Sejak kejadian semalam hubungan aku dan Adrian menjadi dingin. Aku kerap kali menangkap Adrian termenung sambil memegang sekeping gambar yang sudah lusuh.
Sedikit rasa cemburu timbul dihatiku. Entah gambar siapa yang dia renung, lelaki atau wanita, atau gambar bekas teman wanita nya?
Apabila di tanya, jawapan yang menyakitkan hatiku pula yang keluar dari mulutnya itu. None of your business. Itu lah ayatnya. Sedangkan aku ini isterinya.. Isteri kah??
Aku duduk di atas sofa bersama Adrian. Tidak lama kemudian, mama, papa dan Amsyar mula memunculkan diri. Buletin utama yang sedang bersiaran di TV tidak menarik perhatianku.
Tiba-tiba papa membuka mulut tentang business, aku menongkat dagu sambil memandang dinding, tidak berminat . Hanya Adrian yang menjawab segala pertanyaan papa.
"Ian bila nak masuk kerja? " Adrian memandang aku, kepala aku tunduk, mengelak daripada bertembung mata dengannya. Perang dingin.
"Lusa insya-allah. " kata Adrian, ringkas.
"Cepat-cepat lah kamu masuk office, risau pula papa bila Ian tak ada dekat sana. " katanya
"Apa maksud awak, yang awak risau?? Awak lupa ke yang masih ada seorang lagi anak yang dapat tengok-tengokkan syarikat awak? Amsyar. Malah saya yakin yang dia boleh uruskan syarikat tu lebih baik dari Adrian. " kata mama. Adrian diam. Aku selalu tertanya-tanya kenapa dia selalu diam begini sewaktu dia di perlekehkan.
Aku menyiku lengan Adrian. Dia memandang aku, aku memandang lama pada mama sebelum memandang nya semula, memberi isyarat.
Adrian menggeleng perlahan. Aku bengang.
"Amsyar? Uruskan syarikat? Jangan mimpilah. Saya bagi dia kerja dekat company tu sudah dikira bernasib baik . " Amsyar aku lihat sudah membuat muka menyampah. Dia menyumbat earphone ke telinga.
"Amsyar lebih baik dari Adrian. Dia belajar di bandar dan Adrian belajar di kampung. Dari situ,kita sudah boleh menilai siapa yang berhak. " kata mama Amsyar, sinis. Aku berasa kekok pula apabila menyaksikan perang mulut keluarga ini. Aku memilih untuk diam, memandang kan aku tidak tahu banyak tentang keluarga Adrian.
"Memang dia belajar di kampung tapi dia sambung pula belajar di tempat sama seperti Amsyar. Di dalam bidang yang sama pula tu, saya langsung tak nampak potensi dalam diri Amsyar. " jawab papa Adrian pula. Aku menggaru kepala. Adrian belajar di kampung?
"Ma, pa. Sudah-sudahlah. Nanti jiran dengar." kata Adrian cuba untuk meleraikan pergaduhan mereka berdua.
"Tak!! Mana boleh!! Selagi anak aku tak dapat syarikat tu aku takkan berdiam diri!! " jerkah mama Amsyar . Semua orang jelas terkejut dan saling berpandangan sama sendiri. Amsyar pula sudah menumpukan perhatiannya pada pergaduhan itu.
"Ma, ambil je lah company tu, biar Amsyar uruskan. Ian tak nak pun company tu. " kata Adrian.
"Baguslah sekarang aku tak nak tengok pun muka kau dekat sini. Berambus. " arahnya. Muka papa pula sudah merah apabila satu-satunya anak lelakinya di halau depan matanya sendiri.
"Fatimah !! Kau ni memang dah melampau!!" pekik papa Adrian.
"Pa, stop. Biar Ian keluar. " kata Adrian pantas apabila tangan papanya seperti mahu melayang ke pipi mama Amsyar.
"Kau duduk sini. Aku naik atas kejap ambil beg. " bisik Adrian di telinga ku. Mataku menghantar pemergian Adrian ke tingkat atas.
"Kau halau anak aku!! Berani kau ya?! Sepatutnya kau dengan anak kau yang patut berambus dari rumah aku ni. Kau tak berhak halau anak aku." kata papa. Mama tersenyum sinis..
"Kenapa pula aku tak boleh halau dia? Lagipun dia dah biasa di halau. Kau tak ingat ke yang kau sendiri halau anak kau dan hantar dia ke kampung?! " keningnya terangkat. Mama Amsyar memeluk tubuhnya.
"K... Kau.. "
Aku tertanya sendiri, kenapa papa halau Adrian ke kampung dahulu? Apa salah yang telah Adrian buat dahulu?
"Dina.. " aku berpaling ke belakang. Adrian sudah berada di belakang ku dengan beg-beg pakaian kami. Aku bangun dari sofa lalu berdiri di sebelah nya. Beg bajuku aku ambil dari tangannya.
"Mama, papa. Kitorang pergi dulu. " kata Adrian sebelum membuka pintu rumah.
"Dina, kamu nak pergi mana?! Tempat kamu di sini. " kata mama Amsyar. Aku tercengang.
"Apa maksud mama? "
"Kamu milik Amsyar. " ternganga mulut aku di buatnya. Aku pandang Adrian. Papa Adrian sudah meraup mukanya .
"Apa lagi yang awak nak hah, Fatimah?! Irdina tu sudah sah milik Adrian. Terima sajalah yang Irdina tu pilih Adrian dari Amsyar. "
"Mama, Dina isteri Adrian dan Ian suami Dina. Dina bukan isteri Amsyar dan Amsyar juga bukan suami Dina. Tiada sebab lagi untuk mama dan Amsyar kata yang Dina milik Amsyar. Dina hanya milik Adrian seorang. " aku sehabis baik mengawal kelembutan suaraku. Aku memeluk lengan milik Adrian. Papa Adrian tersenyum memandang aku.
"Tempat seorang isteri sepatutnya di sisi suaminya. Mama halau Ian, sama juga mama halau Dina. Jadi, Dina akan ada di sisi suami Dina dan bukan di rumah ni. " kataku lagi. Pelukan di lengan Adrian di eratkan. Adrian menggosok lembut tanganku di lengan nya.
"Adrian! " panggil mama Amsyar.
"Aku nak kau ceraikan Dina sekarang. " Kami semua kaget. Amsyar tersenyum sinis sambil memandang kami berdua..
"Fatimah!! Kau dah gila ke??! " tanya papa Adrian. Adrian memandang aku, kepala ku digeleng perlahan. Ini semua gila, takkan aku sudah hendak di ceraikan. Aku baru sahaja bernikah beberapa hari lepas.
"Don't worry Dina. Kamu akan mama nikahkan dengan Amsyar. Pasal family kamu, biar mama selesaikan. Kamu jangan risau." kata mama Amsyar apabila dia menyedari wajah resahku. Malangnya bukan pasal itu yang aku risaukan.
"No. Dina tak nak!! " aku meninggikan suara. Aku menggeleng kepala apabila Adrian memandang aku.
"Nur Irdina Safiyah binti Amirul. " nama penuhku di panggil oleh Adrian. Gelengan kepala ku semakin laju.
"Jom kita balik sekarang. " kata Adrian. Tangan ku di tariknya.
*****
"Kenapa kau tak lawan cakap mama tadi?! Kau ni lemah lah. " kataku.
"Aku bukan nya apa. Aku tak nak lawan cakap dia seba... " aku pantas memotong cakapnya.
"Sebab bazir air liur juga ke? " tanyaku. Dia tersenyum.
"Bukan. Kali ini, aku tak lawan sebab aku hormat dia. Dia lagi tua dari aku, tambah lagi dia sekarang mama aku, isteri papa."
Tapi dia tak anggap kau sebagai anak!! Hati kecilku menjerit. Adrian memang penyabar. Jika aku di tempatnya, memang mama Amsyar sudah aku maki.
"Kau tahu tak? Kau dah buat aku takut . Mati-mati aku ingat kau memang nak lafaz cerai." aku menampar bahunya, sengaja. Dia senyum nipis.
"Takkan la aku nak ceraikan kau, aku kan..... Ermm just forget it. " katanya.
"Aku kan apa? " Adrian menggeleng kepala, tidak mahu memberitahuku. Aku menggoncangkan tangan sasanya, memaksanya memberitahu ku.
"Janganlah. Aku tengah drive ni kan. " marahnya, lembut. Kami berdua sudah mampu berbual seperti biasa. Tiada lagi perang dingin antara kami.
"Cakap lah Ian. " pintaku. Tangan di satukan, aku membuat wajah penuh berharap.
"Takkan aku nak ceraikan kau tanpa sebab an. Lain lah kalau kau bagi aku kaki orang untuk aku makan. " kata Adrian. Dia ni sudah mengarut, fikirku.
"By the way, kita sekarang nak pergi mana? " tanyaku.
"Balik rumah kita. " katanya. Pandangan nya lurus ke depan, aku memandang nya, hairan.
"Bila kau beli? "
"Actually, rumah tu dah 2 tahun aku beli. Aku jarang balik rumah tu since aku tinggal dengan mama, papa and Amsyar. Sekarang aku dah ada isteri, so I think I should bring you live there. Aku dah beritahu mama and papa kau untuk bawa kau tinggal dekat rumah aku. "
"Jadi, aku hope yang kau okay tinggal dekat rumah tu. "
"Let's see. "
*****
"Here it is. " aku memandang rumah banglo dua tingkat itu.
"Okay tak rumah aku? " tanya nya apabila aku langsung tidak bersuara.
"Rumah kita. " aku membetulkan ayatnya. Dia mengusap belakang lehernya.
"Okay.. Okay sangat. "
"Dina. " panggil Adrian.
"Apa? " aku menyahut.
"Thanks. Aku memang tak akan lupakan ayat yang kau cakap dekat mama. Aku harap yang kau akan tetap berada di sisi aku, dan aku pun nak kau tahu yang aku tak sanggup kehilangan kau. Aku rasa yang aku dah temui kebahagiaan aku. " katanya sambil tersenyum.
"Apa? Cuba kau ulang balik? Kau cakap laju, macam jet. " arahku. Dia mengeluh.
"Sorry. Tiada ulangan. "
"Ian!!...."
Share this novel