Bab 29

Romance Completed 14690

" Tolong selamatkan dia doktor.. ".. Laila berlari anak mengikuti izz yang sudah banyak mengeluarkan darah.
" Isya jaga kandungan awak tu " Fatah menasihati laila.
" Saya masih perlukan dia.. Saya tak boleh hidup tanpa dia.. Dia segalanya bagi saya.. Saya dah hilang banyak orang yang saya sayang cukup lah saya hilang lagi orang yang saya sayang. Awak tahukan kehilangan orang yang kita sayang rasa dia sakit.. Awak tahu kan fatah ".. Laila memandang fatah. Fatah hanya merenung wajah laila yang polos.

Fatah mengangguk sambil menyuruh laila duduk menanti izz. " Kerna rasa sakit untuk kehilangan itulah menjadi penguat untuk aku lepaskan kau isya.. Sungguh aku tidak mampu menggantikan tempat izz walaupun seinci.. Yaa aku cintai kau tapi tidak semua cinta harus dimiliki.. " Fatah berdialog di hati.

" Bodoh! .. Yang dato tembak izz dah kenapa.. Kenapa tak tempat perempuan jalang tu ".. Ziela menepuk dahinya.

" Ehh dah cukup baik tau kau tak kena cerai.. "

" Masalah nya sekarang kau tembak kat kawasan awam heii itu mahkamah dato mahkamah.. Cctv ada kat merata tempat.. Tak sah² kereta dato akan kena cam " ziela bengang.

".. Kemas barang sekarang kita lari dari sini.. "

" Good idea " ziela baru ingin berganjak tapi terhenti sebaik bunyi loceng rumah dato tersebut di tekan.

Ziela membuka. Terbeliak mata ziela sebaik melihat dua orang polis berada di hadapan pintu pagar rumah mereka.

" Awak Nur Ziela? " kata polis tersebut.

" Saya encik.. Ada yang perlu saya bantu ".. Ziela berpura² memaniskan muka.

" Siapa tu ziela? "..

" Kamu berdua terpaksa di tahan atas tuduhan percubaan membunuh dan Dato sila ikut kami untuk di soal siasat bagi tuduhan lain juga iaitu kes langgar lari .. Gari mereka berdua "..

" Ehh encik.. Saya tak salah.. "

Ziela meronta² ingin dilepaskan namun tidak didengari.

" Waris Encik Izz firash ke? " Doktor yang merawat izz keluar setelah beberapa jam menerpa ke arah fatah dan laila.

" Ya.. So izz okay doktor ".. Fatah kelihatan risau.

" So far alhamdulilah kami berjaya keluarkan peluru yang ada kat belakang pesakit cuma dalam beberapa hari pesakit mungkin tidak akan sedarkan diri.. "

" Alhamdulilah.. See isya izz takde apa².. Awak jangan terlalu risaukan dia.. Tu baby awak tu jaga sebaik mungkin.." fatah memandang laila.

" Terima kasih doktor ".. Fatah mengucap.

Laila meluruh masuk ke dalam bilik rawatan izz. Izz yang kelihatan terbaring lemah kaku membatu di hadapannya.

" Izz... Ila datang izz ". laila duduk di bangku yang disediakan dalam bilik rawatan izz.

" Isya.. Saya keluar dulu belikan awak makanan.. Seharian awak tak makan.. Baby awak tentu lapar.. " Fatah menunjuk perut laila yang sudah membesar. Hanya tunggu beberapa bulan sahaja lagi untuk melahirkan.

" Takpe.. Saya taknak susah kan awak ".. Laila menjawab.

" Isya.. No awak tak susahkan fatah pun.. Fatah gi dulu " Fatah meninggalkan laila dan izz.

Laila memandang izz yang terbaring. Laila memandang wajah izz memandang mata izz mengharap izz membuka mata untuknya. Di lihatnya susuk tubuh izz yang terkulai.

" Awak tak ingat janji² kita izz.. Izz kata kat ila yang izz nak jaga ila.. Izz akan sentiasa dengan ila.. Bila ila hilang orang yang ila sayang ila rasa tak guna lagi untuk ila teruskan hidup tapi selepas izz yakinkan ila dengan kasih sayang izz cinta izz.. Ila kuat untuk teruskan hidup sebab ila tahu masih ada orang yang sayang ila.. Sejujurnya ila tak mampu tanpa izz dalam hidup ila.. Apa yang jadi ni buat ila rasa kosong sangat.. Walaupun fatah cuba untuk gantikan tempat izz dalam hati ila tapi sedikit pun izz sedikit pun ila tak bagi ruang.. Malah ila penuhkan ruang dalam hati ila dengan cinta dan kenangan kita izz.. Kalau izz sayangkan ila.. Izz bangun.. Buka lah mata izz saat izz buka mata izz ila ada dengan izz.. Ila sayang izz ".. Laila menangis menahan sedu.

Fatah yang mendengar tidak jadi menanyakan makanan apa yang hendak laila inginkan. Langkahnya lemah menghindari bilik rawatan izz. Sedar dirinya tidak layak mendapat tempat di hati laila.

2 hari kemudian...

Laila yang terlelap sambil menundukkan kepalanya di sisi izz terkejut sebaik kepalanya di belai lembut.

" Izz.. Awak dah sedar " Laila memandang izz yang kelihatan masih lemah.

" Laila.. " Izz berkata tapi masih separuh berbisik mengumpul tenaga untuk berkata pada orang yang terlalu dirinduinya.

" Izz.. Awak tak perlu banyak cakap awak rest.. Awak nak makan.. Atau nak minum.. Saya pergi ambilkan " Laila sudah berdiri dari tempat duduknya.

" No need.. I just need you.. Cukuplah pandang wajah ila buat izz kenyang.. Izz taknak ila jauh² dengan izz.. Izz tak kuat "..

" Tak boleh lah.. Awak kena makan juga kena kumpul tenaga.. Barulah awak cepat sihat macam dulu.. " Laila sengaja menceriakan izz.

" Okaylah².. Call jer servis yang boleh hantarkan makanan.. Tu dah sarat sangat tu tak payah jalan.. "

" Hmm " Laila mengambil telefonnya yang diletakkan di atas meja sebelah kiri izz.

" Laila isya.. " Izz berkata sambil mengamati wajah laila.

" Yer izz awak nak apa² lagi "..

" Tak.. Saya cuma rindukan awak ".

Laila diam. Perlahan² mengukir senyuman. Semoga ini permulaan mereka untuk memulakan semula perkhawinan laila.

" Saya rindukan awak juga.. " Laila menjawab lembut. Sungguh rindu itu berat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience