BAB 3

Romance Series 2158

"Dina, nak pergi mana tu?? " tegur mama sewaktu aku menuruni tangga. Aku lantas memandangnya dengan senyuman.

"Morning ma. Err nak pergi jumpa Lisa. " jawabku. Dosa free aku hari ni.

"Mari teman mama sarapan dulu. " ajak mama. Aku mengerling jam di tangan, masih awal, tak salah kalau aku ambil sarapan dulu. Aku menuju ke meja makan lalu duduk.

Seperti biasa mama akan menyendukkan nasi. Nasi putih yang masih berasap di hulurkan kepadaku. Wah nasi lemak sambal sotong, my favourite!! Aku mengambil sambal sotong lalu diletakkan di dalam pinggan diikuti dengan beberapa potong timun dan tidak lupa juga sepotong telur. ( betul eh sepotong telur??)

Aku memandang ke kiri dan ke kanan apabila mataku terpandang peha ayam. Takut-takut bapak didi tu ada.

"Ambil je la. Kejap kepala tu ke kiri kejap ke kanan, tak lenguh ke?? " tanya mama. Tangannya sudah mengaul nasi di dalam pinggan lalu di bawa ke mulut.

"Bukan apa ma, takut ada penyerang hendap. " kataku sambil menurut perlakuan mama. Peha ayam aku cubit sedikit lalu digaul bersama nasi dan sambal sotong.

"Tak adanya penyerang hendap, abang kamu tu dah pergi kerja. Tak baik kamu panggil abang kamu tu penyerang hendap" marahnya. Aku tersengih. Alaa tahu la si Ilham tu anak kesayangan mama.

"Papa?? "

"Papa kamu pergi jumpa kawan dia. Ish kamu ni banyak soal pulak, mama tengah makan ni. Tak baik bercakap depan rezeki. " marah mama sekali lagi.

Aku dan mama meneruskan suapan sehingga butir nasi yang terakhir. Aku tersandar kekenyangan di kerusi. Aku mengusap perutku . Makanan yang mama masak memang tidak pernah mengecewakan, sedap, silap hari bulan boleh gemuk aku.

"Mama masak sedap la. Boleh gemuk Dina tau. " ujarku apabila mama muncul bersama air basuh tangan.

"Kalau macam tu, duduk lah rumah lain. " kata mama. Hatiku terasa dengan mama, bibirku memuncung. Sememangnya hatiku mudah terguris dengan setiap kata-kata atau layanan dingin yang diberi kepada ku.

"Mama halau Dina ke?? " suaraku berubah sedih. Mama perasan dengan perubahan ku.

"Tak sayang. Mama maksudkan duduk la rumah suami kamu. "

"Kahwin pun belum ma. " aku mencelupkan tangan ke dalam mangkuk berisi air basuhan sambil memandang mama.

"Then, kahwin la. Cari lelaki yang sesuai untuk di jadikan suami. Lepastu suruh lah dia masuk meminang. "

"Isshh mama ni, kenapa bangkitkan soal kahwin ni?? Dina masih muda la Dina pun baru habis belajar. Dina nak enjoy dulu. " bantahku.

"Dina, sekarang soal tua atau muda sudah tidak perlu di bahas. Ada sahaja orang yang baru lepas grad terus kahwin, ada juga yang kahwin masa dia belajar. "

"Kalau mama nak Dina kahwin, suruh abang kahwin dulu. Dia tu dah masuk 27 tahun pun still tak kahwin lagi. " kataku.

"Kita suruh dia bukannya abang dia. " aku tersengih.

"Dina dah dapat kerja ke?? " tanya mama.

Uhukk

Aku tersedak . Aku terbatuk-batuk, mama menghampiriku lalu menepuk-nepuk belakangku. Ahh perit rasanya.

"Mama tanya apa tadi?? "

"Dah dapat kerja ke?? Kalau belum boleh pergi apply kerja dekat company kawan mama. Anak perempuan dia yang uruskan sekarang. " ujar mama bersungguh-sungguh.

Gelengan kepala menjadi jawapanku. Mama mengeluh. Penat dengan sikap ku.

"Why not kalau Dina buat business sendiri. " cadang mama. Aku menggeleng lagi, aku ada juga terfikir begitu, namun masa belum sesuai.

"Tak apalah ma. Dina pergi dulu eh." aku bangun dari kerusi lalu menyalam tangan mama.

"Minum lah air dulu. " aku mengambil gelas berisi air teh o panas dari tangan mama lalu aku meminumnya sampai habis. Lidahku terjulur keluar, panas. Perbuatanku mengundang tawa mama.

Aku memasuki keretaku. Aku memanaskan enjin keretaku, aku menyeluk poketku lalu mengeluarkan satu business card.
Aku lihat nama syarikat sambil jari ku mengetuk stereng perlahan.

Business card mamat yang pernah di mandikan olehku, di simpan ke dalam poket semula. Apa nama mamat tu, setahu aku kawannya pernah memberitahu aku namanya. Pian? Sian?? Iron man??

Arhh apa-apa lah. Kawannya juga lah yng memberikan aku business card itu selepas aku memberitahunya bahawa aku ingin meminta maaf.

."Arhh pergi je la. " aku memandu kereta dengan laju, meninggalkan perkarangan rumah.

****

Aku mengambil resume yang sudah aku letak di seat belakang. Aku menolak pintu utama syarikat. Aku menggaru-garu kepala, keliru ke mana aku harus pergi.

"Sorry miss. " aku menegur seorang wanita yang baru melintasiku. Dia memandangku dengan muka beruk baru makan asam. Aku meniliknya dari atas ke bawah, not bad, floral shirtdress with brown belt.

"Dekat sini ada perlukan kerja kosong tak?? " tanyaku. Aku sehabis baik memaniskan muka.

"Dia tersenyum sinis. "Kau tengok muka aku ni, ada muka penyambut tetamu ke??" marahnya.

"Ada lah sikit. " aku berkata selamba. Dia menjegilkan mata kepadaku. Hek eleh apa kau ingat aku takut ke, setakat jegil-jegil mata.

"U ni memang buta !! " jeritnya. Habis mata-mata orang di dalam bangunan ini tertumpu kepadaku. Tetapi apa aku peduli, aku terus membalas.

"Sorry eh miss, my mom beranakkan saya cukup sifat tau. " dia menjulingkan matanya sebelum berlalu pergi ke lif. Dia melibas rambut panjang kerintingnya di hadapanku. Nak je aku tarik lepastu pulas-pulas rambut dia yang dah serupa maggi kari tu, dah la warna pun sama, bau kari pulak tu.

Aku ke kaunter pertanyaan. Penyambut tetamu itu kelihatan muda di mataku, tambah lagi dia murah dengan senyuman tak macam si 'maggi kari' tu.

"Dik, dekat sini tak ada interview kerja ke?? " tanyaku. Resume aku letak di atas kaunter.

"Interview....... Oh ada! Jom saya tunjukkan tempat. " katanya berserta dengan senyuman. Aku mengikut jejak langkah nya dengan resume di tangan.

Kenapa pulak aku rasa berdebar ni?? Relax Dina! Just relax!. Breath in... Breath out...

"Kenapa still tak ada orang?? Diorang tak nak try apply kerja kat sini ke?" tanyaku apabila aku tidak nampak seorang pun. Hanya aku dan Hana. Oh, Hana tu penyambut tetamu yang bersama dengan aku sekarang.

"Akak tu yang datang awal sangat. Interviewer pun tak masuk bilik lagi kak. " kata Hana dengan ketawa kecil. Aku pantas mengerling jam di tangan. Aku turut mengikutnya ketawa, tak lupa juga hempukan ke dahiku.

"Okay lah, akak tunggu sini je. By the way, thank you sebab tunjuk jalan. "

"Most welcome. Hana pergi dulu ye kak. " aku mengangguk sambil melihatnya pergi. Aku cuba berlatih untuk memberikan jawapan yang terbaik. Pelbagai jawapan sudah aku susun berbekalkan soalan spot yang selalu diberitahu oleh papa. (Aku x tau btul ke x spot tu aku eja.)

****

Aku menggigit bibir ku kuat. Apabila rasa sakit datang, aku perlahan-lahan melepaskannya, apabila rasa sakit itu hilang aku mengulangi perbuatan itu berkali-kali sehingga aku rasa puas.

Punyalah aku perah otak susun ayat semua, last-last kerja cleaner juga yang aku dapat . Kau pun satu la Dina, tak tanya si Hana awal-awal interview tu untuk kerja apa. Tu interview untuk kerja arkitek!! Aku mana pandai lukis pelan, kalau lukis orang lidi patah pinggang aku tahu la.

Demi nak minta maaf dengan mamat tu and untuk cari duit tambahan aku terima juga la kerja tu. Tak apalah, jadi cleaner pun cleaner la, kerja halal juga.

Aku membawa diri pulang ke rumah, sempat juga aku bertemu dengan Hana tadi sewaktu aku turun. Aku kena masuk kerja esok, aku mengeluh berat. There's no more free time.

Kereta ku bawa dengan laju, tak sabar nak jumpa dengan katil punya pasal. Well, Irdina dengan katil memang tak boleh di pisahkan.

Aku sampai di rumah, aku menghentak stereng kereta kerana ada kereta lain sedap-sedap je parking depan pagar membuatkan kereta ku tidak boleh masuk ke dalam. Apa dia tak boleh parking dekat luar ke?? Tak pun dalam garaj. Garaj tu kosong apa! Ni di parkingnya depan pagar macam mana gua nak masuk?? Bebelku dalam hati.

  Gear kereta aku freekan.( pfft what is this?)  Pedal minyak aku tekan sekuat hati. Enjin keretaku menderum kuat. Aku tidak berhenti, malah membuatkan enjin keretaku berderum lebih kuat lagi. Aku nampak seorang lelaki berkaca mata hitam keluar dari rumahku lalu memandu keretanya masuk ke dalam garaj.

Aku memarkirkan keretaku bersebelahan dengan keretanya. Aku keluar dari kereta lalu menutup pintu kereta dengan kasar. Aku meraup rambut panjangku ke belakang.

"Amboii, marah sangat nampak. " tegurnya. Aku berpaling menghadap nya, niatku untuk memarahinya terbantut apabila namaku meniti di bibirnya.

Keningku bertemu. Macam mana dia boleh tahu nama aku? Aku melihat dia bagai hendak tembus tetapi aku masih tidak mengenali nya.

"Sorry but do I know you, sir?? " tanyaku. Jari runcingku dituding ke arahnya.

"Hey, it's me ,Amsyar Rizal!! " dia menanggalkan kaca mata hitamnya. Mataku membulat, bibirnya mengukirkan senyuman.
"Well, I guess you remember me now. " katanya sebelum memakai kaca mata hitam semula.

"Tak. Aku tak ingat kau siapa. Aku terkejut tengok burung dekat belakang kau, boleh pula dia terbang and berak dalam satu masa. " aku nampak mukanya masam.

"Takkan kau tak ingat. Aku sekelas dengan kau masa form 3 and form 4 kut. Kita sekelas for two years. " kata Amsyar. Dari nada suaranya aku dapat mengagak yang dia tidak puas hati.

"Ok ok aku ingat dah." kataku. Malas berlama-lama dengannya, aku mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Kedengaran di cuping telinga, katilku menjerit-jerit namaku.

"Kau dari dulu memang tak berubah, suka buat orang suspens. " katanya sambil ketawa. Apa yang lawak pun aku tak tahu. Amsyar turut mengikut jejak langkah ku.

"Kau pun sama, perangai bangang still tak berubah. Dah nampak garaj kosong tak pergi parking kat sana. Nak jugak parking dekat depan pagar. " hambekk kau setepek. Aku nampak riak wajah nya berubah.

"And one more thing, know your limit please . Masuk rumah orang tanggalkan kasut tu dulu. Ni rumah aku. " kataku. Dia memandang ke bawah lalu dia berundur setapak. Aku pantas mengambil peluang untuk melarikan diri, aku menaiki tangga ke tingkat atas.

Aku sempat memberikan senyuman kepada tetamu mamaku, Aunty Fatimah,aku kira mama kepada Amsyar dan mak cik yang aku pernah aku langgar perutnya.

"Yes, finally masa yang di tunggu-tunggu. " aku mencampakkan diriku ke katil. Aku memejamkan mata dan dalam beberapa saat sahaja aku terlelap. Sweet dream for myself ~ 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience