Bab 28

Romance Completed 14690

" Saya tak boleh lama.. Tuu izz dah sampai... Isya just serahkan pada lawyer yang saya dah suruh untuk bantu awak sele... "

" Fatah.. Fatah.. Saya boleh uruskan sendiri.. Okay.. " laila memotong ayat fatah.

" Okay ".. Fatah mendatarkan suaranya.

Laila perlahan² menaiki tangga sambil memegang perutnya yang semakin besar. Selang dua anak tangga izz dan ziela sudah berada di belakangnya.

" Laila.. ".. Izz memanggil tetapi sedikit pun laila tidak menoleh.

Izz sudah diselubungi rasa serba salah. Ziela perlahan² mengeluarkan telefon bimbitnya.

" Dato.. I kat mahkamah ni " Ziela sedaya upaya mengecilkan suara.

" What! Kau ni memang tak guna lah!.. Apa yang kau dah buat.. Chip aku mana chip!!! "

" I tak jumpa lagi dato.. I taknak kena cerai dato ".. Ziela merenget di hujung talian.

" Aku cuba datang secepat mungkin.. Send me location "..

Tuttuttttuttt. Talian dimatikan.

Setelah perbincangan dilakukan. Talak yang izz jatuhkan pada laila adalah sah dan hanya boleh rujuk semula apabila laila telah melahirkan anaknya. Ujian DNA juga akan dijalankan bagi mengesahkan anak laila. Laila menarik sedikit selendang hitamnya yang terselak kerana ditiup angin.

" Ila.. Ila tunggu izz " Izz berusaha mengejar laila.. " Laila isya please". Izz menarik tangan laila tapi ditepis kasar oleh laila.

" Maafkan saya.. Awak bukan lagi suami saya antara kita dah takda apa².. Haram hukumnya awak menyentuh saya yang bukan muhrim awak ". Laila berkata tanpa memandang izz.

" Bagi izz penjelasan.. Apa semua ni ila.. Awak tak bagitahu saya hal sebenar "..

" Dan awak langsung buang saya dalam hidup awak tanpa sedikit pun syak wasangka terhadap ziela! " Laila meninggikan suaranya. Ada mata² memerhati mereka namun tidak laila pedulikan.

" Tapi why.. Ila langsung tak cakap yang ila nampak gambar ni " izz mengeluarkan kepingan gambarnya bersama ziela.

" Tak perlu.. Saya cukup jijik nak tengok.. Cukuplah semua dah berakhir.. " laila memegang perutnya sambil menuruni anak tangga.

" Laila isya! "..

" Izz " Bahu izz ditepuk oleh seseorang.

" Fatah. ".. Izz mengerutkan dahinya.

" Aku cuma nak kau try lupakan laila.. Laila berhak bahagia ".. Fatah memberanikan diri berkata sedemikian.

" What.. Hello kau cakap pakai otak please.. Laila tuh. "

" Izz tolonglah.. Tolong.. Bagi aku peluang untuk jaga dia dan anak kau "..

" Anak aku ".. Izz terkejut.

Fatah akhirnya terlepas cakap. " Yes.. Anak yang laila kandungkan tu.. Itu anak kau.. Untuk pengetahuan kau.. Laila suruh aku rahsiakan sebab dia nak bagi kau kejutan.. Tapi semuanya punah bila kau kembali pada ziela. Gambar yang ziela bagi kat kau tu semua rekaan. Masa kau selamatkan laila aku nampak dengan mata aku sendiri ziela pakai baju yang sama dengan baju isteri kau.. Dan yang paling aku... "

" Asal baru sekarang kau nak bagitahu.. Arghhh! .. Kenapa! " Izz menggenggam penumbuknya.

" Kau tak bagi aku peluang nak bagitahu.. Kau terus ambil keputusan untuk khawin dengan ziela dan sekarang aku minta izinkan aku untuk gantikan tempat kau "..

" No..!!! ".. Izz berlari mendapatkan laila.. " Laila ".. Izz memanggil.

Bang. Satu tembakan tepat terkena belakang izz. Laila yang terkejut dengan bunyi tembakan menoleh.

" Izz!!! "

Izz yang sudah rebah hanya mengedip² kan matanya. Sebelum matanya tertutup wajah laila jelas dipandangnya.

Gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience