Bab 16

Romance Completed 14690

Laila mengeliat. Dilihatnya jam dinding menunjukkan pukul 8 malam. Laila mencari izz tetapi tidak kelihatan akhirnya laila mengambil tualanya lalu membersihkan diri.

" Aku taknak.. Yang penting bawa fail tu esok. Aku nak kau kumpul orang² kita cari salinan tu sampai dapat. And one more.. Emailkan aku lokasi esok " izz bercekak pinggang.

" Baik boss " Suara dihujung talian.

Izz menghela nafas. Izz melupakan sebentar..

" Ehh dah bangun.. " Izz menoleh sebaik terdengar bunyi lift berbunyi.

" Hmm.. " Laila datang mendekati izz. Izz memeluk laila.

" ila lapar tak.. " izz bertanya

" tak... Izz boleh tak esok ila nak gi mall.. Barang dapur dah nak habis lah " Laila memandang izz penuh pengharapan dirinya diizinkan keluar.

" Alah.. Esok izz ada kerja.. Izz tak benarkan ila jalan seorang " Izz membelai lembut kepala isterinya.

" Please.. Alahh bolehlah.. Ila jalan kejap jer " laila masih memujuk.

" Boleh tapi kena jalan dengan bodyguard izz " Izz memberi cadangan.

" Bodyguard.. Hahaha izz ni.. Ila ni bukannya banyak harta.. Tak perlu la rasanya.. Ila nak private.. Ila taknak.. K "

" Bahayalah ila "..

" Ila jalan kejap jer.. Ila janji.. Ila jaga diri.. "

" Janji.. Tau "

" yer janji.. "

Keesokkan harinya. Laila bersiap² selepas menyedari kehadiran teksi di hadapan rumahnya. Laila dihentikan dihadapan Mall yang penuh dengan ribuan orang.. Laila tersenyum gembira. Tanpa laila sedari dua orang lelaki sedang mengekorinya. Laila berjalan dengan penuh semangat. Tangannya erat memegang beg tangannya. Laila menukar arah ke tandas. Tiba² ingin buang air kecil pula. Selepas ke tandas laila memulakan lagi perjalanannya tetapi tidak kali ini apabila mulutnya ditengkup dengan sapu tangan oleh seorang lelaki bertubuh sado. Serta merta laila pengsan tidak menyedarkan diri.

Beberapa minit kemudian laila tersedar. Laila memandang sekeliling. Penuh dengan semak samun. Tangan dan kakinya juga diikat.

" Dah sedar pun.. " Lelaki separuh abad itu menarik rambut laila. " Call suami dia sekarang " arah lelaki itu.

" Baik Dato ".. Lelaki berambut panjang itu lantas mendail nombor telefon izz.

" Hello.. " izz di hujung talian.

" Hello.. Hai hero.. " lelaki berambut panjang itu menyerahkan telefon ke arah seorang lelaki yang digelarnya Dato.

" Who are you " Izz menjawab.

" U mungkin tak kenal i tapi u mungkin kenal ni ".. Lelaki tua itu menarik rambut laila. " Cakap ".. Lelaki tua itu memaksa laila bersuara. " Izz.... " hanya sepatah laila berkata.

" Laila.. Hey! Lepaskan isteri aku! Kau jangan apa² kan dia " bentak izz. Semua orang terdiam saat izz menjerit. Mesyuarat yang dilakukannya terhenti.

" Kalau kau nak tengok isteri kau hidup.. Aku nak chip yang kau dah rampas dari aku.. Atau aku akan pulangkan isteri kau dalam keadaan bangkai " ugut lelaki tua itu.

" Kau jangan berani sentuh laila.. Kau kat mana.. Aku serahkan chip tu sekarang " Izz bersuara.

" Aku akan share lokasi aku.. One more thing jangan bawa sesiapa dengan kau.. Atau.. "

" Okay.. Aku pergi sendiri "

" Cepat.! "

Lelaki tua itu ketawa terbahak².

" Sepuluh minit aku tak balik aku nak korang bergilir² masuk.. Fatah ambil chip palsu yang kita dah buat. " Arah izz.

" Baik boss "

Izz memasuki kawasan dimana lokasi yang dihantar padanya.

" Laila.. " izz menerpa ke arah laila.

" Haip! .. Stop.. Serahkan chip itu baru kau boleh bawa isteri kau " Lelaki tua itu mengacukan pistol ke arah laila.

" Hah ambik! " izz melemparkan kotak chip hitam pada lelaki tua itu..

Izz bergegas ke arah laila. Laila kelihatan lemah. Lebam di mulutnya akibat di tampar masih kelihatan.

Seorang perempuan berbaju kurung putih keluar dengan seorang lelaki melalui pintu belakang.

" Ziela ke tu " Fatah yang berada di semak menunggu arahan izz terlihat ziela dengan seorang lelaki berambut panjang menaiki kereta.

Tidak lama selepas itu izz keluar mendukung isterinya. Fatah mengerutkan dahinya. Baju kurung yang dipakai Ziela persis seperti baju kurung laila. Fatah keliru. Pasti ada sesuatu.

" Fatah gerak ke klinik.. " izz menghentikan lamunan fatah.

" Baik boss "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience