Bab 25

Romance Completed 14690

" Masuklah.. " Fatah yang mengangkat beg pakaian laila memandang laila silih berganti.

Laila hanya mengangguk.

" Dah sampai kamu ya.. Pasti kamu laila ".. Kata seorang wanita yang sudah agak berusia itu kepada laila.

" Assalamualaikum.. " laila memberi salam sambil menghulur tangannya untuk bersalam.

" Waalaikumsalam. Jemput duduk.. Tapi minta maaflah rumah makcik ni rumah biasa jer ".. Wanita itu merendah diri.

" Ehh takpe.. Laila tak kisah.. Laila yang sepatutnya minta maaf pada makcik dan fatah.. Laila dah susahkan ".. Laila mencari kelibat fatah.

" Takpelah.. Makcik lagi suka.. Makcik dah ada teman lepas ni "..

" Terima kasih sekali lagi "..

" Sama² laila.. Ehh boleh makcik panggil kamu ila? "

" Boleh makcik " Laila mengukir senyuman.

" kamu panggil makcik.. Acik wan jer.. Panggil acik pun takpe "..

" Baik acik " laila memaksa senyuman.

Ziela mundar mandir di balkoni rumah mereka. Tangannya ligat mendail nombor seseorang.

" Hello.. Dato.. Asal ziela call² tak dapat ".. Marah ziela..

" Aku meeting lah.. Kau dah dapat "

" hish susahlah dato.. Semua peralatan izz berkunci dan perlu ada scan.. Benda tu boleh detect 2 orang jer izz dan ex wife dia "..

" Kau carilah jalan lain.. Aku tak kisah yang aku nak tahu kau dapatkan chip tu.. "

Talian dimatikan. Ziela menghentakkan kakinya kegeraman.

" Ziela.. " Izz tiba² muncul.

" Baby.. U buat apa kat situ ".. Ziela panik.

" i cari u lah.. U dah masak ke i lapar ni "..

" Baby.. U tau kan i tak pandai masak.. U order pizza ke or suruh orang² u belikan ke.. "

Izz menghela nafas. Tiba² teringat pada laila. Pada siapalah laila bergantung. Segala kad² yang diberikannya telah laila kembalikan. Izz mengambil telefonnya untuk memesan pembelian makanan.

" Alhamdulilah.. Sedapnya.. Pandai isya masak " Fatah memuji masakkan laila.

" Saya tak pandailah nak masak ala² moden cuma kampung2 jer.. " laila membilas tangannya seusai selesai menjamu selera.

" Kalau air tangan awak kampung ke bandar ke semua saya telan " Fatah bergurau cuba mencari senyuman laila yang dulunya tidak lekang.

" Ada² saja lah awak ni.. " laila senyum sedikit.

Selepas membasuh pinggan laila berlalu masuk ke dalam biliknya. Laila mengeluarkan baju² nya dan diletakkan di dalam almari. Selepas sahaja baju kurungnya yang terakhir diletakkan tercicir sebuah kertas. Laila membaca.. Lantas hatinya dipaut kembali sedih.. Kertas penceraian yang sudah ditandatanginya..

Laila melipat kertas tersebut tanpa perasan tandatangan di petak yang seharusnya ditandatangani izz masih kosong.

Laila memejamkan mata walaupun terasa berat baginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience