Bab 11

Romance Completed 14690

" Kalau benda tu sampai kat tangan Izz.. Masak kita Dato " kata seorang lelaki berambut panjang itu.
" Takpe.. Aku nak kau cari salinan yang baru.. Dan make sure kali ni budak mentah tu tak menyusahkan kita.. " Kata lelaki separuh abad yang sedang menahan amarahnya.
" Baik Dato " lelaki berambut panjang itu mengangguk dan berlalu pergi.

" Izz taknak lah makan kat tempat ni " Ila menarik tangan suaminya sebaik izz memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran mewah dan mahal.

" Hish... Dah berhentikan.. Jom jerlahh " Izz menarik tangan isterinya.

" Baik awak simpan duit awak.. Kita makan kat warung² jer ke.. Jomlahh saya tak biasa lah nak makan kat tempat macam ni. "

" Nak saya dukung bawa masuk dalam ke atau nak jalan sendiri " ugut izz.

Laila mendengus kasar. Dia mendahului izz. Laila yang tidak perasan sebuah motorsikal menuju ke arahnya. Laila memusingkan badannya mencari izz tidak semena-mena seorang lelaki yang menaiki motorsikal itu menolak laila.

" Izz! " Laila menjerit seusai dirinya sudah terhempas jatuh.

" Laila " izz menyimpan telefonnya sebelum berlari ke arah isterinya. Izz memandang motorsikal yang melanggar laila. Izz tersentak tanpa disuruh izz sudah pun mendukung isterinya masuk ke dalam perut kereta.

Laila hanya mendiamkan diri. Lututnya yang berdenyut² di pegangnya. Kain baju kurungnya yang terkoyak sedikit di pandang izz berserta ada darah yang mengalir. Izz menggengam penumbuknya geram. Izz menghidupkan enjinnya selepas memberitahu akan ke rumah Daddynya. Laila mengganguk perlahan. Hilang rasa lapar yang dirasainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience