BAB 17

Romance Series 2158

"Ian.. " aku menegur Adrian apabila dia asyik merenung sekeping gambar. Dia cepat-cepat memasukkan gambar itu ke dalm poket seluar.

"Jom gerak.. Semua barang dah ada dalam kereta. " kataku. Adrian bangun dari birai katil lalu pergi ke bawah. Aku kaku di tempatku berdiri apabila dia melintasiku.

Itu air mata ke?!  Getusku.

Aku memandang Adrian yang sedang menuruni tangga. Aku pasti itu air mata kerana terdapat kesan nya sedikit biarpun telah di sapu.

Aku mengikutnya dari belakang. Belakang tubuhnya aku pandang. Kenapa dia menangis?

"Janji tau jenguk mama selalu. " nasihat mama. Aku hanya mampu mengangguk, fikiranku masih memikirkan tentang Adrian.

"Ian.. Jaga anak papa elok-elok. " kata papa sewaktu Adrian menyalami tangannya. Bahu Adrian di tepuk beberapa kali. Ilham sudah menghilangkan diri sejak pagi tadi. Aku pasti mesti nanti dia balik pasti Adrian akan di carinya untuk mengajak bermain game.

"Ian.. " tegurku apabila kereta masih belum bergerak. Dia memandang aku.

"Kenapa tak gerak lagi? Kau ada barang tertinggal ke?? " tanyaku.

"Sorry. Aku mengelamun tadi. " kereta mula keluar dari perkarangan rumah keluargaku.

Adrian fokus memandu kereta, kesempatan itu aku ambil, mencuri pandang wajah Adrian. Jelas hidungnya merah seperti baru menangis.

Apa yang buatnya menangis sebenarnya?

"Kau tidur lah dulu. Nanti sampai aku gerak. " katanya. Suaranya serak. Dia berdehem beberapa kali membetulkan suaranya.

"Hermm. " aku menurunkan seat supaya selesa untuk aku beradu. Kedinginan air-cond membuatkan aku mudah terlena.

****

"Dina.. Bangun.. Kita dah sampai. " terasa bahuku di goncang. Aku membuka mataku sedikit, wajah kacak Adrian menghiasi ruang mataku.

"Bangun. Kita dah sampai rumah mama and papa. " ku menggeliat sedikit. Aku terpegun melihat rumah di hadapan ku. Ni rumah ke istana?

"Kau masuk jumpa mama dengan papa dulu. Biar aku je angkat barang. " kata Adrian seraya membawa diri ke bonet kereta. Aku tidak membantah, kakiku susun masuk ke dalam rumah besar itu.

"Assalamualaikum! " aku memberi salam. Malangnya tiada sesiapa yang menjawab. Aku mengangkat bahu lalu mencari tuan rumah ke dapur. Siapa tahu mereka ada di sana.

Ternyata sangkaan ku memang tepat. Mama Adrian berada di dapur. Aku menghampiri nya.

"Mama? " tanganku singgah di bahunya.

"Eh, Dina bila sampai. " Keningku terangkat sedikit, takkan aku beri salam dia tak dengar. Jaraknya bukan jauh.

"Baru je tadi ma. " aku menyalami tangannya. Pipiku di lagakan dengan pipi tuanya.

"Datang dengan siapa?? Amsyar. " bertambah kerutan di dahiku. Aku kahwin dengan Adrian bukannya Amsyar.

"Ma, I'm not married to Amsyar but Adrian. " kataku tanpa menjaga hatinya.

"I know.. Tapi apa salahnya, adik ipar Dina juga kan. " aku mengangguk mengerti biarpun aku tahu dia ingin mengatakan yang sebaliknya. (Apakah?! ????)

"Tak apalah ma. Dina nak tolong Ian angkat barang. " kataku ingin melarikan diri darinya.

Aku bertembung dengan Amsyar dan Adrian. Mereka berdua seperti berbicara tentang sesuatu. Aku pantas merapati mereka, takut-takut mereka berdua bergaduh, bukannya aku tidak tahu hubungan mereka.

"Ada apa ni?! " tegurku. Amsyar memandang ku, aku memalingkan wajah memandang Adrian, suamiku.

"She's mine. " kata Amsyar selamba sebelum menyusun langkah. Aku sudah terbuntang mata, berani sungguh dia berkata begitu sedangkan aku sudah menjadi milik abangnya. Masihkah dia tidak dapat menerima hakikat?

Aku pandang Adrian, dia berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Hello, dia ni tak ada perasaan agaknya. Bagaimana mungkin seorang suami berlagak selamba apabila adiknya sendiri mengatakan bahawa si isteri itu miliknya.

"Hello brother, kau tak fikir yang kau tu out of limit ke?? How could you say that in front of your brother! Kau fikir abang kau ni batu, tunggul kayu, simen yang tak ada perasaan!! " kataku, mempertahankan diriku dan suamiku. Langkah Amsyar terhenti, dia senyum sinis.

"Huh, memang dia ni tak ada perasaan pun. Kau pun tengok sendiri tadi, dia langsung tak kata apa-apa bila aku cakap yang kau tu aku punya. Ada dia pertahankan kau? Tak ada kan. And one more thing,dia bukan abang aku,aku tak pernah anggap dia sebagai abang,apatah lagi mengaku. Sorry." kata Amsyar.

"Well, tinggalkan je lah dia ni. Kau memang milik aku pun, hak aku. " tambahnya.

"At least hormat aku sebagai kakak ipar kau. " kataku.

"Enough la. Aku juga takkan sesekali anggap kau sebagai kakak ipar. Bear in your mind, kau tu hak aku, and aku akan buat apa sahaja untuk dapatkan kau. " katanya berbaur amaran. Apa lagi rancangan yang dia yang akan buat, cukuplah sekali dia buat aku hampir sakit jantung dengan rancangan dia buat terhadap Adrian.

"And you too bear in your mind, I belong to Adrian and I'm not gonna be yours, forever. Kau buka telinga kau tu besar-besar. I'm not gonna be yours, forever. " kataku. Tangan Adrian aku tarik dan membawanya ke luar.

"Saya nak ambil angin. Bawa saya jalan-jalan. Saya tak betah berlama-lama dekat sini. " aku sudah mengibas-ngibas mukaku, panas.

   "Kau kenapa tak lawan je cakap si Amsyar tu. Budak tu tak boleh di biarkan. " marahku, tidak puas hati. Dia mengeluh perlahan, stereng kereta di kawal nya cermat.

"Membazir air liur je cakap dengan dia. Dia bukannya dengar pun, lebih baik diam je, tak adalah buat aku haus. Kau berdebat dengan dia tadi, tak rasa haus ke sekarang? " aku meneguk liur. Ad benar juga kata dia.

"Ian.. Don't you think that we should hire a maid?" kataku.

  "A maid? Why so sudden?? " dahinya berkerut sambil memandang ku.

  "Aku bukan nya apa... Cuma... " tiba-tiba ayat ku dipintas nya.

  "Kau mengandung pun belum. " lidahku kelu. Aku terkebil-kebil memandang Adrian.

  "Ak... Aku... Aaa.. Memang kalau mengandung je yang boleh hire maid eh? " Adrian mengangkat bahunya.

  "Actually an.. Aku tak ready lagi la. " kataku perlahan. Dia memandang ku dengan senyuman nakal di bibirnya.

  "Aku tak ada tanya pun kau ready ke tak." katanya. Pipi ku merona merah.

  "Kau tak nak ambil orang gaji cakap je lah tak nak. Tak payah la nak malukan aku macam ni. " kataku. Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap, mengelak daripada bertentang mata dengan nya.

  "Eh, hello kau yang malukan diri kau sendiri. Aku tak tanya pun kau ready ke tak.  Kau sendiri yang cakap." .
 
  "Ah sudah la!!  Bising!!  Nak tidur. Kau senyap!! " kataku.

*****

  "Dina duduk sini. " mama Adrian menggamit aku supaya duduk di sebelah Amsyar. Aku pandang mamanya, like seriously?

  Aku mengambil tempat di sebelah Adrian. Wajah mama Adrian jelas menunjukkan dia tidak puas hati. Amsyar?  Usah di cakap, dia lagi lagi lah tak puas hati.

  Papa Adrian berjalan ke meja makan. Aku dan Adrian sama-sama melemparkan senyuman kepada nya dan dia turut membalas dengan senyuman. Alangkah baiknya jika orang di rumah ini pandai membalas senyuman seperti papa Adrian. Ini tak, masam je..

  "Apa tunggu lagi makan la. " kata papa.

"Ian ambil banyak sikit, Yati masak daging masak merah, favourite kamu. " Adrian hanya tersenyum namun tidak mengambil nya. Satu pengetahuan buatku, dia suka daging masak merah. Noted!

Aku mengambil beberapa keping daging masak merah itu lalu aku letakkan ke dalam pinggan nya. Aku memberikan senyuman dia memandang aku. Aku meneruskan suapan, mengendahkan Adrian yang sudah tersenyum-senyum sendiri. Aku suka melihat dia tersenyum. Tidak di nafikan bahawa dia amat kacak apabila tersenyum.

  "Thanks. " bisiknya di telingaku.

Bunyi pinggan di tolak kedengaran, semua tumpuan beralih kepada Amsyar. Dia tiba-tiba bangun dari tempat duduknya lalu berlalu pergi. Mama Adrian sudah mengikut anak kesayangan nya dari belakang.

Aku mula rasa kekok. Aku pandang suamiku di sebelah, dia sudah muram.

"Ian. " panggil papanya.

  "Tak ada plan nak pergi honeymoon ke? " kakiku di bawah meja, teruja. Siapa sahaja yang tidak suka apabila pergi bercuti. Lagi-lagi bercuti dengan orang yang kita sayang.. Err sayang ke?

  "Tak kut. Kerja. Lain kali la. " semangatku yang  berkobar-kobar tadi mula terpadam.

  Aku meneruskan suapan. Kenapa dia buat keputusan sendiri? 

"Papa baru je nak book tiket ke Paris. "Kata papa.
****

"Kenapa kau buat keputusan sendiri? " tanyaku sebaik sahaja kami masuk ke dalam bilik.

"Keputusan apa?"

  "Pasal honeymoon tu. Kita pergi eh,dah lama ku tak pergi bercuti." kataku, berharap.

  "No, lagipun, honeymoon tak penting. Aku rasa no need. " katanya sambil berbaring di atas katil membelakangi ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience