Bab 22

Romance Completed 14690

Laila sengaja menyibukkan diri.. Membiarkan izz dan ziela sentiasa berkepit. Laila tidak mahu kelihatan lemah.. Yaa biarlah kali ini dia buat semua ini sebagai tanda sayangnya pada izz. Mungkin juga kali yang terakhir.. Laila memusing² bunga ditangannya lalu diletakkan kemas pada hantaran.. Laila langsung tak berkata.

Izz memandang isterinya. " Dah langsung takde rasa cintakah pada aku.. Dah tiada kah rasa cemburu dalam hati kau laila ".. Bisik hati izz..

" Baby i angkat call jap " Ziela meminta izin. Izz senyum membenarkan.

Laila yang duduk kini berdiri tidak mahu rasanya berduaan dengan izz.

" Benci sangat kan kau pada aku " Izz menarik laila.

Laila memegang tangan izz lalu dilepaskannya perlahan. Izz memandang hairan.. " Jangan lah sentuh² perempuan yang jijik ni.. Nanti ada penyakit pula tangan Encik Izz.. Saya ni bawa penyakit.. Maklumlah.. " Laila sengaja menyindir..

Baru saja izz ingin mengejar laila.. Ziela sudah datang menerpa..

" Baby i gonna go.. I ada urgent nak jumpa client.. I see you tomorrow baby.. " ziela berkata.

" Sure.. Take care sayang.. " Izz mencium dahi ziela. Selepas sahaja ziela pergi. Izz naik ke atas mencari laila.

" Nak ke mana kemas² baju ni.. " Izz melihat laila melipat pakaiannya satu per satu.

" Saya sedia awal².. Tak perlu lah saya mengemas lagi.. "

" Kau duduk jer rumah ni.. Aku dengan ziela akan.. "

" Ehh takpe.. saya masih ada rumah.. Takpe Encik izz saya taknak pun rumah ni.. "

" Kau memang benci sangat kat aku kan.. " Izz mendekati laila. Duduk menghadap isterinya. Dipandangnya wajah laila lama. Lebam di bawah mata laila jelas terpamer. Rindu.. Izz rindu ila.. Izz berdesis namun cepat² di tepisnya.

" Saya tak benci.. Sedikit pun tak " Laila masih giat melipat pakaiannya.

" Pandang aku pun kau dah taknak.. Sayang sangat kau pada lelaki tu ".. Izz berpeluk tubuh.

" Yaa saya sayang lelaki tu.. Saya sangat sayang.. Mungkin selepas ni saya takkan muncul dah dalam hidup awak.. Mungkin selepas ni awak dah tak akan jumpa saya lagi.. Esok hari terakhir saya sah sebagai isteri awak.. Saya minta izin pada awak.. Izinkan saya peluk awak walaupun hanya sekejap. " Laila mengangkat wajah memandang izz penuh pengharapan.

Izz mengangguk. Laila memeluk izz. Erat. Seperti tidak mahu melepaskan.. Laila rindu memeluk izz.. Kenapa takdir kita seperti ini. Semoga bahagia suamiku. Laila melepaskan pelukannya tapi izz pula mula membalas pelukan laila. Tidak mampu menahan tangisan laila akhirnya menangis namun tidak kedengaran pun sedikit suara.

" Aku mungkin tak akan peluk kau macam ni lagi.. Aku nak kau peluk aku puas² sebelum aku pergi dalam hidup kau.. " Izz berkata. Sengaja dia menyuruh laila memeluknya lama. Rindunya pada pelukan awak ila. Izz rindukan kita yang dulu.. Izz hanya mampu berkata di hati.

Semoga hari esok masih ada untuk kita berdua.. Andainya penamatnya sehingga esok sahaja.. Sungguh izz sangat sayangkan ila.. Cuma izz dah tak boleh cintakkan ila seperti dulu.. Terima kasih laila.. Terima kasih kerna mengajar izz erti terluka. Izz menghela nafas.

Share this novel

Siti Rohani Idris
2023-01-29 07:54:38 

yang kau lukakan hati isteri kau berkali Kali tu kau lupa


NovelPlus Premium

The best ads free experience