Bab 8

Romance Completed 14690

" Izz pelan sikit.. " Laila menarik tangannya. Izz memandang tangan laila yang lebam membiru.
" Masuk kereta cepat " Izz membukakan pintu keretanya dan menunggu isterinya masuk dahulu sebelum dirinya bergerak ke tempat pemandu. Telefon laila berdering. Tertera nama AYAH di skrin telefon bimbitnya.

" Hello Assalamualaikum ayah.. " Laila memulakan bicara. Sungguh rindu pada satu² ayah yang di miliki sebelum ibunya meninggal ketika melahirkannya.
" Maaf ini dari pihak hospital " Kedengaran bingit di hujung talian. " Ini Laila isya? "
" Yaa saya.. " Laila tiba² berdebar.
" Sila datang ke hosital.. Ayah awak terlibat dalam kemalangan "

Laila tergamam. Air matanya mula menitis.. Izz yang melihat terkejut.
" Ila kenapa dengan ayah " izz bertanya.
" Kita ke hospital sekarang.. Ayah terlibat dengan kemalangann"

Laila cuba menenangkan dirinya. Adakah dia akan kehilangan ayahnya.. Izz mengenggam tangan laila cuba untuk menenangkan isterinya. Sesampainya mereka berdua di hospital. Laila mencari² bilik rawatan ayahnya. Kelihatan makcik dan pakciknya menangis teresak² sambil bergilir masuk ke bilik rawatan ayahnya.

" Awak waris mangsa? " kata seorang polis yang tiba² muncul.
" Mangsa? " mangsa apa ni encik " laila seperti tidak puas hati.
" Encik johan keluarga awak? "
" Yaa dia ayah saya ".
" Ayah awak terlibat dengan kes langgar lari.. Kami akan sedaya upaya akan menangani kes ini "
"Ayahh.. " laila meluruh masuk ke dalam. Terkedu laila saat ayahnya telah ditutupi dengan kain. Terasa hancur hatinya saat dia tidak mampu bersama ayahnya. " Ayahh bangun ayah.. Jangan tinggalkan ila ayah.. Ayah ila merayu ayahh.. " Laila mengoncangkan tubuh ayahnya yang sudah pun kaku.
" ila jangan macam ni " izz cuba menenangkan isterinya.
" izz.. Ayah tengah tidur kan.. Ayah tidur kann" laila cuba menafikan kenyataan.
" Laila isya.. Ayah dah takde "
" Tak! .. Awak jangan nak memandai².. "

Izz terasa sebak, lantas tangannya menarik isterinya ke dakapannya. Tidak sanggup melihat laila menangis teringat saat dia kehilangan mummy nya yang juga akibat kemalangan.

Selesai sahaja penguburan ayahnya, laila masih lagi menangis dan memegang nisan ayahnya.. Masih terasa akan kehilangan ayahnya. Kini hanya dia yang hidup sendiri. Izz memandang laila.

" Izz.. Saya dah takde siapa² dalam hidup saya.. Dulu saya hilang ibu dan sekarang saya hilang ayah.. " Laila mengesat air matanya.
" Awak ada saya ila.. " Izz bersuara.
" Izz janji pada saya awak takkan tinggalkan saya.. Janji izz " laila memandang izz penuh harapan. Izz tidak menjawab hanya mampu mengukir senyuman. Mana mampu dia menjawab sedangkan hatinya ada pada ziela. Perkhawinan mereka terjadi hanya sebab simpati izz pada keluarga isterinya.

Ketika dalam perjalanan izz melunjur jauh ke villanya. Izz mengerling isterinya. Laila yang hanya berdiam diri sambil membuang pandangannya ke luar tingkap.

" ila.. Bangun ila kita dah sampai " Izz mengejutkan laila.
" Kita dah sampai.. Kita kat mana ni izz "
" Dah masuk dulu.. " Izz mengenggam tangan isterinya. Laila menurut.

Barulah laila merasa hidup jauh dari teknologi. Rumah seperti ini idaman laila. Laila memandang izz yang bergegas ke dapur. Laila menuju ke sofa merehatkan dirinya.

" Coffe " izz menghulur. Laila menyambut tetapi tidak meminum kopi buatan suaminya.
"Izz.. Saya rasa kosong sangat.. Saya rasa kehilangan " Laila masih tidak mampu melupakan arwah ayahnya.
" Dah laa.. Saya bawa awak kat sini untuk tenangkan diri awak.. Ayah pasti sedih tengok awak macam ni "
" Jangan tinggalkan saya izz " laila memeluk suaminya. Izz tergamam. Hatinya pula berdegup kencang. No i tak jatuh cinta.. I just simpati.. Berdialog hati kecil izz..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience