Bab 14

Romance Completed 14690

" Baby.. " Ziela menghentakkan kakinya sebaik melihat izz meluruh kearahnya.

" Sorry i lambat.. I hantar wife i kat rumah tadi.. " Izz mencium pipi Ziela seperti biasa.

" U dah tak sayangkan i kan.. U dah tak kisahkan i kan.. " Ziela merajuk.

" Hey.. Baby.. No lahh i tak cintakan wife i pun i cuma sayangkan u jer.. Hanya u jer dalam hati i.. I khawin dengan Laila atas simpati i dan atas kemahuan daddy i.. " izz memegang bahu ziela memujuk.

" No.. U dah lain.. U sekarang lebih kan wife u dari i sedangkan kita 4 tahun izz.. "

" Okay i 'm sorry.. Sorry k.. " izz masih memujuk.

" Malam ni u dengan i.. "

" But.. "

" See.. U memang dah.. "

" Okay i ikut u balik "

Laila yang sibuk memasak tidak menghiraukan Roo.. Robot yang dicipta izz untuk membantunya di rumah. Laila menekan butang off pada remote yang boleh memberhentikan robot itu daripada bertindak. Laila mengenakan baju kurung pink lembut dan menguraikan rambutnya yang separas pinggang. Sengaja dia berhias untuk menyambut kedatangan suaminya. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Izz masih lagi belum tiba. Laila menghidang lauk pauk di atas meja.. Laila menyembur minyak wangi pada tengkuk dan lengannya. Laila gelisah.. Sekejap duduk sekejap berdiri.. Laila menjenguk ke luar tingkap.. Kereta izz pun tidak kelihatan. Laila duduk di sofa menanti.. Jam menunjukkan sudah hampir pukul 10 malam. Laila mengambil telefonnya lalu mendail nombor telefon izz.

Berdering telefon yang diletaknya di meja sebelah kirinya. Izz ingin mencapai tetapi Ziela lantas menarik tangan izz.

" I taknak ada gangguan.. Pleasee " Ziela yang berada di atas izz sengaja menggoda. Telefon izz berdering lagi. Kali ini ziela mencium bibir izz sengaja tidak memberikan izz menjawab panggilan dari telefonnya.

Laila berputus asa. Laila membaringkan dirinya di sofa. Berat matanya membuatkan dirinya terlelap di atas sofa.

Keesokkan harinya, barulah izz balik ke rumah. Cepat langkahnya mencari laila. Izz meluruh ke dapur. Kelihatan laila sedang membuang lauk pauk yang ada di atas meja. Laila menyedari kelibat izz tetapi sengaja dia tidak mengendahkan. Laila melipat lengan baju kurungnya. Laila mengambil pinggan yang tidak tersentuh pun makanannya lalu membuangnya ke tong sampah. Pinggannya diletakkan di atas singki.

" ila pasti masakkan untuk aku.. " Desis hati izz.

Selepas siap mengemas dan membasuh pinggan, Laila tidak sedikit pun memandang izz. Laila terus menuju ke bilik. Izz mengekori laila. Laila memulas tombol pintu biliknya izz menahan sebaik laila ingin menutup. Laila membiarkan saja izz masuk. Laila mengambil tuala dan berlalu ke bilik mandi tetapi izz menahannya terduduk laila di katil. Laila tidak memandang izz. Sengaja matanya dialihkan ke lantai.

" Laila.. Sorry.. " izz menggengam tangan laila. Laila tidak menjawab apatah lagi melihat. " ila pandang izz.. Ilaa" izz memegang lembut dagu isterinya agar isterinya melihat dirinya. Laila tidak menjawab. Izz buntu. Laila melepaskan tangannya tetapi izz menggenggamnya semula. " Izz tak kuat kalau ila macam ni.. " izz memeluk laila tetapi di tepis oleh laila.

Laila menarik kasar tangannya dan berlalu pergi ke bilik mandi. Izz menggenggam rambutnya. Izz mendengus kasar dan meninggalkan bilik laila lalu ke biliknya untuk membersihkan diri.

Laila memakai seluar tracksuit dan baju tshirt berwarna pink. Rambutnya sengaja diurainya untuk dikeringkan. Pintu biliknya dikuak. Laila masih tidak memandang izz. Izz yang berseluar pendek paras lutut tanpa berbaju mendekati laila yang duduk mengadap cermin di biliknya.

" Bagilah izz explain.. " Izz berpeluk tubuh masih menanti jawapan laila. Laila membatu. Losyen miliknya di letakkan lembut pada lengannya. Izz memejam mata sebentar suka benar dia pada wangian yang ada pada laila. " ila.. " izz mendepakan tangannya ke dinding sebaik isterinya ingin mengelak darinya. Laila terdiam. Hatinya berdegup kencang. Renungan izz tidak mampu dilihatnya. Merah padam wajah laila menahan malu. Izz mendekatkan dirinya sengaja.

" Izz.. " akhirnya laila bersuara nak memegang badan izz terasa malu. Membahang wajahnya menahan malu. Izz tersenyum suka.

" Boleh pun bercakap.. Tolong bagi izz explain "..

" Explain apa izz.. Takdenya nak explain.. " ila menjawab tapi tidak memandang mata izz.

" Semalam izz ada kerja kat ofis.. Izz penat sangat izz tertidur tak larat nak balik dengan sesak semua tu.. Kalau izz tahu ila masak izz balik "

" Habis fon izz.. Izz campak kat mana.. Ila call banyak kali tak juga terjawab.. ke Izz dengan ziela " ila berpeluk tubuh. Hah ambik kau nak sangat berdebat. Izz berlagak cool walaupun hatinya berdegup kencang saat nama ziela dipetik isterinya.

" Apa pula ziela ni.. Takdelah izz betul tidur kat ofis. Ziela dengan izz hanya kawan jer.. Kawan biasa " Izz menafikan.

" Ohh kawan sampai berpeluk cium bagai.. Elok benar prinsip kawan awak ni yer izz.. Kalau macam tu kalau saya ada kawan lelaki.. Ila boleh lah peluk cium lelaki tu "..

" Laila isya! " Izz meninggikan suara. Tercabar dirinya saat laila berkata peluk dan cium lelaki lain. Baginya hanya dia saja yang mampu berbuat begitu pada laila. Laila haknya.. Hak milik sepenuhnya. " Kalau izz dapat tahu ila buat macam tu.. Izz akan make sure lelaki tu mati "..

" Habis dengan ziela tu.. "

" Apa bukti ila tuduh izz macam tu "

" Ila nampak sendiri izz.. Dari pertama kali ila jejak kaki kat sini.. Bodoh sangat ila boleh percaya izz.. Ila ingatkan izz dah tak ada hubungan dengan ziela.. Tapi ila ada bukti kukuh nak cakap "

" Bukti apa Laila isya "

" izz pergi cermin izz tengok sendiri " Laila menolak izz.

Izz melihat dirinya di cermin kesan gigitan ziela masih jelas di dadanya. Shit! Izz menahan geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience