"Aku belum mandi... Tak tun tuang(x2)." aku menyanyikan lagu yang viral itu dari dalam bilik air.
"Tapi masih ganteng juga.. Tak tun tuang(x2)." sambung seseorang. Aku keluar dari bilik air dengan berpakaian lengkap.
"Kacau je aku nak nyanyi. " kataku kepada abangku. Ilham mengangkat wajahnya lalu mempamerkan sengihan.
"Kau nak apa masuk bilik aku ni?? "
"Shopping jom. " mataku bersinar-sinar namun itu hanya sementara apabila aku teringat sesuatu. Gaji belum masuk.
"Aku tak ada duit. " kataku. Tangan bertugas menutup pintu bilik air. Aku menuju ke meja solek, aku menyikat rambut lurusku sambil memandang nya dari cermin.
"Aku belanja. " aku cepat-cepat berpaling ke arahnya.
"Is it??? " hampir sahaja aku melompat selepas melihat anggukan kepala nya. Aku menuju ke arahnya lalu menarik tangannya supaya bangun dari katilku.
"Eh, apa ni?! Bagi la aku baring kejap. " rungutnya.
"Aku nak tukar baju. Kau di persilakan keluar dari bilik ni eh. " arahku. Dahiku berkerut apabila Ilham tiba-tiba ketawa.
"Kau ni dah kenapa!? Gila??" tanyaku.
"Kita bukan nak pergi sekarang. Kau ni bawa bersabar sikit. " katanya.
"Ah, suka hati aku la. Dah-dah kau keluar dari bilik aku sekarang. " aku menghalau nya. Dia bangun malas tetapi dia bukan mmbawa diri keluar malah dia membaringkan badannya di atas karpet pula.
"Suka hati kau la bapak didi. " aku menyerah kalah. Aku bergerak ke meja solekku semula. Botol losyen di penjuru meja di ambil lalu di picit perlahan.
"Kau tak kerja ke hari ni?? " aku menyapu losyen di lenganku, lembut.
"Tak. Hari ni kan hari Ahad. Kau amnesia eh?? Kau sendiri dah kerja an takkan tak ingat hari lagi. " dia menukar posisi badannya dari berbaring ke meniarap. Dia memandangku, sapuanku terhenti. Macam mana dia boleh tahu?? Jantungku berdegup laju.
"Aku??? Kerja??? " aku pura-pura hairan.
"Ha'ah. Mama cakap yang kau setiap hari keluar awal pagi. Dia pelik sebab selalu,kerja kau membuta je. So, now dia syak kau dah kerja. " jelas Ilham.
"By the way, aku rasa aku tahu kau kerja apa. " aku merasakan jantungku terhenti. Mata hazel Ilham tertancap padaku.
"A.... Apa?? " aku menghela nafas berat. Nasib kau la Dina kalau si Ilham ni tahu.
"Kau kerja dekat kilang taik mata an an?? " duganya. Aku terasa seperti mahu jatuh ke belakang.
"Ha'ah pandai kau teka. Bravo abangku. " aku menepuk tangan. Dia mendabik dada. Aku melepaskan nafas lega. Biarlah mereka tahu setakat aku sudah mempunyai kerja tetapi pasal apa pekerjaan aku biarlah ia menjadi rahsia dari pengetahuan mereka.
****
"Ilham!! Cepat la!! " laungku dari luar rumah. Aku memandang jam di pergelangan tangan. Pukul 3:15 petang. Aku merengus geram.
Pintu kereta belah pemandu dibuka oleh abangku. Dia cepat-cepat masuk ke dalam.
"Eh, enjin dah start. Kau tolong startkan eh?? " tanya Ilham kepada ku.
"Tak lah. Jiran sebelah rumah tadi datang tolong startkan. " kataku keras. Dia melepaskan ketawa.
"Okay. Nanti aku cakap terima kasih dekat dia. " dia membetulkan rambutnya beberapa kali sebelum dia membawa kereta meninggalkan perkarangan rumah.
****
"Weii makan dulu Ah. Lapar. " ajakku. Ilham mengerlingku tidak percaya.
"Aikk tadi dalam kereta bukan main mogok tak nak bercakap dengan aku. Sekarang boleh pula ajak aku makan. "
"Tak nak sudah. Aku nak call Uber, nak balik. " rajukku. Telefon aku keluarkan dari poket jeans.
"Ya la. Kita makan. " aku senyum girang. Aku memaut bahunya lalu membawanya ke food court di dalam mall itu.
"Dik. Chicken chop dua and wedges. Jus tembikai satu and jus oren satu. " tanpa banyak tanya, pelayan itu membawa pesanan kami ke dapurnya.
Aku bermain game di telefonku. Piano tiles 2.Bapak laju betul yang ni. Aku menekan nekan skrin telefonku kuat.
"Adik. " panggil abangku.
"Dina! " suara abangku sedikit kuat tetapi aku mengendahkan sahaja. Aku masih meneruskan aktiviti memanaskan jari. Means main game la.
"Irdina!! " aku sekali lagi mengendahkan panggilannya. Mataku tertancap pada skrin telefon.
"Sape'ah....." panggilnya meleret-leret. Aku mendongak lalu mengecilkan mata melihatnya. Suka benar dia panggil aku dengan nama itu.
"Apa!? " suaraku sedikit kuat.
Dia menjuihkan bibirnya ke sebelahku. Aku memandang ke sebelah ku. Oh, pelayan tadi. Aku pandang abangku lalu menjongketkan sebelah keningku.
"Cuba kau alih tangan kau, macam mana dia nak letak makanan atas meja. " aku pantas mengalihkan tanganku apabila menyedari kesalahan ku. Tak perasan pula aku meja ni kecik.
"Sorry. " kataku perlahan kepada pelayan itu. Senyuman kecil ku hadiahkan kepada nya. Dia turut membalas dengan senyuman. Alahaii cute nya budak tu, ada lesung pipit.
"Hoi!! Sudah-sudah la duk tenung anak teruna orang. " sergah abangku.
"Enjoy your meals. " katanya sebelum berlalu pergi.
"Relax dik. He's still young. " nasihat abangku. Aku gelak lalu menarik pinggan berisi chicken chop dekat denganku, bersiap untuk makan.
Aku memandang pingganku dengan pinggan abangku.
"Aku rasa, kau yang mula makan dulu daripada aku. Tapi asal aku yang habis dulu." kataku. Ilham mengangkat wajah memandangku.
"Aku makan. Kau membedal. " aku memasamkan muka. Aku menarik pinggan berisi wedges dan bekas kecil berisi cheese. Aku menuangkan cheese ke atas wedges,aku mencapai sudu lalu meratakan cheese ke wedges. Itu cara aku makan wedges.
Satu per satu wedges aku sumbat ke dalam mulut, laju. Abangku merenung aku tidak percaya.
"Woi... Woii... Aku tak kisah kalau kau tersedak ke apa tapi jangan habiskan wedges tu. Aku pun nak merasa juga. " mendengarkan abangku berkata begitu, sumbatan wedges ku semakin laju.
Melihatkan aku tidak mendengar kata-katanya, Ilham terus menarik pinggan wedges itu dekat dengannya. Tanganku ingin mencapai wedges namun tanganku dipukul olehnya.
"Tak payah makan. Tengok, dah habis sepruh kau makan. " aku kembali bermain dengan telefonku. Bebelan Ilham aku hiraukan.
"Dina. " panggil abangku.
"Hermm. " sahutku
"Kau nak kerja dengan aku tak?? " aku mengangkat wajah memandang abangku.
"Tak nak. " laju aku menjawab.
"Aku dah ada kerja. Lagipun kau juga kan tak nak hadap muka aku ni. " perli aku.
"Memang aku tak nak pun tapi mama suruh aku ambil kau kerja. Dia kata dia risaukan kau. " aku termenung sebentar.
"Bang! Jom Ah shopping. " ajakku. Sengaja untuk lari dari topik kerja.
"Kau pergi la dulu. " Ilham membuka dompetnya lalu dia menghulurkan satu kad kredit kepadaku. Aku menyambutnya dengan senang hati. Kad itu aku masukkan ke dalam poket.
"Kau tak nak pergi ke?? " dia menggeleng.
"Aku tak habis makan lagi. Kau pergi sorang la. Nanti call aku bila kau dah puas. " aku memberi isyarat ok dengan tangan. Aku menyedut minumanku sehingga habis sebelum pergi mencuci mata.
****
Aku menghulurkan kad kredit kepada sales girl itu. Aku membeli handbag baru. Tersengih lebar aku apabila mengenangkan duit abangku yang melayang gara-gara beg ini.
Handbag berwarna gold itu memang menarik minatku sejak aku menjejakkan kaki di dalam kedai itu. Aku terus meluru ke arahnya lalu membawanya untuk membuat pembayaran sebelum ia jatuh ke tangan orang lain.
"Err cik. " panggilan daripada sales girl itu membuat aku tersentak. Aku meloretkan senyuman sambil memandangnya.
"Ya kenapa? Dah siap ke?? "
"Kad cik tak boleh guna. " dia menunjukkan kad kredit milik abangku kepadaku. Aku melopong.
"Try it again. " dia men'slide'kan kad itu di hadapanku. Tak boleh!! Aku menyuruh dia mengulanginya untuk beberapa kali lagi. Masih tidak boleh! Aku resah. Nak bayar cash pun tak boleh, aku langsung tidak membawa duit.
Ilham!! Kau memang nak kenakan aku ke!??? Siap kau.
"Kejap eh. " aku berpaling ke belakang lalu menyeluk poket, telefon di keluarkan. Nombor abangku di dail.
"Shit!! Kenapa masa-masa ni jugak kau nak off phone??" aku menggenggam telefon, kuat, sehingga tanganku merasa sakit.
"Miss. So how?? Jadi beli ke tak??" tanyanya. Aku pandang beg itu di atas meja kaunternya. Sayangnya aku nak lepaskan, dahla cantik.
"Nah cik. Kira sekali dengan dia. " orang di belakangku bersuara sambil menghulurkan kad kreditnya. Aku berpaling, mulutku melopong. Apa yang dia buat kat sini?? Beli beg of course. Sebab ni kedai beg.
"Eh, Iron!! " dia memandangku.
"It's Ian. " katanya. Otakku bingung, aku masih memandang nya.
Aku berjalan keluar beriringan dengannya. Aku menundukkan pandangan apabila dia melihatku. Insiden dua hari lepas masih tidak dapatku lupuskan dari ingatan.
"Kenapa pandang aku??" dia bertanya. Aku mengajak nya untuk duduk di atas bangku dulu. Dia menganjak sedikit duduknya, jauh dariku.
Aku menggeleng perlahan. "Err nanti aku ganti balik duit eerr.." aku menggaru kepala yang tidak gatal. Aduh nak panggil apa ni?
"Panggil je Ian. I don't mind. Jangan panggil iron pula,saya bukan iron baju. Oh,and pasal beh tu tak pe simpan je duit kau. Anggap aku belanja,ikhlas." katanya. Mukaku langsung dia tak pandang.
"Nah." dia menghulurkan beg kertas berisi handbag kepadaku sebelum dia bangun dari bangku. Aku menyambutnya .
"Err.. Ian." dia memandangku. Sebelah keningnya terjongket.
"Pinjam phone jap. "
"Nak buat apa?? " dia menghulurkan phonenya.
Aku menghiraukannya, dia duduk semula di bangku. Kepalanya terjenguk-jenguk memandang apa yang aku buat dengan phonenya. Apa dia ingat aku nak curi kredit dia? Aku nak call abang aku la.
"Dina!!? " aku mengangkat wajahku apabila namaku di seru. Abangku berada di hadapan ku. Adrian turut memandangnya.
"Bakal adik ipar aku eh? " tanya Ilham tiba-tiba. what!! Mataku terbuntang. Aku dan Adrian saling berpandangan.
"Kau ni dah kenapa?? Ni bos aku la." aku menjegilkan mata kepadanya.
"Alaa.. Kahwin dengan bos pun tak apa, dik. " kata Ilham selamba.
"Ermm, saya minta diri dulu eh. Dah lewat ni. " aku mengangguk.
"Phone." mintanya. Aku memberi phonenya, dia berlalu pergi selepas berjabat tangan dengan abangku.
"Apa??!" tanyaku apabila bahuku di tepuk oleh abangku.
"Jom balik. " aku bangun. Tiba-tiba aku teringat sesuatu, aku pantas menghempuk badan Ilham dengan beg kertas berkali-kali.
"Ishh kau ni dah kenapa?? " Ilham cuba menepis hempukanku.
"Dasar abang tak kenal budi!! Aku jaga kau dari kau kecik sampai la kau besar!! Macam ni kau balas kat aku! Kau bagi aku kad kredit yang dah tak boleh guna. Nasib baik si Iron tu ada. "
"Padan muka kau. Memang aku sengaja pun. " katanya lalu melepaskan ketawa.
"Siap kau. Aku report dekat mama. " ugutku.
"Tak takut. Dah jom balik, nanti mama membebel. " aku mengekori nya dari belakang. Mulutku sibuk menyumpah seranah nya.
Share this novel