BAB 1

Romance Series 2158

Adrian melemparkan pandangannya ke taman bunga kecil milik mamanya. Cawan berisi coklat panas di hirup nya perlahan. Tiba-tiba dia merasa bahunya di tepuk perlahan, pantas dia memalingkan kepalanya ke belakang untuk melihat gerangan siapa yang menepuk bahu nya.

"Papa?? " Adrian senyum nipis.

Dato Hisham turut tersenyum. Hajatnya untuk keluar terbantut apabila melihat anak terunanya termenung jauh. Dia mengambil tempat berhadapan dengan Adrian.

Adrian membetulkan duduknya. Wajah tua milik papanya di pandang.

"Termenung jauh nampak. Kamu ada masalah dekat office ke? " tanya Dato Hisham.

"Tak adalah pa. Papa jangan risau lah, kan si Amsyar ada untuk tolong Ian. " Adrian menghirup hot chocolate nya. Dia melarikan matanya daripada menentang mata papanya.

"Bercakap pasal Amsyar, macam mana kerja dia?? Ada peningkatan?? " Adrian termenung sekejap apabila soal adik nya di persoalkan.

"Ian?? I'm asking you. How's Am at the office?? " suara papa nya sudah bertukar tegas. Adrian terdiam sebentar, otaknya sibuk merangka ayat yang sesuai.

"He's fine. Ian suka dengan kerja dia. Papa jangan risau la dengan Am. " kata Adrian. Hot chocolate nya yang masih berasap di pandang sepi.

"Bagus lah kalau begitu. Kamu pun tolong la adik kamu tu dekat office. "

"Ye la pa. Eh, papa tak keluar ke? "

"Mujur lah kamu tanya, Ian. Papa pergi dulu. Papa nak pergi jumpa dengan pak long kamu, si Humaira baru bersalin semalam. " Dato Hisham menuju ke garaj. Adrian hanya menghantar pemergian papa nya dengan mata.

Dia melambai ke arah papa nya apabila papa nya membunyikan hon kepadanya. Dia mengeluh panjang. Tiba-tiba bunyi tepukan menyapa gegendang telinganya. Dia tidak berpaling ke belakang.

"Pandai kau kelentong papa ek." kata Amsyar. Dia sedang menyandarkan belakang tubuhnya di sliding door sambil memandangnya .Dia mengatur langkah menghampiri Adrian lalu mengambil tempat papa tadi.

"He's fine. Ian suka dengan kerja dia. " Amsyar mengajuk Ian. Dia mencapai mug berisi hot chocolate milik Adrian lalu dengan selamba dia meminumnya.

"Anyway thanks la bro. " Amsyar menepuk bahu milik Adrian. Dia sudah berura-ura untuk pergi namun terhenti, dia berpaling sambil berkata.

"Tapi...." Amsyar mencekak kolar baju Adrian. Adrian terdorong ke depan tetapi dia masih selamba. Dia merenung anak mata Amsyar, menunggu kata-kata yang seterusnya.

"Kalau kau cakap dekat papa belang sebenar aku, aku akan buat kau pergi dari rumah ni macam dulu. " bisik Amsyar lalu melepaskan kolar baju Adrian. Dia berlalu pergi.

Adrian mengeluh lalu tangannya membetulkan kolar bajunya.
"Still tak berubah. "

***

"Irdina. Bangun, sayang. " ujar seseorang. Terasa bahuku ditepuk perlahan. Kelopak mataku terasa berat untuk di buka. Rasa mengantuk masih menguasai diri tetapi suara ini seperti pernah aku dengar.

"Alvin, awak ke tu?? " tanyaku. Walaupun wajahnya masih belum aku tatap tetapi suaranya seakan-akan sama dengan pelakon itu.

"Ya. Ni saya, Alvin yang awak suka tu. I'm here for you. " ujarnya. Aku sudah tersenyum ke telinga biarpun mata aku tertutup. Ahhh indah sekali ayat itu.

"Sekarang awak bangun ye. Mama dah tunggu dekat bawah. " katanya lagi. Aku pantas menyelak gebar yang menyelimuti diri ku dengan mata tertutup.

"Alvin.... " panggil aku meleret-leret.

"Ya. " dia menyahut.

"Say that you love me please. " rayuku.

"Anything for you, sayang. " aku merasakan hembusan nafasnya di tepi telingaku. Awww dia nak bisik dekat telinga... So sweet..

"Hoii!!! Irdina Safiyah!! Kau bangun sekarang bukak mata kau tu, dah la air liur basi bertempek dekat bibir tu. Ya Allah cuba kau lap sikit!! " dia menjerit di tepi telingaku. Aku segera menjauhkan kepalaku, mataku sudah terbuka luas, rasa mengantuk yang menguasai diriku tadi sudah hilang.

"Solat entah ke mana!? Kau solat tak Subuh tadi!? Ya Allah tengok tu, tahi mata dia, besarnya, sebesar coklat mentos dah aku tengok!! " aku menggosok-gosok telingaku.

"Ilham Zakri!! Kau dulu masa kecik memang telan mikrofon ke? Nak kejut orang, memang tak boleh sopan sikit ke. " aku memandang abangku. Dia selamba sahaja mengorek telinganya dengan jari di hadapanku.

"Dah tu, kau nak aku kejut kau macam mana? Kau nak suruh aku duduk tepi kau, main-main rambut kau macam mama selalu buat?? Lepastu panggil, adikku bangunlah dari tidurmu. Bangunlah adikku. Begitu??" tanya Ilham.

"Yeah, i love that way. " aku mengangguk sambil tersengih.

"Eii tak kuasa aku. Kau dah sembahyang Subuh belum?? " tanyanya lagi. Sememangnya abangku yang seorang ini mementingkan soal solat dan agama.

"Dah. Lepas sembahyang aku sambung tidur balik. " jawabku. Aku menggosok-gosok sebelah mataku sambil memandangnya yang masih berdiri di hadapan ku.

"Kau bangun and mandi cepat lepastu turun makan. Mama dengan papa dah tunggu dekat bawah." arahnya.

"Aku tau kau baru sampai semalam. Jangan kau pergi tidur dalam tab mandi tu pulak. " katanya lagi. Aku tersengih lagi, memang aku baru sampai semalam dari abroad selepas menamatkan pengajian ku di sana.

Aku membuat tanda OK dengan tangan. Dia menghampiriku sebelum menghulurkan satu bar coklat Dairy Milk perisa Hazelnut kepada ku. Omg my favourite.

Aku pantas mengambilnya dari Ilham. Dia tersenyum, sebelah tangannya naik mengosok rambut panjang ku. "Selamat pulang adik. "

"Thank you, abang!! I love you. " ucapku lalu memeluknya.

Dia membalas pelukan ku kejap. Aku memang manja dengan ahli keluargaku, anak bongsu la katakan. Aku paling rapat dengan Ilham kerana dia merupakan orang yang paling memahami aku.

Aku masih ingat apabila kedua orang tua ku ingin menghantarku ke sekolah berasrama aku menangis kerana aku tidak mahu tetapi aku langsung tidak membantah . Ilham menghalang mama dan papa daripada membawa aku pergi. Dia menjelaskan semua nya kepada mereka dan aku tidak di hantar ke sekolah itu.

Ilham meleraikan pelukan. "Dah la busuk, tak mandi. Nafas pun berbau, tak gosok gigi. Lepastu peluk orang, kita yang dah mandi pula jadi busuk ." aku menjelirkan lidah.

"Keluar kau sekarang. Aku nak mandi. " aku menghalaunya. Dia merapati pintu kamarku lalu keluar.

Aku menilik coklat yang berada di pegangan ku. Aku mengoyakkan pembalutnya namun perbuatanku terhenti apabila suara abangku menyapa gegendang telinga.

"Aku tahu coklat yang aku beli tu sedap. Tapi,pergilah gosok gigi dulu. Kau tu perempuan, kalau orang tahu, mesti tak ada orang yang masuk meminang kau. " katanya di sebalik pintu. Aku merengus lalu menghentak kaki ke lantai sambil menjerit namanya.

***

"Mama, selamat pagi!! " ujarku apabila menuruni tangga. Semua pandangan terarah kepadaku. Tanganku ligat mengikat rambut ku yang panjang. Ponytail menjadi pilihanku.

"Dina ni buat terkejut mama je lah. " kata mamaku, Puan Alia.

"Mama je? Papa tak ada? " tanya papaku, Encik Amirul.

"Papa jealous ke? " tanyaku bersama ketawa. Papaku yang tadi sibuk memegang suratkhabar terus meletakkan ia ke tepi. Huluran pinggan dari mama terus di sambutnya. Dia tersengih sebagai jawapan pertanyaanku.

"Makan dulu, lepas ni baru sambung sembang. " kata mamaku. Dia menghulurkan pinggan berisi nasi goreng kepada aku dan Ilham.

Ilham mengambil tempat di sebelahku. Ibu membawa pinggan berisi ayam goreng ke meja makan. Wahh peha ayam. Mataku bersinar-sinar.

Aku mengangkat tanganku pantas untuk mencapai ayam itu tetapi Ilham lagi pantas. Dia mengambil ayam itu lalu terus di gigitnya.

Aku merengus geram, dah la peha tu ada satu je. Aku menghentak meja apabila Ilham memejamkan matanya sambil mengunyah isi ayam itu. Sengaja nak sakitkan hati aku. Mama dan papa hanya menggeleng melihat kelakuan aku dan abang.

"Dina ambil yang lain. Ada banyak lagi tu." kata mama.

"Nak tak?? " tawar Ilham. Dia menghulurkan peha ayam yang sudah di gigitnya, dia tersenyum sinis. Aku menjelingnya sebelum mengambil dada ayam. Aku dengar dia ketawa, aku mengetap bibir. Dia memang sengaja nak kenakan aku.

Nasi goreng dimakan dengan hati yang panas. Sedap. Aku makan lagi dan lagi. Masakan mama memang tiada tandingannya. Tiba-tiba aku nampak peha ayam melayang masuk ke dalam pinggan ku.

Aku memandang Ilham, dia tersengih. "Oppss, ayam tu terbang masuk dalam pinggan Dina pulak. Minta maaf lah ye. Ayam ni degil. " katanya lalu mengambil peha ayam itu.

"Mama papa tengok Ilham. Dia sengaja nak kenakan Dina. " aduku.

"Ilham. " panggil papa. Aku tersenyum, sebelah keningku terjongket apabila dia menundukkan kepala. Tau takut..

"Bagus, papa setuju apa yang kamu buat tu. " senyumku mati. Mulutku ternganga. Papa pun masuk air dengan Ilham. Aku ingatkan dia nak back-up aku.

"Papa... Apa ni?? " aku merengek manja. Papa ku hanya memberikan sengihan.

"Oh yeah... Dua lawan satu. " kata Ilham. Dia sekali lagi melayang-layang kan peha ayam itu di hadapanku. Tak habis-habis lagi peha ayam itu.

"Ilham!! Sudah-sudah lah sakat adik kamu tu!! Kamu dah besar, ada syarikat sendiri dah pun, masih nak berperangai macam budak-budak!! " mama memarahi Ilham. Aku menunjukkan thumbs up kepadanya. Biar padan muka.

"Awak pun sama dengan Ilham. Dina tu baru sampai semalam dah nak sakat dia habis-habisan. " papa diam menikmati nasi gorengnya. Senyuman ku melebar. Apabila permaisuri membuka mulut, habis semua terdiam.

Aku bangun dari tempat duduk lalu membawa pinggan kotor ke sinki. Aku meletakkan pinggan itu lalu membasuh tangan. Aku menutup pili air lalu memusingkan badan untuk ke ruang tamu.

"Hoii!! Pemalas!! Siapa nak basuh pinggan kau ni!! " jerit Ilham apabila dia masuk ke dapur.

"Abang lah basuh,siapa lagi!! " laungku dari ruang tamu. Aku tersengih apabila aku mendapat idea untuk mengenakannya. Kau tunggu Ilham, suka sangat kau kenakan aku eh.

Aku merapati mama dan papa yang sedang rancak berbual. "Dah habis makan kan?? " tanyaku. Mama dan papa mengangguk.

Aku memegang pinggan mama dan papa pada tangan sebelah kanan. Gelas pula aku pegang di tangan sebelah kiri. Aku memasuki dapur lalu menghampiri Ilham yang sedang mencuci pinggan.

"Hon bas berbunyi pon pon. Pon pon pon pon pon pon." aku menyanyi mengikut Didi friends. Ilham memandangku pelik, aku membalasnya dengan senyuman manis lalu aku terus meletakkan pinggan dan gelas ke dalam sinki. Dia melopong.

"Ni siapa nak basuh ni?? Takkan aku pulak!? "

"Memang kau pun yang kena basuh !!" aku pantas melarikan diri apabila dia menjerit namaku. Aku gelak besar.
Padan muka.

Aku duduk di atas sofa sebelum mencapai majalah lalu membelek-belek setiap helaian. Mama dan papa turut duduk di atas sofa yang sama sambil memandangku.

"Dina dah decide ke company mana yang Dina nak apply kerja?? " tanya mama tiba-tiba.

Belekanku terhenti. Aku menutup majalah lalu di letakkan di atas riba.

"Mama tudung mama senget. " kataku. Jariku menuding ke arah tudungnya.

"Jangan nak tukar topik. " kata mama. Ada nada tegas di situ. Aku mengeluh.

"Belum lagi. Dina rasa Dina nak rehat dulu . Ye la Dina kan baru habis belajar. " kataku. Memang aku mahu berehat dulu sebelum mencari kerja. Bayangkan, lepas tamat pengajian dah nak cari kerja, penat tau. At least bagi la rest seminggu dua.

Kepala papa terangguk-angguk . "Dina tak payah la apply kerja dekat company lain. Kerja dengan Ilham, ya. "

"Arghh tak payah. Ilham tak setuju. Nyah kau dari company aku. Tak cukup dekat rumah aku menghadap muka kau, takkan dekat office aku nak menghadap muka kau lagi. " tidak sempat aku menyatakan persetujuan, Ilham sudah membalas sebelumku.

"Ilham..... " panggil mama.

"Sorry mama. " pintanya. Dia merapati kami dengan baju yang sedikit basah di bahagian bawah. Aku menutup mulut apabila ketawa ku ingin meletus.

Ilham memandangku sebelum punggungnya dilabuhkan ke sofa single. "Kau dah kenapa?? " tanyanya.

"Baju basah tu... Baru lepas cuci pinggan ke abang? " aku sengaja bertanya untuk menyakitkan hatinya.

Dia memandang bajunya sebelum menjelingku. "Nak harapkan kau basuh pinggan alamatnya tunggu mama tumbuh janggut dulu la. " Ilham menunjuk ke arah mama.

Aku menghiraukan nya. Majalah yang berada di atas riba, aku belek semula. Mata ku bergerak ke kiri dan ke kanan membaca setiap bait-bait ayat yang di cetak.

Aku membelek ke helaian yang seterusnya. Mataku terbuntang luas.

"Aaaaaa Alvin!!! Ya Allah kenapa kau hensem sangat!! " aku menjerit apabila gambar Alvin terpapar satu muka penuh pada helaian majalah yang aku pegang.

"Opocot! " latah Ilham. Handphone di tangan nya sudah terpelanting jatuh ke lantai, terkejut punya pasal. Mama dan papa sudah mengurut dada masing-masing. Tiga pasang mata terarah kepada ku yang sedang menekup mulut.

"Hei!!! Kau jerit tak boleh nak kuat lagi ke?? Biar pecah siling rumah ni. " kata Ilham. Dia membongkokkan tubuh nya mengambil handphone yang jatuh.

"Aku bukannya apa. Teruja tengok gambar si Alvin Chong ni. Satu muka penuh tau gambar dia. " aku menunjukkan majalah itu.

Ilham melihatnya tanpa perasaan. "Kau ni dengan apek ni pun boleh sangkut. Dah la mata sepet. "

"Korang berdua ni dah kenapa? Sepet la apek la. Mujur tak ada opet yang dalam cerita Upin Ipin tu." tegur papa.

"Abang, dia panggil Alvin Chong apek. " aduku. Bibirku sudah memuncung.

"Laa betul lah. Si Intan dalam drama tu pun panggil dia apek kan. "

"Malas Ah aku nak layan kau. " kataku sebelum menyambung membaca majalah. Arrh Alvin, kau buat ku terpaku.... Senyuman tidak lekang di bibirku.

Bunyi telefon mama yang berdering sedikit menganggu ku. Aku melihat mama di sebelahku.

"Dina, Lisa call. Dia nak cakap dengan kamu. " mamaku menghulurkan telefonnya. Aku mengambilnya lalu melekapkan telefon di telinga. Lisa merupakan sahabat baik aku. Kami berkawan sejak sekolah rendah lagi, namun kami erpisah apabila masing-masing menyambung pelajaran.

"Hello. "

"Woi!! Balik tak inform aku!! Apa punya sahabat, kau ni kan!! " marahnya. Ya Allah bingitnya. Aku terpaksa menjauhkan telefon dari telinga.

"Kau ni cakap ke jerit? Sakit telinga aku ni. "tegurku. Aku mendengar dia ketawa.

"Sorry lah. Eh, kau free tak lusa?? "

"Asal?? " tanyaku.

"Kita nak pergi serang orang. " mataku meluas. Ini yang aku suka ni. Dah lama aku dan geng-geng aku yang lain tak serang orang.

"Who's our target? " tanyaku tak sabar-sabar.

"Suami Linda. " kata Lisa.

"Okay set. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience