Aku melilau kan mataku ke sekeliling mencari pelayan. Perutnya yang kosong sudah terisi.
"Dik kira ." aku sengaja mengangkat tangan untuk meraih perhatian pelayan perempuan itu. Dia menghampiriku dengan senyuman.
"Total semuanya, RM35 ringgit. " katanya setelah membuat kira-kira. Aku mengeluarkan not 50 ringgit lalu di berikan kepadanya.
"Tunggu kejap eh nak pergi ambil baki. " aku menghalang nya.
"No, it's okay. Keep the change. Akak kena pergi somewhere. " kataku sebelum berlalu pergi.
Aku masuk ke dalam kereta. Nombor Linda di cari dalam telefonku, aku pantas menekan selepas menjumpainya. Aku mengetuk stereng kereta,menunggu panggilan di sambungkan.
"Hello! Linda!! Dina here. "
"Dina mana eh?? I tak kenal la. Sorry U salah nombor. " balasnya. Aku menjulingkan mata, menyampah. Dia dah start perangai sengal dia.
"Kau jangan bagi aku pergi bakar kau punya kedai. " ugutku.
"Kau bakar kedai aku, dengan gaun perkahwinan kau turut terbakar. " dia mengenakan aku kembali. Aku berdecit perlahan.
"Kau ni... Aku just nak cakap yang aku on the way nak pergi kedai kau sekarang. So, kau prepare la gaun tu senang, aku sampai je boleh terus sarung. " kataku. Aku mengemam bibirku menanti bicaranya.
"Hah. Okay. Nanti aku sediakan. Kau pun bawa kereta tu laju sikit, jangan macam kura-kura lak. "
"Cehh, kau macam tak kenal aku. Aku kalau drive.... "
"Bla bla bla bla.. Tak dengar. Baby monkey bananas " . Aku menjauhkan telefon dari telinga ku. Lagu ni kau nyanyi semata-mata tak nak bagi aku cakap.
"Alright stop.. Aku dah nak gerak ni. Assalamualaikum!! " aku pantas menutup telefon.
"Macam budak-budak. Mengandung ke apa budak ni?? " kataku sendiri. Aku memberi signal ke kanan sebelum memusingkan stereng kereta.
*****
Aku menolak pintu kedai milik Linda. Aku terpegun seketika melihat pelbagai busana perkahwinan yang berderet-deret. Aku perhatikan dari atas ke bawah setiap satu busana itu dengan penuh minat.
Mataku bagaikan di gam pada satu gaun perkahwinan yang berwarna putih bersama taburan manik penuh di dada dan di lengan. Aku menghampiri ia, spontan tanganku naik menyentuh manik itu.
"Wah, cantik nya... " pujiku.
"Dah-dah la tu sentuh manik tu dik. Nanti kalau rosak, susah pula akak nanti. " tanganku berhenti daripada terus menyentuh gaun itu. Aku berpaling ke belakang.
"Laa engkau rupanya. Mati-mati aku ingat worker kau tadi. " aku menghampiri Linda sambil mendepakan tangan. Kami berdua berpelukan setelah lama tidak berjumpa.
"Jangan lama-lama sangat, baby dalam perut tak suka. " halangnya. Aku memandang mukanya sebelum pandangan ku jatuh ke perutnya yang sudah ke depan.
Aku melopong, aku pandang Linda sekali lagi, tidak percaya. Dia menganggukkan kepala nya.
"Ya Allah Linda!! Tahniah mummy!! " ucapku sebelum memeluknya buat kali kedua. Belakangnya aku gosok beberapa kali.
Tanganku singgah di perutnya. Aku pandang wajah Linda buat kali ketiga. Berseri sahaja wajah Linda.
"Dia tendang la!!" ujarku, teruja. Linda gelak kecil sambil mengangguk.
"Dah berapa bulan ni?? " tanyaku sambil melabuhkan punggung di atas kerusi. Linda turut duduk, sesekali kaki nya dia urut perlahan. Biasa lah, orang mengandung pasti kaki sakit.
"4 months. " mataku terbuntang.
"Besarnya. " kataku. Aku memandang perut Linda beberapa kali, tidak percaya. Baru 4 bulan sudah besar seperti ini.
"Gegirl ke boboy?? " tanyaku lagi.
"Gegirl. " jawabnya laju. Mataku bersinar-sinar, teruja.
"Hey, sayang di sana. Auntie Dina dekat sini, bila sayang nak keluar ni? Nanti bila sayang dah keluar, auntie beli baju and toys banyak-banyak. Boleh kita main sama-sama. " aku bercakap-cakap dengan perut Linda, sesekali aku menggosok perutnya perlahan, apabila dia menendang, aku dan Linda sama-sama ketawa.
"Sayang kau tu patut double jadi sayang-sayang. Ini twins. " kata Linda.
"Ya Allah patut lah besar. Twins rupanya. I can't wait to see them. " kataku kepada Linda.
"Tunggu la lagi 5 bulan. Eh, bila kau nak fitting baju. Alahaii kita ni pun, asyik berbual. " katanya.
"Kau pun pergi la try gaun kau tu. " arahnya. Aku mengerutkan dahi, hairan dengannya.
"Kau ni pun suruh aku try, tapi gaun tu mana?? " tanyaku.
"Gaun yang kau syok sentuh tadi tu la, kau punya." katanya. Aku berpaling ke belakang melihat gaun yang di sentuhku dengan penuh minat tadi.
"Gaun tu, aku punya?? " tanyaku lagi. Jariku di tuding pada diriku sendiri. Dia mengangguk.
"Serious?? "
"Iya... " dia menjegilkan matanya, penat mungkin melayan kerenah ku. Aku tersengih sebelum bergerak mengambil gaun ku.
*****
Aku memerhatikan pantulan tubuhku di cermin. Aku memusingkan badanku ke kiri dan ke kanan beberapa kali.
"Dina!! Dah siap ke belum?? "
"Iya dah siap!! " jawabku. Langsir terbuka dengan sendiri. Aku memusingkan badanku ke belakang sambil memandang Linda.
Dia memandang, matanya langsung tidak berkelip. Aku pelik, tangan aku angkat lalu di lambaikan kepadanya.
"Hello, are you still here? " Linda akhirnya tersedar.
"Okay tak? " tanyaku. Sesekali tangan aku menggosok perlahan gaun itu sambil memandang Linda.
"Okay.. Kau cantik sangat. " katanya.
"Nah, cuba kau pakai ni. " dia menghulurkan aku tiara. Aku mencapai nya lalu meletakkan nya di atas kepalaku.
"How?? " aku memandangnya.
"Perfect. "
"Baju Adrian dia ambil sendiri tau. " kataku sebelum terlupa. Linda mengangguk faham.
"Okay aku tukar baju dulu. " Linda menutup langsir memberiku perlindungan untuk aku menukar kembali bajuku.
******
"Linda, ni aku nak minta tolong kau sikit ni. Eh, sorry tak tau pula ada tetamu. " kataku.
"It's okay. " jawab suami Linda.
"Hey, still remember me? " tanya Farid.
"Of course. Aku takkan lupa kau. " kataku dengan ketawa kecil.
"Fitting baju ni dah nak kahwin ke?? " tanya nya mesra.
"Ha'ah."
"Dia nak kahwin dengan kawan hubby la. " kata Linda seraya menepuk bahu suaminya. Erkk hubby?
"Kawan hubby mana satu ni sayang? " keningnya bercantum, jelas dia keliru.
"Si Adrian. "
"Ya Allah, betul ke?? Si Ian tu bukan nak beritahu dekat hubby. Macam tak percaya pula, dari kejadian tuang air dekat kepala dia boleh jadi jodoh pula korang berdua. " katanya. Aku sudah tertunduk malu. Tak sangka dia masih ingat kejadian itu.
"Nampak nya kalau pergi mana-mana kena tumpahkan air dekat awek la ni. "
"Kenapa nak buat macam tu? " tanya Linda.
"Ya la. Mana tau jumpa yang kedua. Hubby ada tiga lagi tempat kosong sayang. " kata Farid kepada isterinya. Muka Linda sudah merah.
"Apa !! Kau berani cari, aku penggal kepala kau!! " kata Linda, bengang. Telinga milik Farid sudah di piatnya.
"Ampun sayang . Hubby tak cari.. Sakit sayang. " aku gelak melihat telatah mereka. Bahagia sahaja.
"Linda. Ni aku nak minta tolong kau sikit. " kataku.
"Minta tolong apa? " aku menyelongkar beg tanganku lalu kad jemputan perkahwinan aku di berikan kepadanya . Dia memandang ku hairan tetapi dia tetap mengambil kad itu.
"Apa ni? Aku dah dapat la. "Katanya.
"Itu aku dah tahu. Aku nak minta tolong kau bagi ni dekat Lisa. "
"Laa kenapa kau tak bagi sendiri? " dahi ibu mengandung itu sudah berkerut.
"Aku tak jumpa dia. Dekat tempat dia bekerja aku dah pergi, rumah dia pun aku dah pergi tapi still aku tak jumpa dia. "
"Ouh patut lah kau tak jumpa. Dia pergi bercuti dekat Australia sana dengan kawan-kawan dia. Nanti dia dah balik aku serah dekat dia eh." aku mengangguk.
"Okay tak apalah. Aku pun dah nak balik ni. By the way, thanks. "
Aku meletakkan gaun perkahwinan ku di seat belakang. Aku mengetuk stereng kereta perlahan sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
"Australia? " kataku perlahan .
*****
Aku mencapai remote lalu menukar siaran televisyen. Aku menyorokkan remote TV di belakang ku apabila menyedari abangku sudah turun dari tingkat atas.
Abangku melabuhkan punggungnya di sebelah ku. Dia memandang ku, aku membalas pandangan nya .
"Apa!? "
"Aku tak percaya yang kau nikah dulu sebelum aku. " katanya sebelum matanya tertancap di kaca TV.
"Aku pun.. " kataku perlahan.
"Kau dah sedia ke nak jadi isteri orang ni? Berdasarkan pemerhatian aku, kau tak ready lagi ni, sebab malam-malam macam ni pun kau layan kartun. "
"Kau ni, tadi serius semacam sekarang ajak bergurau pula. " marahku. Dia gelak melihatkan wajahku yang bengang. Aku memukul bahunya.
"Sorry Ah... Aku saja je nak sakat kau. Nanti kau dah kahwin ikut laki kau, dah tak ada siapa aku nak sakat. " katanya.
"Kau ni jangan la buat drama sedih. Aku pukul kang. Kalau aku tak ada nanti kau sakat la mama ke papa ke. " kataku. Aku bermain-main dengan kusyen sofa, untuk menghilangkan rasa sedih yang sudah mula bertandang.
"Mama? Papa?? " aku mengangguk.
"Tak nak aku. Sekali aku sergah nanti ada la periuk, kuali, meja makan and kayu golf melayang dalam rumah ni nanti. " katanya. Aku dan abangku gelak sakan.
"Aku rasa lega sebab kau pilih Adrian jadi suami kau. " katanya. Topik sudah bertukar.
"Aku tak suka dengan Amsyar. " tambahnya lagi.
"Kenapa?? " bola mataku bulat memandang nya, berminat dengan ceritanya.
"Entah. Kau tengok la video ni sendiri. Tadi aku terjumpa dia dekat belakang rumah. Aku sempat la rakam bila dia tengah marah-marah bila on the phone. Tetapi dengan siapa aku tak tahu . " katanya seraya mengeluarkan telefonnya dari poket seluar.
"Dia datang rumah ke tadi?? "
"Ha'Ah. Dia datang dengan mama dia. Berbincang dengan mama kita pasal majis kau. " aku mengangguk sambil memerhatikan video yang di mainkan di telefon milik abang ku.
"Tak dengar la dia cakap apa. " kataku.
"Kena dengar pakai earphone ni. " kata abangku.
"Nanti kau hantar dekat aku video tu. " kataku lalu telefonnya aku kembalikan semula kepada nya.
"Aku nak naik atas. Nak tidur, mengantuk. " aku mula bangun lalu menghampiri tangga.
"Jangan lupa tutup TV and lampu, nanti mama bising salahkan aku. "
"Iyaa by the way, video tu aku dah hantar dekat kau. " aku memberi isyarat OK dengan tangan sebelum naik ke bilikku.
Tombol pintu aku pulas lalu pintu aku tolak perlahan. Aku mencapai telefon dan earphone di atas meja sebelum menutup pintu. Aku membuka aplikasi whatapps lalu video yang dihantar oleh abangku pantas di tekan.
Earphone aku sambungkan ada telefon ku terlebih dahulu. Volume aku sengaja kuatkan.
"Hei, aku tak nak tahu pasal masalah kau. Yang aku nak tahu lepas dia balik je aku nak mayat dia yang sampai depan rumah aku. Arhh aku tak nak dengar semua tu, kau hantar je orang untuk bunuh dia. Dia dah ambil apa yang sepatutnya jadi milik aku!! " aku lihat Amsyar sudah menghempas telefon miliknya ke tanah.
Tidak cukup dengan itu, bumper kereta dia hentak dengan tangan. Dia ni dah kenapa?? Apabila dia seperti ingin mengatakan sesuatu aku pantas mendengar nya dengan teliti.
"Aku suruh kau jauhkan diri kau dari dia bukan pergi kahwin dengan dia!! Sepatutnya aku yang kahwin dengan dia dan bukannya kau, Ian!! " dia menyepak tayar keretanya dan video terhenti di situ.
"Ian.. Aku kena telefon dia. " aku mendail nombor Adrian pantas.
"Arghh tak angkat la pula.Aku harap dia selamat dekat sana. Ya Allah kau lindungi lah Adrian ."
Share this novel