Bab 1

Romance Completed 14690

" Kau yakin jer.. Aku sure bakal suami kau pasti hensem.. Wehh tengoklah kereta-kereta yang datang wehhh.. Untungla kau kan.. " Ria yang tersengih seperti kerang busuk memujuk Laila yang sudah seram sejuk menanti bakal suaminya yang hanya beberapa minit sahaja lagi tiba.

" Riaa.. Macam mana kalau dia kaki pukul.. Kaki apa segala kaki dalam dunia ni.. Aku takutlah.. " Laila mengelabah.

" Heyy.. Negatif nya kau ni belum jumpa dah berfikiran negatif.. "

" PENGANTIN PEREMPUAN.. MINTA BERSEDIA.. BAKAL SUAMI AWAK DAH SAMPAI " Kata seorang wanita separuh usia di sebalik daun pintu yang tidak tertutup rapat.

Ria membetulkan sedikit baju Laila sebelum mengiring Laila ke ruang hadapan.

" Izz Firaz Mohammad.. "
" Saya "
" Aku nikahkan dikau dengan anak perempuan ku Laila Isya binti Johan dengan mas khawinnya 270 ringgit tunai "
" Aku terima nikahnya Laila Isya binti johan dengn mas khawinnya 270 ringgit tunai "
" Sah "
" Sah "

Laila memejam matanya kini dirinya sudah pun bergelar isteri orang. Ria memeluk Laila tanda bahagia. Jauh di sudut hati Laila menidakkan perkhawinan ini. Tapi tidak sedetik pun terlintas di hatinya untuk membantah perintah ayahnya.

" ila.. Hulur tangan tu suami nak sarung cincin " suara ayahnya mengejutkan laila yang sedang mengelamun.

Laila menghulur tangannya sebaik jari manis disarungkann cincin, dahinya pula di kucup suaminya. Izz firaz Mohammad semoga kita bahagia. Bisik hati Laila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience