"Ma!!! Mana beg sandang Dina!! " jeritku dari atas. Mataku melilau ke setiap penjuru bilik mencari beg sandang kesayangan ku. Kalau korang nak tahu beg sandang tu menjadi kesayangan aku kerana ia amat istimewa. Ia istimewa kerana sticker barbie ada dekat situ..
Hehehe gurau²...
Pakaian cleaner ku yang sudah ku lipat aku sorok di belakang ku. Takut-takut mama nampak nanti dia tanya banyak benda dan kemungkinan besar rahsia pekerjaan aku akan terbongkar.
Aku membawa diriku ke ruang tamu. Tangga aku turuni satu persatu dengan laju.
"Mama!! Beg sandang Dina mana? Dina dah lambat ni. " aku mengerling jam di pergelangan tangan kiriku.
"Ma.... " aku menjumpai mama di dapur. Telinga kanannya di lindungi dengan telefon. Aku mengeluh, patut la tak sahut aku pangil tadi,sibuk bercakap di telefon rupanya.
Aku mengambil tempat di meja makan. Aku mencapai sekeping roti lalu tanganku lincah menyapu jem peanut flavour kegemaranku. Aku membawa roti ke mulut, lalu mengunyah sambil memasang telinga mendengar perbualan mama.
"Nak datang? Nanti hari minggu ." Ramai pula tetamu mama sekarang. Aku berharap sangatlah yang Ilham free masa tu. Boleh ajak dia pergi jalan-jalan. Tak adalah aku kena sibukkan diri melayan tetamu mama.
"Okay. Hahahah tak ada buat apa pun, Imah. Tengah buat air untuk anak dara pemalas yang seorang tu. Iya lah Imah. " sempat mama memerliku.
"Aikk ma. Perli Dina ke?? " tanyaku selepas mama menjauhkan telefon dari telinganya.
"Kalau dah tahu buat apa tanya lagi? "
"Iyalah.. Kita diam.. Nanti menjawab lebih-lebih kang, merajuk pula orang tu.. " aku mengambil lagi sekeping roti lalu dibawa ke mulut.
"Ma, mana beg sandang Dina? "Tanyaku kembali.
"Beg tu Dina punya kan. Dina letak dekat mana? " berkerut dahi mamaku. Dia mengambil tempat berhadapan denganku.
"Mama ada pinjam la beg sandang Dina hari tu. "
"Ouh.. Mama lupa. Beg itu ada je atas sofa dekat dengan pintu. " mama menepuk dahinya. Cantekkk dekat dengan pintu, boleh aku keluar terus.
Aku pantas bangun lalu menyalami tangan mama. Aku membawa diriku. Namun baru tiga langkah namaku diseru oleh mama.
"Apa ma. Dina dah lewat ni.. " keluhku.
"Ni baju siapa ni?? " mataku membulat apabila melihat baju kerjaku ada pada tangan mama. Alamak!! Aku meluru ke arah mama, wajahku di maniskan, mama memandangku pelik.
Aku mengambil baju ku perlahan. Nak tarik kuat-kuat takut nanti kena marah.
"Ma, Dina pergi dulu eh. Assalamualaikum. " aku mempercepatkan langkahku apabila mama membuka mulut seperti ingin menanyakan sesuatu. Aku mengendahkan panggilan mama.
"Nur Irdina Safiyah. You better stop right there. " arah mamaku. Kali ini aku berhenti, tidak lagi mengendahkan nya kerana nada suara mama kali ini benar-benar keras.
Aku berpaling ke belakang, kepala ku menunduk. Mama menghampiriku.
"Nanti lunch balik rumah. Minta cuti dengan bos. Kita nak pergi Perak jumpa mak su kamu." aku mengangguk. Aku mengangkat kaki meninggalkan mama. Aku ingat mama nak tanya tanya psal apa tadi.
Aku menghembuskan nafas lega.
****
"Assalamualaikum Umi... Hana... " tegurku sewaktu aku menjejakkan kaki ke dalam syarikat.
"Waalaikumsalam Dina.. " balas mereka ceria.
"And morning.. " ucap Umi. Aku menepuk tangan tidak percaya. Walaupun ada sedikit pelat, tidak salah kalau dia mencuba.
"Wah.. Pandainya Umi. " pujiku. Hidungnya sudah kembang kempis apabila di puji begitu.
"Tengok lah siapa yang ajar kan Umi.. " Hana mula mendabik dada.
"Aku tahu kau nak suruh ku puji kau an.. Sorry babe. Kau tak boleh di puji nanti badan kau kembang. " kataku.
Aku membawa vakum bersama ku. Aku menaiki lif untuk ke tingkat 4. Sesekali aku membalas senyuman kepada kakitangan-kakitangan yang senyum kepadaku. Tak lupa juga kepada mereka yang melemparkan jelingan dan pandangan penuh menyampah kepada ku.
Apa hina sangat ke kerja cleaner??
Aku memasuki bilik kerja Adrian, tempat pertama akan ku melakukan kerjaku. Sungguh aku kagum dengan Adrian, walaupun dia seorang lelaki tetapi dia merupakan seorang yang pembersih dan sukakan kekemasan.
Eleh hang cakap macam tu sebab senang la kerja kau kan. Tak payah kemas banyak-banyak.. Dasar pemalas..
Bunyi vakum memenuhi ruang bilik yang besar itu setelah aku membuka suis.
Aku meng 'vakum' di setiap pelosok bilik itu. Tiba-tiba pintu bilik itu di kuak seseorang. Aku pantas mengangkat wajah.
Oh, itu Adrian!
Dia nampak segak hari ni dengan kemeja biru gelap di padankan dengan tali leher berwarna putih suci. Aku melemparkan senyuman kepada nya. Dahiku berkerut, dah kenapa Mamat ni?
Kenapa dia jeling aku? Kenapa dia tak balas senyuman aku? Kenapa dia tiba-tiba berkelakuan dingin? Banyak persoalan timbul di benak fikiran ku.
Tangan ku masih meng'vakum' tetapi mataku sibuk mengerling Adrian. Kenapa dengan dia hari ini? Selalunya dia sangat ramah dengan aku.
Adakah sebab Amsyar? Apa yang telah dia beritahu kepada Adrian. Rasa menyesal mula bertapak di dalam hati, kerana meninggalkan Amsyar dan Adrian berdua biarpun aku sudah mengagak bahawa hubungan mereka tidak rapat seperti adik beradik yang lain.
Dari anak mata Amsyar sudah jelas dia tidak suka akan keadaan aku dan abagnya kelmarin. Apa yang di bicara mereka pun aku tidak tahu, yang aku pasti, situasi mereka memang tegang habis.
Deheman Adrian menyentakkanku. Aku berpaling ke arahnya. Dia bangun dari kerusi empuknya sambil membuka butang kot nya. Dia menghampiri ku dan berdiri di hadapan ku.
"Kau nak kerja ke tak? Kalau kau asyik termenung sampai bila kerja kau tak sudah. " kata nya sinis. Aku terkebil-kebil memandang nya. Dia memandangku atas bawah.
"Elektrik dekat rumah kau tak ada ke sampaikan datang kerja dengan baju berkedut. Selekeh kau tahu tak. Aku tak suka dengan orang yang ambil ringan pasal ni. " cemuhnya.
Ya aku mengaku, yang baju ku sedikit berkedut akibat aku tersalah menyumbat baju aku di dalam beg selepas mengambil nya dari tangan mama.
"Sorry. " ucapku. Kepalaku menunduk. Hatiku sedikit terasa dengan Ian. Kenapa dengan Ian? Untuk kali yang keberapa persoalan itu timbul di fikiranku, aku pun sudah tidak ingat kerana aku tidak mengambil kira.
"Sorry?? " dia tersenyum sinis.
"Kau tak boleh cakap baik-baik ke? " tanyaku.
"Tak. " dia menggeleng kepala.
"Pandang aku. " arahnya. Aku mengikut arahannya. Aku mengangkat wajahku memandang nya.
"Kau ingat dengan sorry kau ni boleh hilangkan kedut dekat baju kau sekarang ke?? I don't need your sorry. " katanya kepadaku. Aku lihat wajahnya yang serius itu sebelum aku menghempas hos vakum ke lantai.
"What are you doing? Eh, vakum ni aku tak beli dengan daun tau. Aku beli dengan duit. "
"I quit. " kataku. Aku memandang Adrian tajam.
"Apa?"
"I said I'm quit. You just want my resignation,right? Okay I'm quit." aku menghempas pintu kasar. Dentuman yang agak kuat menarik perhatian kakitangan-kakitangan lain.
Teguran Hana, aku biarkan seperti angin lalu. Yang penting sekarang aku mahu keluar dan jauh dari syarikat ni.
Aku membawa kereta tanpa arah tuju. Aku memakai hand free apabila telefonku menerima panggilan dari abangku.
"Ya ada apa Ilham? " tanyaku apabila panggilan bersambung.
"Kau kat mana? "
"Dalam kereta sekarang ni. "
"Location. "
"Entah aku pun tak tahu. "
"Ya Allah apa nak jadi dengan budak ni. " aku naik geram. Aku berhenti di bahu jalan. Stereng kereta aku hendak kuat.
"Eh, kau ni dah kenapa? Biar la aku nak jadi apa pun, aku punya suka arr. Nak tuang minyak lagi atas api. " jerkahku.
"Dasar lelaki tak guna!! Menyakitkan hati orang je. That is a small matter! " jeritku lagi.
"I'm sorry abang. I didn't meant it to you. " ku segera meminta maaf apabila menyedari keterlanjuran ku.
"Irdina, whatever it is. Istighfar dikk.. Ingat Allah. I know you need space but calm down. Jangan biar kemarahan menguasai diri." kata Ilham. Aku menurut galakan nya. Aku menghembus nafas berat.
"Aku letak dulu. Aku on the way balik. " usai sahaja menamatkan panggilan bersamanya aku pantas memusingkan stereng dan memandu pulang ke rumah.
*****
"Dina, mari duduk dekat sini sayang. " panggil mama sewaktu aku turun. Aku menurut sahaja tanpa banyak songeh. Aku turun sedikit lewat dari abangku dan kedua orang tuaku.
"Apa-apapun pilihan anak mama. Mama tetap sokong kamu. " bisik mama di telingaku. Aku pelik.
Aku meluruskan pandangan melihat wajah-wajah orang di hadapan ku. Amsyar bersama kedua orang tua nya. Oh bukan orang tuanya seorang, juga orang tua Adrian.
Dadaku berombak apabila mengenangkan si Adrian. Peristiwa seminggu lepas masih tidak dapat di lupakan olehku. Seminggu aku tidak masuk kerja, dan selama seminggu juga aku tidak bersua muka dengannya.
Apabila mama menanyaku tentang kerja ku. Aku terus berterus terang yang aku sudah berhenti. Soal apa pekerjaanku masih di rahsiakan.
Mata Amsyar yang sedari tadi setia memandangku aku tentang. Dia tiba-tiba mengenyitkan mata, aku tersenyum sinis. Orang dah tolak,masih berdegil . Desperate betul.
"Err Aliya, Amirul." semua perhatian tertumpu pada Aunty Fatimah.
"Begini, kami datang ni sebenarnya ada hajat. " Aunty Fatimah mula berbicara, memecahkan ruang sepi yang wujud di antara kami.
Aku menyiku Ilham yang duduk berada di sebelahku. Dia mengangkat bahunya, mengerti bahawa aku menanyakan nya apa yang berlaku sekarang.
"Kami datang ni sebenarnya ingin melamar satu-satunya bunga di dalam rumah ni untuk anak kami Amsyar. " Aunty Fatimah menolak sekotak baldu merah ke arahku.
Hanya aku dan Ilham yang tersentak. Papa dan mama langsung tidak memberi apa-apa reaksi. Pasti mereka sudah tahu tentang ini lebih awal.
"Assalamualaikum. " kami menjawab salam yang dihulurkan. Adrian. Dia datang. Dia duduk berhadapan denganku.
"Sampai pun kamu Adrian. " kata papanya. Aku mencuri pandang Aunty Fatimah dan Amsyar. Jelas ketidakpuasan hati terlakar di wajah mereka.
Aku memandang Adrian, mataku bertentang dengan matanya. Aku sedar reaksi wajah nya yang terkejut tadi, sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke rumahku.
"Bagaimana? " papanya bersuara.
"Keputusan kami terserah kepada si bunga. " kata mama.
Aku pandang wajah mama, papa, Ilham dan akhir sekali Adrian. Aku tetap dengan keputusan ku dan aku juga telah bersedia untuk memikul segala tanggungjawab.
"Dina setuju dengan perkahwinan ni. " mama papa dan bakal mertuaku sudah mengucap syukur. Aku kerling Amsyar yang sudah tersenyum lebar sampai ke telinga. Mamanya sudah menepuk-nepuk bahu anaknya, bangga.
"Tapi dengan satu syarat. " semua orang terdiam.
"Apa syaratnya?? "
"Dina nak kahwin dengan Adrian. "
Share this novel