Bab 2

Romance Completed 14690

" Masuklah.. Yang ila mengintai² tu kenapa? " Izz Firaz mohammad menyedari kelibat laila yang dari tadi berdiri di sebalik pintu bilik mereka.

" Laila.. Kenapa tak masuk lagi " Ayah laila tiba² muncul dari belakang.

" Nak masuklah ni.. " Laila terus saja masuk malas mendengar soalan² ayahnya.

Laila mengambil bantal lalu merebahkan diri pada tikar yang berada di bawah katilnya.

" ila tidur kat bawah dah kenapa? "
" izz firaz mohammad tidur jer kat atas jangan nak banyak tanya.. "
" Wahh.. Ini dah macam nak ganti tok kadi dah.. Panggil izz jer "

Tiada balasan. Izz mengerutkan dahinya.

" ila... " izz menggeleng sedikit bersusah payah memperkenalkan diri sendiri alih² dah tidur. Izz juga turut melelapkan matanya.

Laila membuka matanya sebaik sinaran matahari membolosi daun tingkap biliknya yang sudah pun terbuka. Laila memegang pinggangnya yang sedikit lenguh akibat tidur di lantai semalaman. Laila mencari² kelibat suaminya tetapi tidak kelihatan. Laila mencapai tualanya dan terus sahaja meluruh ke bilik mandi.

Selepas sahaja Laila membersihkan diri, Laila mendekati Izz yang sedang berbual melalui telefon di beranda luar rumah mereka.

" Izz.. " Laila menepuk bahu suaminya.
" i call u back.. Take care bye.. " Izz memperlahankan sedikit suaranya sebaik menyedari kedatangan Laila sebelum meletak panggilan.
" Saya dah siap.. " Laila meletakkan beg di tepinya.
" Okay.. Ayah awak mana..? " Izz membetulkan sedikit rambutnya yang serabai.
" Arr tu.. Ayah.. " Laila memanggil² ayahnya yang kelihatan sedang menapak di halaman rumah mereka bersama sebuah motor lama.
" Ayah.. Kami berdua dah nak bertolak.. Ini ada sedikit duit belanja ayah.. " Izz menghulur sampul surat yang tidak diketahui berapa not dalamnya.
"Apa ni izz.. Ayah masih ada duit simpananlah.. "
"Takpe yaa.. Ini memang untuk ayah "

Sebaik bersalam salaman Laila melirik ke cermin kereta Izz.. Sebak hatinya meninggalkan ayahnya sendiri. Hendak di bawa dijadikan kebun sebagai alasan. Izz mengerling Laila yang kelihatan mengesat air matanya.

Kereta mereka jauh melunjur ke destinasi yang seterusnya. Bermulalah cerita Laila ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience