BAB 4

Romance Series 2158

   Hari pertama kerja memang meletihkan. Iya ke letih kerja cleaner??  Eleh korang tak kena lagi memang la boleh tanya camtu, cer hengkorang buat kerja rumah. Mahu berpeluh satu badan.

   Tetapi aku dikira bernasib baik kerana di tugaskan di floor paling bawah means tempat Hana bekerja. At least ada juga la peneman untuk di ajak berbual.

  Dibuatnya aku kena di tugaskan di tingkat yang atas-atas dengan pekerja-pekerja yang langsung aku tak kenal, mahu bisu mulut aku yang sememang becok ni.

   "Hoii!!" segala lamunanku berkecai apabila di sergah oleh abangku. Aku lihat dia masih berpakaian kerjanya, biarpun sudah hari sudah petang.

   "Kau ni tak reti nak tukar baju dulu ke??  Masam ah bau. " aku menutup hidungku. Dia mengerutkan dahi.

  "Kau demam ke dik?? " tanya abangku, tangan kasarnya melekap di dahiku. Aku mmembiarkannya, tidak menepis seperti selalu.

   "Tak panas pula. Aku baru je sampai rumah, kau tak perasan ke? " aku menggeleng, aku melayannya acuh tak acuh. Aku mendakap tiang tangga sambil termenung.

   "Kau pun, kenapa duduk dekat tangga, pakai baju baju bunga-bunga pulak. " Ilham mengambil tempatnya di sebelahku.

  "Aku tengah tunggu orang datang meminang aku. " selorohku. Abangku ketawa mengilai seperti pontianak. Aku memandang nya sebal, merosakkan mood orang betul. Aku menolak  bahunya lalu bangun meninggalkan nya. Tak kuasa aku nak layan orang gila. Baik tolong mama dekat dapur, nampak tak ada ciri-ciri ehem-ehem di situ.

****

   Bunyi ketukan pintu bertalu-talu mengganggu tidur Adrian. Dia mengusutkan rambut, mata sedaya-upaya dia celikkan. Dia menggeliat sekejap untuk meregangkan segala otot badan.

   "Ya!!  Kejap!!  " kata Adrian apabila ketukan semakin kuat. Dia membuka baju non-sleeves lalu di gantikan dengan baju t hitam. Pintu di buka, wajah pembantu rumah nya terpacul.

   "Ya nak apa, Yati?? "tanya Adrian apabila mata Yati asyik memandang nya. Pertanyaan itu ternyata berjaya menyedarkan pembantu rumah muda itu.  Yati menundukkan kepala nya, menyedari ketelanjuran matanya.

   "Datin, ngajak tuan makan malam. " Adrian mengangguk lalu pantas dia menutup pintu selepas mengucapkan terima kasih. Nasib baik tak pakai baju non-sleeves, kalau tak mahu terjojol mata si Yati tu, fikirnya.

   "Hah, turun pun kamu, Adrian. Penat mama kamu ni tunggu. " sapa papa Adrian, Dato Hasyim. Adrian sekadar meloretkan senyuman setelah maaf di pinta.

  "Imah, sendukkan nasi untuk Adrian. " arah Dato Hasyim.

"It's okay. Ian boleh senduk sendiri. Err mama duduk je. " halang Adrian.

  "Ishh kamu ni, Ian, macam tak biasa. Imah sendukkan nasi tu." kata papanya. Si isteri masih tidak berganjak dari tempat duduk.

  "Tangan saya ni berat sangat, payah nak di angkat. Biar la si Ian ambil sendiri. " Datin Fatimah bersuara.

  Amsyar merenung tajam Adrian,tempatnya yang berhadapan dengan 'abang' nya itu memudahkan nya untuk merenung wajah abangnya yang saling tidak tumpah dengan papanya.

    "Mengada eh kau ni Adrian. Tangan mama payah nak gerak kan. " celah Amsyar.

  "Tangan mama kamu tu berat bukan apa, sebab gelang emas beratur dekat tangan dia je. Dan Am, cakap baik-baik sikit dengan abang kamu. Mana hormat kamu ?? " kata Dato Hasyim. Adrian hanya diam tidak mencelah.

   "Ke laut. " jawab Amsyar, perlahan namun dapat di tangkap oleh Dato Hasyim.

  "Apa!? " tengking Dato Hasyim. Suasana semakin tegang, Datin Fatimah mengambil tindakan sebelum sempat gunung berapi suaminya meletus.

   "Yati!! " pembantu rumahnya dipanggil.

   "Ya, Datin. " Yati muncul sekelip mata. Pandangannya tunduk ke lantai apabila semua mata memandang ke arahnya.

   "Sendukkan nasi untuk Adrian cepat. " arahnya. Yati hanya menurut tanpa sebarang alasan. Selesai sahaja kerjanya, dia membawa diri ke bilik.

   "Abang, makan. " kata Datin Fatimah apabila suaminya belum mengisi perut.

  "Hilang selera saya nak makan. Saya pergi cari makan dekat luar. " Dato Hasyim bangun dari tempat duduknya lalu membawa diri.

   Suasana sepi seketika. Adrian memulakan acara makannya sementara Datin Fatimah dan Amsyar merenungnya. Dia mengendahkan deheman kasar dari Amsyar. Dia mempercepatkan suapan di mulutnya supaya dia boleh beredar secepat mungkin.

    Dia mencuci tangan dan mulutnya di sinki sebelum berlalu ke biliknya. Langkah nya terhenti apabila dia di tegur.

  "Kau mesti gembira sekarang kan, Ian!? Papa marahkan aku di sebabkan kau. " Amsyar bangun lalu menolak bahu Adrian, membuatkan dia berundur ke belakang. Datin Fatimah hanya menjadi penonton, dia suka melihat anaknya, Amsyar beraksi.

  "Kau nak apa lagi Am??  Kau nak salahkan aku sebab papa marah kau?  Hey ask yourself la, siapa suruh kau menjawab tadi. " kata Adrian, mempertahankan diri.

   "Tak boleh ke kalau kau hormat sikit papa dan aku sebagai........abang? " tambah Adrian lagi. Kata-kata dari nya mengundang tawa besar Datin Fatimah, lagi-lagi Amsyar sampai terhinjut-hinjut bahunya.

   Wajah Adrian kosong. Salahkah apa yang di mintanya tadi? Jari telunjuk Amsyar menuding ke wajahnya.

  "Aku simpati dengan kau sebenarnya. Kau memang nak aku hormat kau sebagai abang ke?? " tanya Amsyar. Adrian tidak membalas dia hanya menentang mata coklat milik adiknya.

   "Untuk pengetahuan kau la, aku tak ada abang. Sejak aku lahir lagi. " Amsyar mendaratkan sebelah tangannya di bahu Adrian.

    "Am, even kita tak lahir dari rahim yang sama, tak boleh ke kau just terima. Aku dah terima kau sejak kau langkahkan kaki kau dekat rumah ni, selepas papa menikah dengan mama kita. " jelas Adrian.

  "Wooo, hang on dude. Aku silap dengar ke tadi??  Mama kita??  Hello, please sedar diri sikit, mak kau tu dah tak ada. Jangan kau nak menumpang kasih dengan mama aku pula. Mama aku pun tak hadap la nak curahkan kasih sayang dia pada kau. " Datin Fatimah memandang jelek pada Adrian, dia sangat bersetuju dengan apa yang di perkatakan oleh anaknya.

   Adrian mengepal penumbuk, dia memandang Amsyar, tajam. Dada nya berombak geram.

   "Kenapa??  Kau nak pukul aku?? Go ahead man. Aku pun dah lama tunggu nak tengok kau beraksi. "

   "Ma, Ian naik dulu. " Datin Fatimah tidak membalas. Adrian pantas mendaki tangga.

      "Aku takkan anggap kau sebagai abang!!  Aku yang lebih berhak atas jawatan kau!!  You're just a little flies. Aku akan pastikan yang kau di buang papa just like the old times" Adrian pekakkan telinga. Dia menyandar di kepala katil memikirkan insiden tadi.

****

  "Aku ada buat dosa dekat kau ke dik!?  Kalau aku ada buat kau bengang maafkan la aku. Jangan kau buat macam ni. Mulai sekarang aku nasihatkan kau tak payah masuk dapur. Di sebabkan kau, aku makan nasi lembik. " marah Ilham. Aku tersengih.

  "It still food. Masuk perut juga. Kenyang juga. " kataku. Di sebabkan aku meletakkan air lebih daripada sukatan, kami sekeluarga terpaksa makan nasi lembik.  
 
  "Dah la hari ni mama buat lauk favourite aku. Makan pula nasi lembik. Nasib kau la Ilham boleh adik terlebih pro dalam masak nasi. " omel abangku.

  "Eleh kau ni lebih-lebih pula. Mama dengan papa okay je makan nasi lembik. "

   "Kalau kau nak tahu mama dengan papa tahan je tekak tu, tak nak hampakan kau. " balas abangku. Aku mengecilkan mata melihatnya, eiii budak ni ada juga aku hempuk pakai TV.

   "Mama papa is it?? " tanyaku. Aku berpaling menghadap mereka. Mereka mengelak daripada menentang mataku. Betul la tu.

  Aku memuncung. Mister potato di riba, aku ambil lalu menyumbat ke mulut, kasar. Mataku tajam memandang ke kaca TV. Separuh akhir muzik-muzik 32 sedang bersiaran langsung.

   Sedang enak aku melayan  Haqiem Rusli menyanyi, ada pulak suara katak yang pergi sambung. Aduh bingit pulak telinga ni. Aku berpaling ke sebelah, patut la bingit, si bapak didi ni menyanyi betul-betul di cuping telinga aku. Kurang pasir betul abang aku ni.

  "Hei!!  Dah-dah berhenti menyanyi tu. Merosakkan lagu orang ja. " marah aku. Tak cukup dengan itu, aku menghempuknya dengan botol mister potatoku.

  "Iya... Aku senyap. Cakap orang je tau, dia pun apa kurangnya. Suara macam kodok. "

   "Apa kau cakap!! " aku menjegilkan mata. Ibu bapaku sudah membawa diri mereka ke luar. Dari tadi mereka berbicara sampai sekarang tidak sudah, apa yang di bicara mereka pun aku tidak tahu, yang aku tahu pasti hal serius.

    "Suara kau macam kodok! "

    "Kau apa kurangnya, suara katak!! "
     
      "Kodok!!! "

     "Katak!!! " aku tidak menyerah.

      "Kodok!!! "

     "Katakk!! "

       "Kodok!!!! "

     "Katak!!! "

   "Arhh suit yourself. " pertengkaran aku dan Ilham terhenti di situ.

     "Dina!! " panggil Ilham. Dia memanggil namaku berulang kali apabila aku tidak memberi respon kepada nya.

   "Apa!! " jeritku apabila dia menarik rambutku.

    "Amboii, garangnya. "

   "Suka hati arr. " kataku lalu menyumbat mister potato ke dalam mulut.

  "Woii makan tak berkongsi !! Nak sikit. " dia menadahkan tangan lalu di hulur kepada ku.

   "Tak boleh. Tadi cakap suara aku macam kodok an. " kataku.

   "Alaa kau ni. Takkan tu pun nak ambil hati. " aku buat-buat pekak.

   "Ya la, suara adik aku ni sedap setaraf dengan Sherry Al-hadad. " aku tergelak, hampir tersembur potato chip  dalam mulut aku dibuatnya. Aku pantas menekup mulut, lalu menepuk-nepuk pehaku sambil ketawa.  Aku menghulurkan mister potatoku kepadanya.

    "Ni baru adik aku. " katanya. Aku bangun lalu ingin meninggalkan abangku.

    "Oit, sape'ah. Nak pergi mana?" panggil Ilham sambil menarik baju aku. Mambuatkan aku terduduk semula.

Amboi Mamat ni. Suka suki dia je nak tarik baju orang. Hajat aku nak blah dari situ tergendala. Aku memandang ke arah abangku dengan reaction annoying.

     "Apa lagi...? Hajat aku nak pergi buang air besar terbantut tau tak? " rungutku.Aku lihat matanya terbeliak, kunyahannya terhenti.
  
    "Woi patut la bau busuk!!!  Bau petai!!  " dia menolak bahuku.

    "Of course lah. Dah tahan seminggu tau. "

     "Gila kau. Busuk betul. " dia menutup hidungnya.

   "Yang kau pergi bau tu dah kenapa!? "

  "Aku bernafas la bangang. Kau tak bernafas ke? " marahnya balik.

   "Ahh kau diam. Memekak je tau." Marah aku balik. Malas nak bertekak dengan abang ku, aku meninggalkan dia yang masih mengibas-ngibas udara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience