Bab 23

Romance Completed 14690

Deringan telefon izz mengejutkan izz dari lenanya. Tertera nama Ziela di skrin telefonnya.

" Hello.. "

" Baby.. U dah bangun ke belum ni..? " Kedengaran rengekkan zielq di hujung talian.

" I dah bangun sayang.. Lagipun majlis kitakan petang.. Bagilah i rest jap.. "

" Everything okay? ".. Ziela bertanya.

" Okay baby.. " Izz mencari² laila apabila kelibat laila melalui biliknya yang tidak tertutup rapat.

" Jumpa u petang ni.. I love you "..

" I love you too ".. Izz bangun mencari laila.

Izz menjenguk keluar. Laila yang sibuk mengangkat beg pakaiannya tidak menyedari izz memandangnya. Laila mengenakan baju kurung yang berwarna pink lembut dan rambutnya dilepaskan sahaja.

" Kau nak pergi mana ni? ".. izz berkata.

Terkejut laila saat mendengar suara suaminya.. Laila mengurut-urut dadanya. " Awak ni buat saya terperanjat jer "

" Ni dengan beg besar ni kau nak ke mana pagi² ni.. Kau jangan lupa petang ni.. Majlis aku dengan ziela.. " Izz berpeluk tubuh.

" saya rasa lebih baik kalau saya keluar dari rumah ni.. Tapi awak jangan risau tau.. Saya akan datang majlis awak.. Nak juga saya tengok suami saya ni bersanding.. " Laila berkata. Terlupa sesuatu..

" Aku.. "

" Ehh.. Maaf awak.. Saya tak berniat nak berkata macam tu.. Maaf " Laila tidak memandang izz. Suami? Tak laila jangan lupa lepas ni kau dah takda hubungan dengan izz.. Lupakan dia.. Lupakan..

Laila mengangkat beg pakaiannya. Izz yang memandang simpati melihat laila yang keberatan dengan serta merta diambilnya beg pakaian laila tanpa laila meminta bantuan.

" Sayang juga awak kat saya izz.. ".. Laila mengukir senyuman. Berikan laila sedikit kebahagian agar nanti bila ditinggalkan ada kenangan yang akan tinggal. Cukuplah kenangan yang mengantikan tempat untuk dirinya dicintai.. Cukuplah kenangan yang ada dibawa bersama dengan dirinya yang tersakiti.

Jeda.

" Laila.. Tolong aku kejap.. Tolong aku butangkan ni " Izz memanggil laila sambil menghulur butang baju melayunya..

" Meh sini ".. Laila menyambut huluran suaminya. Satu per satu tangannya membutangkan baju melayu suaminya. " Hensemnya suami saya ni.. " Laila mengemaskan lagi baju melayu izz yang kusut. Izz merenung wajah isterinya. Masih mampu mengukir senyuman.. Izz memegang kedua bahu laila.

" Aku nak kau jaga diri kau bila aku dah takda dengan kau.. Aku nak kau jaga makan minum kau.. Bila kau dalam kesusahan kau jangan segan hubungi aku.. Anggaplah aku ni kawan kau.. " Izz berkata. Jelas masih risau pada isterinya.

" Saya pandai jaga diri... Izz semoga awak bahagia.. Terima kasih izz dengan apa yang awak dah berikan pada ila..ila hargai sangat².. Halalkan segalanya izz.. Ila harap ziela mampu bahagiakan izz tak seperti ila yang tak mampu bahagiakan izz.. Dalam hati ila ni secebis pun tak pernah menyesal kenal izz malah ila bersyukur Allah pertemukan diri ila dengan izz.. Terima kasih sebab sanggup berkongsi sedikit kebahagian pada ila.. Mungkin pertemuan kita menjadi yang terakhir.. Ila minta ampun sekiranya ila gagal menjadi isteri yang terbaik buat izz ".. Panjang lebar laila berkata. Izz terdiam tidak tahu hendak mengatakan apa lagi

" Aku nak kau khawin dengan lelaki yang dah buat kau mengandung.. Aku taknak dia sia²kan kau..Kalau aku tahu dia abaikan kau.. Jangan hairan kalau mayat yang ada depan rumah kau nanti.. " Izz memberikan peringatan.

Laila tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum. Tidak juga mengiyakan. Tidak lama beberapa minit kemudian. Izz dipelawa untuk ke ruangan hadapan sebaik pengantin perempuan telah tiba.

Ya Allah kau kuatkan lah aku untuk menjalani ujian mu Ya Allah.. Laila melihat izz berlalu pergi menjauh darinya. Izz.. Ila sayang izz.. Laila mengesat air matanya sebelum berjalan ke hadapan mengejar suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience