BAB 7

Romance Series 2158

"Hei Dina.. Dina.. Wait. " aku berpaling. Hasrat aku untuk mencuci mata di shopping mall punah apabila terpaksa berhadapan dengan Amsyar. Sungguh aku serabut dengannya.

  "Kau nak apa Am??  Aku sibuk ni?? " aku merengus. Dia memandang ku atas bawah sebelum dia tersenyum sinis.

  "Yeah. I can see you super busy here. " aku menjulingkan mata apabila dia menyindir ku. Ada juga nak kena pukul dengan beg baru.

  "Jom lunch. " ajaknya tiba-tiba. Aku memandangnya dengan kening terjongket.

  "No. " putusku. Aku terus menonong pergi meninggalkan nya.

  "Dina please. Kita bukannya selalu jumpa. " pujuknya.

  "No. No. Aku tak nak." kataku. Aku menguak rambutku ke belakang. Aku menoleh, aduiii Mamat ni stil ada lagi.

  Apabila dia menyedari yang aku menoleh ke arahnya terus dia memujukku lagi. Aku menggeleng laju.

  "Alaa Dina boleh arhh. Well it's just a simple lunch for a bestfriend like us. "

  Keningku bercantum. Bestfriend??  Eiuww I don't think so, getusku dalam hati.

  "Stop acting like we're bestfriend. "

"Why must I?"

  "Because I hate it. " kataku.

  "You hate it and I don't. " katanya masih berdegil.

  "Aku busy arh. " aku memberi alasan biarpun aku tidak sibuk seperti yang aku katakan.
 
  "Maybe next time. " kataku sambil membuat muka.

  "I will pick you at home, if you don't mind. "
 
   "Of course I mind. Tu kerja gila namanya."bentakku terus. Bebola mataku membulat.

   "I don't think so. Or you just scare that maybe your parent interest on me. " dia mendugaku.

  "Definitely. " kataku perlahan.

  "Well, it's good for us. " katanya selamba.

  "No. Not for us, just you. "

  "Well, sayang, perkara yang baik perlu di percepatkan, right. " dia mengangkat bahu.

Pfftt yaaa memang perkara yang baik perlu di percepatkan, tapi kenapa mesti dengan aku. Bukannya dengan perempuan-perempuan yang ada dalam ig kau. Belambak lagi yang nakkan kau.

****

Nasi di dalam pinggan aku kuis. Hilang seleraku apabila terpaksa makan berhadapan dengan Amsyar kalau dengan Adrian tak apa la juga. Tiba-tiba pula aku teringat dengan dia.

  Aku makan lunch dengannya tetapi bukan secara rela tetapi terpaksa. Aku tertipu dengan janji nya. Katanya dia ada mengajak kawan-kawanku sekali untuk makan bersama.

Tetapi tiada seorang pun kawanku hanya syaitan yang menunggu kami berdua. Hehehehe gurau².

  "Kenapa kau tak makan? Tak sedap ke?  Nak order yang lain?? " tanyanya. Aku pantas menahannya apabila dia berura-ura memanggil pelayan.

  Aku hanya mampu berharap yang Amsyar cepat-cepat menghabiskan makanan nya supaya aku boleh berambus dari sini.

  "Hah, dah habis kan makan??  Okay bye aku pergi dulu. " aku berura-ura ingin pergi namun dia menahanku.

  "Kut ya pun nak balik, habiskan la air tu dulu. " aku duduk semula. Gelas berisi jus tembikai itu aku tarik kasar merapatiku. Minuman ku berkocak lalu jusku sedikit tertumpah, hasil kocakan dari tarikanku. Aku menyedut perlahan, tumpahan air itu aku biarkan.

 
  "Dah lama kan kita tak jumpa? " aku senyap tidak membalas. Aku nampak dia senyum. Keningku terjongket,aku tak jawab pun still boleh senyum.

  "Kau tahu tak.... "

   "Tak tahu and tak nak tahu. " laju aku menjwab. Penyedut minuman aku lepaskan dari mulutku. Jus tembikai yang berbaki separuh aku biarkan .

  "Kau ni bagi la aku cakap. "

  "Laa, aku tengah bagi la ni. Tadi aku jawab persoalan kau. " kataku selamba. Renungan dari nya aku buat-buat tidak nampak.

   Dia berdehem, aku melemparkan pandangan sekeliling, enggan melihat mukanya. Aku nampak dia cuba meraih tanganku ,aku pantas melarikan tanganku ke bawah meja.

  "Kau nak buat apa? " aku tersenyum sinis.

   "Kau jangan ingat aku ni macam perempuan murah yang selalu berdamping dengan kau. " kataku sinis. Aku nampak mukanya berubah, dia mengusap leher.

   "N.. No... No.. I. I didn't mean to.. " aku segera bangun.

  "Dah la kau ni, buang masa aku je . Sorry but I need to go. " kataku.

  Amsyar aku lihat turut bangun. Aku mula mengorak langkah meninggalkan nya tetapi langkahku terhenti apabila dia menjerit namaku. Mata semua orang mula tertumpu ke arah kami.

  "Jom kahwin. " aku terpana. Orang di sekeliling kami sudah bertepuk tangan dan bersorak menyuruh aku terima.

  "No, thanks. " aku berlalu pergi.

  "Hey, sayang. What are you doing here!? " langkahku terhenti sekali lagi. Aku berpaling melihat Amsyar, dia kelihatan resah apabila wanita di sebelahnya itu sibuk memegang lengan dan mengusap dada bidangnya.

  Aku tersenyum sinis. Ada hati nak ajak aku kahwin piirahhh.

****

   Aku menutup pintu teksi selepas membayar wang tambang. Aku memang pergi dengan teksi pada mulanya ke shopping mall atas faktor malas untuk memandu. Hendak di suruh Ilham hantar memang tak la, dia nak hantar kecuali aku memberikan nya habuan. Lagipun dia sekarang tengah outstation di Jepun.

  Aku berjalan ke rumahku. Sesekali aku mengeluh, menyesal pula aku tak suruh pak cik teksi tadi berhenti dekat depan rumah terus.

  "Eh, kereta siapa tu?? " aku tertanya-tanya apabila melihat kereta BMW hitam berhenti di depan rumahku.

  Aku berjalan perlahan mendekati nya, apabila si pemandu keluar aku terus bersembunyi di sebalik tiang lampu. Harap-harap dia tak nampak aku.

  Aku menjengukkan kepalaku sedikit untuk melihat si pemandu itu. Takkan abang Ilham??  Ilham badannya rendah sedikit dari lelaki ini. Lelaki ini tinggi dan badannya amat tegap, tetapi macam kenal dia ni.

  Tak lama selepas itu, mata ku terbuntang apabila lelaki itu memalingkan mukanya. Hampir sahaja aku menjerit.

He's Adrian!!!

  What is he doing here??  Apa yang dia buat dekat rumah aku? 

   "Kenapa kau yang datang ambil aku pula ni?? Amsyar mana?? " suara yang sedikit kuat itu menarik perhatian ku.

Aunty Fatimah??

"Adrian ni anak dia ke??  Kalau betul, means Amsyar dengan dia adik beradik. " fikirku. Aku mula memasang telinga.

  "Amsyar sibuk sikit. Dia suruh Ian ambil mama. " katanya. Aku menjulingkan mata, memang budak tu sibuk pun. Sibuk dengan perempuan.

  "Hermm, lain kali kau tak payah datang ambil aku. Kau suruh je driver papa kau datang. Aku tak suka kalau kau yang datang. Faham. " ujarnya. Kasar sekali aku rasakan kata-kata nya. Aku pula yang pedih hati sekarang.

  Aku mencuri pandang riak wajah Adrian. Biasa sahaja. Macam dia tidak kisah diperlakukan begitu. Atau dia sudah biasa di layan dingin sebegitu??

  Aku jatuh kesian. Keretanya bergerak meninggalkan rumah ku. Aku hanya mampu memandang keretanya dari jauh.

****

  Aku memegang water spray di tangan sebelah kanan. Langkah kakiku di atur ke tandas untuk mengisi air ke dalam botol water spray itu.

  Aku membuka pili air lalu air aku isi ke dalam botol. Sesudah kerja mengisi, aku letak water spray itu di tepi. Tiba-tiba pula rasa seram sejuk datang. Nak kencing sebenarnya.

  Baru sahaja aku ingin menolak pintu tandas, ada satu tangan lagi turut melakukan begitu. Oitt aku nak melepas dulu la.

  Aku pandang dia. Dia pandang aku. Aku menjerit. Dia menjerit.

  "Lisa!!  Apa yang kau buat kat sini?? " tanyaku. Kakiku sudah terkepit-kepit menahan. Tahan.. Tahan... Kejap je lagi ni..

  "Aku kerja la kat sini." katanya.

"Yang kau pula buat apa kat sini?? " tanyanya pula.

  "Itu nanti aku jawab. Biar aku masuk dulu, aku dah tak tahan. " kataku sebelum masuk ke dalam dengan pantas. Aku mengunci pintu dari dalam.

  "Kau jangan mengintai pula. Kalau kau mengintai aku sembur kau dengan air. " aku memberi amaran. Minah ni bukan boleh percaya sangat. Pernah dia mengintai si Linda tu melepas masa sekolah dulu. Tambah lagi, dia ni tinggi.

  "Aku tak tahan la wehh!! Cepat sikit!! " dia memukul-mukul pintu tandas.

"Woi-woi pecah pintu ni nanti kang, susah. Aku tak ada duit nak ganti. "

  "Pergi kencing kat lain la. Banyak lagi an. " arahku.

  "Penuh arr. Woii cepat sikit. " dia memukul-mukul kembali pintu tandas itu.

  "Iyaaa dah siap dah!!  Sabar wahai anak muda. " kataku sambil ketawa.

  Dia pantas menolakku selepas aku keluar dari tandas.

  "Aku tak flush lagi woii. Tolong flushkan. " gurauku.

"Kau gilaa Dina!! " balasnya dari dalam. Aku ketawa terbahak-bahak.

  "Kau dah kenapa tenung aku macam nak terkam?? " tanyanya selepas kami berdua keluar dari tandas.

  "Lain Ah kau sekarang. " kataku sambil memandangnya.

  "Lain??  Maksud kau? " aku menjuihkan bibir ke selendang yang tersarung di kepalanya.

  "Ouhh. Aku pakai dekat sini je. Dekat luar tak. " bisiknya.

"Means kau pakai ni ada tujuan lain la?? "

  "Boleh dikira begitu la. " balasnya. Aku mengangguk perlahan.

  "Tapi.... Kau tak rasa.. " dia menghalang mulutku dari terus berbicara dengan jari telunjuknya. Aku menolak jarinya ke tepi.

  "Bau Ah.. Bau sambal. "

  "Aku tahu apa yang aku buat. " katanya.

  "By the way, kau kerja apa dekat sini?? "

  "Aku??  Aku jadi peguam dekat sini. "

  "Bukan ke kau kerja dekat company abang aku ke??  Jawatan peguam juga kan. " tanyaku.

  "Ouhh. Aku resign. "

  "Kenapa? " aku mula pelik.

  "Tak ada apa. Yang kau ni pula, buat apa dekat sini??  Takkan kerja juga? " dia mengeluarkan bedak kompak nya sebelum disapu ke pipi.

  "Ha'ah kerja dekat sini juga. "

  "Kau kerja apa?? "

  "Cleaner. " matanya tidak lepas memandangku. Bedak kompak nya ditutup lalu disimpan ke dalam beg. Bahuku dipegang.

  "Kau dah kenapa?? " tanyaku apabila dia menepuk-nepuk pipi gebuku .

  "Kau sedar tak yang kau tu lulusan dari luar negara? Kau sedar tak yang keluarga kau tu ada company sendiri?? " aku mengangguk.

"So? "

  "Pekerjaan ni tak sesuai dengan kau. Kau nak aku cari kerja untuk kau tak?? "

  "No,thanks.Tak kisah la asalkan kerja halal. Lagipun aku senang kerja kat sini." balasku. Dia menjulingkan matanya ke atas.

  "Suka hati kau la. Aku naik atas dulu. Nanti kau lunch dengan aku eh. "

"Alright. " aku melambai-lambai pada Lisa.

  "Kejap. Mana water spray aku eh?? " aku tercari-cari benda itu.

****

  "Sedihnya titew, kena kerja. Rasa macam nak jadi budak semula la. " aku menekan water spray pada cermin kaca.

Lalu aku lap perlahan. Haihh bosannya. Hana MC pula hari ni. Tak ada orang untuk aku ajak berbual.
  Aku palingkan muka ke sebelah kiri, melihat orang keluar masuk dari syarikat. Memandangkan aku sekarang sedang membersihkan dinding kaca berdekatan dengan pintu masuk jadi ia mudah untuk aku melihat orang di luar sana, alangkah seronok kalau aku juga berada di luar sana. Boleh jalan-jalan makan asap kereta.

  Aku menekan spray semula lalu cermin aku lap. Aku lap, lap, lap, dan lap sebelum aku menjerit kecil.

   "Kau buat apa kat sini hah, manusia!??! " tanyaku sedikit kuat. Mahu tak terkejut aku, bila aku sedang syok mengelap ada pula manusia sedang renung kita dari luar.

Aku lihat dia masuk ke dalam melalui pintu masuk. Aku menarik baju kotnya, membawanya ke tempat sedikit tersorok.

  "Kau buat apa kat sini??  Bukan ke kau dekat Jepun ke sekarang?? " tanyaku.

"Memang, tapi dah balik. Aku outstation sekejap jer. Aku baru sampai je ni. Papa tiba-tiba pula suruh aku datang sini jumpa dealer dekat sini. "

  "Papa tak ada dekat sini kan??" aku merenungnya.

  "Ouh.. Papa... Ada.. " katanya lambat-lambat.

Aku menghalakan water spray ke mukanya lalu spray itu di tekan . Habis basah mukanya.

  "Woii masuk mulut aku.. " marahnya.

  "Papa ada je dekat office sana la. Jangan risau. "

  "Padan muka. Mama tak ajar kau bercakap ke hah?  Ke nak aku hantar pergi tadika semula belajar bercakap belajar mengeja?? Herm? " marahku semula.

  "Kau ni garang arr. Ikut perangai siapa la budak ni. "

"Oh, kau kerja dekat sini rupanya. " dia meneliti pakaian ku.

  "Kau kerja cleaner?? " keningnya terjongket sebelah.

  "Nak aku bawa kau dekat optometrist ke?? " giliran keningku pula terjongket.

  Dia tersengih.

  "Alololo adikku jangan macam ni. Tak apa lah aku dah lambat nak jumpa dealer. " dia mengerling jam di pergelangan tangan kirinya.

"Iya lah. Tapi aku nanti boleh kau fetch aku dekat sini tak? "

  "Kenapa aku kena fetch kau pula?  " dahinya berkerut.

  "Nak balik la."

  "Kereta kau mana?? " tanyanya.

"Bengkel. Tetiba lak meragam. Tadi pun aku naik Uber. "

  "Meragam?? " bertambah kerutan di dahinya.

  "Kau tak bagi dia makan nasi. Itu yang meragan tu " aku membuat muka menyampah.

  "Tak lawak Ilham. "

  "Ya lah.. Ya lah.. Kau habis kerja pukul berapa?? "

"Alaa sama dengan kau. " dia membalas dengan isyarat tangan ok.

  "Bang!! " panggilku. Dia memandangku sebelum menekan butang lif.

  "Jangan beritahu mama n papa pasal kerja aku. " pintaku.

  "Tak janji. " katanya. Dia tersenyum sinis sebelum masuk ke dalam perut lif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience