Seperti yang di beritahu Adrian, dia akan selalu balik lewat, hari ini sudah masuk hari ke empat dia balik lewat ke rumah. Aku mengeluh.
Biarpun ada Umi di rumah tetapi hanya pada waktu pagi hingga petang. Malam pula, dia akan balik ke rumah sewanya yang tidak jauh dari rumah ini.
Aku okay... Aku okay... Tak... I'm not okay.. Aku sunyi bila dia tak ada. Aku mengaku yang...aku tercari-cari akan dia. Mengapa? Aku pun tidak tahu. Mungkinkah aku sudah jatuh cinta padanya?
Tak... Tak mungkin.
"Dina. Umi nak pergi rumah sebelah sebentar ya. " kata Umi. Aku mengangguk. Faham benar aku dengan keakraban Umi dengan jiranku itu. Hampir kesemua jiran di sekitar rumah ini mengenali Umi. Tetapi aku tidak hairan kerana Umi sememangnya peramah.
"Kali ni nak belajar buat kek apa pula? " tanyaku. Kerap benar Umi pergi ke rumah sebelah untuk belajar membuat kek. Maklumlah jiran ku itu mempunyai sebuah kedai kek.
"Kek r..red v..vevet apa entah. Payah betul nak sebut. Berbelit lidah. " aku tertawa kecil.
"Red velvet lah Umi. "
"Tak kisah lah. Ni tak apa ke duduk sorang-sorang? Dina pun marilah join sekali. Boleh belajar. " aku menolak pelawaan nya.
"Tak apa. Lagipun Dina nak tengok ni cerita ni. Best ni. " aku menunjukkan ke arah skrin laptopku.
"Uishh handsome nya hero dia. " kata Umi.
"Umi ni, sempat lagi. Cepatlah pergi, Mak cik Dijah dah lama tunggu. " kataku.
Aku tertawa apabila Umi terkocoh-kocoh memakai selipar lalu berlari ke rumah sebelah. Aku menggeleng kepala.
Aku menonton cerita yang bermain di laptop ku. Crazy Beautiful You. Cerita philippine. Hero dia hensem.
*****
"Yes.. Yes... Sikit je lagi.. " aku menongkat dagu wajahku di dekatkan pada skrin laptop. Kedengaran pintu rumah terbuka, aku hiraukan.
Pasti Umi sudah pulang.
"Umi mari la join Dina tengok cerita ni. " panggil ku. Mataku masih melekat pada skrin laptop. Aku mengusap telingaku apabila ada angin yang menghembus.
Aku berpaling ke sebelah, aku terkebil-kebil apabila muka Adrian rapat denganku.
"Ouhh, bukan main semangat kau tengok orang kiss eh? " tanyanya sambil mata memandang ke laptopku. Mukaku merona merah. Dia bercekak pinggang sambil menggelengkan kepala.
"Sibuk je.. "
Aku terus menutup laptop. Dia menarik tanganku supaya berdiri lalu membawaku ke dapur.
"Eh, nak buat apa dekat dapur ni? " tanyaku pelik.
"Temankan aku makan. Aku lapar. Umi dah masak kan? " tanyanya.
"Eh, mana lauk? " tanyanya lagi. Aku menggaru kepala.
"Tak ada ke? " dia membuat muka. Kepala nya di geleng.
"Ahh,baru aku ingat. Kitorang dah habiskan. Kau pun satu tak cakap awal-awal nak balik lunch. Ingatkan kau balik lewat. " bebelku. Dia mendengus lalu duduk di atas kerusi, tangannya naik mengusap perut.
Aku membuka periuk nasi. Masih ada sedikit. Tapi, nak hidang dengan apa. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"Nasi ada lagi sedikit. Tapi takkan nak makan nasi je? Nak masak, aku tak pandai. " dia mengangkat wajah.
"Nasi ada! Hah, bagus. Kau tepi biar aku masak. " aku memandang Adrian atas bawah. Masak? Pandai kah dia? Dia menyingsing lengan baju kemeja nya ke siku. Tiga butang baju teratas dia buka menampakkan dada bidangnya. Mataku membulat.
"Aku panas lah. Jangan fikir bukan-bukan pula. " katanya apabila melihat aku kaku. Aku bergerak ke tepi .
****
Dia meletakkan nasi goreng pattaya nya di atas meja. Sudu dan garfu di basuh lalu nasi goreng itu dinikmati nya seorang. Aku di sebelah sudah kecur liur. Aku merenung nasi goreng yang di salut telur itu. Macam sedap!
Dia memandang aku, dengan senyum senget tersungging di bibir merahnya. Dia menutup pinggan nya itu dengan tangan nya.
Aku menongkat dagu sambil menghirup jus orenku. Kedekut punya orang tua!
Tiba-tiba sesudu nasi goreng masuk ke dalam mulutku. Aku mengunyah perlahan. Sedap! Mataku membulat, tidak percaya dengan kesedapannya.
Melihatkan dia memasak tadi pun sudah membuat aku kagum dan tidak percaya apatah lagi merasa makanan nya.
Rasa macam nak lagi!!
"Umi dekat mana? " tanyanya.
"Rumah sebelah. Belajar buat kek. " dia mengangguk.
"By the way, papa cakap yang mama nak datang rumah. " aku berkerut.
"Mama kau ke? "
"Ha'ah. " aku mengangguk. Maklum lah sedikit confuse, aku dan Adrian turut memanggil kedua orang tua kami dengan panggilan sama. Mama dan papa.
"Buat apa?! " tanyaku. Adrian membawa pinggan ke sinki. Aku menahannya dari mencapai span, dia memandang aku.
"Biar aku yang basuh. " pinggan bertukar tangan. Dia menunggu aku membasuh pinggan. Pinggan dia ambil dari tangan ku lalu di simpan di rak .
"Dia cakap saja nak jenguk kau,menantu dia. " katanya. Aku meng 'ouh' kan sahaja.
"Seperti biasa, aku balik lewat pula malam ni. Kau jangan tunggu aku, mengantuk je terus tidur. "Ujarnya. Aku mengeluh perlahan.
Aku menghantarnya ke garaj kereta. Aku menyalami tangan nya sebelum dia mencium dahiku. Aku tersenyum nipis, sebelum melambai tangan kepadanya sejurus selepas keretanya meninggalkan perkarangan rumah.
Terubat juga rindu ku padanya!!.
*****
Ting tong!!
Aikk cepatnya mama sampai! Aku pantas turun ke tingkat bawah. Pintu rumah aku buka, terpacul lah wajah Amsyar di muka pintu rumah itu.
Aku menjengukkan kepalaku di belakang nya. Figura mama tidak kelihatan melainkan dia seorang. Belum sempat aku menutup pintu, pantas Amsyar menahan nya dengan kaki.
"Macam ni ke kau layan tetamu? " tanyanya. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Dia terus masuk ke dalam rumahku tanpa segan silu.
"Not bad, rumah ni. " katanya sambil melihat sekeliling rumah aku dan Adrian.
Dia ni tak pernah datang ke sini ke?? Timbul persoalan di benak fikiran ku.
"Hah, tutup lah pintu tu. Tadi tak sabar sangat nak tutup. " aku menghiraukan nya. Pintu rumah aku biarkan terbuka luas. Aku tidak bodoh lagi untuk mengikut arahannya, perbuatan itu malah akan menjerat ku.
Aku memutarkan bola mataku ke atas tanda menyampah dengannya. Mendengar ketawa nya berbakul-bakul rasa menyampah datang.
"Kau nak air apa? " tanyaku. Dia bangun lalu duduk dari posisi berbarng di atas sofa.
"Wah, kau nak sediakan air !? Rajin kau,bagus-bagus. Kau bawa lah air apa-apapun." katanya sambil tersenyum sinis.
"Tetamu mesti lah di layan. Biarpun tetamu tu tak di undang dan tidak di hadap oleh tuan rumah. " kataku sambil menyusun langkah ke dapur. Giliran aku pula tersenyum sinis melihatkan muka nya yang merah menahan marah.
Dalam kesempatan itu, aku menghubungi Adrian. Yess panggilan bersambung.
"Ian, kau kat mana? " tanyaku tidak sabar. Suaraku di perlahan kan, takut di dengari oleh Amsyar.
"Aku on the road, kenapa? " tanyanya.
"Tak jauh dari rumah kan? "
"Ya, kenapa? " aku mengucap syukur.
"Please patah balik Ian. " aku merayu. Aku bersandar di peti sejuk.
"Hei, kenapa ni? What happened? " tanyanya risau.
"Amsyar is here. He's came alone. " kataku.
"Kau pergi rumah sebelah and panggil Umi, suruh dia balik sekarang teman kan kau. Now. " arahnya.
"Ian. Umi tak bawa phone. " kataku apabila teringatkan telefon Umi yang terletak di atas meja ruang tamu.
"Damn it. " carut Adrian. Tiba-tiba aku terdengar pintu rumah ditutup. Aku mula merasa takut.
"Ian... Dia dah tutup pintu. What should I do. Aku takut, balik lah Ian. " air mataku mula gugur, takut.
"Shh don't cry . Okay² kau jangan risau. Aku patah balik, if something happen, fight back. Protect yourself, don't worry I'll be right there in a few minutes. " katanya cuba menenangkan ku. Aku mengangguk.
Aku memilih untuk membuat kopi panas. Sekurang-kurangnya jika Amsyar mahu berbuat apa-apa pada aku, boleh sahaja aku menyimbah nya dengan air kopi itu.
Air sudah tidak perlu di jerang kerana air panas memang awal-awal lagi sudah tersedia di dalam termos. Aku membawa minuman itu ke ruang tamu tempat Amsyar berada.
Langkahku terhenti apabila melihat sekujur tubuh yang tidak berbaju sedang enak duduk di atas sofa. Dia tersenyum memandang ku.
Aku menuang air ke dalam cawan lalu di hulurkan kepada nya. Dia menyambut cawan itu, sempat dia mengusap tangan ku. Aku pantas menarik tanganku, dia ketawa. Aku mengeluh.
Adrian bila kau nak sampai?
Amsyar asyik merenung ku, aku sudah tidak senang duduk. Ingin sahaja aku berlari ke tingkat atas, mengurung diriku di dalam kamar sehingga Adrian sampai.
"Resah nampak. " tegur Amsyar.
"Panas rumah ni, sebab tu aku buka baju. " terang nya tanpa di pinta. Aku diam tidak membalas.
Dia mula bangun mengelilingi ku. Cawan kopi aku pegang erat, bersedia untuk menyimbahnya jika dia berbuat yang tidak baik ke atas diriku.
"Kau takut ke dengan aku?? Takkan kakak ipar takut dengan adik ipar dia sendiri? " katanya . Dia berhenti di hadapan ku. Aku mendongak memandang nya.
Tangannya bergerak ingin mengusap pipi mulus ku, aku memalingkan wajahku ke tempat lain. Aku tak akan membenarkan dia menyentuh ku, walau pun sedikit . Dia ketawa.
"Relax. Just wait, mereka akan sampai juga tak lama lagi. I mean Pencegah maksiat." dia mencengkam rahangku.
"And you're gonna be mine, beauty. " bisiknya perlahan. Aku menolaknya dengan sebelah tangan, dia terundur beberapa langkah. Aku berang apabila dia masih tidak dapat menerima hakikat bahawa aku ini milik abang nya.
Pantas aku menyimbah air kopi itu ke badannya. Dia mengerang kesakitan.
"Adrian juga akan sampai. " kataku. Aku berlari ke pintu, tanganku memulas tombol.
"Let's see who's faster. And I bet, he's gonna amazed to death by looking you and I. " katanya dengan tangan melekap di dadanya yang terkena simbahan air kopi ku. Pulasan ku terhenti mencerna kata-kata dari nya.
"Dia percayakan aku. " kataku sebelum memulas tombol pintu. Wajah Adrian terpacul di ruang mataku. Aku pantas memeluk badan tegapnya. Aku mula menangis di dalam dakapan nya.
"Ian.... " suaraku mula serak.
"It's okay. I'm right here now. I'm gonna protect you. "Aku meleraikan pelukan. Ibu jarinya menyeka airmata ku.
"Please jangan salah faham. Kau akan percayakan aku kan. " kata ku. Adrian memandangku dan adiknya yang sudah tidak berbaju bergilir-gilir. Dia mengusap kepalaku lalu mencium dahiku.
"Aku percayakan kau. "
"Dina, Tuan Adrian kenapa ni?? Dina kenapa menangis ni? " tegur Umi dari belakang. Aku tidak menjawab.
"Umi, jaga rumah. " arah Adrian. Dia membawaku masuk ke dalam keretanya.
Kereta mula meninggalkan perkarangan rumah. Suasana di dalam kereta sungguh sepi, hanya radio yang memutarkan lagu. Aku dan Adrian hanya diam tanpa sebutir kata. Tiada di antara kami yang memulakan perbualan.
"Maafkan aku. " pinta Adrian.
"For what? "Tanyaku hairan. Dia memberi signal ke kiri lalu kereta nya berhenti di bahu jalan.
"Sebab selalu buat kau menangis, selalu tinggal kau, selalu buat kau takut and I'm sorry for everything. " katanya. Kepalanya sudah tunduk.
"As long As you're right there for calming me down, I'm okay. " kataku. Tangannya aku genggam. Aku memberikan nya senyuman. Dia membalas senyuman ku dengan senyuman nipis.
Dia menghulurkan kepada ku dua keping tiket penerbangan. Aku memandangnya tidak faham.
"Let's fly to Kelantan... Together.. "
Share this novel