Bab 26

Romance Completed 14690

Izz yang dari tadi menulis sesuatu namun sudah beberapa keping kertas di buangnya. Semuanya tidak menjadi. Izz menarik nafas sedalamnya. Menyandarkan dirinya agar lebih relaks.. Jam di tangannya menunjukkan pukul 8 pagi.. Seawal ini ziela sudah pergi entah ke mana tanpa memberitahu kepada izz..

" Selamat pagi sayang.. " Kedengaran suara laila berbisik ke telinganya.

" Laila.. ".. Izz yang tadinya memejamkan mata kembali membuka. Mencari² laila.. Kosong. Hanya dirinya keseorangan.

Izz memicit sedikit batang hidung. I miss you soo much sayang.. Bisiknya..

" Saya kena balik.. Awak jaga diri kat sini.. Jaga baby awak tau.. Jangan buat kerja yang berat².. Isya kalau awak ada nak sesuatu awak bagitahu saya.. Okay "..

" Dah lewat ni.. Fatah gerak lah dulu "..

Laila tidak memandang fatah. Fatah menundukkan pandangannya. Terasa hati pada kelakuan laila. Fatah menggerakkan keretanya. Laila duduk di bangku yang menghadap padi yang meluas... Rindu pada kampung halamannya.

" Tolong jangan tinggalkan izz.. Izz dah betul² sayangkan ila.. Macam mana izz nak terus kan hidup tanpa awak ila.. " Kata² yang masih terngiang² di telinga laila.

Laila membelai perutnya yang semakin membesar. Rindu semua.. Air matanya mengalir.. Tiada siapa boleh gantikan awak izz.. Hanya awak pertama dan terakhir saya.. Laila memejamkan matanya mengikuti angin yang menerpa ke wajahnya. Terasa kehilangan dirinya saat itu.

Izz mencari² failnya. Izz membuka semua lacinya. Izz mengetuk dahinya teringat pada laci meja kerjanya. Izz meluru ke mejanya. Belum sempat izz membuka ziela masuk bersama barang² nya.

" Baby.. Sorry tau i shopping tadi.. Tak sempat nak kejutkan u.. U dah makan.. I ada belikan u makanan.. By the way i ada party malam ni u nak ikut tak ".. Ziela mendekati izz.. Menarik izz duduk bersamanya. Izz menuruti.

" U kan pregnant.. U duduk rumahlah jaga baby kita.. I taknak u aktif lagi dengan party or whatever.. I taknak.. " Izz bertegas.

" Baby.. Come on.. I okay lah.. Baby kita pun sihat jangan risau. "

Izz mendiamkan diri malas hendak bertengkar. Tidak lama beberapa minit kemudian.. Bunyi loceng rumahnya di tekan bertalu-talu. Izz meninggalkan ziela yang membelek² baju² seksi yang baru dibelinya. Izz melangkah laju membuka pintu hadapannya.

" Assalamualaikum.. Encik izz firash mohammad? " Kata seorang lelaki yang kemas memakai kot hitam.

" Waalaikumsalam.. Yer saya.. Ada apa yer? " Izz mengerutkan dahinya..

" Saya peguam bagi pihak puan laila.. Saya ingin menjemput encik esok ke mahkamah agar proses penceraian puan laila dan encik berjalan lancar.. "..

" Penceraian? .. Bukan saya dah.. Say dah takda apa² dengan dia "..

" Itu saya tahu encik.. Tapi encik perlu hadirkan diri esok untuk mengesahkan penceraian encik "..

" Baiklah ".. Izz mengangguk tanda faham..

Izz melangkah lemah. Ini yang kau mahukan izz.. Tinggalkan laila.. Entah bagaimana laila meneruskan hidup pada siapa dirinya bergantung.. Izz dalam diam masih mencintai laila.. Tidak ada sedikit pun perasaanya berubah.. Masih kekal seperti dulu.. Tapi benarlah kata orang kerana ego kita boleh kehilangan orang yang kita sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience