BAB 16

Romance Series 2158

Sudah beberapa hari  aku dan Adrian melayari bahtera perkahwinan dan sudah beberapa hari juga aku tinggal di rumah orang tuaku. Ini membuatkan aku sedikit risau dengan kedua orang tuanya. Apa pula yang akan diorang kata apabila kami berdua langsung tidak menetap di rumahnya sedangkan sudah beberapa hari kami berada di sini. Menjenguk pun tidak.

  Aku mengeluh perlahan.

  Pintu kamarku dikuak dari luar, Adrian sedang memegang tombol pintu sambil tersenyum memandang aku dan....muka nya berkerut. Keningku bercantum. Dah kenapa dia ni?

  "Nak berak!! " katanya lalu menuju ke bilik air.

  Aku tercengang.
 
  Tak lama kemudian Ilham tiba di muka pintu bilikku dengan wajah kepenatan. Dia bercekak pinggang melihatku.

  "Nampak Ian tak?! " tanyanya. Aku menunjukkan ke arah bilik air.

  "Woii Ian cepatlah.. Kata naik main game bola. Aku punya la cari kau keliling rumah ni, dekat sini kau eh! " bebel Ilham.

  "Aku tengah berak la. Jangan kacau. Shuhh sana!! "Halau Adrian.
 
"Iya lah!!  Kut ye pun berak jangan di tutup pintu tu biar terbuka luas. Ni tutup separuh je. " kata Ilham lagi. Dia bersandar pada pintu kamarku.

  "Diamlah!! " Adrian menutup pintu bilik air rapat. Tarikannya yang agak kuat menghasilkan dentuman.

Dumm!! Lantas aku dan Ilham gelak terbahak-bahak.

  "Sudah-sudahlah gelakkan dia. Jom turun bawah, lama lagi tu dia dekat dalam. " kataku dengan ketawa yang masih bersisa. Aku membawa jari telunjuk ke mulut isyarat diam. Ilham mengangguk dengan bahunya terhincut-hincut menahan gelak.

   Sampai sahaja aku dan Ilham di tingkat bawah terus kami melepaskan ketawa. Seisi rumah bergema dengan gelak ketawa kami.

*****

  "Sakan eh kau dengan Ilham gelakkan aku. " tegurnya sebelum fokus kembali dengan game bola yang terpasang di tv.Aku memaling mukaku, sembunyi senyum. Ilham asyik membebel apabila bolanya asyik di rampas Adrian.

  "Ian apa ni?!! " alat kawalan game itu dia hempas ke peha. Tak puas hati.

  "Apa!? " tanyanya semula.

  "Tak aci.. Main balik. " kata Ilham. Aku menghalang nya,alat kawalan nya aku rampas dari tangannya. Dia memandangku tak puas hati.

  "Bagi balik la. Aku nak main. Ian tengok wife kau. " adunya.

  "Pergi ambil jus dalam peti, bawa depan. Aku nak minum,haus. "Arahku. Jegilan mata Ilham aku buat tidak tahu.

  "Asal aku pula!? " bentaknya.

  "Hehehe.. Kau kan abang... " kataku, manja. Drama aku dan Ilham hanya mampu di tonton oleh Adrian.

   "Kau kan abang, kau kan abang. Tak ada ayat lain ke?  Dari kecil sampai besar ayat tu je aku dengar dari mulut kau. "

  "Dah tu pergi la ambil. " Ilham menggeleng laju.

"Tak ada tak ada. Kau pergi ambil sendiri. " Ilham berpeluk tubuh.

  "Tak dapat ni. " aku mengangkat alat kawalan game nya lalu di tunjukkan kepada nya.

   "Ya la ya la. Aku pergi ambil. Tunggu sini. " Ilham mengatur langkah ke dapur dengan mulut yang terkumat-kamit. Sudah pasti membebel kanku. Aku gelak kecil.

  Mataku bertembung dengan mata milik Adrian. Gelak ku terhenti, kepalaku tunduk menekur lantai.

  "You shouldn't do that to your brother. " katanya. Aku mengangkat wajah memandang nya.

  "Ian, I think that we have something to discuss. " Adrian memandang ku hairan.

  "Apa?! " tanyanya.

"I think that we should.... " ayatku tergantung apabila Ilham tiba dengan sekotak jus dan dua buah gelas. 

  Ilham meletakkan ia ke atas meja berhadapan dengan kami. Dia merampas alat kawalan game nya dari tanganku.

  "Jom sambung. " kata Adrian.

  "Minum dulu. " dia mengambil kedua-dua gelas yang sudah aku tuang dengan jus.

  Dia memberi salah satu gelas itu kepada Adrian. Selamba sahaja mereka meneguk jus itu.

  "Eh, aku punya? "

"Ambil sendiri . Ni,aku ambil untuk aku dengan Adrian je. "

  "Aku rampas balik kang benda tu. " ugutku. Dia mencebik bibir.

  "Try me kid. "Aku cuba mengambil alat kawalan game dari tangannya, tetapi gagal. Dia menjelirkan lidahnya, mengejek ku.

  Nampaknya kena ambil sendiri juga la ni. Aku mengeluh. Aku baru sahaja ingin mengangkat punggung untuk ke dapur tetapi Adrian menarik tanganku membuatkan aku terduduk semula di atas sofa.

  "Kita share. " dia mengangkat gelasnya menunjukkan jus yang masih bersisa. Aku ragu-ragu namun gelasnya aku ambil dari tangan nya. Adrian melarikan gelas itu membuatkan dahiku berkerut marah.

Dia ni nak bagi ke tak nak ?

Aku cuba lagi ambil gelas itu dari tangan nya namun sekali lagu dia melarikan gelas itu. Aku pandang dia dengan pandangan mengharap.

  "Ian... Aku haus.. " namanya sengaja aku leretkan, manja.
 
  "Aku suap kau. " aku pandang dia tak percaya. Gelas di tangan nya bergerak menghampiri bibirku.

  "Buka mulut tu sikit. " arahnya. Aku menurut, mataku bertembung dengan anak matanya. Tanganku turut memegang tangannya, tidak mahu posisi gelas itu lari. Aku minum sampai habis jus itu.

  Adrian meletakkan gelas ke atas meja. Dia memandang aku sebelum tangannya menyelit rambutku ke belakang telinga. Aku merenung wajah kacaknya, tanpa aku sedari aku memberikannya senyuman.

"Hai nampaknya aku kena kahwin juga ni. " kata Ilham. Aku dan Adrian tergelak.

  "Ian aku naik atas dulu eh. " Adrian mengangguk. Aku menyusun langkah ke tangga.

  "Wah nak naik atas pun minta izin. Tak pernah-pernah adik aku buat macam tu. Ni first time. " kata abangku.

  "Kau bagi apa eh dekat adik aku? " tanya Ilham. Bahu milik Adrian di tolaknya.
 
  "Kasih sayang. " jawab Adrian. Langkahku terhenti, bibirku menguntum senyum.

*****

  "Ma.. Dina nak cakap sikit la. " mama memandang aku sebelum meletakkan nasi goreng ke dalam bekas tupperware untuk di beri kepada mak suku.

  "Cakap lah apa? "

  "Dina berhajat nak stay rumah family Adrian pula for a few days. " tangan mama berhenti bekerja.

  "Dah nak pergi?  Cepatnya... Duduk la sini lama lagi." memang aku juga mahu tinggal di sini lebih lama tetapi apa yang boleh di buat, nanti suamiku dikutuk anak tidak mengenal budi.

   "Ma, Dina bukan tak nak . Nanti apa pula mama dengan papa Adrian cakap bila kitorang tak pergi dekat rumah dia. Lagipun, Adrian pun anak diorang, mesti diorang nak juga tengok anak diorang. " mama menganggukkan kepala setuju dengan kata-kata ku.

"Bila nak pergi? "

"Esok. Tapi ma....  Adrian still tak tahu lagi pasal ni. " mengucap panjang mamaku. Dia mula bercekak pinggang.

  "Macam mana Ian tak boleh tahu pasal ni? " tanya mama.

  "Sebab Dina tak beritahu dia lagi pasal ni. " perlahan sahaja suaraku.

  "Pergi beritahu dia sekarang. Esok dah nak pergi tetapi suami dia tak tahu lagi. Apa nak jadi budak ni!! "Bebel mama. Jarinya menuding ke arah Adrian yang sedang bercakap dengan papa. Tudungnya yang senget di betulkan.

  "Nanti.. Nanti lah ma eh. " kataku.

"Mama kata sekarang. Baik kamu pergi sekarang sebelum bekas ni hinggap atas kepala kamu. " katanya. Mamaku menjegilkan mata.

Akhirnya aku melangkah kan juga kakiku menghampiri Adrian. Namanya aku panggil, dia berpaling ke memandang ku.

  "Ian.. Aku nak cakap sikit. " sebelah keningnya terangkat menunggu bicaraku yang seterusnya.

"Kita balik rumah family kau esok. " ujarku. Air muka nya berubah keruh. Aku pelik. Kenapa dengan dia?  Aku salah cakap ke?

  "Nanti dekat bilik kita bincang. Mak su dah nak pergi tu. " katanya, dingin. Tanganku di tarik nya menghampiri keluarga ku yang sudah mengerumuni mak su dan anak-anak nya di luar rumah.

  "Mak su, nanti datang lah lagi. " Mak su ku tergelak sebelum mengusap kepala ku.

  "Mak su nak datang dengan siapa?  Dani dengan Taufiq dah start kerja. Shira ni mana pandai bawa kereta. "

  "Mak su kahwinkan si Shira ni senang. " kataku. Kami semua ketawa apabila Shira sudah memuncung bibirnya. Aku mengerling Adrian di sisiku. Wajahnya masih dingin dan sedikit berserabut. Aku tiba-tiba di serang rasa risau.

Dia tak apa-apa kan?

  "Kan Dina?! " Ilham di sebelah menyiku lenganku meminta pendapat. Aku yang tidak mendengar apa-apa membuat muka blur.

  "Hah?!  Apa??! " tanyaku.

  "Aku cakap mak su cari lah pak su baru untuk kitorang .. Mak su biarpun dah tua tapi masih cantik. Mesti ada orang nak kan? " aku mengangguk laju.

"Ha'ah. Mak su bukannya tak cantik. Shira, Dani dan Taufiq mesti okay punya. " kataku,setuju dengan Ilham. Sekurang-kurangnya mak su ku itu bolehlah mengisi kekosongan hatinya selepas pak su ku meninggal dunia empat tahun lepas. Ada baiknya juga dia berkahwin, ada juga orang yang akan menjaganya bila sakit pening menyerang tika anak-anak sibuk bekerja.

  "Kitorang okay jika itu yang terbaik untuk Umi. "Kata Taufiq. Adik-adik nya mengangguk. Dani sudah melentokkan kepala nya ke bahu milik uminya.

  Tiba-tiba aku teringat pada Umi, masalah nya masih belum selesai. Aku juga buntu mencari jalan penyelesaian.

  "Banyak lah kamu semua ni. Tak adanya pak su baru. Mak su pergi dulu. " mama memberi kan tupperware berisi nasi goreng sebagai bekal. Aku menyalami mak su dan memeluknya erat sebelum dia masuk ke perut kereta .

  "Bye!! " jeritku sambil melambaikan tangan.

   Mataku menangkap Adrian sedang mendaki tangga laju ke tingkat atas . Aku menurut dia dari belakang .

  "Ian!! " dia berpaling. Pintu kamarku yang sedikit terbuka akibat tolakan nya di tarik semula. Dia memandang aku sambil menyandar di pintu bilik.

  "Jadi tak esok balik rumah family kau? " tanyaku.
  "Kenapa kau nak balik sana? " soalan ku dibalasnya dengan soalan juga.

  "Kau kan anak diorang. Mama papa kau mesti nak tengok juga anak diorang. Nanti apa pula diorang kata dekat kah bila kau langsung tak jenguk diorang. "jelasku.

  "Aku balik ke tak, diorang tak kisah pun. " katanya perlahan.

  "Apa?! " tanyaku.

  "Tak ada apa-apa lah. Jadi kau memang nak pergi dekat sana juga la ni? " aku mengangguk. Aku mendengar dia mengeluh perlahan. Belakang tengkuknya dia usap sebelum  matanya bertentang dengan mataku.

  "Kau packing barang. Kita ke sana esok. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience