Aku membuka pintu kamar tidur aku dan Adrian. Aku menerpa ke arah Adrian yang sedang enak berbaring di atas katil.
"Ian!!! Aku sayang kau!! " aku melompat ke atas katil. Tubuhnya aku peluk erat. Dia terkejut dengan perbuatanku memeluknya tiba-tiba.
"Kenapa ni? " tanyanya hairan. Aku meleraikan pelukan, aku mula duduk di hadapan nya yang sudah mula duduk bersila.
"Aku sayang kau!! Terima kasih tau!! " tanpa aku sedar aku mencium pipinya. Adrian melihat ku tidak percaya. Tangannya naik menyentuh pipi nya yang aku cium tadi.
Aku tersedar, kepalaku menunduk, malu untuk memandang wajah Adrian. Aku memohon maaf.
"It's okay. Aku tak kisah, lagipun kau cium aku tadi tu bukannya salah. " katanya.
"Kenapa dengan kau tiba-tiba happy semacam je? " aku mengangkat wajahku memandang nya.
"Terima kasih, sebab kau ambil Umi kerja dekat rumah ni. Aku bersyukur sangat, bila masalah dia dah selesai. Terima kasih sekali lagi. " ucapku. Tangan kasarnya aku capai lalu di kucup perlahan.
Aku merasakan kepalaku diusap. Bibirku menguntum senyuman.
"Macam mana kau boleh tahu pasal Umi?? " tanyaku. Hairan juga aku apabila Umi mengatakan yang Adrian yang Adrian menawarkan nya kerja sebagai pembantu rumah kepada nya malah telah mencarikan Umi rumah sewa berdekatan dengan kejiranan ini. Setahu aku, aku tidak pernah menceritakan kepadanya tentang masalah Umi.
"She's one of my worker. Her problem is my problem. "
Tiba-tiba telefon milik Adrian berbunyi, dia pantas mengangkat panggilan telefon nya.
"Ya pa. " dia mengerling ke arahku.
"Esok? Erm boleh kut. " kata Adrian sambil mengusap belakang lehernya.
"Papa ke ??" tanyaku selepas Adrian meletakkan telefon nya bersebelahan dengannya. Dia membalas pertanyaan aku dengan anggukan.
"Dia nak apa?" tanyaku lagi.
"Dia nak aku masuk kerja esok. " dia mengeluh perlahan. Aku nampak dia menguap mengantuk.
"Aku turun dulu, nak tolong Umi dekat dapur. Kalau ada apa-apa panggil je aku. " dia mengangguk. Aku pantas keluar dari bilik, tidak mahu mengganggu nya beradu.
Aku tahu dia mengantuk kerana semalam, selepas pukul 11 dia ada menerima panggilan dari siapa aku pun tidak tahu tetapi selepas itu dia terus keluar dari rumah tanpa memberitahu aku ke mana. Dia balik ke rumah pun hampir pukul 4pagi.
"Umi!! " sapaku apabila nampak Umi sedang memotong sayur di dapur. Umi hanya memberikan senyuman membalas sapaan aku.
"Boleh Dina tolong?"
"Uishh boleh je. Hah, mari duduk sini, kupas kulit bawang besar ni! Lepastu mayang dia." arah Umi. Aku mengambil bawang lalu mengikut arahan Umi.
Sedikit sebanyak kehadiran Umi mengisi kerinduan aku terhadap mama. Perangainya, bebelannya sama seperti mama.
"Iya? Sampai macam tu sekali?! " tanyaku pada Umi. Dia menceritakan kepada aku kisahnya semasa dia belajar masak mula-mula dahulu.
"Kita ni, orang perempuan mesti tahu memasak. Penting sangat untuk tahu memasak. Tambah-tambah lagi bila kita ni dah berkahwin. Apa kita nak bagi suami kita makan kalau kita tak tahu memasak?! " kata Umi.
"Dina tahu tanak nasi je Umi. Itupun guna periuk nasi elektrik. Tapi ada suatu masa tu, nasi yang Dina tanak tu lembik, terlebih air. " cerita aku kepada Umi.
"Tak apalah sekurang-kurangnya kita cuba. Dina pun dari masak nasi slow-slow la belajar buat lauk pauk. "
"Dina tak pandai la Umi. " kataku.
"Sekarang kan sudah canggih. Semuanya di hujung jari, cari lah resepi dengan cara-cara membuat dekat sana. Tak apa, Umi ada. Umi boleh ajar. " kata Umi.
"Dina. " panggil Umi.
"Iya Umi. " sahutku. Wajah tuanya aku pandang. Tanganku masih sibuk mengupas kulit bawang.
"Dina tu bertuah tahu tak sebab dapat Tuan Adrian sebagai suami. Dia baik sangat." aku mengangguk. Ya, aku sendiri tidak di menafikan dia memang sangat baik terhadap semua orang, malah tersangat baik.
"Umi ni bawang dah siap. Umi nak buat apa dengan bawang ni?" tanyaku, ingin lari daripada terus bercakap pasal Adrian.
"Bawang tu kita goreng bersama ayam. Buat ayam kunyit. " kata Umi. Aku mengangguk.
"Hari ini, kita masak kari ikan merah. Umi dan beli ikan dekat pasar tadi. Tolong ambilkan ikan tu dalam peti. Umi nak tengok kamu siang ikan. "
"Umi, sebenarnya kan Dina tak pandai la nak siang ikan. Umi je lah yang siangkan eh. " kataku malu-malu. Ikan itu aku letak di atas papan pemotong, di hadapan Umi.
Umi tersenyum. Dia menggamit aku untuk dekat dengannya. Aku menghampiri Umi di sinki.
"Dina yang akan siang kan ikan ni. Tak apa, Umi ajar. Ambil pisau dekat sebelah tu. Hati-hati tajam. " kata Umi apabila melihat wajah bimbang ku.
"Mula-mula....... "
*****
"Sedap betul lauk tadi. Kenyang perut aku. " kata Adrian sambil menggosok perutnya. Badannya di sandarkan pada sofa. Aku turut ikut bersandar di sebelah nya.
"Tengok la siapa masak. " kataku. Aku memandang Adrian.
"Umi yang masak. " katanya. Aku sudah memuncung.
"Aku pun ada tolong masak juga. " Adrian memandang aku dengan senyum nipis. Senyum je? Come on, puji lah aku sikit. Teringin benar aku di puji oleh suamiku. Siapa sahaja yang tidak mahu di puji.
"Ouh. " balas Adrian. Ahh buang masa sahaja aku menunggu pujiannya. Bantal kecil aku peluk, mataku terarah kepada kaca TV.
"Rajin isteri aku. " akhirnya Adrian memuji ku setelah melihat aku memuncung. Aku tersenyum. Ahh terasa bagai di awang-awangan.
"Puji sikit dah senyum sampai ke telinga. " sindirnya. Aku menjelingnya tajam. Aku siku kang baru tahu.
"Sibuk je. Suka hati arr. " kataku.
"Actually an aku nak beritahu kau something. " kata Adrian. Dia mengubah kedudukan nya menghadap ku.
"Something? " dia mengangguk.
"Untuk beberapa hari ni, aku maybe akan selalu balik lewat malam. So, kau tak payah tunggu aku, terus je tidur kalau mengantuk. " katanya.
"Kenapa sampai balik lewat malam? Kau buat apa dekat office? Kau ni pun jangan la workaholic sangat. " kataku seraya menumbuk bahunya perlahan.
"Aku kerja la. "
"Kerja pun kerja juga. Tapi ingat kau jangan skip makan. Perut kau tu manja. " kataku sambil menepuk perutnya. Adrian kaget. Aku sembunyi senyum.
"Aku kerja bukan untuk siapa-siapa. Untuk kau dan aku. Nak cari makan buat keluarga aku. " katanya.
"Yalah. Jangan kau skip makan kau ... Kalau aku dapat tahu yang kau skip makan,siap kau! " kataku. Jariku di tuding tepat ke wajahnya yang selamba itu. Asyik muka selamba je dia tayang. Tapi... Tak apalah, selamba selamba pun kacak!!
"Kau tak nak kerja sana balik ke?? " tanya Adrian.
"Sana? Maksud kau company papa? " dia mengangguk. Aku senyum senget.
"No, thanks. Aku tak nak berjumpa dengan Nadia. Nanti tak pasal-pasal dia serang aku. Lagipun, Umi dengan Hana tak ada dekat sana, tak best. "
"Jadi, kau kembali menganggur la ni? " aku mengangkat bahu.
"Kalau Nadia serang kau, kau serang la dia balik. Apa susah? " katanya.
"Tak nak aku. Tak pasal-pasal masuk lokap. " aku menukar siaran TV.
"Kau sure ke nak tengok cerita ni? " dahiku berkerut.
"Kenapa? " tanyaku pelik. Mataku tidak memandang TV. Adrian memandang ku serius.
Aku terus memeluk lengannya apabila kedengaran suara perempuan mengilai. Wajahku di sembamkan di bahunya, takut. Habis meremang semua bulu romaku.
Adrian hanya tersenyum melihatkan tingkahku yang penakut. Kedua-dua lesung pipit nya jelas ternampak apabila dia tersenyum lebar begitu.
Aku jatuh dalam senyumannya. Melihat sahaja senyumannya membuatkan aku lupa segalanya. Tiba-tiba aku di kejutkan dengan deringan telefon Adrian.
Dia memandang aku sekilas sebelum mengeluarkan telefonnya dari kocek seluar nya. Telefon di tekap ke telinga.
"Sekarang ke? " Adrian mengerling aku sekilas sebelum mengerling ke TV.
"Penting sangat ke? " tanya Adrian kepada si pemanggil. Aku melihat jam dinding. Sudah hampir pukul 10.Takkan dia nak keluar seperti semalam pula? Aku takut, tambah lagi TV di hadapan ku menyiarkan cerita hantu. Mahu tak tidur aku satu malam.
"Kau nak keluar ke? " tanyaku selepas dia meletakkan telefonnya ke atas mej kecil di sebelahnya.
"Tak. Takkan aku nak tinggalkan kau yang penakut ni. " katanya. Dia mencuit hidungku. Tanganku naik menyentuh hidung yang di cuitnya tadi.
"Ni, bila nak lepas? " katanya sambil menunjuk ke arah lengannya yang di peluk olehku.
"Tak nak lepas sampai bila-bila. " kataku sambil tersenyum manis. Bibirnya bergerak-gerak seperti mahu tersenyum, tetapi dia hanya mengemam bibir. Aku tahu yang dia ingin senyum sepertiku, tetapi sengaja dia menahan.
Aku melentokkan kepalaku di bahunya sambil menonton televisyen. Apabila hantu itu muncul aku pantas menekup mukaku, tidak mahu melihat muka hantu yang buruk itu.
Kenapa tidak di tukar ke cerita lain?
Huh, awal-awal lagi remote sudah di sorok oleh Adrian di dalam bajunya. Memang tak lah aku nak seluk dalam baju dia. Nanti, di tuduhnya pula aku ini mahu mencabulnya.
Biarlah, cerita hantu pun cerita hantu la. Lagipun aku suka apabila berkeadaan begini dengannya. Lengannya aku peluk, kepalaku di lentokkan di bahunya dan sesekali Adrian menutup mataku apabila hantu itu muncul.
Malam semakin larut, mataku kian memberat dan tanpa aku sedari, aku sudah terlena di bahu Adrian. Malam itu, aku dan Adrian buat pertama kali tidur di sofa bersama.
Share this novel