BAB 8

Romance Series 2158

  "Ma, kenapa duduk dekat luar ni??  Sejuk. " aku menyapa mamaku. Aku lihat dia jauh termenung di luar.

  Aku mendaratkan sebelah tanganku di bahunya baru lah dia tersedar di alam realiti. Mug berisi kopi panas aku letak di atas meja di hadapanku.

  Aku mengulangi pertanyaanku kepadanya. Dia senyum nipis. Aku lihat wajah nya sudah membiru, pantas aku membawa nya masuk ke dalam rumah. Selimut di dalam bilik ku terus aku bawa ke bawah dan menyelubungi dirinya.

"Mama. Mama okay tak ni?? " tanyaku. Tanganku memegang tangan tuanya. Aku melabuhkan punggung di sebelahnya.

  Mama mengangguk perlahan. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Risau pula aku lihat mama.

  "Mama ada masalah ke?? " dia menggeleng .

"Mama cuma berfikir, sayang. There's nothing serious problem okay. " aku tahu dia cuba memujukku untuk tidak risau. Aku melentokkan kepla di bahunya. Mama mengusap rambut hitam panjangku. Apa yang mama fikirkan?.

  "Mama fikir apa? "

"Tentang Aunty Fatimah... " jawab mama.

  "Kenapa dengan Aunty Fatimah?  Dia ada cederakan mama ke?  Atau dia ada sakitkan mama?? " tanyaku bertubi-tubi.

  "Mana ada. Kamu ni mengarut sahaja lah. "

    "Dah tu? "

  "Dia just nak datang.... " ayat mama terhenti di situ. Aku pelik.

  "Datang rumah?? " keningku terjongket sebelah.

  "Ha'ah datang rumah. " dahiku berkerut. Takkan la mama nak cakap macam tu pun payah. Kenapa aku rasa macam tak sedap hati?  Aku diam .

  "Dina. "

  "Ooo Dina. "

  "Iya mama. Ada apa?? " aku tersentak apabila mama menampar pipiku lembut.
 
"Kamu ni dah kenapa?? Termenung? "

  "Tak ada apa lah ma. Mama nak apa?? "Tanyaku.

  "Papa dan abang kamu ni mana?? Tak nampak batang hidung pun ni. "

  "Ma, sekarang pukul 3pagi la. Diorang mesti lah dalam bilik tengah tidur. Mama seorang jer yang tak tidur lagi. " kataku kepadanya. Matanya terkelip-kelip memandang ku.

  "Pukul tiga pagi??" di menggangkat jari tiga batang lalu di tunjukkan kepadaku. Aku mengangguk.

  "Ha'ah tiga pagi. "

  "Apa yang kamu buat dekat sini?? "

  "Dina masatu on the way turun nak minum air. Tiba-tiba lak mata ni tak boleh tidur. Lepastu ternampak pintu rumah terbuka. Dina pun pergi lah jenguk, terjumpa mama. " terangku panjang lebar.

  "Pergi tidur balik. "

  "Mama?? "

  "Nanti-nanti lah mama tidur. Sekrang Dina naik then tidur, esok kerja an. "

  "Iya lah. Mama okay kan? " dia mengangguk.

   "Atas meja tu ada kopi. Nanti mama minum lah ya. Dina naik atas dulu ." kalau ikutkan hati ku ingin sahaja aku menemani mama tetapi atas faktor kerja,aku terpaksa batalkan. Kasihan mama.

*****

"Balik!!  Yeah!!!  Uhuii... " jeritku, riang. Time dah habis kerja siapa tak suka, sama macam  budak sekolah juga, excited nak balik rumah.

  "Nak balik then jaga mama." aku membuat plan.

  "Eh, mana kereta aku?? " aku terpinga-pinga apabila melihat keretaku tiada di parking lot. Aku menyelongkar handbag ku, mencari kunci kereta, juga tiada.

  "Mana eh?? Takkan tak ada. " aku menyelongkar kembali handbag ku. Masih tidak jumpa.

Tiba-tiba lagu baby shark kedengaran. Aku tercari-cari. Aku merasakan getaran datang dari dalam begku. Oh, telefon aku rupanya. Malunya.

Aku mengangkat gagang telefon.

   "Hello. " ucapku.

  "Iyaa hello hello. Ini cik Irdina Safiyah ka?? "Aku melihat telefonku. Apek mana pula ni?

  "Ya saya. "

  "Ini cik punya kereta sudah siap. Mau kasi angkat sahaja ma. "

  Aku menepuk dahi. Baru aku teringat, aku ada menghantar keretaku ke bengkel.

  "Ouh. Boleh hantar dekat rumah tak?? "
 
  "Boleh-boleh. " tersenyum lebar aku mendengarnya.
  "Berapa bayaran nya? " tanyaku.

  "Tak apalah cik. Tak payah bayar, free of charge. Lagipun ini kereta rosak sedikit sahaja ma. Itu Ilham, abang cik kan? "

  "Ya abang saya. "

   "Itu Ilham memang rapat dengan saya punya anak, Alex.  Tak apa tak payah bayar. Free sahaja. Nanti saya angkat pergi hantar terus ke rumah ha. "

  "Terima kasih uncle. " ucapku.

  "Sama-sama. Nanti tahun baru cina, datang rumah ha. "

  "Alright uncle. " aku menutup telefon. Aku mengetuk dagu. nak balik dengan siapa sekarang ni eh? 

  Telefon Ilham lah senang. Aku baru sahaja ingin mendail nombor tetapi ada seseorang lelaki tiba-tiba pengsan mengambil perhatian ku.

  Aku pantas mendekatinya. Telefon aku masukkan dalam beg. Dia pengsan berhampiran dengan keretanya. 

"Ya Allah Ian!! " terkejut aku apabila Adrian yang pengsan.

  "Ian. Bangun-bangun. " aku menepuk pipinya berulang-ulang kali. Aku cemas .

  "Jangan mati Ian. Nanti siapa nak jadi hero citer ni?  Siapa nak kahwin dengan aku?? " aku menggoncangkan badannya.

Aku lihat pada pondok pengawal. Tiada orang!!  Aduhh nak buat macam mana ni. Aku gigit jari. Hah.

  Aku mengeluarkan sebotol air mineral. Aku sandarkan badan Adrian pada keretanya. Beratnya kau, makan batu ke apa. Aku memandang wajah putih bersih nya sebelum.

Bushhh!!

  Aku menyimbah air mineral itu ke muka pucat Adrian. Masih tidak sedar. Aku menggaru-garu kepala. Selalu aku tengok dalam TV, orang yang tidak sedar boleh sedar. Kenapa aku buat tak jadi eh??

  Ahh bawa ke hospital je lah. Aku mengambil kunci kereta dari dalam gengaman nya. Aku mengangkat badannya lalu di duduk kan di sebelah seat pemandu. Aku memakaikan nya seat belt.

  Aku masuk ke dalam kereta BMW nya lalu memanaskan enjin kereta. Huihh lain rasanya kalau drive kereta orang. BMW pula tu. Aku memandu ke hospital berdekatan.

*****

  "Cik ni, keluarga Adrian Harris ke?? "Tanya seorang doktor muda kepadaku. Aku mendongak wajah lalu bangun dari dudukku.

"Ouh, saya kawan dia. " nak mengaku pekerja rasa macam pelik pula.

"Macam mana dengan keadaan Adrian?? " tanyaku apabila merasakan mata doktor lelaki ini asyik memandangku. Aku tahu la aku cantik.

  "Dia okay dan alhamdulillah dia dah sedar. "

  "Alhamdulillah. " ucapku.

  "Kenapa dia boleh pengsan, doktor?"

"Dia kekurangan air dalam badan. Dan kemungkinan dia skip makan. " kata doktor yang memakai tag nama Syukri itu.

  "Agak-agak bila dia boleh discharge?? "

  "Esok dah boleh discharge. "

  "Oh,terima kasih doktor. Boleh saya melawat dia? " Doktor itu menganggukkan kepala. Aku cepat-cepat masuk ke bilik di mana Adrian berada. Aku sudah tak tahan di renung oleh doktor itu.

  "Ermm cik. " tolakan pintuku terhenti.. Nak apa lagi??  Aku pun berpaling, wajahku di maniskan.

"Ya. "

"Saya nak tanya sikit. Cik ada simbah air ke dekat patient?? "

  "Ha'ah. " dia tergelak.

  "Cik tak perlu simbah dia, hanya perlu renjis ke muka. Itu sudah cukup. Bukan apa, sebab saya pelik kenapa baju dia habis basah. "

  "Ouh. Saya masuk dulu. " mukaku merah menahan malu.

"Terima kasih. " aku menghalakan pandangan ku kepada Adrian yang sedang terbaring atas katil.

  Aku merapatinya lalu duduk di kerusi yang telah di sediakan oleh pihak hospital. Aku pandang mukanya yang pucat.

"Sama-sama.

  "Ermm, esok kau dah boleh discharge. " dia mengangguk.

  "Kau balik dengan apa nanti? " tanyanya.

  "Aku balik dengan abang aku. Kau jangan risau lah. "

   "Kau nak makan? " tanyaku. Tanganku sudah berura-ura untuk mencapai roti di atas meja.

  Dia menggelengkan kepala. Ini yang aku marah ni.

  "Kau ni dah sakit pun still nak tolak makanan ke??  Cuba kau ambil makanan sikit. Aku nak tanya, kau ada skip makan ke tak hari ni?? " dia terkebil-kebil melihat ku.

  "Aku tanya kau ada skip makanan ke tak hari ni?! " tanyaku keras. Dia mengangguk.

"Kenapa?? Kerja? " tanyaku dan sekali lagi dia mengangguk.

"Kau ni jangan workaholic sangat. Kesihatan kau kena jaga juga. Esok kau ikut aku lunch. Aku belanja. " arahku.

  "Tak payah. Aku tak nak kau bazirkan duit kau. "

  "Aku bukan saja-saja nak belanja kau. Aku nak balas jasa kau sebab kau ada tolong aku masa tu kan. "

  "Sekarang kau bukan balas jasa aku ke??  Kau dah tolong hantar aku dekat hospital ni. Tak payah belanja aku dah. "

  "Eh, kau ni boleh tahan degil kan. Aku cakap aku belanja makan aku belanja la. " aku menjegilkan mata.

"Iyalah. " aku tersenyum kemenangan.

  "Ni aku nak tanya. "Aku memandangnya.

"Kenapa kau simbah aku habis satu botol air?? "

  "Erk. For waking you up. "

  "Laju betul kau bawa kereta aku. "

  "Kau dah sedar ke masa tu?? "

  "Gila kalau dah kena simbah dengan air satu botol still tak sedar. Of course la aku sedar, cuma aku lemah je. " aku tersengih.

  "Kau dah makan ke belum?? " tanya dia kepadaku.

  "Dah. Kau ni aku tengok ambil berat tentang orang lain tapi diri sendiri tak ambil berat pula. " aku memarahinya seperti sang isteri memarahi suaminya.
 
  Dia diam, tangannya mencapai roti di atas meja lalu mengoyakkan pembalut. Dia menyandarkan belakang tubuhnya di kepala katil.Roti di masukkan ke dalam mulut lalu di kunyah perlahan. Bibirku spontan mengukirkan senyuman.

  "Puas hati. " aku gelak kecil.

  "Ian. " pangilku. Dia memandang ku.

. "Kau ni kan aku tengok quite cold dengan semua orang. Tapi kenapa malam ni aku tengok kau macam lain. " tanyaku.

Dia mengangkat bahu.
 
  "Maybe aku dah jumpa 'dia'."

  "Dia?? " Adrian mengangguk.

"Siapa dia?? " tanyaku.

"Ermm should I call her as future wife? " dia menjongketkan sebelah keningnya sambil senyum manis.

 "Maybe she is with me now. " dia memandangku. Aku terkejut.

 "Gurau je. Takkan aku nak bergurau pun salah. " katanya sambil memasukan cebisan roti yng terakhir ke dalam mulut. Di menyapu kedua belah tangannya.

  "Boleh kau pergi beli roti ni dekat aku?? " aku tersentak.

"Hah, apa? "

. Boleh tak kau pergi beli roti ni dekat aku? " dia mengangkat pembalut roti sambil memandangku.

  "Boleh je. " kenapa aku berdebar-debar sekarang ni?  Aku memegang dadaku sambil keluar dari bilik Adrian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience