Bab 12

Romance Completed 14690

Izz memakirkan keretanya di halaman rumah banglo milik Daddynya. Izz memandang laila.

" Boleh jalan tak.. Nak saya dukung " izz mempelawa.

" Saya bukan baby nak kena dukung " Laila membuka pintu kereta izz.

Terlihat Mertuanya sedang tersenyum menyambut kedatangan menantunya. Selepas bersapa-sapa laila meminta izin untuk ke bilik. Tidak mampu berdiri lama dengan lututnya yang membengkak.

Selepas beberapa jam terlelap, Perut laila berbunyi menandakan dirinya kelaparan. Laila perlahan² menuju ke dapur. Langkahnya terhenti bila terdengar perbualan izz dan bapa mertuanya.

" Dia kan dah sah dengan kamu izz.. Malam ni kalau pak long mak long kamu tanya nak jawab apa? " perlahan daddy izz bersuara.

" Cakap jerlah.. Anak angkat daddy ke.. Pandai² lah daddy bagi alasan.. Yang penting izz taknak Laila dikenalkan pada orang ramai.. Izz taknak orang tahu pun izz dah khawin ". Izz berpeluk tubuh. Laila terdiam. Langkahnya terhenti. Baru beberapa detik suaminya sudah membuangnya. Laila mengetap bibir.

" Izz tak boleh buat macam tu "

" Izz ada sebab kenapa izz taknak.. Tolonglah daddy.. Selepas party ni.. Izz dan ila akan balik " Izz meninggalkan daddynya dan berpaling menuju ke tangga dengan niat ingin mengejutkan laila. Tersentak izz sebaik laila berdiri di hadapannya. Laila kaku.

" Dah berapa lama ila berdiri kat situ ".. Izz terkejut berharap isterinya tidak mendengar perbualannya.

Laila tidak menjawab sebaiknya perlahan² melangkah tanpa menghiraukan izz. Izz mendengus perlahan. Pasti ila terdengar. Kata hatinya.

" Laila.. Kaki dah okay "..Sapa Dato muhammad.

" Laila okay.. " Laila berjalan perlahan². Izz datang ingin memapahnya. Kedengaran bunyi loceng ditekan bertalu-talu pasti tetamu daddy dah sampai bisik hati laila. " Takpe.. Saya okay " Laila menjauh apabila izz mendekatinya.

" Ila.. Awak tengah sakit tu takkan.. "

" Izz.. Dah besar kamu yer.. Ehh ni siapa? " Laila mengukir senyuman paksa kepada wanita yang menyapa izz.

" Saya anak pembantu rumah Dato muhammad.. " Spontan laila menjawab. Izz berpaling merenung wajah laila yang jelas berubah.

" Ohh.. Maid.. Bawakan i tisu jap boleh.. "

" Mak Long.. Actually she.. "

" Baik puan " Laila memotong ayat suaminya. Laila memaksa dirinya berjalan ke dapur dalam keadaan terhinjut² menahan bengkak di lututnya.

Laila menuju ke sebuah kabinet lalu mengeluarkan tisu sekotak.

" Letak kat situ " Izz merampas kotak tisu dari tangan laila. " Bik.. Hantar ni pada Mak Long saya ".. Izz mengarah.

" Baik tuan" kata pembantu rumahnya.

" Laila.. Saya nak minta maaf pasal apa yang awak dengar tadi.. Saya sebenarnya.. " Telefon izz berdering menghentikan perbualannya dengan laila. Izz melihat penama pemanggil Baby Ziela. Izz mematikan punat panggilan.

" Saya nak lalu " Laila tidak mengendahkan izz. Terhenti pergerakannya sebaik dirinya dikepung oleh kedua tangan sado suaminya.

" Awak tak lapar ke? "

" Tak ".. Selepas beberapa saat kruk kruk kruk.. Bunyi perutnya. Laila mengetap bibirnya. Izz tersenyum kecil.

" Meh.. Saya papah awak ke bilik kejap lagi saya hantarkan makanan awak makan kat bilik jer "

" Kenapa sebab malu mengaku saya ni isteri awak ".. Laila menepis tubuh suaminya.

Izz hanya membiarkan laila berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience