Bab 13

Romance Completed 14690

Tok tok tok!.. Bunyi pintu bilik laila diketuk. Semalaman dirinya tidur di bilik tamu. Semalaman juga dirinya berlapar. Laila membiarkan pintu biliknya diketuk. Selepas beberapa minit Izz menerjah masuk menggunakan kunci pendua. Laila tidak memandang izz. Izz mendekati laila.

" Sayang.. Jom breakfast semalaman awak tak makan " Izz berkata. SAYANG konon! Jangan nak memandai kata sayang kalau diri tu tak mengaku ada isteri. Omel ila dihati.

" Hmm.. " pendek laila menjawab sengaja bersikap dingin.

" Kaki dah okay " izz masih gigih berbual.

" Hmm "

" Ila.. Janganlah macam ni.. Please.. Izz ada alasan kenapa izz taknak orang tahu izz dah khawin.. Ini untuk keselamatan kita berdua "..

" Okay " Ila menyelak selimutnya dan berdiri ingin meninggalkan izz. Tetapi tangan izz lebih cepat menarik tangan isterinya sehingga ila terduduk di riba suaminya.

" Izz.. " laila ingin meloloskan diri tapi apakan daya.. Pelukan izz dieratkan lagi.

" I'm sorry.. Izz ada alasan izz.. Harap ila faham "

" Okay.. Takpe.. Ila tak kisah kalau izz dah anggap ila ni bukan isteri izz.. Ila tak paksa.. Ila tak suruh izz mengaku.. Anggap jer ila ni.. Hmm anggap ila sebagai kawan izz dan...

" Apa ila merepek ni.. Nak izz cubit mulut tu.. "

" Habis nak ila cakap apa.. Sakit kena cubitan belum tentu mampu tandingi sakit hati ila ni.. " Laila membuang muka.

" Izz minta maaf.. Okay.. Maafkan izz.. Yayayaya... " izz mencubit manja hidung isterinya. Laila hanya membatu. Sedangkan di dakapan suaminya saja dirinya sudah bahagia inikan dipujuk seperti itu. Merah padam wajah laila.

" Okay.. " pendek laila berkata. " saya maafkan.. " Laila memeluk izz.. Rindu menguasai dirinya.

Izz tersenyum sumbing. Kacang jer nak pujuk perempuan ni bisik hatinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience