Bab 18

Romance Completed 14690

Cahaya mentari membolosi daun tingkap bilik Laila. Laila menggosok sedikit matanya. Matanya memandang ke sebelah mencari izz namun izz tidak kelihatan. Laila bangun mencari izz. Di carinya di setiap pelusuk rumahnya. Hampa. Izz tidak kelihatan. Laila terduduk lelah. Takkan izz kembali bersama ziela.

Laila naik semula ke bilik nya untuk membersihkan diri.

Ziela menunggu kedatangan seseorang. Tangannya di lambaikan sebaik orang yang di nantinya tiba.

" Baby.. " Ziela mengukir senyuman.

" Ziela.. " Izz menyapa.

" I miss you " Ziela mengenggam tangan izz. Jelas mempamerkan wajah sedih kepura-puraannya.

Izz memandang lama ziela. Jauh di sudut hatinya masih ada perasaan sayang pada ziela. Namun tidak terdetik di hatinya untuk meninggalkan Laila yang mula di cintainya. " U nak apa jumpa i ".. Izz bersikap dingin.

" I nak u.. U dah lupa janji u.. I tunggu u izz.. Ini yang u balas dengan i.. U dah musnah kan hidup i dengan senang² macam tu jer u tinggalkan i.. I sebenarnya... " Ziela berpura² gelisah.

" Ziela please.. Okay i'm sorry.. I.. " Izz terhenti sebaik seorang lelaki berambut panjang sengaja membuat dirinya tertumpah air di baju izz. Ziela cepat² mengeluarkan sebuah pil dan meletakkan ke dalam minuman izz.

" Maaf encik.. Saya tak nampak.. Maaf cik " Lelaki itu memberikan izz tisu.

Izz menyuruh lelaki itu pergi tanpa berkata malas hendak memanjangkan perbualan.

" Ziela.. I nak balik dulu.. " Izz berkata

" U minum lah dulu.. I penat² dah order favourite u.. "

Izz meneguk airnya tanpa perasan ziela telah memasukkan pil tidur. Izz berlalu ke keretanya. Penglihatan izz semakin menghilang. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Hitam. Izz tidak menyedarkan diri.

Laila berharap izz akan pulang.. Laila memasak lauk pauk kegemaran izz. Laila menghidangkan satu per satu lauk yang telah di masaknya. Jam mula berputar tanpa mengenal erti penat lelah. Laila melihat jam dinding yang menunjukkan pukul 3 petang. Laila perlahan² mencedok nasi ke pinggannya. Tidak lagi berharap izz akan pulang. Laila menyuap nasi ke mulutnya. Air matanya mula mengalir. Terhenti suapannya saat dirinya tidak mampu mengawal tangisannya. Kedengaran bunyi loceng di luar rumahnya. Laila mengesat air matanya. Tangannya di basuh sebelum ke depan. Belum sempat laila membuka pintu hadapan kakinya terpijak sampul coklat . Tangannya lantas memeriksa isi di dalam sampul surat itu. Terduduk laila perlahan². Gambar izz dan Ziela sedang tidur tanpa pakaian. Ziela yang memeluk izz dengan mesra di lihat laila penuh benci.

" Tak mungkin ini izz.. Tak mungkin " Laila menghambur gambar² yang dilihatnya.

Sungguh hancur perasaan laila saat itu. Sungguh tidak mampu berkata apa². Kenapa izz. Apa kurangnya saya dalam hidup awak. Laila benar² terluka. Diusapnya sedikit perut yang belum membesar. Sekeping demi sekeping gambar izz dan ziela di ambilnya semula.

" Demi awak sayang.. Mama sanggup tahan derita ni demi awak.. Mama taknak awak membesar tanpa papa awak.. " Laila berkata.

Dikuatkannya hati yang telah remuk redam. Kepercayaan yang telah hancur di binanya semula. Luka di tangan boleh dilihat tapi bagaimana pula luka di hati? Laila menyimpan sampul surat itu di laci kerja izz.

Laila menenangkan dirinya.

" Ziela u buat apa ni! " izz yang telah sedar menolak ziela ke tepi.

" izz.. Chill lah.. Kita dah biasakan buat semua ni " Ziela menggoda izz. Izz menolak kasar. Jam tangannya dilihat menunjukkan pukul 12.30 malam.

" Apa u dah buat ni ziela! " bentak izz..

" U yang bawa i kat sini.. U marah i kenapa? "

Izz cuba mengingati tetapi kepalanya masih pening. Izz mengambil pakaiannya. Laila... Hanya itu terlintas dihatinya.

Sebaik izz pulang.. Kelihatan laila terlelap di sofa sambil memeluk gambar arwah ayah dan ibunya. Lemah izz memandang. Dikucupnya lembut dahi laila sebelum mengangkat ke bilik. Selepas meletakkan laila ke katil. Izz berlalu ke bilik mandi. Perlahan² laila membuka mata diikuti air matanya yang masih mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience