Pantulan wajahku di cermin solek aku pandang tiada perasaan. Genggaman tangan ku aku kuatkan memberi kekuatan. Pertemuan tidak di jangka antara aku dan Amsyar sedikit sebanyak mengusik hati ku.
Di bawah sudah riuh dengan ketidakhadiran pengantin lelaki. Tok kadi pula sudah beberapa kali menanyakan tentang majlis ini.
Aku mengeluh sendirian.
"Ian.. Mana kau??. "
Flashback.
Aku bangun apabila pintu kamarku di ketuk. Kawan-kawan ku mungkin. Aku sudah tersenyum sampai ke telinga.
"Ya kejap... " aku membuka pintu.
"Korang.... " aku terkelu lidah apabila Amsyar berada di hadapan ku.
"Kau nak apa?! " tanyaku kasar.
"Cantik sayang hari ni. " dia memerhatikan ku atas bawah. Mataku turut memerhatikannya atas bawah, tidak lama selepas itu, dahiku berkerut, pelik dengan pemakaian nya, macam dia pula pengantin .
Melihatkan aku diam tidak bersuara menyebabkan dia mengambil satu langkah ke depan memasuki kamarku. Aku terkejut, kakiku mengundur ke belakang. Dia tersenyum.
"Kau nak apa ni?! Kau keluar sekarang!! "
"Sayang.. Apa marah-marah ni!? Tak baik tau, lagipun bilik ni bilik abang juga kan. " Amsyar mengatur langkah ke katilku. Dia berbaring senang.
"Apa kau merepek ni!! Baik kau keluar sebelum aku panggil abang aku !!" suara aku naik seoktaf. Dia berdecit perlahan .
"Sayang you don't have to. Lagipun lepas ni kau akan cari aku juga. " dia tersenyum sinis. Amsyar duduk di birai katilku.
"Apa yang kau cakap ni!? " tanyaku tidak mengerti.
"Sayang sayang sayang.. Kau akan cari aku juga untuk gantikan tempat lelaki yang kau pilih tu. Aku tak tahu lah apa yang kau nampak dekat si anak yatim tu. Apapun aku nak cakap yang dia takkan datang. " katanya seraya mengatur langkah keluar dari bilikku.
"Ian akan datang. Dia sa...sayang aku. Dia pasti sampai tak lama lagi. " kataku, yakin.Langkah Amsyar terhenti. Dia memandang aku dengan senyuman tersungging di bibir.
"Ya, memang. Tapi aku rasa kau kena perbetulkan ayat kau tu sikit. Bukan dia pasti sampai tak lama lagi tapi mayat dia yang pasti sampai tak lama lagi. " katanya sebelum berlalu pergi.
End of flashback
*****
"Ma. " aku mengangkat wajah apabila terasa bahuku di sentuh. Abangku turut berada di belakang mama.
"Bila masuk ??" tanyaku. Mama memandang abangku sebelum dia memandang ku. Aku sudah berdebar-debar,di dalam hatiku berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja.
"Mama, abang ?? Kenapa ni?? What happen down there? Adrian dah sampaikan. " mama sekali lagi memandang Ilham.
"Ma, please cakap yang Adrian dah sampai. " aku menggoncang kan tangan mama. Kata-kata Amsyar sebentar tadi terngiang-ngiang di telinga aku. Mata aku sudah bergenang dengan air mata.
Adrian...
"Ma I think we should bring her downstairs. " kata Ilham. Mama hanya mengangguk. Mama menggosok belakang ku, seperti memberiku kekuatan.
Aku mengambil nafas sebelum di hela berat. Mama dan abangku mengiringi aku turun ke bawah. Lengan baju Melayu abangku, aku genggam kuat.
"It's okay. " kata Ilham, menenangkan aku. Aku menggeleng perlahan. Tubir mataku kembali bergenang.
"Shh don't cry. Crying gonna make you weak. My little sister that I knew not weak. She's not gonna crying. " aku menggeleng lagi. Dia menyeka perlahan air mata ku dengan ibu jarinya.
Aku duduk bersimpuh bersama ahli keluarga ku. Amsyar yang duduk bertentangan denganku sudah menjongketkan kening. Aku memandangnya tajam .
"Mana pengantin lelakinya ?? Jadi ke tak majlisnya? Saya ada banyak tempat lagi nak pergi. " kata tok kadi. Pengiringnya di sebelah sudah menganggukkan kepala nya beberapa kali.
Papa Adrian sudah resah, berbeza pula dengan mamanya, santai sahaja . Lagaknya seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Ian... Mana kau? " kataku perlahan.
"Jadi ke tak majlisnya ni?? " tanya tok kadi sekali lagi.
"Jadi. " jawab Amsyar sambil bangun dari duduknya. Amsyar menjadi perhatian orang ramai. Dia mengerling ke arahku dengan senyuman sinisnya. Aku memejamkan mata, berserah.
Aku membuka mata apabila Shira mencuitku. Aku memandang dia, Shira menuding ke arah muka pintu rumah ku.
"Assalamualaikum. " Adrian memberi salam sebelum masuk ke rumahku. Amsyar sudah keluar entah ke mana. Aku sudah mampu menghela nafas lega. Adrian memandang aku sebelum duduk di hadapan tok kadi. Aku memberi Adrian senyuman nipis.
Setelah tok kadi membacakan khutbah ringkas, majlis akad nikah pun dimulakan. Tok kadi melafazkan akad nikah selepas menyeru nama penuh milik Adrian dan di sahutnya.
"Aku terima nikahnya Nur Irdina Safiyah binti Amirul dengan mas kahwinnya lapan ratus ringgit tunai. " lancar sahaja ayat itu keluar dari mulut Adrian. Bacaan doa mula di baca setelah saksi menyatakan sah.
Ucapan syukur lahir daripada mulut setiap orang yang berada di dalam rumah, termasuk aku. Linda dan rakan-rakan ku yang lain menerpa ke arahku. Aku di hujani dengan ucapan tahniah. Aku tertanya-tanya mana Lisa? Sepatutnya dia sudah pulang dari Australia.
Adrian menghampiriku untuk sesi pembatalan air sembahyang. Dia menyarungkan cincin di jari manisku. Aku menyalam tangan kasarnya.
"I'm sorry. Totally sorry. " bisiknya di telinga ku sebelum bibirnya menyentuh dahiku. Aku memejamkan mata menghayati kucupan syahdu dari suamiku. Ya.. Suamiku.
"Senyum... " arah Ilham tiba-tiba dengan kamera tersangkut di leher. Aku memandang kamera sambil tersenyum dan bunyi mula terhasil menandakan gambar sudah di ambil.
Aku memandang Adrian di sebelah dan wajahku berubah merah. Jarak mukaku dengan Adrian hanya tinggal beberapa inci. Adrian tersenyum memandang ku.
"Assalamualaikum.... Isteriku... "ucapnya.
*****
"Akak!!!" Hana menerpa ke arahku diikuti oleh Umi di belakang nya.
"Tahniah kak. Wah cantiknya akak hari ini. " pujinya. Hidung aku sudah kembang, suka, apabila dipuji sebegitu. Siapa sahaja yang tidak suka apabila dipuji.
"Besarnya rumah akak, kan Umi? " Umi hanya mengangguk mengiyakan nya.
"Eh, Tuan Adrian. Tuan buat apa dekat sini?! "Tegur Hana. Kepala Umi dan Hana sudah menunduk ,tanda hormat.
"Tanya dia. " Adrian menuding ke arahku.
"Apa ni kak!! Kata kahwin dengan Adrian lain ." lantang sahaja Hana bersuara, apabila katanya singgah pada cincin yang tersarung di jari aku dan Adrian. Mataku sudah membulat, jari telunjuk, aku bawa ke mulut menyuruhnya diam.
Aku kerling Adrian di sebelah, dia sedang memandang ku dengan keningnya sebelah terangkat. Aku tersengih memandang nya.
"Umi, Hana, masuk la dulu makan. Hana nanti aku cari kau. Kita settle benda ni. " kataku. Mataku sengaja di jegilkan pada Hana. Aku memberikan senyuman pada Umi.
"Not too fast. " Adrian meraih lenganku apabila aku sudah menunjukkan tanda-tanda untuk melarikan diri darinya. Dia memeluk pinggang ku.
"Ian.. Apa ni? Lepas lah.. " aku sedaya-upaya merungkaikan pelukannya di pinggangku.
"Kahwin dengan Adrian lain huh?? What did she mean?? Looks like there are many things that you should explain to me. " dia menjegilkan matanya apabila aku memukul lengannya.
"Hoi!! Sudah-sudah la free show dekat sana!! Mari masuk makan!! " jerit Ilham.
"Jom masuk makan. Ilham dah bising tu. " ajakku.
"Biarlah dia.. " kata Adrian selamba. Aku sudah merengus geram. Entah kuasa apa yang masuk ke dalam badanku membuatkan tanganku naik mengelus pipi Adrian. Dia mengaduh perlahan. Pipinya.. Lebam..
"Kenapa pipi kau lebam?? " tanyaku risau.
"Tak ada apa lah. Sikit je ni. " dia menguatkan pelukan yang tadi nya longgar.
"Lepas lah, orang tengok . " kataku. Pandai sahaja dia mengelak.
"Mana ada orang dekat sini. Semua orang ada dekat dalam sana tengah makan. " Ada benar juga kata-kata nya.
"Guys. " panggil Ilham dari arah belakang.
Aku dan Adrian berpaling memandang Ilham dan klikk gambar kami berdua di ambil. Ilham menghampiri kami berdua lalu menunjukkan hasil tangkapan nya. Tersengih-sengih Ilham apabila kerjanya dipuji oleh adik ipar. Ilham berlalu pergi dengan kamera di tangan.
"Jom masuk. " ajak Adrian. Dia memegang tanganku lalu membawa aku masuk. Aku memandang tanganku yang berada di dalam gengaman nya dengan senyuman.. Senyuman bahagia...
Share this novel