Aku merenung cincin pertunanganku. Cantik terletak di jari manisku. Kepala ku di sengetkan. Macam ada yang tak kena.
Aku menarik cincin itu dari jariku manisku. Ditilik sebentar cincin itu lebih dekat. Not bad. Cantik. Aku pun menyarungkan cincin itu ke jari tengah ku.
Wakakaka... Kejam tak aku... Ok aku tau tak kejam.
Aku masih tidak percaya yang aku sudah menjadi tunangan orang. Sangkaku Adrian akan membantah namun sangkaan ku meleset. Aku masih tidak dapat lupakan bagaimana reaksi mama Amsyar, aunty Fatimah.
FLASHBACK
Tapi dengan satu syarat. " semua orang terdiam.
"Apa syaratnya?? "
"Dina nak kahwin dengan Adrian. "
"No, you can't. " Amsyar membantah keras.
"Aunty melamar Dina untuk anak aunty, Amsyar. Dina tak boleh buat Amsyar macam ni. " kata Aunty Fatimah.
"Kenapa tak boleh pula? Salah ke? " aku memandang mamaku apabila dia menepuk lenganku, menyuruhku berhenti. Aku memeluk tubuh,lalu melontarkan kata-kataku mengingkar arahannya.
"Adrian kan anak aunty juga. " tambahku lagi. Aunty Fatimah sudah merengus, Amsyar di sebelahnya sudah merah mukanya, tidak puas hati.
"Sudah la. Yang penting, dia dah setuju nak jadi menantu awak. Dina pilih Ian atau Amsyar, it doesnt matter. Sama sahaja,tiada beza pun. " kata Uncle Hisyam sambil ketawa. Mama dan papa ikut ketawa.
Aku dan abang Ilham saling berpandangan. Ilham mengerutkan dahinya memandang ku.
"Are you serious with this crazy thing? " bisiknya.
"If you?" dia menggeleng, bibirnya tercebik menunjukkan dia amat tidak setuju.
"My answer just like you, brother. " matanya terbeliak. Ya Allah buruknya, macam cicak kena hempap dengan bata.
"Then, what is that? "
"We don't know his decision yet. " kataku sambil tersenyum. Dia mengangguk faham.
"So, Adrian. How??" tanya Uncle Hasyim. Semua tumpuan tertumpu kepada nya. Dia berdehem, matanya menentang mataku. Aku menjongketkan kening, mencabarnya. Dia membalasku dengan senyuman misteri. Dahiku berkerut, apa makna senyuman tu?
"Ian.. Okay je. Actually we're in love and already a couple. Right,Dina?"jawabnya. Silangan tangan di tubuhku jatuh. Tumpuan semua orang beralih pula kepada ku.
Entah kuasa apa yang menguasai diriku menyebabkan kepalaku mengangguk. Ilham memandang ku, tidak percaya. Amsyar pula, rahangnya sudah bergerak-gerak, urat-urat hijau timbul di tengkuk nya. Aku yakin yang dia sekarang tengah marah dan tidak puas hati.
"Alhamdulillah, so we can just proceed it. " kata papaku diikuti dengan anggukan dari mama dan Uncle Hasyim.
End of flashback
Ketukan di pintu keretaku sedikit menyentakkan ku. Aku berpaling ke sebelah untuk melihat gerangan siapa yang mengetuk tingkap kereta kesayanganku.
Ilham.... Abangku..
"Sampai bila kau nak bertapa dalam kereta tu hah?? " tanyanya. Wajahnya merah padam, membuatkan ku hairan.
Aku mencapai begku yang aku letak di seat belakang. Aku membuka pintu kereta lalu melangkah keluar dari perut kereta. Ilham berganjak beberapa langkah ke belakang memberi ruang.
"Kenapa dengan muka kau ?? Merah semacam je aku tengok. " kataku. Mataku memandang wajah kacak abangku.
"Hah? Merah?? " wajahnya menunjukkan riak tidak percaya. Dia meraba mukanya sendiri.
Aku mengeluarkan cermin kecil dari beg tangan lalu di halakan kepadanya.
"Panas kut. Dari tadi aku cari kau macam orang gila. Kejap ke sana kejap ke sini." kata Ilham sambil jarinya menunjuk ke pelbagai arah.
"Kau ni agak-agak la, tanah pun kau tunjuk. Takkan kau pergi bawah tanah cari aku. " aku gelak kecil. Ilham turut gelak bersama ku.
"By the way, kenapa cari aku?? "
"Hah, ni lah aku nak inform kau yang.... "
"Kejap. Kereta siapa tu?? " belum sempat Ilham menghabiskan kata-katanya aku terlebih dahulu menanyakannya soalan .
Sekali lagi belum sempat Ilham menjawab soalanku, sebelah tanganku aku angkat memberi isyarat untuk dia berhenti menjawab.
"Itu.... Kereta mak su!!!! " jeritku, teruja. Ilham menganggukkan kepala, sepasang tangannya naik menutup kedua-dua belah telinga nya.
Aku terus meluru masuk ke dalam rumah sambil menjerit.
"Mak su!!! " begku sudah di campak entah ke mana. Aku sudah tidak peduli, yang penting aku ingin memeluk ibu saudaraku yang gempal itu.
Aku mendepakan tangan ku apabila ternampak seseorang berdiri di hadapan tangga. Aku memejamkan mata sambil memeluknya. Aku dapat merasakan badannya mengeras.
"Mak su.... Kenapa Dina rasa yang badan mak su ni kecik dari biasa?? Eh, kenapa ada ketul-ketul macam macam roti ni?? " aku meraba perutnya. Aikk macam six packs pun ada juga. Selalu perut mak su lembut-lembut je. Ni keras.
"Err.. Open your eyes please. " mak aii garaunya suara. Aku membuka mata seperti yang di pintanya. Makk... Aku terlompat ke tepi, terkejut.
"Nampaknya aku telah diraba sebelum bernikah. " bisik Adrian. Darah merah menyerbu ke muka. Aku menepuk-nepuk mukaku sambil berpaling ke arah lain.
"Apa yang awak buat dekat rumah saya hah?? " cara panggilan ku kepadanya sudah bertukar.
"Saja nak jenguk tunang aku. Kenapa? Salah ke?? Hermm.. " soalnya.
"Sa.. Saya tak nampak pun kereta awak. " kataku tergagap-gagap apabila dia dengan sengaja mendekatkan mukanya. Tidaklah terlalu dekat, masih banyak ruang yang tinggal.
"Aku letak dekat luar. " katanya sebelum menjauhkan wajahnya. Dia memberi tumpuan pada telefon yang sedari tadi di dalam genggaman nya. Sempat dia melemparkan senyuman sinisnya padaku.
"Amboii.... Bukan main eh korang main drama,siap berpeluk lagi. Kau, Dina sabar sikit, bertunang bukan tiket untuk kau bersentuhan dengan Ian. " kata abangku. Aku memusingkan badan ke belakang. Tanganku naik menutup mukaku yang merah, malu.
Semua ahli keluarga aku ada di sana. Mama, papa, Ilham, mak su dan anak-anaknya.
"Huishh dah tak payah tekan remote ON kan TV... Drama sudah main depan mata. " kata mak su ku sambil menggigit epal di tangan.
"Sabar eh... Tak lama je lagi.. " bisik Adrian.
"Tepi lah. " aku menolak badannya ke tepi. Kakiku pantas mendaki tangga naik ke tingkat atas. Tak mahu aku berlama-lama di bawah, nanti teruk disakat oleh sepupu-sepupu ku.
"Hoii, heroin nak pergi mana tu, tinggal hero sorang-sorang. Next scene please!! Action!! " kata salah seorang anak mak su. Bergema satu rumah dengan gelak ketawa ahli keluargaku.
Aku menekup muka ku dengan bantal. Malu dengan perbuatan ku terpeluk Adrian. Biarpun tidak sengaja tetapi sungguh, aku malu..
*****
"Dina!! " aku bangun dari katil. Selimut yang menyelubungi tadi habis aku tendang. Mata aku gosok perlahan.
"Ya kejap!! " laungku. Aku membuka pintu, wajah anak perempuan mak su terpacul.
"Nak apa??" tanyaku.
"Mak long ajak makan malam. " aku mengangguk lalu menyuruh nya untuk turun dahulu. Aku mencapai tuala, mata sempat mengerling jam di dinding.
Pukul 7..
*****
"Hah Dina... Turun pun kamu. " tegur mak su. Tumpuan semua orang beralih kepada ku. Aku mengambil tempat berhadapan dengan Adrian kerana tempat itu sahaja yang ada.
Dalam ketidakrelaan aku duduk juga. Semua orang di meja makan menikmati makanan mereka. Aku perlahan-lahan mencapai mangkuk gulai ayam. Namun tangan Adrian terlanggar tangan ku menyebabkan gulai ayam itu tertumpah di atas seluarku.
Kakiku terkepit menahan rasa panas yang menjalar. Aku berdecit perlahan.
"Auww... " aku bangun meninggalkan meja makan sempat aku mencerlungkan mataku padanya. Aku ke tingkat atas untuk menukar seluar. Panggilan Adrian aku hiraukan.
****
Aku merenung dada langit yang indah bersama taburan bintang. Buaian kayu aku ayun dengan kaki. Ahh aku rindu Hana, rindu Umi... Rindu..
"Ehem.. " deheman dari Adrian menggangguku. Aku memandangnya sekilas. Dia sedang berdiri sambil memandangku di muka pintu. Pandanganku terarah pada dada langit semula.
"Hei.. " tegurnya. Aku buat bodoh. Dia melabuhkan punggung di sebelah ku. Dia berganjak sedikit menjauh dariku, mengelak daripada duduk terlalu rapat denganku.
Tiba-tiba dia menghulurkan aku sepinggan nasi gulai ayam yang di sediakan oleh mama. Sayur campur turut di tambah. Aku pandang muka nya, tidak mengerti.
"Ambil. " arahnya. Pinggan bertukar tangan. Kali ini sudu pula di hulurkannya, juga aku ambil.
"Kau makan la. Tadi pun kau naik atas tak turun pun dekat dapur. Mesti perut kau kosong, tak sempat jamah apa-apa. " katanya. Aku hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Aku makan tanpa mempedulikan Adrian di sebelah.
"Sorry. " kata Adrian tiba-tiba.
"Hermm... " balasku.
"Sorry for tadi and also apa yang terjadi dekat office last time. " katanya.
"Hermm.... " Adrian bangun dari buaian. Aku mengangkat wajah memandang nya.
"Aku naik atas dulu. Kau pun jangan lama-lama dekat luar ni.. Sejuk." ujarnya sebelum mengatur langkah masuk ke dalam rumah ku.
Ting!! Bunyi notification whatapps ku berbunyi. Aku mengeluarkan telefonku dari kocek seluar.
Hana: Kak Dina!! Umi kena halau dari rumah sewa dia!!
Aku: Habis tu Umi dekat mana sekarang?!
Hana:Dia sekarang tinggal dengan Hana. Akak jangan risau.
Aku: Okay. Jaga umi baik-baik. Esok akak pergi office eh.
Hana:Okay.. Kitorang tunggu akak..
Share this novel