Aku mencapai span lalu mencuci pinggan yang kotor. Hampir separuh pinggan kotor telah aku cuci. Malam semakin larut, seorang demi seorang ahli keluargaku membawa diri ke bilik tidur memandangkan jam sudah menginjak ke angka sebelas .
Entah kenapa diriku terlebih rajin hari ini. Kamar tidurku langsung aku tidak menjejakkan kaki ke sana, saatku mandi pun aku menumpang bilk tetamu, bilik Shira berada. Kenapa tidak mandi di bilik sendiri?
Takut dengan lelaki yang sudah di ijab kabul denganku??.. Mungkin.....
Aku masih leka mencuci pinggan tanpa di sedari ada seseorang sedang asyik merenungku. Aku menggerakkan tanganku ke sebelah untuk meletakkan pinggan di rak namun tanganku terlanggar sesuatu membuatkan ku berpaling. Aku mengurut dada ku.
"Mama?? Buat apa dekat sini? " mamaku sedang bertongkat dagu memandang ku. Aku meneruskan kerja mencuciku. Dia mula bercekak pinggang, tahulah aku bakal di marahinya.
"Sepatutnya mama yang tanya Dina buat apa dekat sini? " aku menunjukkan pinggan kotor yang masih berada di sinki, memberitahunya bahawa aku membasuh pinggan. Mama meraup mukanya.
"Tinggalkan semua ini, esok-esok boleh buat. "
"Tapi ma. " aku mula berdalih.
"Tak ada tapi tapi. Dina ada suami untuk di jaga. Pergi naik atas layan suami kamu. Mesti dia tercari-cari akan kamu. " arah mama. Aku menarik sarung tangan getah dari tangan ku lalu meletakkan nya di tepi sinki.
"Hah tunggu apa lagi naik lah. " kata mama apabila aku masih tidak bergerak. Aku melangkah berat mendaki tangga. Dalam hatiku cukup berharap yang Adrian sudah tidur.
Aku memulas tombol pintu lalu menolaknya sedikit. Kepalaku di jengukkan sedikit, tak ada orang? Mana si Adrian tu? Takkan melepak dengan Ilham? Mentang-mentanglah dah ngam. Tapi bagus juga dia tak ada.
Aku menghela nafas lega. Aku menutup pintu tiba-tiba pintu bilik airku dibuka oleh seseorang. Aku menahan nafas apabila Adrian keluar dari bilik air ku dengan hanya bertuala paras pinggang tidak berbaju.
Mataku singgah di perutnya.. Wah, ada sixpacks. Mataku lama merenung di situ sehinggalah Adrian menegurku. Aku berdehem menyedari keterlanjuran ku. Badannya yang masih basah dengan rintik-rintik air ditambah pula dengan rambutnya basah membuatkan aku memandang dinding.
Jantungku berdegup laju apabila berdua-duaan dengannya di dalam bilik. Ingin sahaja aku keluar dari situ tetapi entah kenapa kakiku di rasakan berat untuk melangkah.
"Pergi mana tadi?! " suara garaunya kedengaran. Dia mengambil tuala kecil sebelum mengelap rambutnya yang basah. Perbuatannya itu menyerlahkan badan dan tangan nya yang gagah. Aku meneguk liur.
"Dina! " panggil nya sedikit kuat. Aku tersentak dari lamunan ku.
"Hah!!? Apa!?"
"Kau pergi mana tadi?! Aku cari tak kau tak jumpa jumpa. "
"Tak ada pergi mana-mana pun. Ak.. Aku ada je dekat dapur tengah basuh pinggan. "
"Iya ke? " tanya nya tidak percaya.
"Aku dah cari dekat dapur tadi, tapi..tak jumpa kau pun. " tambahnya lagi.
"Aaa.... Maybe masa tu aku duduk dekat dalam bilik Shira. " kataku. Dia mengangguk faham.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?? " tanyanya.
"Pandang? Pandang macam mana? " tanyaku semula.
"Pandang macam nak terkam." katanya selamba. Mataku terbeliak. Mamat ni dah kenapa?
"Pakai lah baju.. " arahku. Aku menekup mulutku apabila aku menggunakan suara terlebih manja. Dia gelak. Dia melangkah menghampiri ku, aku sudah cuak. Apa yang dia nak buat ni?!
Aku mencapai benda yang berdekatan denganku lalu di acukan kepada nya sebagai senjata. Aku memejam kan mata.
Apa benda yang aku pegang ni?! Lembut lembut je ni. Aku merasakan 'senjata ' ku ditarik oleh Adrian.
"Thanks. " ucap Adrian. Aku pelik, aku membuka mata memandangnya. Dia sedang memakai baju t nya. Oh, aku pegang baju rupanya.
"Kau dah solat belum? " aku mengangguk sebagai balasan. Aku terpandang pipinya yang bengkak.
"Kenapa pipi kau bengkak? Kau still tak cerita lagi benda ni dekat aku. Pipi kau bengkak ni ada kaitan dengan kelewatan kau masa akad nikah kita ke? " tanyaku. Air mukanya berubah.
"Kau tidur la dulu . Ada masa aku cerita. Kau jangan risau,aku takkan kacau kau." melihatkan aku masih tidak bergerak dari tempatku membuatkan Adrian membuka mulut sekali lagi.
"Kau tidur je atas katil,biar aku tidur bawah . " dia mengusap kepala ku.
"Tak apa ke?? Tak sakit ke badan kau nanti? " tanyaku, risau.
"It's okay. Aku tak kisah. " katanya sebelum bangun. Dia mengatur langkah ke bilik air semula, seluar pendek nya dibawa bersama.
Tiba-tiba langkahnya terhenti, dia menghampiri ku semula. Aku mendongak memandang nya, dia tersenyum. Dia mengucup dahi ku perlahan.
"Good night. " bisiknya perlahan.
*****
"Ian... Bangun.. " aku menjengukkan sedikit kepalaku ke bawah, melihat Adrian yang tidur di bawah. Azan subuh yang masih berkumandang membuatkanku bangun, merapati Adrian yag masih tidur merengkok di atas lantai.
"Ian... Bangun. " aku menggoncang bahunya beberapa kali sebelum lelaki itu bangun duduk dari pembaringan nya.
Dia menenyeh matanya sambil melihatku. Dia memberikan senyuman kepadaku sambil tangan nya mengurut-urut tengkuk nya. Sakit barangkali. Aku di serang rasa bersalah, biarpun bukan aku yang meminta dia tidur di bawah.
Aku memerhati setiap inci wajah nya. Lebam di pipi nya masih ada. Tanpa apa-apa Adrian mencucuk jarinya ke pipiku. Aku pandang dia meminta penjelasan.
"Ambil wuduk, kita solat sama-sama. " tanpa banyak kata aku menurut arahannya. Bilik air di tuju, dengan bacaan bismillah dan niat, wuduk diambil.
Pada pagi Subuh itu, merupakan Subuh yang terindah buatku. Kali pertama aku di imam kan oleh insan yang bergelar suami, mendengarkan bacaan ayat-ayat al-quran yang di baca oleh suamiku mampu membuatkan aku bergenang airmata. Sungguh merdu bacaan nya.
Aku merasakan pada waktu itu, akulah wanita yang paling bertuah memiliki Adrian sebagai suami. Aku menadahkan tangan berdoa, sewaktu zikir perlahan-lahan hilang dari telingaku dan di ganti dengan doa.
Mutiara jernihku mula keluar dari pelupuk mata dan jatuh ke tadahan tangan ku. Aku terharu apabila namaku dan keluargaku turut meniti di bibirnya, dalam doanya.
"Amin ya rabbal alamin. " aku turut meraup muka seperti Adrian. Dia berpaling ke belakang menghadapku. Tangannya di hulurkan kepadaku untuk di salam. Aku menyambutnya dengan senang hati, di kucup lama tangan kasar itu.
"Ian.. Terima kasih... " ucapku. Aku mendakap erat badannya yang tegap. Aku merasakan ubun-ubun ku yang di tutupi kain sembahyang di cium lembut. Pelukan ku di balasnya.
"Sama-sama.. "
Share this novel