BAB 5

Romance Series 2158

    "Hana. " panggilku. 

   "Ya, ada apa?? " tanyanya. Dia mengangkat wajah memandangku. Aku membalas pandangannya dengan wajah tidak bermaya.
  
   "Aku pelik tau dengan kau ni. " kataku kepadanya. Mop lantai aku sandarkan pada meja Hana.

   "Pelik??  Kenapa??"

    "Ya la. Aku pelik dengan kau, pagi-pagi macam ni, muka kau langsung tak ada menunjukkan yang kau ni penat ke malas ke. Iya la, pagi kut. Kau tau-tau la macam mana feel kena bangun pagi. "

   "Saya dah biasa bangun pagi, kak. Lagipun kita bekerja mestilah penuh dengan semangat, biar berkat. Tak boleh bermasam muka even kita penat or malas sekali pun. "

  Ilham!!  Aku dah jumpa bakal isteri kau!!

     "Akak.

   Mop lantai di sebelah, aku capai semula lalu aku mengemop lantai. Mulutku sibuk berbual kosong dengan Hana. Sesekali aku memberi senyuman kepada para staff yang baru sahaja tiba. Tiba-tiba aku teringat sesuatu, lantas aku menyeru Hana sekali lagi.

   Pen yang sedari tadi melekat di jarinya terus di letakkan. Mata bulatnya memandangku menanti ayat yang seterusnya dariku.

  "Dah beberapa hari aku kerja dekat sini tapi hujung kasut big boss syarikat ni langsung aku tak nampak. " kataku. Hana tergelak. Aik kita tanya dia boleh pula dia gelak.
  
   "Kau ni dah kenapa??  Aku tanya ni, kau boleh gelak pula. "

   "Oh, selama ni akak tertunggu-tunggu akan si Tuan Adrian la ni??  Hermm?? " dia mengangkat sebelah keningnya sambil ketawa.

    "Ouh, nama dia Adrian. Aku ingat Iron Man. " kataku.

   "Issh akak ni, tak baik tau tak. Nanti-nanti lah akak jumpa dia ya. Hana pasti yang Tuan Adrian pun tak sabar nak jumpa dengan akak. " Hana ketawa besar apabila melihat mukaku masam .

   "Kau ni ada-ada sahaja nak kenakan aku. " aku mengetuk kepalanya yang di liputi tudung, perlahan. Aku menahan tangan di meja, mataku memandang wajah manis milik Hana.

   "La betullah apa yang Hana cakapkan tu kak. "

  "Aku bukannya apa, nak juga aku mop bekas tapak kasut dia tu. "
  
   "Apa lah akak ni. Semua orang nak tengok muka Tuan Adrian,tapi akak, nak mop bekas tapak kasut dia. Akak dari planet mana??  Lain dari yang lain. "

Ya Allah budak ni. Aku bagi hadiah kentut kang baru tahu. Kentut aku wangi tau.

     "Aku datang dari planet Gurunda yang ada dalam cerita boboiboy galaxy."selorohku.

  "Ada cattus tak kat sana?? "

  "Ada je. Nanti aku bawa dia balik suruh dia cakar kau. "

   "Hana. "

  "Iya kak. " sahutnya.

   "Tuan Iron tu handsome ke?? " tanyaku.

   "Tuan Adrian la bukannya Tuan Iron. Tuan Iron tu Tony Stark. " katanya tegas. Amboii marah benar, aku gelak kecil.

   "Ni dah kenapa tanya pasal big boss?? I can feel something here. " renungan nakal Hana aku balas dengan jelingan mata.
 
     "Handsome sangat kak. Sampaikan Kak Nad tu tergila-gilakan dia. Kulit dia putih melepak,licin pula tu, tak ada sebarang jerawat pun yang datang buat kampung kat atas muka dia. And hidung dia ya Allah memang ngam-ngam terletak. Mata dia memang cantik kak. Akhir sekali, bibir dia, merah macam orang tak merokok. " terangnya bersungguh-sungguh.

    "Amboii kau, bukan main kau explain dekat aku eh, panjang lebar. " Hana tersengih mempamerkan gigi arnabnya.

  "Rupa-rupanya si maggi kari tu ada nama. "
  
     "Ha'ah kak. Nama dia Nadia. Dia anak kawan papa bos. " Hana memandang ke kiri dan ke kanan sebelum tangannya mengamitku supaya aku lebih dekat dengannya.

  "Tapi dengar-dengar yang bos ambil kak Nad bekerja sebab nak jaga hati bapa dia je. Bos tak sanggup nak tolak permintaan bapa dia bila Kak Nad beria-ria nak apply kerja dekat sini. And pasal position dia sebagai PA,Kak Nadia sendiri yang pilih. " bisik Hana. Aku hanya mampu mengangguk kepala.

  Bukkk

   Bunyi apa yang teruk sangat tu??Macam cempedak jatuh pun ada juga.
  
  "Hana. Oit Hana.. Oiii Hana. " panggiku, tangan aku lambai-lambaikan di hadapan mukanya. Aku berpaling ke sekeliling, semua orang pun sama juga seperti Hana, kaku, pandangan mereka terarah kepada seorang lelaki yang sudah terbaring, memegang belakang kepala.

  "You're dead. " kata Hana tiba-tiba. Keningku bercantum.

   "Apa yang deadnya kau ni?? And kenapa muka kau pucat? " tanyaku.

    Hana menuding ke arah belakangku. Aku menurut jarinya. "What's wrong dengan dia. Orang jatuh je kot. It's a normal thing la, yang habis semua orang nak amazed ni dah kenapa?  Bukannya big boss yang jatuh pun, kan? " aku menolak bahu Hana sambil melepaskan ketawa.

  "Hana ketawa lah dengan aku sekali. " dia ketawa hambar.

  "It is. " kata Hana. Aku terdiam.
 
  "It is?? " tanyaku perlahan. Hana menganggukkan kepala.

    "And guess what it is your fault. " kata Hana lagi. Aku bingung. Salah aku??

   Aku memusingkan badan lalu menghampirinya. Aku bercangkung. Tangan aku hulurkan untuk membantunya bangun. Tetapi tanganku tidak di sambut olehnya. Alaa sedihnya.

   "It's okay, I can help myself. " tolaknya. Belakang kepalanya dia gosok perlahan. Mukaku langsung tidak dipandang olehnya. Heii lihatlah saya yang cantik ni,bentakku dalam hati. Aku bangun dari duduk bercangkung. Aku berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis.

  "Still wanna resist help even in this situation. " kataku.
  
   "What situation? " tanyanya. Dia mengangkat wajah memandangku. Dia kelihatan terkejut ,matanya terbuntang. Sudahku jangka reaksinya.

    "You... You....  What are you doing here?? " tanyanya lagi. Jari kasar nya dituding ke mukaku.

    "Er... Suprise. " kataku. Mataku membalas pandangan matanya. Hana betul,matanya memang cantik. Aku terpukau memandangnya.

  "Oh my!!!  What happened to you Ian?? " jeritan itu menyentakkan aku. Alahaii Minah maggi kari sudah datang buat comeback. Semenjak aku bekerja di sini, aku sedaya-upaya mengelak daripada bertembung dengan minah ni.

  Kenapa??

  Aku takut aku tak boleh tahan daripada guna super power aku je. Kuasa kunyahan gigi. Aku takut aku terkunyah rambut dia sebab memang sumpah aku cakap rambut dia memang serupa dengan........  Korang pun dah tahukan serupa macam apa.

  "Who did this!!!?? " bergema seisi bangunan itu. Amboii ni tanya ke apa ni??

  Aku pantas mencapai mop lalu bergegas pergi, sementara ada peluang. Aku perasan mata Adrian masih melekat padaku. Aku melambai ke arahnya untuk mengurangkan rasa janggal yang bersarang dalam diriku.

    Aku menaiki lif untuk ke tingkat dua. Pantri menjadi sasaran untuk ku bersembunyi. Mataku menangkap satu paket latte. Uuuu latte, tunggu mummy sayang. Insiden yang berlaku tadi terus hilang dari kotak ingatan selepas meneguk sedikit latte panas.

***

"Gedik betul la si Iron tu. " bibirku memuncung. Aku membawa ais kepadaya untuk tuaman di belakang kepala nya.

   Masih terngiang-ngiang kata-kata Hana, menyuruh dia naik ke tingkat 4 untuk berjumpa dengan 'orang sakit' itu.

   "Rindu kut. Tadi sekejap sangat melepas rindu." kataku perlahan. Aku tersengih mengenangkan kata-kata ku sebentar tadi. Amboii gataiii hang noo.

     "Eh, Minah maggi kari!! " aku menahan ketawa apabila melihat dia terbongkok-bongkok mencari sesuatu di bawah meja. Akhirnya ketawaku terletus jua apabila kepalanya terhantuk pada meja.

   Aku kelam kabut apabila dia menunjukkan tanda-tanda ingin berdiri. Aku terus masuk ke dalam sebuah bilik untuk bersembunyi. Kalau aku tidak bersembunyi pasti dia akan nampak aku, nanti akan ada perang terletus.

   Aku menyelak tirai untuk mengintainya. Perlakuannya yang menggaru-garu kepala mengundang tawaku. Suara seseorang berdehem menghentikan terus pengintipanku.

   "Done peeping on her?? "

   "Peeping??  Who says? I'm not peeping anyone. " balasku. Aku duduk di atas kerusi berhadapan dengannya. Ais di tangan aku letakkan ke atas meja.

     "Yeah obviously you're not peeping. I can see that clearly. " kepalanya terangguk-angguk, bibirnya mengukir senyuman sinis.

   "I guess you already know, why I calling you here. " aku diam membiarkan dia seorang berbicara.

  "You're not answering me. Why??  Mulut tu dah kena sorok dek hantu ke??  Ini baru siang tak malam lagi. " panas telinga aku mendengarnya.

  "Amboii mulut. " aku mengecilkan mata melihatnya. Dia menentang mataku.

  "Well, it's not my fault at all. Awak yang berjalan tak hati-hati. Dah tau lantai tu basah, licin kan masih nak say yang saya bersalah ke?? " bentakku. By the way that is say yang not sayang.

  "Just because I'm a cleaner you can't put the fault just on me. " bentakku lagi. Aku memeluk tubuh. Dia kelihatan tergamam buat seketika sebelum wajahnya bertukar serius.

   Senyuman sinis terbit di bibirku apabila melihat dia tidak membidas kata-kata ku.

  "Kenapa diam??  Ke mulut tu dah kena sorok dek hantu?? Ini baru siang belum malam lagi. " aku melemparkan kata-kata nya kembali kepadanya.

  Dia memandangku, tak lama selepas itu, aku lihat bibirnya bergerak mengukir senyuman sinis. Tiba-tiba dia meletuskan ketawa kecil.

  Dahiku sedikit berlapis. Dah kenapa Mamat ni? Sewel??

   "Congrats to you. You made me laugh. " aku menjulingkan mata ke atas. Dia ni memang bibir batu ke apa, susah ketawa sangat ke selama ni, sampaikan orang yang buat dia ketawa diucap tahniah.

Okay aku admit budak iron ni sedikit pelik.

  "Urghh you just waste my time. My time is worth you know. " aku menghentakkan kaki ke lantai.

   "It is?? " dia mendugaku. Aku mengangguk.

  Dia mengemaskan tali lehernya lalu memandangku. Aku terpaku seketika.

  "And so you have to know. I don't waste my money to buy a caution sign for any reason. My money also worth and I'm also wonder did my cleaner use it properly? " silangan tanganku di tubuh aku jatuhkan.

  "And here I want to ask you, did you put the caution sign when you are moping? " tanya nya lagi.

  Okay, aku letak dekat mana caution sign tu??  Aku termalu sendiri, sedar akan kecuaian ku.

   Aku menolak ais di atas meja kepada nya. Dia tersenyum sinis.
  "Tuan tuam dekat belakang kepala ya. Biar hilang bengkak. Saya minta diri dulu. " kataku sebelum cepat-cepat keluar dari biliknya. Telingaku dapat menangkap kata-katanya yang di tujukan kepada ku.

  "This is not the case,about you are a cleaner or not. I just want to make you realise to not careless in no matter what situation is. "

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience