BAB 9

Romance Series 2158

  "Kak Dina. "    

  "Apa? " aku pandang wajah comel Hana.

"Erm... Akak rasa kan, kenapa Tuan Adrian tak masuk office eh? " tanya Hana.

  "Hah?? Tak masuk office?  Kau mengarut apa pagi-pagi lagi ni!?? "

  "Dia dah discharge la semalam. " kataku.

  "Discharge?  Tuan Adrian masuk hospital ke ??"

  "Macam mana akak tahu!! " bahuku terhinjut apabila Hana menghentak tangan nya ke meja. Ishh budak ni.

  "Kau ni. Kot ya pun terkejut jangan la sampai di hentak meja tu, terkejut aku tahu tak. Satu lagi,suara tu bagi la kuat lagi,biar satu bangunan ni bergegar." aku membuat muka.

  "Sorry kak. " pohonnya. Dia menggaru kepalanya yang dilitupi selendang merah.

  "Salam. " dia menghulurkan tangannya, aku menyambut.

  "Duit raya. " mintanya. Aku menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan tisu. Tisu itu aku letak ke ats tapak tangannya. Bibirnya yang memuncung mengundang ketawa ku.

 
  "Tepi sikit, aku nak duduk. " Hana memberikanku ruang.

  "Ahh sedapnya boleh duduk. " aku menggeliat perlahan. Hana memandangku, aku pelik.

  "Kau dah kenapa pandang aku macam nak panggang aku? " tanyaku.

   "Cerita lah kak. "

  "Cerita apa? " aku buat-buat tak faham.

  "Pasal Tuan Adrian. "

"Serious kau nak dengar? " sebelah keningku terjongket, sengaja ingin menduganya.

  "Akak. Jangan la main-main. "

  "Iyalah. Actually macam ni, bla bla bla bla bla. The end."

  "Kak. Saya tak pandai bahasa alien. "

  "Betul-betul la akak. " dia menghentakkan kakinya, perlakuannya tak ubah seperti budak-budak tak dapat coklat.

  "Dah tak payah ambil tahu. Nanti dia dah masuk office kau tanya la dia sendiri. " aku meletakkan kepalaku ke atas meja lalu tanganku melindungi wajahku. Aku tersenyum apabila teringatkan peristiwa di hospital kelmarin.

"Akak,ceritalah. " tubuhku di goncang Hana.

  "Malas la. "

  "Eh, kau ni dah tak pandai beza lantai dengan kasut ke?  Kau fikir aku beli kasut ni dengan daun ke? " aku angkat kepala. Kelihatan Nadia sedang menunjal kepala seorang wanita yang sudah berusia. Dari segi pemakaian nya aku dapat agak yang dia juga cleaner seperti aku.

  Habis senget tudung mak cik itu dibuatnya. Aku lihat semua orang, mereka juga seperti aku dan Hana mampu melihat.

  "Maaf cik.  Mak... Mak cik tak sengaja. "  aku dengar dia memohon maaf. Dapat aku lihat dia memegang erat batang mop seolah-olah menahan gentar.

  "Maaf... Maaf...  Maaf kau tu tak ada nilai. " tengking Nadia. Perasaan marahku meluap-luap. Aku mengenggam penumbuk.

  "Kenapa cleaner boleh duduk dekat meja receptionist ni?? " suara yang memetir itu membuatkanku bangun dari dudukku. Hana pula sudah diam, menunduk.

  Aku pandang orang yang berdiri di hadapan ku. 

  "Kau cleaner juga an? " aku mengangguk. Orang tanya kena bagi respons.

  "Kenapa kau tak buat kerja?  Dah tak sedar ke mana tempat kau sampai nak duduk dekat tempat receptionist ? Lain kali sedar diri tu sikit." sindirnya.

  "Saya take a break kejap, tak boleh ke? "

"Ouh. Pandai speaking rupanya. " dia melihat aku atas bawah.

  "Ha'ah boleh. Kenapa?  Cleaner tak boleh speaking ke? " Hana menyondol bahuku. Aku pandang dia, dia memberi isyarat kepadaku untuk diam. Aku menggeleng sambil tersenyum sinis.

  "Well, tak salah. " katanya. Kepala ku terangguk-angguk mengiyakan kata-katanya.

  "Yang salahnya, kalau seseorang itu mencaci pekerjaan orang kan. " aku pandang Nadia. Mukanya berubah.

  "Muka cantik tapi perangai masya-allah. Budi bahasa ke laut." sekali lagi aku pandang dia.

   "Tak pandai nak hormat orang pula tu. " tambah ku lagi. Aku menggeleng kepala perlahan.

  "Kau nak cakap aku ke tu?? " riak tidak puas hati terpamer di wajah cantiknya.

  "Eh, cik Nadia hormat orang tua?? " tanyaku. Senyuman sinis tersungging di bibir.

  "Kalau cik Nadia hormat orang tua, kata-kata saya tak dituju kepada cik lah. Cik pun jangan nak perasan sangat. "

  Dia memandang ku tajam.
 
"You are too much. " jari runcingnya di tuding ke mukaku. Mak aii panjang nya kuku.

  "Ada orang terasa. " aku pandang Hana di sebelah. Hana tunduk menikus, tidak berani untuk mengangkat kepala.

  "Aku akan laporkan kepada CEO, you just wait. "Ugutnya. Aku memeluk tubuh, mulutku sengaja di cebikkan.

  "Takut nya... Kenapa nak lapor dekat CEO je?? Dekat pihak atasan tak nak lapor ke? "Aku menjongketkan sebelah kening. Dia menghentakkan kaki nya sebelum berlalu pergi.

Sebelum itu dia sempat meng'flip' kan rambutnya di hadapan ku. Fuh Bau kari…

  "Budak tu kena ajar sikit. " kataku apabila Hana asyik memandangku. Aku meninggalkan Hana lalu pergi mendapatkan mak cik itu.

  "Mak cik kerja dekat tingkat mana ni? " tanyaku.

"Mak cik kerja di tingkat 4. " aku mengajaknya untuk duduk di bangku yang tersedia, selepas melihat dahinya berkerut seolah menahan sakit. Mak aih tingkat 4.

  "Mak cik okay tak ni?? " tanyaku, risau. Dia mengangguk sambil tersenyum nipis.

  "Mak cik jangan cuba tipu saya. Saya tak suka orang menipu. " aku lihat pada kakinya apabila dia asyik mengurut kakinya. Aku duduk bercangkung, aku meluruskan kakinya lalu aku urut perlahan.

  "Eh, tak payah la . Buat susah-susah je. " dia menghalang ku,dia menjauhkan kakinya. Tetapi Irdina tetap Irdina.  Aku tarik kembali kakinya merapatiku lalu aku urut.

"Mak cik selalu ke sakit kaki macam ni? " aku pandang wajah tua mak cik itu. Dia mengingatkan aku kepada arwah nenekku.

  "Selalu juga. Biasalah kalau kita umur dah banyak. "

   "Pandai er... "

  "Dina. " kataku.

  "Pandai Dina urut. " aku senyum segaris.

"Mak cik buat apa dekat tingkat ni? " tanyaku. Pelik juga aku tiba-tiba.

  "Mak cik pergi stor ambil pengemop tadi. Tak nampak pula cik Nadia lalu tadi. "

  "Cik Nadia tu tak patut buat mak cik macam tu. "

"Biarlah dia. Memang salah mak cik pun. " dia mengenggam tanganku, untuk mengurangkan rasa marahku.

  "Ermm.. Dina.. " aku mengangkat kepala memandang nya. Urutanku terhenti.

  "Boleh tak Dina panggil mak cik umi? " pinta mak cik itu. Aku terkedu mendengar nya, tak lama selepas itu aku mula tersenyum lebar.

"Umi.... " aku memeluknya. Dia membalas pelukanku.

"Umi bukan apa. Umi tak di kurniakan anak. Umi teringin sangat nak ada anak. "
 
"Tak apa umi. Biar Dina jadi anak Umi. " aku memandangnya sambil tersenyum.

  "Umi.. " panggil ku.

"Umi nak tukar tingkat dengan Dina tak?? "tanyaku. Mataku yang bulat memandangnya.

*****

 
  Aku menepis 'benda' yang asyik bermain di wajahku. Ishh apa ni, kacau je. Aku menggosok hidung yang gatal.

  Sekali lagi, 'benda' itu datang menyerang. Apa ke benda ni, berbulu? Aku sekali lagi menepis, sesekali aku mendengar orang ketawa kecil. Dengan mata yang terpejam, dahiku berkerut.

  "Ilham.... Kau jangan kacau aku nak tidur. Semalam aku layan drama korea sampai pukul 4 pagi. Kau jangan kacau aku, kalau kau kacau kaki ni singgah dekat muka kau yang kau sayang tu. " kataku seraya mengangkat sebelah kakiku.

"Ooo layan drama korea. Bos kau tak marah ke kau tidur masa kerja? " aikk kenapa suara cam lain je?

  "Apa yang kau cakap ni.... Kita sekarang duk kat rumah lah. "

"Wehh, bangun!! " aku merasakan bahuku di goncang.
"Ishh kau ni jangan kacau la!! " marahku. Tetapi goncangan itu tidak berhenti malah semakin kuat.

  "Kau.. " aku membuka mata lalu aku menendang perut 'Ilham. '

  'Ilham' terduduk di lantai bersama bulu ayam di tangan. Aku dengar dia mengerang kesakitan. Aku mengelip-ngelipkan mata beberapa kali, mataku dikecilkan untuk melihat dengan lebih jelas.

   "Ya Allah Ian. Kau kenapa ??" dia memandang ku tajam. Seram dibuatnya aku. Rupa-rupanya aku terlena sewaktu aku membersihkan biliknya.

  "Sorry. " aku meminta maaf setelah menyedari kesalahan ku. Aku ingin membantunya bangun tetapi dia menegah. Aku hanya mampu melihat.

  Dia duduk di atas kerusi empuk yang aku duduk tadi. Tangan nya masih setia memegang perut. Aku melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengannya.

"Weh, sorry... " aku memohon maaf sekali lagi.

   "Apa weh-weh. " tegas sahaja suaranya aku dengar. Aku pelik. Mak aih garangnya, masa dekat hospital tu bukan main lembut cakap dengan aku.

  "Apa yang kau buat kat sini?? Aku rasa orang lain yang di tugaskan untuk kerja cleaner di aras ni. Kenapa kau pula yang ada dekat sini? " berlapis-lapis dahinya.

  "Ouh itu umi... "

"Umi? Bukan mak cik Kalsom ke? "

"Betul lah kot. Oh, and aku tukar floor dengan dia. Means from now, aku yang akan membersih floor ni. " kataku. Walaupun berat untuk meninggalkan Hana, tetapi perasaan kasihan terhadap Umi lebih tebal. Biar lah Umi di bawah, sekurang-kurangnya ada Hana untuk tengok-tengokkan Umi.

  "Actually an aku tak tahu lagi nama kau. Nama kau apa? " dia mengusap belakang tengkuk nya sambil memandang ku.

  "Ni kes nak mengurat aku ke apa ni?? " sebelah keningku sengaja ku jongketkan. Mukanya memerah.

  "Comelnya.. " kataku perlahan.

"Kau tu pekerja aku, so, aku kena ingat nama kau. "

  "Irdina. "

"Nama panjang?? "

  "Nur Irdina Safiyah binti Mohd Amirul. "

"Yang ni kes apa pula? Nak  praktis lafaz akad nikah ke? " mukanya makin memerah. Aku senyum nakal, seronok dapat mengenakannya.

  "Dah dah.. Pergi keluar sana. Aku nak buat kerja. Menyemak je. " halaunya.

  "Kau halau aku ke? " bibirku sengaja di cebik.

  "Tak. Aku suruh kau stay sini. "

"Alright, I will stay. " dia merengus. Tawa kecilku terletus.

   "Suka hati kau lah. Janji kau jangan kacau aku. " katanya. Tangan kasarnya mencapai fail di penjuru meja. Aku lihat perlakuannya.

Aku mengambil sebatang pen dari bekas lalu di mainkan dengan jari. Bibirku memuncung apabila rasa bosan datang.

  Aku pandang Adrian di hadapan ku, masih sama seperti tadi, asyik dengan fail.

  Kali ini dia mencapai dokumen pula. Matanya bergerak-gerak seperti mencari sesuatu.

  "Pen mana pen?? " dia memandang ku. Aku terpegun apabila anak matanya bertentang dengan anak mataku. Aku dapat merasakan satu perasaan lain menjalar masuk ke tubuhku. Tetapi aku tidak dapat mengenal pasti apakah perasaan itu. Aku mengemam bibir.

  "Dina...  Pen mana?? " tanyanya. Otakku tidak dapat memproses dengan betul apabila mendengar dia memanggil namaku buat pertama kali. Indah sekali!

Bolehkah kalau hanya namaku yang meniti di bibirnya setiap hari?

  "Okay,thanks. " ucapnya sebelum tangan nya menghulurkan pen kepada ku. Pandangan ku jatuh ke tangan nya. Aikk bila masa dia ambil. Biarpun pelik aku tetap mengambil pen itu.

  "Ian.. " aku memanggilnya. Dia mengangkat wajah kacaknya lalu memandang ku. Fail-fail yang berada di hadapan di tutup, ingin menumpukan segala perhatian nya padaku, mungkin.

"Errr... " aku ingin menanyakan tentang Aunty Fatimah dan Amsyar kepadanya tetapi entah kenapa lidahku kelu. Mungkin disebabkan pandangan nya.

  "Kenapa Dina? " namaku sekali lagi meniti di bibirnya. Aku merasakan hatiku bergetar.

   "Kau suka apa?? " tanyaku laju.

  "Mak aihh macam jet kau tanya. Laju je.. " dia gelak. Aku turut gelak tetapi hambar.

  "Kenapa kau tiba-tiba tanya ??" tanyanya.

"Saja.. Aku nak kenal kau dengan lebih rapat. " aku menayangkan barisan gigi putihku.

  "If I say I like nothing?? " dia menyandar kan tubuhnya pada kerusi.

  "Tipu lah. Habis tu macam mana aku nak beli hadiah dekat kau??  Belanja kau makan makanan favourite kau semua? " tanyaku, tidak puas hati dengan jawapannya.
 
  "Try to discover it. " 

  "Macam mana? " dahiku berkerut. 

"Jadi wife aku. " kata Adrian selamba. Aku terdiam mataku masih setia memandang nya. Adakah ini lamaran?. 

"Adrian!! " terjah seseorang. Aku dan Adrian memandang nya. Mataku terus terbuntang. Tak pupus lagi mamat ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience