JAI || BAB 11

Drama Series 96555

Khaleef akhirnya berjaya berdiri dengan kekuatannya dihadapan Mia dan Bahrin.

"Tak silap saya, awak ni kawan baik Mia kan? Kita ada terserempak beberapa kali dekat rumah Mia dulu." sapa Bahrin dengan ramah. Dia hulur tangan untuk berjabat.

Sejujurnya, dia gugup berhadapan dengan Khaleef. Rasa tercabar. Dia pernah melihat Mia dan Khaleef bertempuk tampar, bergelak tawa. Mia nampak bahagia sangat dengan lelaki dihadapannya tika ini.

Dia?

Berbual mesra?

Langsung tidak pernah.

Ini pun baru pertama kali mereka berbual.

Kalau sebelum ini, Bahrin hanya berkesempatan melihat Mia dari kejauhan ketika dia pergi bertemu dengan Malik dirumah Malik.

"Ya. Aku Khaleef. Kawan baik Mia." Kelat wajah haleef sambut huluran. Sedaya upaya menayang senyuman yang tawar tidak bergula. Ada beberapa kali dia memandang kearah Mia yang khusyuk tunduk menekur lantai. Dia tahu Mia tidak sudi memandang wajahnya sekarang. Sungguh dia sakit dengan sikap Mia kebelakangan ini.

Adakah kerana penolakannya? Huh. Sudah semestinya, Khaleef sudah tahu jawapannya. Manakan dirinya saja yang sukar untuk memperakui berbanding hati.

"Oh, betullah awak ni kawan baik Mia. Saya banyak kali nampak awak lepak dengan Mia dekat pondok depan rumah Malik. Kita pun ada jumpa beberapa kali disana. Saya Bahrin. Bakal tunang Mia." senyuman manis Bahrin lemparkan kepada Khaleef.

Bakal tunang. Perkataan itu betul-betul menyentak hati Khaleef. Jika dia betul tidak cintakan Mia. Jadi, mahu apa hatinya?

Khaleef hanya angguk kepala sebagai jawapan.

"Oh...kau...kawan baik Malik yang selalu lepak dengan Malik kan?" soal Khaleef semula.

"Iya. Saya kawan baik Malik. Saya dah lama berkenan dengan adik Malik ni...tak sangka pula Malik bersetuju satukan saya dengan Mia. Dua minggu lagi majlis pertunangan kami. Jadi saya dengan Mia nak cari baju tunang disini. Kan sayang?" soal Bahrin sambil melirik kearah Mia.

Sayang?

Pantas Khaleef toleh kearah Mia. Sepantas itukah hubungan Mia dengan Bahrin menjadi istimewa? Bukankah Mia tidak punya hati dengan Bahrin. Tapi ini? Bersayang? Ini apa Mia? Khaleef ketap bibir. Mahu saja dia hemburkan persoalan yang terpeta dihati. Tapi dia tak mahu tersalah kata.

Sayang lagi? Mia malu. Dia rasa mahu menangis dan berteriak ketika Bahrin memanggilnya sayang di hadapan Khaleef. Pasti Khaleef berfikir bahawa dia perempuan yang mudah menyerahkan diri kepada lelaki asing.

Khaleef rasa seakan mahu marah dan mahu termuntah. Sungguh dia tidak suka dengan panggilan yang Bahrin titipkan buat Mia. Naik meluat bila dia lihat Bahrin mahu menunjuk-nunjuk betapa rapatnya dan istimewanya hubungan dia dan Mia dihadapannya.

Tapi siapa pula dia untuk memberhentikan Bahrin daripada memanggil Mia sayang? Dia hanya bekas kawan Mia.

Cemburu? Tidak! Tidak. Kenapa pula dia perlu cemburu dengan sesuatu yang tiada kaitan dengan perasaannya.

Tapi...

Benarkah Mia tiada kaitan?

Kalau betul bukan cemburu. Sekarang ini apa? Rasa sakit yang berputik didalam hatinya ini apa? Kenapa rasa sakit ini perlu muncul? Benar-benar cemburukah dia terhadap Mia? Tidak! Tidak mungkin! Tapi dia tetap tidak peduli. Dia memang tak sedap telinga dengar Bahrin memanggil Mia dengan panggilan itu.

"Buat apa dekat sini?" soal Bahrin.

"Sebab Malik." Khaleef ketap bibir. Maaf Malik. Aku terpaksa guna nama kau. Aku tak boleh nak tahan diri sendiri. Aku tak boleh nak duduk diam bila tahu Mia dan Bahrin ada di dalam butik ini berduaan.

Mia angkat wajah.

Malik? Kenapa dengan Malik?

"Malik minta aku tengok-tengokkan Mia." jawab Khaleef dengan tenang. Dia tak mahu tertangkap dengan kegugupan.

"I see..." jawab Bahrin sedikit janggal. Kenapa Malik perlu meminta tolong Khaleef untuk pantau Mia. Dia tak percayakan aku sepenuhnya ke? Bahrin pandang Mia seketika.

"Dah jumpa baju pengantin yang sesuai ke Mia?" sedaya upaya Khaleef memancing bibir Mia untuk berbual dengannya. Sejak tadi Mia hanya tertunduk dan berdiam diri.

"Belum lagi. Mia tunggu saya habis cari baju Melayu dulu. Baru nanti kami tengok baju pengantin perempuan. Kan sayang?" soal Bahrin lagi sambil tersenyum manis ke arah Mia.

Khaleef genggam buku lima yang masih tetap disisi. Dia bertanya kerana mahu Mia membuka bicara. Dia rindu mahu mendengar suara Mia kerana gadis itu semakin berat mulut. Tapi hati Khaleef  kepanasan kerana keramahan Bahrin. Bukannya Mia itu bisu sampai tak mampu nak jawab soalannya dengan mulutnya sendiri.

"Lama lagi ke Mia?" soal Khaleef lagi. Tidak mahu dia mengalah untuk membuat Mia membuka bicara. Jelas gadis itu tidak selesa. Sekejap tilik kasut sendiri. Sekejap toleh kearah kanan. Sekejap toleh kearah kiri.

Adakah Mia sedang tidak selesa dengan kehadiran Bahrin?

Atau adakah Mia sedang tidak selesa dengan kehadirannya?

"Kami lama lagi ni. Baju pengantin perempuan bukan mudah nak jumpa yang kena dengan cita rasa." Bahrin jawab lagi. Sakit hati Khaleef tambah berlipat kali ganda. Ikutkan hati, mahu saja dia angkat tubuh dan seret Mia menjauh dari Bahrin yang kaki sibuk ini. Bahrin ini memang tampak menyebalkan dengan keramahan dan senyuman acah manisnya di bibir.

Mia pula diam saja. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Khaleef kerana semuanya telah percuma dijawabkan oleh Bahrin. Tapi bagus juga. Mia tiada mood untuk buka mulut. Dia memang mahu elak dari berbicara dengan Khaleef.

"Kalau macam tu aku tunggu." jawab Khaleef bersahaja. Dia masih simpan kedua belah tangan dalam poket.

Mia sebal.

"Balik je. Aku lambat lagi. Nak tunangkan? Mestilah kena cari baju yang paling cantik untuk dipakai pada hari istimewa." Akhirnya Mia membuka mulut. Tapi jujur. Perkataan yang keluar dari bibir Mia hanya menambah kesakitan dalam hati Khaleef.

"Haah. Awak baliklah dulu. Saya boleh hantarkan Mia pulang. Lagipun sekejap lagi saya nak bawa Mia minum dekat warung berdekatan." jawab Bahrin pula.

Khaleef akur.

Kalau Mia tidak mahu kenapa pula dia perlu memaksa?

"Kalau macam tu..."

"Takpun kita ajak Khaleef minum dengan kita sekali. Nak tak sayang?" soal Bahrin kepada Mia.

"Ha?" Mia toleh kearah Bahrin. Ajak Khaleef? Buat apa? Untuk apa Mia bersetuju? Buat tambah beban sahaja nanti. Cukuplah dia perlu berhadapan dengan Bahrin yang sudah membebankan ini. Tak perlu di tambah lagi satu beban.

Sakit hati Khaleef makin bertambah bila dengar Bahrin panggil Mia dengan panggilan sayang. Nak nak pula bila nampak muka Mia yang tarik muka lepas dengar pelawaan Bahrin untuk membawa dirinya sekali.

"Tak apalah. Aku pun ada hal nak kena urus." Dalam hatinya dia berharap sangat Mia akan menahannya daripada pergi. Dia betul-betul mahu pergi bersama mereka berdua. Dia tak sanggup untuk membiarkan Mia dan Bahrin minum bersama-sama di warung. Kalau Bahrin pegang Mia macam mana? Kalau itu? Kalau ini? Ah, macam nak tercabut sudah otak ni.

Tahanlah Mia, tahanlah aku, tolong tahan aku daripada pergi. Hati Khaleef merayu dan berharap.

"Tak ada rezeki lah saya nak berkenalan dengan Khaleef lebih dalam kan sayang?" soal Bahrin.

"Tak apalah, lain kali kita boleh makan sekali." tambah Bahrin lagi tapi kali ini dia toleh kearah Khaleef.

Hati Khaleef pecah berderai dengan kata-kata Bahrin. Suram wajahnya ketika melihat Mia yang sejak tadi bungkam. Diam. Sudah benci benarkah Mia kepada dirinya sehingga tidak sudi berbicara dengannya lagi?

"Kalau macam tu aku minta diri dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Khaleef jeda. Salamnya juga hanya Bahrin yang balas. Mia tidak sudi jawab salamnya lagi. Harus apa dia bertahan? Khaleef melangkah jauh dari situ membawa hatinya yang membengkak.

•••

Khaleef tersedar dari lena. Tubuhnya masih terbaring lemah diatas katil. Tak tahu mana daya. Tak tahu mana kekuatannya untuk bangkit dari sini.

Sedar sahaja dari lena bukan dirinya yang dia fikirkan. Tapi Mia. Hatinya bergolak hebat. Bukan baru hari ini hatinya tidak menentu, tapi sejak dia menolak lamaran Mia tanpa berfikir panjang sebulan setengah yang lalu.

Bagi Khaleef, buat apa dia perlu berfikir panjang?

Sudah terang lagi bersuluh keputusannya tepat. Mereka berdua hanya kawan baik. Memang tidak serasi untuk bergelar suami isteri. Jadi suami kepada Mia Maisarah? Sungguh dia tak pernah terfikir untuk menjadikan Mia suri hatinya.

Tapi kalau keputusannya tepat kenapa hatinya jadi tidak keruan?

Aneh sekali, setelah melihat Mia bersama Bahrin pagi tadi hatinya seakan ditikam berkali-kali. Rasa seperti dikhianati. Tapi untuk apa hatinya rasa sedemikian? Mia bukan kekasihnya untuk dia layak rasa begitu.

Dia tahu dia pentingkan diri sendiri. Dia tidak bersedia Mia menjadi isterinya. Tetapi dia tidak sanggup melihat Mia menjadi isteri kepada Bahrin mahupun lelaki lain.

Adakah Mia sudah punya perasaan buat Bahrin?

Adakah perasaan Mia terhadapnya sudah pudar?

Sudah dibuang jauh-jauh ke perasaan itu dari hatinya?

Adakah Mia sudah membuang perasaan cinta terhadap dirinya?

Khaleef telan liur berkali-kali. Terasa payah. Keluhannya muntah buat kesekian kalinya. Ada apa dengan hatinya ini?!

Dia naik muak untuk memahami perasaannya sendiri. Dia sudah tidak mahu memikirkan tentang Mia. Tapi benaknya tetap memikirkan tentang Mia tanpa disuruh.

Sumpah.

Dia tak boleh paksa diri untuk lupakan gadis itu.

Air mata Khaleef sudah tak dapat dibendung lagi. Kenapa sakit sangat ni. Khaleef mengetuk dadanya berulang kali. Sakit. Ya, disitu. Tepat dalam hatinya. Dia tak rela melihat Mia bersama lelaki lain. Tetapi dia juga tidak bersedia menjadikan Mia sebagai isteri.

Gila!!!

Memang gila!!!

Mahu apa hatinya ini kalau bukan CINTA?!!!

Sudah gila dirinya dikerjakan oleh gadis itu. Dia sungguh tak mahu melihat gadis itu berjauhan darinya. Jadi jika Malik pergi, siapa yang akan jaga gadis itu?

Aku! Biar aku jaga! Cepat hatinya menjawab bicara. Rasa mahu saja tampar pipinya sendiri. Kelat wajahnya setelah mendengar dari kata hatinya sendiri. Peluh jantannya menitik jatuh pada baju. Rasa gementar cepat sangat mengambil alih di sudut hatinya.

Tapi kenapa aku?

Aku sudah tolak lamaran Mia.

Aku sendiri yang tolak.

Tanpa berfikir panjang.

BODOH. EGO.

Itu perkataan yang layak buat dirinya sendiri. Sekarang dia mula rasa kesal. Sempatkah dia pembetulkan keadaan? Masih ada peluangkah untuk mereka bersama? Mahukah Mia terimanya semula?

Jelas aku sudah meludahnya.

Dan kini aku mahu menjilat ludahku semula?

Khaleef sudah tidak mahu peduli apa tanggapan Mia terhadapnya. Segera dia capai telefon. Pantas dia mencari nama Mia dalam senarai nombor telefonnya. Bersungguh-sungguh dia menekan diselang rintik peluh. Sekali dia tekan nombor Mia tiada balasan. Dua kali. Tiga. Lima. Sepuluh. Hampir melecet jarinya menekan nombor Mia tapi tetap tiada jawapan dari panggilannya.

Seronok sangat ke keluar dengan Bahrin sampai panggilan aku dia tidak sudi jawab? Tidak dengarkah gadis itu terhadap panggilannya? Mungkin gadis itu masih belum pulang.

Belum pulang?!

Laju matanya meniti jam yang tergantung di dinding bilik tidurnya. Sudah capai pukul 9 malam. Resahnya semakin menjadi-jadi. Kali ini bukan setakat menjadi-jadi tetapi sudah menggila.

Dia menekan nombor Mia sekali lagi dengan harapannya gadis itu menyahut panggilan telefonnya.

"Hem." Mata Khaleef terbuntang luas sebaik sahaja mendengar suara Mia. Rasa mahu menangis sahaja setelah panggilan kali ke dua puluhnya baru terjawab.

"Mia..." Mata Khaleef tertutup rapat. Nafas lega di hela kuat. Rasa lega bermukim dihati setelah kerinduan pada Mia sedikit terubat walau hanya dapat mendengar suara datar itu.

Sudah jatuh cintakah dia terhadap Mia? Ya! Sudah pasti dan tak dapat diragui lagi!

Hatinya benar-benar hening dan lega setelah mendengar suara gadis itu bertapa didalam rongga telinga. Dia sudah benar-benar jatuh pada kawan baiknya sendiri!

Tuhan...

inikah balasanku kerana menyakiti hati Mia?

Jika ini balasannya...

Aku tidak kuat...

Gadis itu bakal menjadi milik lelaki lain.

"Mia..." masih tiada lagi balasan. Hanya bunyi degupan jantungnya yang laju menerpa gegendang telinga. Berdebar menunggu jawapan.

"Kau dah balik? Kau dekat mana sekarang ni Mia?" soal Khaleef. Benar-benar kedengaran terdesak. Dia tahu dia tidak sepatutnya ambil tahu tentang Mia kerana mereka berdua sudah putus kawan. Tapi. Dia tidak dapat menahan diri. Hatinya sakit dengan jarak yang tercipta. Hatinya benar-benar gila.

"Kenapa tanya?" tidak mesra. Mendatar lagi suara Mia.

"Jawab aku Mia. Kau dekat mana sekarang ni?" soal Khaleef.

"Kenapa kau sibuk sangat nak tahu aku dekat mana ni?"

Geram. Kepalanya geleng beberapa kali menahan sakit hati apabila soalannya dibalas dengan soalan oleh Mia. Tidak fahamkan betapa risaunya dia terhadap Mia? Tidak jelaskah kerisauan yang telah bertapak dihati Khaleef sekarang ini? Dalam diam Khaleef makin tidak terubat.

"Sejak bila aku tak boleh tahu kau dekat mana?" soal Khaleef lagi. Dia genggam selimut yang sedang memeluk tubuhnya.

"Sejak kita putus kawan." selamba Mia jawab.

Putus kawan? Macam tu je? Mia tak rasa ke betapa sakitnya keputusan yang Mia buat ini? Khaleef tahan diri dari menumbuk dinding.

"Kalau tak ada benda penting nak cakap aku tutup panggilan dulu. Aku penat baru balik." Masih dengan nada yang sama. Langsung tidak menunjukkan sebarang emosi yang sama dengan emosi yang sedang menghentam diri Khaleef.

"Penat? Kau buat apa dengan Bahrin sampai penat macam ni?" Khaleef ketap bibir. Matanya dipejam rapat. Dia sudah terlepas kata. Keraguannya jelas mengambil tempat dihati. Pastinya pertanyaannya tadi menggores hati Mia.

Cemburu?

Ya! Kali ini dia PERAKUI.

Dia memang CEMBURU!

"Melampau kau ni Khal!" tempik Mia. Terpaksa Khaleef menjauhkan sedikit telefon dari telinga. Sudah dapat dia tebak. Mia kesal dengan dirinya. Khaleef gusar. Makin teruk hubungan mereka selepas ini.

"Apa yang melampaunya? Aku cuma tanya kau buat apa dengan Bahrin sampai penat? Nak jawab panggilan aku pun tak larat? Korang berdua ada buat apa-apa?" selamba Khaleef bertanya. Dia sudah tidak dapat menahan cemburunya. Dia mahu serang Mia supaya berterus terang.

"Khaleef al-Zhafran!!!!" tempik Mia lagi.

Khaleef tutup mata. Dia pasrah ditempik sedemikian rupa.

"Mulai hari ini aku akan benci kau Khaleef al-Zhafran!!! Aku benci kau sangat-sangat!!! Aku muak!!!" panggilan dimatikan tanpa pamit.

"M-Mia...Mia maafkan aku Mia...aku tak sengaja...b-biar aku jelaskan..."

Tittt! 

"Mia!" Khaleef melihat pada skrin telefon. Mia sudah matikan panggilan. Keluhan berat dia lepaskan.

Habislah, takut gila bayang je nanti hahaha. Nak up double update tapi macam x ada mood. Kalau komen banyak insyaallah author bersemangat nak up. hehehe. Author x paksa *Mini love

Share this novel

norsila
2023-10-15 09:30:41 

sesal kemudian tk bmkna lagi lah khai..hahaha padan muko...ego sgt..huuu..mlopas lah kau...

Junaini Ju
2023-10-13 13:07:33 

nasib la khal...org dh tawar hati br nk sedar..tq cik penulis


NovelPlus Premium

The best ads free experience