"A-abang?" terketar suara Mia ketika ini. Kenapa Malik tidak sahut panggilannya? Kenapa kepala Malik makin berat di bahunya? Mia tutup mata. Dia mahu toleh kearah Malik tapi dia terlalu takut untuk menerima kenyataan.
Adakah? A-adakah...?
Tak mungkin. Genggaman tangan Malik semakin melonggar. Bukan ini, tolong jangan sekarang Malik...
"A-bang...abang Malik..." sayu suara Mia, berharap panggilannya kali ini bakal disahut oleh Malik tapi. Semua tu hanyalah harapan palsu yang memakan diri.
Mia rasa kepala Malik yang hampir tergelincir ke dadanya. Segera dia tangkap. Dengan air mata yang mencurah, dia meletakkan kepala Malik diatas pangkuannya. Makin sebak bila nampak kelopak mata Malik sudah tertutup rapi.
Ini...
Adakah ini masanya?
"Abang..." Mia letak kedua belah tangan kepipi Malik. Sejuk sangat. Muka Malik tampak sangat pucat. Warna bibirnya juga sudah bertukar kepada ungu.
Menggigil tangan Mia ketika telapak tangannya mahu memegang nadi Malik. Dia takut jika inilah perpisahan mereka. Perlahan dua jarinya di letak pada tepi leher Malik.
Dia rasa!
Mata Mia terbeliak.
"Abang!"
Mia terus peluk tubuh Malik yang lemah itu. Dia peluk erat. Sangat erat dan kemas didalam dakapannya.
"Alhamdulillah! Ya Allah..." gumam Mia sendiri sambil menahan tangisannya dari teresak-esak. Mujur, Tuhan masih memberi Malik kesempatan. Nadi dia masih berdegup cuma lemah.
"Abang kena kuat! Adik akan bawa abang ke hospital segera." Mia alih kepala Malik diatas sofa.
Dia tak boleh bawa Malik ke hospital sendiri sebab dia hanya punya lesen motor. Segera dia raih beg tangannya. Dia selongkah dalamnya. Raih telefon. Terus dia cari nama Khaleef. Selalunya kalau ke hospital, Khaleef yang akan bantu. Dia kan punya kereta.
Tiba-tiba tangannya terhenti.
Tak. Tak boleh. Dia tak patut minta bantuan dari Khaleef lagi. Dia tak mahu nampak terdesak atau masih berpaut untuk pertolongan Khaleef. Tidak akan setelah apa yang terjadi diantara mereka berdua.
Dia cari nama Bahrin.
"Tolonglah angkat..." Mia ketap bibir saat mendail nombor Bahrin. Rambut Malik diusap perlahan.
Harap maaf nombor yang anda dail.
"Tak guna."
Terus dia matikan panggilan.
Kalau dia call ambulans sah sah mereka datang lambat. Mia fikir dua tiga kali. Nama Khaleef dia tekan.
"Assalamualaikum, kenapa call?"
Terkejut Mia dibuatnya. Tak sampai berapa saat Khaleef terus jawab panggilan. Berdebar-debar bila suara Khaleef menerpa rongga telinganya. Suara yang selalu dia rindukan.
Rindu?
Tidak. Bukan rindu.
Yang jelas tawar hati. Khaleef saja harapannya untuk membantu Malik ke hospital.
"Waalaikumsalam. Sibuk ke?" lagi sekali dia terpaksa buat muka tembok. Sudahlah dia buat endah tak endah pada Khaleef sebelum ini, sekarang bila dah susah Khaleef juga yang dia cari.
Lama sedikit, baru Khaleef respon.
"Tengah duduk depan laptop je ni. Tak buat apa pun. Kenapa Mia?" soalnya.
Mia ketap bibir. Matanya melirik pada Malik. Kalau dia tak minta bantuan Khaleef, dia mahu minta bantuan siapa lagi?
"Aku..."
"Mia?"
"Aku nak minta tolong."
"Kau nak aku kesana? Kau nak minta aku tolong apa?" teruja suara Khaleef di hujung panggilan. Mungkin sebab sudah lama Mia tidak bertegur sapa dengannya. Itu yang keterujaannya tidak dapat disembunyikan lagi.
Mia berdehem perlahan.
"Hantarkan abang Malik ke hospital. Abang pengsan." jawab Mia dengan gugup. Pandangannya jatuh pada wajah pucat Malik yang sudah terbaring diatas sofa itu.
"Malik pengsan?! Kau tunggu! Aku kesana segera!" resah suara Khaleef ketika ini. Dia juga sudah menganggap Malik seperti abang kandungnya sendiri. Susah hatinya setelah mendengar berita begini.
"Khaleef..."
"Kejap."
Mia berkerut. Dengar suara Kasih dan suara Puan Karimah dibalik panggilan yang agak kelam kabut.
"Khal, dengar tak?"
"Ya, aku dengar. Kasih dengan ibu tengah bersiap. Diorang kata diorang nak ikut."
Mia cuma angguk sahaja.
"Sekarang ni Mia, kau letak bantal bawah kaki Malik. Biar darah mengalir ke kepala. Lepastu, sementara tunggu kami sampai. Kau basahkan kain lap, lepastu kau sapu dekat muka dengan tangan Malik," arah Khaleef.
"Okay. Aku tutup dulu panggilan."
Mia tutup panggilan. Segera dia masuk kedalam bilik Malik. Dua buah bantal yang tersusun rapi diatas katil itu dia ambil. Berlari anak dia ke ruang tamu semula.
"Abang Malik kena kuat," gumam Mia sambil mengangkat kedua belah kaki Malik keatas. Berat jugalah. Dia kemudiannya letak dua buah bantal dekat bawah kaki Malik macam yang Khaleef suruh tadi.
Lepastu, Mia berlari anak ke dapur. Ambil sapu tangan yang tergantung di ampaian belakang rumah. Basahkan. Pergi ke ruang tamu semula. Buka butang baju Malik. Lepastu dia lap perlahan muka, tangan, dada dan kaki Malik yang semakin memucat.
"Tolonglah kenapa abang Malik pucat sangat ni? Abang buat adik takut. Bangun, ya? Bangunlah abang..." gumam Mia lagi. Air matanya menitis ke atas dada Malik.
"Abang janji nak ada dengan adik..."
"Abang janji nak tengok adik naik pelamin..."
"Abang janji nak jadi wali adik..."
Mia semakin teresak-esak.
"Kenapa sejuk sangat ni abang? Abang tak pernah pucat sampai macam ni..." tersedu. Sampai terenjut bahu Mia tahan tangisannya. Dia tak dapat nak berhenti dari fikir kearah itu. Dia hanya rasa bahawa Malik tidak akan lama. Kata hatinya. Dia tak dapat untuk lari dari mendengar kata hatinya.
Tok! Tok! Tok!
Tersentak tubuh Mia setelah mendengar ketukan pada pintu rumah.
"Assalamualaikum, Mia!"
Mia segera mengesat air mata. Selepas itu, Mia berlari anak membuka daun pintu. Tergamam bila nampak Khaleef depan mata. Mata dia juga sembap. Sama macam mata Mia. Riak wajah sangat risau dan nampak serabut. Sejujurnya Mia masih tidak selesa kerana teringat pergaduhan 2 minggu yang lepas.
"Malik masih bernafas kan?" soal Khaleef dengan gugup.
Segera Mia angguk kepala.
Nampak Khaleef melepaskan nafas lega. Dada yang berombak tadi terus berubah normal semula.
"Izinkan aku masuk, Mia. Aku akan bantu Malik."
Mia ketepi sedikit. Memberi ruang kepada Khaleef untuk masuk kedalam.
"Khal, aku nak kau jelas. Aku terpaksa minta tolong kau pun sebab Bahrin tak jawab panggilan aku. Bukan sebab aku betul-betul perlukan kau." dingin nadanya.
Langkah Khaleef terhenti. Sakit. Rasa hati dia macam dirobek sembilu. Tapi dia tidak mahu selfish. Dia perlu bantu Malik walau terpaksa menahan kesakitan pada hatinya sekalipun.
"Kau jangan risau lah, aku tahu." Laju kaki Khaleef menapak masuk. Terasa? Memang. Tapi dia tak akan marah. Dia fikir sekarang ni hanya mahu bantu Malik. Langkahnya berterabur masuk semasa menuju ke sofa tempat dimana tubuh lemah Malik terlantar disitu.
"Allah..."
Terkedu bila nampak tubuh pucat Malik. Khaleef lipat lengan baju sampai kesiku. Mia hanya berdiri disebelah Khaleef.
"Ketepi Mia, biar aku angkat Malik."
Mia beralih ketepi. Dia perhati ketika Khaleef mengangkat tubuh Malik kedalam dakapannya. Lepastu, Khaleef membawa Malik keluar dari rumah.
"Hati-hati along. Jatuh abang Malik tu nanti." pesan Kasih yang sudah bersedia membukakan pintu kereta. Mia tertunduk perlahan. Malu mahu berhadapan dengan Kasih dan ibu Khaleef. Sudah lama dia tak melawat mereka. Pasti mereka berdua terasa hati dengannya.
Khaleef membaringkan tubuh Malik di kerusi belakang.
"Masuk Mia," arah Khaleef ketika melihat Mia yang masih terkaku di depan pintu rumah. Kasih hanya diam. Nampak pandangan Kasih pada Mia. Pandangan rindu. Tapi dia tidak mahu menegur Mia, masih terasa hati.
Teragak-agak Mia masuk kedalam perut kereta. Bersebelahan dengan Kasih. Khaleef pula duduk di tempat pemandu. Sebelah Khaleef pula, puan Kamariah iaitu ibu Khaleef.
Kereta dipandu cepat.
"Mia..."
Terdongak wajahnya setelah namanya dipanggil oleh ibu.
"Ya, ibu?"
Diam. Lama juga puan Kamariah diam.
"Lama tak jenguk kami?"
Mia telan liur. Nak cakap apa ni? Mia nampak anak mata Khaleef memerhatinya dari cermin kereta yang tergantung di tengah.
"Banyak kerja ibu, minggu depan insyaallah Mia datang jenguk," jawabnya gugup.
Kasih tiba-tiba raih tangannya.
"Akak Mia dah janji nak sambut hari jadi Kasih dua minggu lepas. Kenapa kak Mia mungkir janji? Kasih tunggu Kak Mia malam tu..." kata Kasih sambil memandang Mia sayu. Mia keluh perlahan. Bukan dia tidak mahu datang. Bukan dia sengaja mahu mungkir janji. Tapi dia mahu menjauh dari Khaleef buat masa yang lama.
"Maafkan akak Kasih, akak memang banyak kerja. Tapi Kasih dah terima kan hadiah dari akak?" soal Mia sambil genggam erat tangan Kasih. Umur Kasih sekarang 20 tahun. Tapi manjanya tertayang bila berhadapan dengan Mia. Dia sangat selesa dengan Mia. Kehadiran Mia buat dia makin sayang. Lagipun sejak kecil Mia dan Khaleef bersahabat. Pasti sahaja Kasih sudah terbiasa dan selesa dengan kehadiran Mia. Sayang.
Kasih lagipun tiada kakak. Mujur ada Mia dalam hidupnya. Bolehlah dia rasa kasih sayang seorang kakak walaupun bukan sedarah.
Dia siap bagi amaran pada Khaleef. Dia hanya akan terima Mia sebagai kakak iparnya. Dia tak mahu yang lain. Sebab Kasih jenis yang tak terbiasa nak terima orang baru.
"Dah, hadiah tu dah sampai. Tapi tak sama tanpa akak..." rungut Kasih. Dia peluknya tubuh Mia. Mula-mula, Mia terkedu. Tapi dia raih pelukan Kasih.
"Tahun depan, akak buat majlis besar-besaran untuk hari jadi Kasih. Akak janji," kata Mia. Dia toleh kebelakang. Nampak Malik masih lagi tidak sedarkan diri. Mia keluh lagi. Hatinya semakin tak keruan bila kenangkan sakit Malik.
•••
Tit...tit...tit...
Bunyi monitor kedengaran bergema satu wad. Sunyi. Syahdu. Ditambah pula dengan esakan Mia. Tangan runcing Mia menggenggam erat tangan sejuk milik Malik.
"Adik...janganlah sedih..."
Mia toleh pandangan kearah Malik. Pucat sangat wajah dia. Makin buat Mia rasa sebak. Kasih, Khaleef dan puan Kamariah menunggu diluar untuk memberi Mia ruang.
"Abang, kenapa doktor kata. Abang dah lama berhenti ambil ubat? Betul ke apa yang adik dengar?" soal Mia. Menitik lagi air mata diatas dada Malik. Dengan hingus yang hampir meleleh. Tsk. Tsk. Tsk. Jelas esakannya kini.
Doktor kata, keadaan Malik makin teruk sebab Malik dah berhenti makan ubat. Kenapa? Kenapa Malik buat macam tu? Malik memang dah tak sabar nak tinggal Mia ke? Kalau mampu Mia ungkap pertanyaan itu, pasti Malik akan terasa hati. Mia ketap bibir bawahnya untuk mengurangkan bunyi sedunya.
Malik tersenyum nipis. Sakit. Sakit sangat bila nampak Malik senyum dengan bibir pucat tu.
"Abang memang dah tak lama, ubat tu pun dah tak mujarab dik. Makan banyak macam mana pun, sakit tetap abang rasa," jawab Malik.
Mia geleng kepala.
"Apa pun abang kena ikhtiar. Ni nasib baik doktor kata abang dah stabil semula. Kalau abang pergi terus macam mana? Ha? Abang memang nak tinggalkan adik ke? Macam tu?" dia tegaskan nadanya. Dia sungguh takut kehilangan Malik. Mia peluk Malik erat.
"Malik dah tak sayang Mia? Abang dah tak sabar nak tinggalkan adik abang ni seorang diri disini? Sebab tu abang berhenti makan ubat?" akhirnya terhambur juga persoalan yang bersarang dihati. Malik masih lagi senyum.
"Bukan begitu..."
"Habis kalau bukan begitu, kenapa abang buat macam tu?"
"Sebab abang dah lelah...sakit...abang dah tak kuat nak hadap rasa sakit ni, adik. Biarlah, abang pergi lebih awal..." jawab Malik lagi. Mia geleng kepala dan menangis.
"No..."
"Jangan cakap macam tu..."
"Abang kena kuat demi Mia..."
"Please..."
"Abang kata abang nak tengok adik naik pelamin...abang kata abang nak jadi wali adik...ini apa abang? Abang hanya buktikan yang abang mahu pulang...abang tak buktikan pada adik yang abang bersungguh untuk tetap disisi adik..." teresak-esak Mia meluah pada Malik.
Malik kesat air mata Mia guna ibu jari.
"Sampai masanya, abang akan mengalah. Abang mengalah, bukan kerana abang mahu tinggalkan adik. Abang cuma mengalah kerana sakit. Benarkan abang pulang? Ya?" soal Malik. Tersentak hati Mia dibuatnya.
"No! Abang tak boleh pulang lagi! Mia tak reda!" Mia mengeratkan lagi pelukan.
Giliran Malik pula menangisi.
"Adik buat abang makin susah hati untuk pulang..."
Mia teresak-esak.
"Kalau begitu susah hatilah...biar abang lebih sukar untuk pulang. Adik akan berusaha tahan abang dari pulang. Sekarang ni, adik nak abang makan ubat." Mia ambil segelas air kosong dan beberapa biji ubat pill. Lepastu dia pandang Malik.
"Makan ya?"
Malik geleng perlahan.
"Abang tak mahu..."
Mia genggam tangan Malik kuat.
"Tolong. Demi adik."
Malik akhirnya buka mulut perlahan. Mia senyum lega. Kemudian, dia bantu masukkan ubat dalam mulut Malik. Mia bantu tegukkan air kosong buat Malik juga.
"Dah?"
Malik angguk kepala. Mia pun letak semula cawan kosong atas meja.
"Abang nak tidur...abang penat..." Adu Malik yang masih tersandar disana. Mia tak tahu kenapa. Hatinya sebak.
"Abang nak tidur?" soal Mia untuk kepastian. Tidur apa? Tidur yang sementara atau tidur selamanya? Mia tak boleh berfikir betul lagi.
Malik angguk kepala.
"Abang mengantuk...penat sikit..." adunya lagi. Mia bantu turunkan katil pada kejadian asal semula. Lepastu, Mia betulkan selimut supaya tubuh Malik betul-betul tertutup. Mia tak mahu Malik rasa sejuk.
"Abang..." panggil Mia perlahan.
Malik sudah tertidur lena. Mujur. Mujur hanya tertidur.
"Tidurlah abang..." Mia ambil keputusan untuk membiarkan Malik rehat sendiri disini. Mia tak mahu ganggu.
Dia perlahan kuak daun pintu wad.
Terkedu.
Khaleef ada dekat depan mata.
Alhamdulillah, Malik baik-baik sahaja ^~^
Share this novel