Bab 24

Romance Completed 14690

Laila memandang izz yang sudah duduk di hadapan tok kadi. Fatah yang muncul entah dari mana menarik tangan laila ke ruang yang tidak dapat dilihat orang ramai.

" Isya.. Isya tak nak bagitahu izz perkara sebenarnya ke.. " Fatah memandang laila.

" Tak.. Saya tak nak rosakkan majlis dia.. Saya sanggup undur diri.. Demi izz.. " Mata laila sudah berkaca².

" Kalau ila tak nak biar fatah yang bagitahu.. " Fatah memulakan langkahnya. Laila panik.. Di tahannya fatah namun fatah tetap tidak berhenti.

" Aduh.. " Laila meraung kesakitan. Tubuhnya sudah terhempas ke lantai. Fatah serta merta berhenti. Fatah memandang ke arah lantai tidak ada pendarahan. Fatah lega.

" isya okay... " Fatah menghulur tangannya tetapi tidak disambut laila.

" Fatah.. Saya merayu pada awak.. Tolong jangan bagitahu izz.. Saya tak nak izz.. Tak nak dia terluka. "..

" Terluka? .. Awak masih fikir hati dia.. Hati awak? Awak letak kat mana.. Isya.. Jangan disebabkan hati orang lain hati sendiri terluka.. Jangan disebabkan sayang isya pada izz.. Isya sanggup undur diri tanpa memberitahu hal sebenar.. " tegas izz berkata.

" Saya rela.. Saya tak kisah fatah kalau saya dah takde ruang dalam hati dia.. Asalkan izz bahagia sudah cukup buat saya rasa bahagia.. Biarlah cinta izz tidak saya rasakan cukuplah ada kenangan yang mampu buatkan saya rasa bahagia dan awak kalau betul awak nak tolong saya.. Awak cari kan saya tempat yang jauh dari sini dan tak mampu izz temukan.. Tempat di mana saya boleh hidup bersama kenangan yang ada pada saya.. Boleh? ". Laila masih mengukir senyuman.

Fatah merenung laila. Kalau diikutkan hati sudah lama dirinya memeluk laila agar kurang sedikit rasa sakit di hati laila. Namun apakan daya menggantikan izz di hati laila mustahil dirinya mampu. Namun tidak salah jika mencuba. Fatah akhirnya akur dengan kata² laila.

" Semua sudah bersedia " Tok kadi di hadapan izz berkata.

" Sudah" bergema rumah izz apabila suara tetamu yang hadir menjawab.

Laila berdiri di sebalik dinding sambil memandang izz. Fatah hilang entah ke mana.

" Aku nikahkan dikau dengan Nur Ziela binti karim dengan mas khawinnya rm 3600 ringgit tunai.. "

" Aku... Aku. " Izz tiba² teringat laila. Apa kah keputusan yang dilakukannya akan berakhir dengan kebahagiaan.

" Pengantin lelaki.. Sekali lagi.. Aku nikahkan dikau dengan Nur Ziela binti karim dengan mas khawinnya rm 3600 ringgit tunai. "

" Aku.. " lama izz berdiam sebelum menyambung. " Aku terima nikahnya Nur Ziela binti karim dengan mas khawinnya rm 3600 ringgit tunai.. "

" Sah "

" Sah "..

Laila perlahan-lahan tersandar ke dinding.. Tiada lagi air mata buat izz.. Sudah cukup kering sehingga tidak mampu mengalir lagi. Fatah memerhati laila dari jauh.

Selepas kesemua tetamu datang bergambar bersama izz dan ziela. Laila pula perlahan² menuju ke arah suaminya.

" Tahniah.. Selamat pengantin baru.. Semoga kamu berdua bahagia." Laila berkata sambil tersenyum. Semoga hati ini terus melihat kau izz laila berbisik di hati.

" Sama².. Aku harap kau tak lupa jemput kami berdua datang ke majlis perkhawinan kau pula " ziela berkata.. Izz membatu.

" Insha allah.. Semoga kita dipertemukan pada hari yang akan datang.. Kalau tak doakan saja kebahagiaan saya yang mungkin takkan ada terganti " Laila berpaling kira² ingin berjalan meninggalkan izz dan ziela.

" Laila isya.. " Izz memanggil.

Laila mengumpul kekuatannya memandang izz.

" Aku ceraikan kau dengan talak 1 " Izz akhirnya melepaskan laila.

" Izz kau " Fatah yang sudah tidak tahan melihat keadaan yang berlaku akhirnya masuk campur.

" Terima kasih.. Terima kasih pernah hadir dalam hidup saya. Saya harap awak bahagia dengan ziela.. Assalamualaikum" Laila berpaling kali ini tidak lagi menoleh ke belakang.

Ziela tersenyum menang. Akhirnya dia berjaya membuat perempuan kampungan itu pergi dari hidup izz.

" Kau akan menyesal izz.. Menyesal sebab lepaskan laila.. "

Fatah berlari mengejar laila yang sudah hilang dari pandangannya. Izz menghela nafas. Tidak mahu mengusutkan fikirannya. Dirangkulnya pinggang ziela lalu berjalan menuju ke pelamin mereka untuk diajak bergambar oleh para tetamu.

Laila mengangkat beg pakaiannya. Diiringi dengan tangisan. Laila duduk di bahu jalan. Menangis mengenangkan nasib. Bagaimana untuk meneruskan hidup. Ibu ayah.. Laila dah tak sanggup nak lalui semua ni.. Berdialog laila sendiri.

" Isya. " Fatah yang turun dari keretanya terus menerpa ke arah laila.

" Fatah.. Hantar saya jauh dari sini jauh dari semua ni.. Saya tak sanggup lagi.. Saya dah tak kuat untuk lalui semua ni.. " Laila mengangkat wajahnya memandang fatah yang dihadapannya.

" Jom.. Dah awak jangan nangis k.. Saya ada.. Awak naik kereta dulu " Fatah cuba menenangkan laila.

Laila akur. Fatah memasukkan beg pakaian laila ke dalam keretanya. Kereta honda miliknya jauh meninggalkan kawasan rumah izz..

Aku akan rindui semuanya.. Rindu pada tempat ini dan rindu yang paling berat buat kenangan tentang kita. Laila membuang pandangan ke luar tingkap kereta milik fatah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience