Bab 21

Romance Completed 14690

Laila yang baru menyuap nasi ke dalam mulutnya terhenti. Tangannya dibilas. Jelas kedengaran bunyi hon bertalu-talu di hadapan rumahnya. Laila berlari anak menjenguk ke luar.

" Laila isya! .. Laila.. Keluar! " Izz menekan² hon keretanya.

" Izz.. Apa ni bising² kat sini tak malu ke orang pandang² ".. Laila perlahan² menuruni anak tangga menuju ke arah izz.

" Malu? Tahu pula nak malu.. Cemarkan maruah tak malu pula ".. Izz memerli.

" Apa ni izz.. Tolong la.. Jangan buat hal kat sini " Laila berkata. Jiran² yang memandang mereka berbisik² sesama sendiri.

" Izz nak laila ikut izz balik sekarang.. Izz ada benda nak selesaikan dengan laila.. " Izz menarik laila.

" Izz firash mohammad! .. " Laila menarik tangannya.

" Awak nak ikut atau saya buat hal kat sini.. Choose.. Pergi ambil handbag awak cepat! ".. Izz meninggikan suaranya.

Laila terpaksa mengikuti arahan suaminya.Laila tidak mahu izz membuat sesuatu yang tidak baik di kampungnya. Selepas mengambil handbag laila.. Laila menutup daun pintu rumahnya yang sedikit usang. Izz yang sudah menanti dirinya di dalam kereta memandang tajam.

Izz menggerakkan keretanya sebaik isterinya masuk ke dalam perut kereta. Izz sengaja membawa dengan had laju. Laila tidak menegur apa lagi memandang. Pasti ada sesuatu. Laila berdoa semoga dirinya dan anaknya di panjangkan umur. Laila mengesat air matanya yang hampir jatuh..

" Turun! ".. Izz membuka pintu keretanya.

Laila memandang sekeliling. Klinik Permai. Laila turun mengikuti izz.

" Saya nak awak masuk dalam.. Check.. "

" Periksa apa izz.. Awak nak apa sebenarnya ni "..

" Masuklah! .. " Izz mendorong laila ke dalam.

Laila sudah mula resah. Selepas beberapa minit laila keluar. Izz yang sedang duduk serta merta berdiri.. Menanti keputusan daripada doktor.

" Encik suami cik Laila ke? "..

" Yes.. "

" Wife encik mengandung.. Tahniah Encik Izz "..

Izz memandang tajam ke arah isterinya. Ternyata Ziela benar.. Laila ditarik kasar memasuki keretanya. Laila yang kesakitan tidak dihiraukannya. Laila menahan air matanya daripada mengalir tidak mahu kelihatan lemah apabila di hadapan izz. Sesampainya mereka di rumah ziela sudah menanti di luar pagar mereka.

" Ziela.. Masuk i nak bincang dengan u "..

Izz menyuruh laila membuka pagar rumah mereka dan mempelawa ziela masuk ke dalam keretanya. Laila dibiarkan berjalan sendiri. Laila hanya menuruti.

" Buka pintu tu.. Jangan nak terhegeh-hegeh".. Izz berkata kepada laila. Laila juga menuruti tidak mahu bergaduh dengan suaminya.

Izz menyuruh ziela duduk sementara menanti fatah membawa sebuah surat yang perlu laila tandatangani.. Laila yang berada di hadapan pintu hanya memerhati tingkah laku izz dan ziela. Ziela sengaja bermesraan dengan izz. Laila menundukkan pandangannya tidak kuat melihat izz bersama ziela.

Beberapa minit kemudian.. Fatah menapak di hadapan rumah mereka.

" Isya.. Kenapa kat sini kenapa tak masuk.. Duduk kat dalam awak tu pregnant.. Jom " Fatah mempelawa laila untuk masuk duduk di dalam.

" Fatah.. Kau dah buat apa yang aku suruh "..

" Actually tadi aku ada meeting urgent.. Ini hakim yang tolong ambilkan.. Surat apa ni boss "..

" Mari sini.. " Izz meminta surat yang masih di dalam sampul berwarna putih dari Fatah. Fatah menghulur. Izz membuka sampul tersebut.. Sebaik berpuas hati izz melemparkan surat itu ke arah laila.

" Aku nak kau sign surat tu ".. Izz memandang laila.

Laila mengutip.. Saat membaca surat mahkamah yang tertera namanya dan izz hatinya sudah benar² terluka. Air mata yang ingin mengalir di tahannya. Sungguh tabah seorang wanita saat dirinya di sakiti.. Yaa lelaki memang kuat dari segi fizikal namun tidak mampu sekuat dan setabah saat disakiti perasaannya oleh orang yang benar² disayangi. Fatah terkejut dilihat jelas wajah laila berubah. Izz hanya memandang kosong tiada reaksi pada laila. Sungguh dia cinta wanita yang berada di hadapannya.. Tapi oleh kerana dia merasa dirinya sudah dipermainkan izz sudah tidak merasa apa² selain perasaan benci terhadap laila.

" Fatah bagi pen kat laila.. " izz menyuruh fatah.. " Ohh ohh.. Wait.. Why not kalau kau jadi wedding planer kitaorang.. Atau.. Jadi tukang masak wedding aku.. Kau kan pandai masak " izz berubah serta merta.. Dia juga sudah membahasakan dirinya "Aku Kau" kepada isterinya.

Laila tidak menjawab. Kertas yang ada ditangannya dipegang lemah. Pandangannya juga masih tertumpu pada kertas tersebut.

" Baby.. I nak balik dulu.. I nak inform kat parents i tentang majlis kita ni.. I nak buat persiapan.. I happy dengan keputusan u " Ziela memeluk izz.

Laila masih lagi berdiri kuat.. Fatah memandang laila.. Tabahnya dirimu.. Kalau boleh sakit di hati dikongsikan aku ingin dan rela berkongsi sakit yang kau alami malah aku rela sakit itu beralih ke tempat ku. Fatah berdialog sendiri. Izz yang menghantar ziela hingga ke pintu memandang laila yang tidak berganjak.

" Awak okay laila.. " Fatah berkata.

Laila tidak membalas.. Terdiam seribu bahasa. Bagaimana dirinya selepas ini.. Di mana dirinya ingin bermanja.. Siapa pula yang rela menjaga dirinya ketika sakit.. Tangan siapa pula yang hendak digenggamnya saat merasa dirinya tidak selamat.. Kosong. Benarlah cinta itu menyakitkan malah orang tidak akan pernah menghargai dan masih terkejar² mencari yang sempurna berbanding mencintai yang terbaik.

" Aku nak kau stay kat sini.. 3 hari lagi aku akan berkhawin dengan ziela.. Ini kan yang kau nak! . apa kurangnya aku arr laila! Bagitahu aku! " Izz menggengam tangan laila kasar.

" Sakit izz ".. Laila bersuara. Fatah tidak mampu berkata apa² apatah lagi membantu. Izz pula menyuruh fatah balik. Fatah hanya mampu berdoa semoga izz tidak melakukan sesuatu pada laila..

" Sakit.. Habis sakit aku ... Kau tak fikir! "..

" Izz.. Tolong lah.. Jangan buat saya macam ni "

" Kenapa laila kenapa.. Apa yang tak cukup lagi.. Aku bagi kau semua.. Semua yang aku ada.. "

" Hati? " Laila mengumpul kekuatan memandang izz. " Saya rela kalau awak nak khawin dengan ziela.. Saya rela.. Tapi.. "

" Jangan risau aku akan lepaskan kau.. Bila aku dah akad nikah dengan ziela.. " izz berpeluk tubuh.

" Semoga bahagia.. Saya doakan.. " Laila mengukir senyuman. Senyuman yang mungkin akan pudar dari bibirnya.

" Jaga anak tu baik².. Lepas aku dah khawin dengan ziela.. Aku nak lelaki yang dah buatkan kau mengandung bertanggungjawab. "

Laila tersentak. Lelaki? Ini anak kau izz anak kau..Laila mengangguk tanda faham. Mungkin disebabkan inilah izz berubah. Laila pasti semua ini berkait dengan ziela.

Laila menaiki tangga satu per satu. Izz sudah keluar meninggalkannya. Laila yang sudah tidak mampu menahan tangisan membiarkan air matanya mengalir.. Tersekat² nafasnya.. Terduduk laila benar² dirinya tidak kuat.

" Aku benci kau..!!! " Laila teriak melepas geram..

Terluka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience