Bab 17

Romance Completed 14690

Laila terbaring lemah. Selepas lebam di mulutnya di rawat dan dahinya dibalut kerana terdapat luka sedikit. Doktor Kila menyuruh laila duduk di hadapannya. Fatah pula turut berada di sisi laila. Telefon izz bergetar. Izz membisik sesuatu pada fatah pantas fatah mengangguk. Izz meminta izin keluar sebentar.

" Macam mana perasaan puan? Masih ada rasa sakit di mana² " Doktor yang tertera namanya Kila di nametagnya mengukir senyuman.

" Saya okay Doktor.. Cuma lebam kat mulut ni rasa sakit sikit ".. Laila bercakap perlahan.

" Mungkin 2 atau 3 hari insha allah lebam puan beransur pulih. "

" Terima kasih doktor.. " Laila masih boleh mengukir senyuman walaupun bibirnya terasa sakit untuk mengukir.

" Ohh sebelum saya terlupa.. Kandungan puan ok.. Baby stabil " Doktor Kila menerangkan.

" Kandungan? " Laila mengerutkan dahinya.

" Yaa.. Puan tak tahu ke puan mengandung? .. "

" Tak sebab saya tak perasan.. " Laila masih terkejut.

" Tahniah puan.. Puan mengandung dah 3 minggu.. Saya harap puan tak melakukan kerja yang berat "

" Thank you Doktor " laila separuh terkejut dan teruja. Selepas fatah mengambil reset ubatan laila. Laila mencari² suaminya. " Awak kawan suami saya.. " Laila bertanya.

" Yaa saya puan " Fatah menjawab. Laila memandang manis. Perlakuan fatah sungguh sopan malah setiap kali laila memandang fatah lama. Fatah menundukkan pandangan.

" Saya nak awak janji dengan saya satu perkara "

" Janji? " Fatah mendongak memandang Isteri majikannya merangkap bestfriendnya. Cantik. Desis hatinya. Fatah behave dia isteri kawan kau isteri boss kau. Fatah memendam perasaan.

" Yes.. Saya nak awak janji dengan saya.. Awak rahsiakan dulu hal ni dari izz.. Saya taknak izz tahu lagi.. Sampai masanya saya akan berterus terang dengan izz sendiri " Laila menyatakan hasratnya.

" Tapi izz berhak tahu.. Izz berhak sebab baby dalam kandungan awak tu anak dia " Fatah mengerutkan dahinya.

" Tolong saya fatah.. Awak jer yang tahu hal ni.. "

" Sayang.. " izz memanggil. Laila berpaling ke belakang.

" Izz.. ".. Laila tersenyum hampar.

" Macam mana ila okay.. " izz membelai lembut kepala isterinya. Fatah hanya memerhati.

" Ila okay.. Takde apa² yang serius.. Dont worry okay " Laila mencuit sedikit hidung suaminya.

" Mestilah risau.. Ila tu isteri izz.. Kalau ada apa² terjadi dengan ila.. Izz tak boleh dah nak teruskan hidup izz " Izz mendepakan tangannya memegang bahu isterinya.

" Hish.. Malu lah kat Fatah.. Izz ni " Laila berubah wajah. Merah padam jadinya. Fatah tersenyum menampakkan giginya yang bersusun.

" Takpe puan.. " Fatah berkata.

" Ehh taknak lah puan².. Panggil saya laila atau isya "

" Arr fatah jangan nak lebih arr.. " Izz memandang fatah hairan apabila mata fatah sekejap² memandang isterinya.

" Hish awak ni.. Fatah tak lebih lah "

" Amboi sayang.. Backup fatah bukan main eik.. " Izz cemburu.

" Alolo.. Tak lah abang.. Ila main² jer " Laila sengaja memanggil izz dengan perkataan ABANG bagi memujuk suaminya.

" Ila panggil izz apa tadi? " Izz tersenyum.

" Ehh dah lah jom balik.. " Laila mendahului izz dan fatah. Izz tersenyum.

" Fatah.. Aku balik dulu tau teman wife aku.. Anything kau roger aku jerlah.. "

" Baik boss " Fatah menuruti.

Izz mengejar laila.

Beberapa minit kemudian. Izz dan laila pun sampai ke rumah mereka. Izz mengerutkan dahinya ketika melihat sebuah kereta yang cukup dikenalinya parkir di hadapan rumahnya.

" Baby.. " Ziela membuka pintu kereta izz sebaik izz memberhentikan enjin keretanya. Laila hanya memerhati.

" Ziela.. Bukan u lagi.. "

" No.. I decide untuk balik awal.. Because i miss u soo much " Ziela memeluk izz.

Laila membuka pintu kereta izz. Dihempapnya kuat. Izz memandang isterinya. Ziela tersenyum sinis.

" ila.. Ilaa jap " Izz menolak ziela ke tepi dan memaut tangan isterinya.

" Baby.. " ziela melepaskan genggaman tangan izz dengan laila. Laila memandang tajam pada ziela sebelum dia masuk ke dalam. Pintu rumah mereka dihempas kuat oleh laila.

" Ziela u balik dulu.. Nanti i call u " Izz meninggalkan ziela sendirian.

Laila menaiki lift untuk ke biliknya. Laila cepat² mengunci pintu bilik agar izz tidak dapat masuk. Sebab mengapa aku taknak izz tahu aku mengandung. Kata hati laila.

" Sayang.. Buka pintu ni sayang ".. Izz mengetuk² pintu bilik laila. " Sayang.. Izz takde apa² dengan ziela tu.. ".. Izz masih setia menanti. " izz pecahkan pintu bilik ni nanti " ugut izz. Akhirnya laila membuka. Laila menolak izz sebaik izz mendekatinya. " percayalah izz memang takde apa² dengan ziela. Percaya izz please " izz memegang tangan isterinya. Dibawanya ke dakapannya.

" Dah la izz.. Saya taknak tengok dah muka perempuan tu.. Kenapa mesti awak bawa dia ke sini..! " Laila sudah mengalirkan air matanya. Benar² emosinya terganggu.

" Izz tak bawa.. Sayang izz tak bawa.. Izz janji izz takkan suruh ziela datang jumpa izz lagi. " izz memeluk isterinya. Erat.

" Ila tak suka.. Kalau ila tahu izz jumpa ziela lagi.. Baik izz lepas.. "

" Laila!. Berapa kali izz cakap jangan cakap macam tu.. " marah izz. " Nak izz mati.. Please sayang.. Izz taknak perkara macam ni rosakkan mood kita.. Please.. I love you.. " izz memandang isterinya. " Sayang izz tak " Izz bertanya. Laila membatu. " Tak sayang la tu.. " izz merajuk.

" Ila sayang lah.. " Laila menumbuk lembut dada suaminya yang tegap.

Izz mencium dahi isterinya. Bahagia.

Share this novel

Siti Rohani Idris
2023-01-29 07:30:42 

Sian awak Laila. selalu je kena tipu


NovelPlus Premium

The best ads free experience