dia tidak seberuntung Siti Khadijah iaitu isteri Rasulullah. Sedangkan, Siti Khadijah juga lamarannya diterima Nabi Muhammad SAW. Bukan seperti dia. Malang bukan?
"Mia! Aku kata tunggu!" jerit Khaleef dengan lebih keras. Mia terus sahaja memboloskan diri masuk kedalam bilik air wanita. Lega hanya seketika, wajahnya bertukar kelat saat beberapa pasang mata memandang tajam ke arahnya. Lambat-lambat dia membalas senyuman kepada mereka.
"Kau dengan Khaleef gaduh ke?" soal Najwa kepada Mia dengan senyuman nipis. Keningnya sengaja dijongket beberapa kali kerana mahu menyakat Mia. Sejak bekerja di situ, Najwa sudah tahu betapa rapatnya hubungan Mia dan Khaleef. Mereka berdua tidak ubah seperti isi dan kuku. Tidak boleh berpisah.
Kalau berpisah tu memang macam mimpi lah. Tapi mereka berdua juga bukan sepasang kekasih kerana masing-masing selamba sahaja menepuk tampar dan menonyoh kepala antara satu sama lain. Cakap pun main lepas. Nama panggilan? Lagilah, aku kau je.
Mia berpura gelak. Najwa selalu pecah tembelang, mungkin kerana dia sudah maklum dengan hubungan persahabatan mereka berdua. Tapi, hanya satu yang Najwa tak tahu. Nak tahu apa dia? Tentang lamarannya yang di tolak mentah-mentah oleh Khaleef. Najwa juga tidak tahu yang Mia terpaksa menutunkan harga dirinya melamar Khaleef demi mengelak dari dikahwinkan dengan Bahrin.
Tapi, kalau Khaleef cerita pada Najwa macam mana? Dadanya berdebar semacam. Tergamak sungguh kalau Khaleef sendiri yang menyebarkannya. Sampaikah hati Khaleef ingin membuka aibnya kepada kawan-kawan yang lain? Kalau selama ini Khaleef selalu menyimpan rahsianya, akankah disebabkan itu Khaleef berpaling tadah? Tidak mungkin. Mia raup mukanya perlahan. Senyuman palsu di tadah.
"Kau ni Wa, mana adalah. Aku dengan Khal mana pernah bergaduh. Buang masa aku je. Baik aku melepak daripada bergaduh." nafi Mia dengan tenang. Dia berusaha untuk mempamerkan mukanya yang cukup selamba. Dia tidak mahu kawan-kawan nya membuat pelbagai andaian sehingga cerita mereka terburai.
Mahu bertingkah biasa pada Khaleef? Huh, tidak akan! Dia sungguh-sungguh tidak mampu. Jurang dalam tiba-tiba sahaja rasa dihadapan muka mereka.
Najwa mencebik.
"Kau rasa Mia tipu ke jujur?" Najwa tanya pada Lisya yang sibuk membelek tudung di hadapan cermin tandas.
"Alah, sudah gaharu cendana pula. Dah tahu, kau pergi tanya Mia juga kenapa? Memang dia tak mengakulah jawabnya," sampuk Lisya dengan memek muka comelnya yang sedikit nakal kepada Najwa.
"Aku tak tipulah! Suka hati aja kau ni Sya!" sangkal Mia dengan kegeraman. Nampaknya mereka sudah mula syak akan sesuatu! Ketara sangatkah cara dia melayan Khaleef?
"Eleh, malu nak ngakulah tu!" Lisya balas kembali. Terkekek si Najwa dan Alisya mendengar pengakuan Mia. Sudah pasti mereka dapat syak. Nampak ketara Mia cuba mengelak dari Khaleef.
"Haah Mia, dah lah. Jangan gaduh dengan Khaleef lama-lama, takut nanti orang yang kau gaduh ni lah yang akan jadi husband kau. Tak gitu?" sakat Najwa pula dengan sengihan yang cukup lebar.
Tersungging senyuman Mia.
Suami?
Huh, tidak akan buat lelaki yang bernama Khaleef.
Lelaki itu bukan tercipta untuknya.
Sakit dalam hatinya semakin melarat.
Macam ada pisau yang sedang merobek berjuta kali.
Lebih lebih lagi.
Bila dia teringat riak wajah Khaleef ketika menolak lamarannya.
Pandangan Khaleef ketika itu, pandangan macam dia ini hina sangat.
"Haah weh, masa tu barulah kau tahu macam mana rasanya mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena, demam tak kebah, peluk pula memang tak nak lepas lah jawabnya!" Ketawa Najwa dan Lisya bergema satu tandas. Senang hati mereka dapat mengenakan Mia. Sakit. Bila disakat begitu, semakin sakit rasa hati ni. Sebab dia tahu, Khaleef tidak akan pernah memandangnya sebagai seorang wanita yang harus dia cintai mahupun di nikahi. Mia terus menonong keluar dari tandas.
"Kenapa aku menangis ni?" gumamnya perlahan. Air hangat yang jatuh dari tubir itu, dia seka guna belakang tapak tangan.
Setelah yakin tiada sesiapa yang berjalan disitu, dia menyandarkan tubuhnya pada dinding. Dia tutup mata untuk tenangkan diri. Hatinya sangat sakit terasa seperti ditikam beratus-ratus kali. Rasa sedih dan kecewa dalam hatinya telah menggunung tinggi. Kalaulah apa yang mereka bergurau itu menjadi kenyataan, semestinya dia orang pertama yang menyambut tawa mereka.
"Mia..." Mata yang terpejam rapi di buka perlahan kembali. Pucat tidak berdarah mukanya tika menatap wajah lelaki yang cuba dia hindari. Mia masih santai bersandar pada dinding. Kenapa dia tak boleh lari? Kaki dia macam melekat sendiri. Bodoh? Ya, bodoh sampai dia rasa nak hentuk je kepala dekat dinding ni! Kenapa aku bodoh sangat hari ni?
"Balik dengan aku ya hari ni?" pinta Khaleef dengan senyuman manis. Lesung pipit semanis gula dia hadiahkan kepada Mia.
"Apa?" Dahi Mia terus nerlapis dengan pantas berdiri tegak. Terkedu dengan ketenangan Khaleef. Macam tak ada benda yang berlaku pula gayanya.
"Khaleef boleh berlagak biasa, kenapa aku tidak?" bisik hatinya. Langsung tiada senyuman di bibir Mia. Bibirnya terasa seakan lumpuh tika melihat wajah Khaleef. Entah berapa lama lagi agaknya dia harus bertahan berkelakuan sebegini?
"Kau sakitkah?" soal Khaleef.
"Tak, aku penat tadi. Itu yang sandar kat dinding ni," ucap Mia dengan acuh tak acuh. Biarlah alasan kedengaran bodoh ditelinga Khaleef sekali pun. Dia memang dah dipandang bodoh sejak lamarannya di tolak. Biar dia terus memandangnya bodoh. Dia sudah tidak kisah. Tidak mahu ambil peduli.
"Kau tipu aku ya, Mia Maisarah? Kau nampak lesu ni, kau memang sakit kan?" Dahi Khaleef berkerut. Dia mara mendekati Mia. Wajah pucat Mia dapat dilihat jelas. Kalau tidak mengenangkan apa yang berlaku, pasti laju sahaja jarinya melekat pada dahi Mia.
Memang dia selalu gagal mengawal diri apabila melihat wajah Mia apabila lesu. Gusarnya bukan kepalang. Kalau boleh, dia langsung tidak mahu melihat Mia sakit. Walaupun dengan sekecil-kecil musibah. Dia mahu seratus peratus gadis itu dalam keadaan yang sihat walafiat.
"Aku sihat, Khal. Aku tak tipu."
"Jelas muka kau pucat, Mia." Khaleef masih tidak mahu mengalah walaupun dengar dengan jelas suara Mia yang seakan tidak selesa akan keberadaannya disini. Semua tidak seperti biasa. Tiada senyuman. Tiada gelak tawa. Dia tidak langsung ambil hati kerana dia tahu semua ini adalah punca dari jawapannya sendiri.
Pucat? Pantas dia melarikan wajahnya supaya Khaleef tidak dapat melihatnya. Dia pucat bukan sebab sakit. Tapi kerana gementar. Pucat yang terpeta di wajahnya adalah kerana malu juga. Malu yang bukan kepalang.
"A-aku sihat je. Buat apa aku nak tipu?" gugup Mia menjawabnya. Dadanya terasa hendak pecah. Ikutkan hati mahu sahaja dia berlari sejauh mungkin daripada Khaleef. Mata Khaleef meneliti lama raut wajah Mia. Matanya jelas nampak wajah pucat milik Mia. Gadis itu tidak mungkin dapat menipunya kerana sudah bertahun-tahun mereka bersama. Mustahil perubahan pada wajah Mia, Khaleef tidak dapat mengesannya.
"Aku bawa kau pergi klinik ya?" Mia tersentak. Terpana dengan ajakan Khaleef yang mendadak itu. Sebenarnya, lepas apa yang berlaku dia langsung tidak menduga layanan Khaleef kepadanya masih sama seperti dulu. Mustahil didalam hati lelaki itu langsung tidak bertapak rasa janggal atau canggung? Takkan lah hanya dia seorang sahaja yang merasakan dua perasaan itu?
"Aku kata aku sihat. Aku sihat lah tak perlu risau nak risau bagai nak rak," balas Mia dengan tegas.
"Mia, jangan degil boleh tak? Kau tengah tak sihat, biar aku hantar kau pergi klinik." Khaleef sudah dapat mengesan perubahan dari Mia. Mia bukan lagi gadis yang dia kenal. Gadis yang selalunya suka apabila diambil berat dan suka apabila dapat menemaninya kemana-mana sahaja yang dia hendak pergi. Gadis yang tidak keras kepala dan sentiasa memberikan senyuman. Tapi walau bagaimanapun, dia tetap akan berpeluk tubuh untuk membawa Mia pergi ke klinik.
"Cuba dengar cakap aku..." separuh rayu suara Khaleef tika ini.
Kepala Mia terus menggeleng laju. Dia memang dapat melihat kesungguhan Khaleef yang ingin membantu dirinya yang kononnya sedang sakit. Tetapi yang dia inginkan sekarang adalah berjauhan. Dia hanya ingin berada jauh dari hidup Khaleef. Dia yakin jika Khaleef tiada di samping, warna wajahnya akan berubah kepada yang asal.
"Mia..."
"Sudah, Khal...tolong. Aku sihat sahaja. Aku ada banyak kerja yang nak kena settle. Lagipun aku kena handle mesyuarat sekejap lagi. Aku pergi dulu" ucap Mia setenang yang mungkin bagi menguatkan kata 'sihat' nya itu. Namun hatinya pada waktu ini hanya Allah sahaja yang tahu, retak dan hancur berkecai.
"Mia...tunggu!"
Mia melangkah jauh dan menghilang dari pandangan Khaleef tanpa berpaling.
"Mia Maisarah!" Khaleef menendang dinding kegeraman. Bukan ini yang dia mahu. Dia tidak mahu persabahatan mereka terputus begini sahaja. Dia juga tidak mahu persahabatan mereka menjadi sebuah perkahwinan kerana dirinya masih belum bersedia menjadi seorang suami kepada sahabatnya ini. Dia langsung tidak bermaksud untuk melukakan hatinya Mia.
Kalau readers jadi Mia, readers buat benda yang sama tak? Jom kita buat sesi luahan dekat ruang komen. Huwaaaa
Share this novel