Bab 4

Romance Completed 14690

" Suka bilik ni ".. Izz yang tiba² sahaja muncul mrngejutkan Laila.
" Saya suka " Laila memandang sekeliling persekitaran biliknya.
" Bilik saya ada kat sebelah.. Anything awak nak tanya or nak apa² awak panggil jer " izz meninggalkan laila sendirian.

Laila memandang kosong. Maaf izz saya belum bersedia nak tidur sebilik dengan awak. Cetus hati laila. Laila berjalan menutup pintu biliknya. Now time to sleep.. Laila menutup matanya yang sejak dari tadi berat menahan bebanan yang ditanggung.

Siang berganti malam laila yang masih melelapkan matanya tidak menyedari bahawa dia sudah tidur terlalu lama. Lenanya terganggu sebaik ketukan pintu yang bertalu-talu mengejutkannya.

" ilaa.. Ilaaa " kedengaran izz memanggil dari luar.
" yerr kejap " laila bergegas membuka pintu biliknya.
" baru bangun ke? "
" yer maaf saya terlelap pula.. Ingat nak rehat kejap jer "
" jomlah saya temankan awak makan"
" ehh takpelah"
"Jom"

Izz menarik tangan laila. Laila hanya menurut. Laila mengamati pakaian suaminya. Dalam rumah pun pakai macam nak pergi konsert bisik hati laila. Baru sahaja laila duduk di meja makan rumah mereka telefon bimbit suaminya berdering.
Izz membiarkan sahaja.

" ilaa saya terpaksa keluar malam ni sebab ada kerja nak diselesaikan.. Awak takpe ke kalau saya tinggal sendiri " izz memandang laila yang masih terpinga²
" takpe " laila menjawab sepatah tidak berminat rasanya ingin teruskan perbualan dengan suaminya.
" saya tak pergi lah kalau ila tak izinkan " izz memaparkan gimik muka yang seakan² sedih.
" awak pergi jerla.. Awak tu suami tak perlu nak minta izin kat saya " laila berganjak ke dapur meninggalkan izz. Izz tersenyum menang. Izz meninggalkan laila.

Laila berlari anak melihat izz di tingkap rumahnya. Kelihatan seorang perempuan berpakaian agak seksi sudah berdiri menunggu kedatangan izz. Laila mengecilkan matanya menahan amarah. Laila meluruh ke meja makan. Terpulanglah izz.. Bisiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience