Aku turun ke bawah, sempat aku kerling bilik tetamu, tempat Adrian berehat semalam. Riuh-rendah di dapur amat menarik kaki ku ke sana. Tetapi macam ada yang tidak kena. Mana Adrian? Aku langsung tidak mendengar suara Adrian.
Dia belum bangun ke?
Aku perlahan-lahan merapati pintu bilik nya. Aku mengetuk pintu biliknya berkali-kali sambil memanggil namanya, tetapi masih tiada sahutan.
"Hah, cari siapa tu!? " sergah abangku dari belakang. Aku terpaku sebentar sebelum mengangkat tangan lalu di hayun ke belakang abangku. Kurang asam betul orang tua ni. Buat terkejut aku je.
"Mama!! Tolong Ilham ma!! " jerit Ilham. Alahaii macam pondan. Ilham lari ke dapur lalu bersembunyi di belakang mama.
"Elehh kau ni macam budak-budak. " kataku.
"Eh, apa kecoh-kecoh ni. " tegur Shira, anak mak su. Diikuti abang-abangnya di belakang, Dani dan Khai.
"Ni hah, dia cari hasben dia, tak jumpa jumpa. " Ilham menuding jarinya ke arah aku.
"Laa iye ke? " tanya Dani.
"Ian dah balik . Mama dah suruh dia bermalam dekat sini tapi dia cakap dia tak nak, dia kerja esok. " ujar mama. Aku mengerut kan dahi, hairan.
"Bila dia balik ma? "
"Around pukul 12 ." jawab mama.
"Lewatnya.. " kataku perlahan.
"Si bakal isteri risau dengan si bakal suami. " bisik Ilham kepada Taufiq tetapi masih dapat di tangkap oleh telingaku. Mama Maksu dan Shira sudah tersenyum-senyum.
"Bakal tak bakal, aku cucuk kau pakai garfu ni karang. " ugutku. Aku mengangkat garfu di atas meja lalu menghalakan ke arahnya.
"Iyalah... Nanti kau dah tak tinggal dekat sini dah, masa-masa ni lah aku nak usik kau, sakat kau. " kata Ilham dengan lirih. Aku terdiam.
*****
"Hana!!" panggil ku apabila bertembung dengannya.
"Eh, akak bila sampai. " tanya nya, ceria.
"Baru je tadi." jawabku sambil tersenyum.
"Jom kak kita naik atas,ke pantri. " dia menarik tanganku namun aku mengeras. Aku menggeleng tanda tidak mahu, Hana memandang aku pelik.
"Kenapa kak? "
"Akak tak nak, nanti orang cam akak, diorang mengata akak pula. " kataku.
"Laa kenapa pula diorang nak mengata akak? Lagipun sekarang dah tak ada orang sangat. Dah sampai waktu nak balik dah ni. Jom lah kak, jangan lah risau sangat. Akak pun bukan datang selalu. Hana rindu akak tau tak. " Hana sekali lagi menarik tanganku untuk ikut bersamanya. Aku menurut. Kami masuk ke dalam perut lif untuk naik ke tingkat atas.
****
"Nah, latte panas. Akak punya favourite. " Hana meletakkan mug di hadapanku. Aku melemparkan senyuman kepada nya. Aku menyisip perlahan latte itu sebelum meletakkannya semula di atas meja.
Aku lihat Hana, dahiku berkerut. Hana asyik merenungku ku.
"Kau dah kenapa pandang aku macam nak culik aku je?? " tegurku apabila berasa janggal di renungnya.
"Lama tak jumpa akak. Rindu... " katanya sambil memeluk bahu aku.
"Iya lah tu... " kataku. Aku melemparkan pandangan pada beberapa orang yang melintasi pantri. Sesekali aku memanjangkan tengkuk mencari kawanku, Lisa.
"Akak cari siapa?? " tanya Hana.
"Kawan akak. Hana kenal tak Lisa? Dia peguam syarikat ni. "
"Oh. Dia awal-awal lagi dah balik. Di ambik EL (emergency leave)" aku menganggukkan kepala,air di dalam mug aku sisip perlahan.
"Kenapa cari dia kak? "
"Akak nak bagi.... " bicara ku terhenti apabila seseorang masuk ke dalam pantri.
"Amboii, amboi amboi tengok siapa datang semula!! Setahu aku kau dah berhenti kan? Kenapa tunjuk muka dekat sini lagi? Nak minta kerja semula? " kata Nadia sambil bercekak pinggang.
"Ha'ah nak minta kerja balik. Kenapa? Kau ada masalah ke? Lagipun aku bukan minta kerja dengan kau pun. " kataku sinis. Hana di sebelah sudah menekup mulut, bukan sebab terkedu. Tetapi menahan daripada gelaknya terletus akibat melihat muka Nadia yang sudah memerah.
"Kau tak layak kerja dekat sini!! " jeritnya.
"Kenapa? Company ni bukan milik kau pun. " aku menongkat dagu sambil merenungnya. Dia menghampiriku .
"Kau tunggu je.. Aku akan pastikan kau tak hidup senang. Kau tu miskin, kaki kau yang kotor tu tak boleh jejak atas lantai yang mahal ni. " dia senyum sinis sambil melangkah pergi meninggalkan aku dan Hana. Dia masih tak kenal aku siapa.
"Hana. " panggilku.
"Ya kak. " sahutnya.
"Umi mana?? Dia balik dulu ke? " tanyaku.
"Oh, umi.. Dia tak sihat sikit, Hana suruh dia rehat je kat rumah. Tapikan kak. "Aku pandang Hana apabila dia berhenti bicaranya.
"Tapi apa?? "
Rumah yang Hana duduk dengan Umi sekarang tu rumah sewa. "
"Habis tu? Ada masalah ke? Atau duit Hana sekarang kurang?? Tak apa, akak boleh bagi, cakap je jumlahnya. "
"Bukan macam tu lah kak. " dia menghalangku daripada mengeluarkan duit dari purseku.
"Ermm macam ni.. Mak Hana suruh Hana berhenti kerja. Dia nak Hana sambung belajar. Semua urusan Pak Long Hana dah uruskan, tinggal Hana nak pergi je. Tapi Hana risaukan Umi. Takkan Hana nak tinggalkan Umi sorang-sorang dekat rumah sewa tu. Hana risau kak. " Hana mengenggam tanganku.
"Tak apa, tentang Umi, Hana serah dekat akak okay. Hana jangan risau."
"Umi tahu ke tentang ni?? "Dia mengangguk.
"Umi cakap apa?? " tanyaku lagi.
"Dia cakap jangan risau dengan dia. Dia boleh jaga diri. "
"Hana sambung belajar belajar dekat mana? "
"UITM dekat Machang. "
"Bila Hana nak pergi? " aku mengusap kepala nya yang menunduk.
"Hujung bulan ni. " aku nampak ada mutiara jernih yang mengalir di pipinya.
"Hei, it's okay. Akak ada, akak janji akan jaga Umi. Hana jangan risau. " aku menariknya ke dalam dakapan ku, memujukknya. Air matanya semakin deras turun.
"Hana janganlah nangis. Nanti tak comel lah adik akak ni. Akak ada berita baik nak beritahu ni. " Dia mengangkat wajahnya. Aku menyeka airmata nya.
"Akak dah nak kahwin. " sebaris ayat itu lancar keluar dari mulutku. Aku sudah dapat mengagak reaksinya tidak percaya. Aku mengangkat tangan comelku alu ditunjuk kepadanya cincin tunangku.
"Cantiknya.... Tapi sayang.. " katanya sambil menilik tanganku.
"Kenapa? " tanyaku hairan.
"Iya la. Dah elok-elok bakal mak mertua dia pakaikan dekat jari manis, dia pakai pula dekat jari tengah. " sindir Hana. Aku tergelak.
"Sebelum terlupa. Nah!! " aku menghulurkan dua keping kad jemputan perkahwinan ku. Hana menyambutnya.
"Hana satu,Umi satu. Hana dengan Umi mesti datang. Mesti!! "
"Tapi kak.... "
"Tak ada tapi tapi... Lagipun majlis ni awal 5hari dari kau nak pergi sambung belajar. Akak berharap sangat yang korang datang. " Hana mengangguk.
"Kak.. Ni dengan Adrian mana ni kak?? "Erkk kenapa dia mesti tanya soalan ni? Hana senyum nakal, aku sangat mengerti maksud senyuman nya.
"Adrian lain. " kataku selamba.
"By the way, Tuan Adrian kau tu dah balik ke?? " tanyaku.
"Entah. Kenapa tanya?? Nak jumpa dia ke? "
"Ha'ah nak bagi kad jemputan ni dekat dia. Temankan akak." kataku.
"Akak pergi sorang lah. Hana nak balik, nampak macam nak hujan. Langit tu mendung sangat je. " kata Hana.
"Iya lah.. " kataku sebelum keluar dari pantri.
"Akak. " panggil Hana. Aku berpaling memandang nya
"Jangan lama sangat jumpa Tuan Adrian. Nanti kena tangkap basah lak. Melepas si tunang akak. " nasihat Hana. Aku gelak kecil sambil menunjukkan buku lima ku kepada nya. Aku bergerak ke lif untuk ke tingkat 4,sempat aku melambaikan tangan kepada Hana sebelum pintu lif ditutup.
*****
"Ian.... " pulasan tombol pintu terhenti selepas telingaku menangkap suara perempuan memanggil nama tunangku. Dadaku berombak geram, bibirku mengukir senyuman sinis.
Aku pantas memulas tombol lalu melangkah masuk ke dalam. Adrian dan Nadia terkejut.
"What a good view... " kataku. Di hadapan ku, Nadia sedang memegang kolar baju Adrian. Manakala Adrian pula sedang memegang kedua belah tangan milik Nadia. Aku merenung mereka tajam.
"Dina..." sebut Adrian. Dia memandang aku dan Nadia bergilir-gilir sebelum melepaskan tangan Nadia.
"Hai guys. Sorry silap bilik. " kataku sebelum berura-ura menutup pintu bilik pejabat Adrian.
"Dina wait. Kau salah faham ni. " kata Adrian. Nadia meluru ke arahku secara tiba-tiba dan mencengkam pergelangan tangan ku. Dia menarikku masuk ke dalam.
"Ian.. Dia ni lah yang kacau Nad tadi.. " adu Nadia, manja.
"Eh, bila masa aku kacau kau?? " jawabku. Aku merentap tanganku di pegangannya.
"Kau diam!! " aikk kita disuruhnya diam? Mental sungguh.
"Gila... " kataku perlahan.
"Apa kau cakap!! " tangan nya diangkat tinggi untuk menamparku. Mata nya terbuntang. Dia menghayunkan tangan nya, belum sempat ia singgah di pipi ku, Adrian pantas menangkap pergelangan tangan nya.
Adrian menarik aku untuk berdiri di sebelahnya, menjauhkan aku dari Nadia. Wajah putih Nadia sudah merah padam.
"Kenapa U nak protect dia sangat? U ada apa-apa ke dengan dia!?" tanya Nadia. Aku berpeluk tubuh menonton drama di depan ku.
"Ya memang pun. Dia tunang aku. " kata Adrian. Nadia melopong.
"Why? Kenapa dia?? Kenapa bukan I Adrian? I jauh lebih layak." kolam air mata Nadia sudah pecah. Aku memalingkan muka ku ke arah lain, tidak mahu melihat air mata itu jatuh.
"Apa yang ada dekat diri kau sampaikan kau kata kau lebih layak? " tanya Adrian.
"I.. I ada harta.. I tak miskin macam dia.. " Nadia menudingkan jarinya kepadaku. Nampaknya dia bukan mudah untuk menerima orang di dalam hidupnya sebelum menilai harta atau pangkat seseorang, fikirku.
"I jauh lebih cantik dari dia... " tambahnya lagi.
"Nope.. Apapun kau ada and apapun kau cakap, aku tetap pilih dia. " aku pandang Adrian. Dia membalas pandangan aku dengan senyuman.
"Tapi dia tak layak untuk U.. " kata Nadia lagi.
"Enough Nadia. You know nothing about her. Kau ingat sikit, aku boleh pecat kau sekarang juga kalau aku mahu. Kalau kau still nak kerja dekat sini, behave. "Kata Adrian.
"Kalau U pecat I, U mesti menyesal. " kata Nadia, angkuh.
"Oh ya, kau ingat sikit bukan aku yang cari kau untuk minta kau kerja dekat company papa aku ni. Kau sendiri yang terhegeh-hegeh minta kerja dekat sini. Buat apa aku nak menyesal kalau hilang pekerja macam kau? Lagipun setiap kerja kau tidak pernah memuaskan. "
"Kalau ikutkan hati aku, nak je aku ambil orang lain bekerja di tempat kau. Berlambak dekat luar tu yang perlukan kerja ni dan kerja diorang perhaps lebih memuaskan. "
Aku memandang Adrian yang sudah menyinga. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal, patut ke aku berlama-lama dekat sini? Nampaknya keadaan sudah menjadi tegang.
Aku angkat kaki beredar dari situ. Langkah kaki ku di percepatkan. Lif aku tuju.
"Irdina!!" panggil Adrian sewaktu pintu lif sudah di tutup.
Aku pantas bergerak ke pintu utama. Sebaik sahaja aku melangkah keluar tiba-tiba hujan turun dengan lebat membasahi pakaian ku.
Aku pantas berlari ke arah keretaku. Tanganku laju menyelongkar beg tangan mencari kunci kereta. Mataku sudah pedih akibat di masuki air hujan.
' Mana pula kunci kereta ni?' Rungutku dalam hati.
Tiba-tiba aku merasakan hujan sudah tidak menimpa badanku. Aku mengangkat wajah, adakah hujan sudah berhenti?
Aku melangkah setapak ke belakang apabila menyedari Adrian sedang memayungi ku, kedudukan aku dengan nya agak rapat.
Dia memberikan senyuman kepada ku, aku menunduk menyambung aktiviti menyelongkar begku yang tergendala.
Aku akhirnya mampu menghela nafas lega apabila aku menjumpai kunci keretaku. Sungguh, aku sesak nafas apabila berkeadaan begitu dengannya.
Adrian menghulurkan payungnya kepada ku. Aku pandang dia, tidak mengerti.
"Ambil payung ni.. " arahnya. Aku mengambil payung itu darinya dan pakaian kerjanya sudah di basahi hujan. Dia melemparkan senyuman kepadaku sebelum mengundur diri.
"Ian!! " panggilku. Aku menghampirinya lalu memayunginya. Badannya yang tinggi memaksa aku untuk berjengket.
"Aku harap yang kau tak salah faham tentang tadi... I'm trying.... " belum sempat Adrian menghabiskan ayatnya aku sudah memotong.
"Esok aku nak pergi fitting baju. Kau free tak esok? " tanyaku. Dia menggeleng.
"Sorry tapi esok aku kena fly ke Bangkok. Nanti kat sana aku belikan kau hadiah eh. " katanya sambil tersenyum.
"Ni ambil balik payung kau. Kesian kau kena hujan nanti jatuh sakit. " kataku.
"No. You just take it. I just don't want you get sick.. No, actually I don't want my fiancee get sick." katanya sambil mengusap belakang lehernya. Aku tidak berkelip memandang dia. Di membalas pandangan aku dengan senyuman lebar.
"Got to go. " Dia berlalu meninggalkan aku. Mataku menghantar pemergiannya. Tanpa aku sedar, aku tersenyum.
Share this novel