BAB 2

Romance Series 2158

Aku berbaring di atas katil sambil menghadap laptopku. Aishh bosannya rungutku. Aku mengerling jam di dinding. Pukul 12 tengah hari. Perjumpaan aku dan kawan-kawan ku tinggal beberapa jam lagi. Masih banyak masa.

"Arghhh bosan!! " jeritku. Aku bermain-main dengan hoodie dinosaur ku. Ya aku tahu aku budak-budak still pakai hoodie macam ni.

Ting!!

Hah! Aku ada idea. Aku menarik laptop supaya lebih rapat denganku. Aku membuka Youtube  lalu  menaip zumba. Aku menggosok-gosok kedua belah tanganku sambil bangun berdiri. Laptop itu ku angkat lalu di letakkan di atas meja . Aku menekan butang play lalu aku menaikkan volume dan lagu yang rancak bergema di bilikku.

    Aku berundur ke belakang untuk mencari ruang  .    
Aku mengikuti langkah penari itu. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Ahhh penatnya sudah lama aku tak berzumba. Video yang berdurasi 3minit lebih itu aku ulang dan ulang.

Kali ini aku tidak mengikuti langkah penari di dalam video itu. Aku mengikut koreografi tarian yag aku cipta sendiri. Lebih kepada melompat-lompat sebenarnya. Aku terkinja-kinja mengikut rentak lagunya yang rancak. Rambutku habis kusut. Tak apa lah sekali sekala.

Penutup kepala berbentuk kepala dinosaur itu aku pakai. Aku masih melompat-lompat. Tiba-tiba pintu bilikku di kuak oleh seseorang. Lompatan ku terhenti, aku terus memperlahankan volume lagu itu di laptop.

Wajah abangku terpacul di muka pintu. Aku ingat siapa la tadi. Mukanya berkerut-kerut, matanya yang sedikit layu cukup memberitahuku yang dia baru bangun tidur. Ilham menggaru-garu kepalanya.

"Kau nak apa?? "Pandanganku jatuh ke bajunya lalu aku terus melepaskan ketawa. Aku menekan-nekan perut,  baju abangku sangat lawak.

"Yang kau ni dah kenapa, gelak tak ingat dunia. " tanya Ilham.

Aku menuding jari ke bajunya. "Yang kau pakai baju didi n friends ni kenapa?? Aduhh lawaknya,sakit perut aku gelak. "

Ilham memandang aku sebelum pandangannya turut jatuh ke baju yang di pakainya. Dia menutup gambar didi n friends dengan kedua belah tangannya. Wajah abangku yang putih berubah merah. Malu la tu.

"Suka hati aku la! Eleh, budak sekolah menengah pun minat la didi n friends. Bukan setakat sekolah menengah, budak U, atuk, nenek, mak budak, bapak budak, banyak lagilah. " kata Ilham.

"Diorang minat lagu je, tapi tak sampai obses cam kau. Baju tidur pun still didi n friends. " kataku. Aku menekan-nekan lagi perutku sambil ketawa. Kali ini aku siap berguling-guling atas lantai ketawakan dia.

Wajah Ilham masam mencuka. Dia menyepak bahu ku lalu menyuruhku berhenti.

"Adoii sakit la. "

"Yang kau pulak ni dah kenapa pakai serupa dinosaur ??" tanya Ilham. Aku tidak menjawab pertanyaannya malah bangun lalu tersenyum nakal.

"Nak tukar topik la tu. " dia menunjukkan buku limanya kepadaku. Aku menjelirkan lidah.

"Tak takut. "

"Kau berzumba ke tadi?? " tanya Ilham lagi. Matanya tertancap pada skrin laptopku.

"Haah berzumba kenapa? " aku berdiri di hadapan abangku yang sedang duduk di birai katilku.

"Ya ke berzumba? " dia memandang ku dengan riak tidak percaya

"Kau ikut tak langkah dia?? "

"Tak adalah ikut dia sangat. Aku main lompat-lompat suka hati aku je. Langkah tarian dia susah sangat nak ikut tapi lagu dia catchy."ujarku.

"Laa kau yang melompat rupanya. Aku ingatkan monyet mana la tadi main melompat sampai nak bergegar rumah ni. " aku menjulingkan mata.

"Kau ingat kau cantik kalau buat macam tu? " aku merengus. Aku berdiri lalu menarik tangan Ilham untuk turut berdiri. Aku menarik-narik tangannya lagi apabila dia enggan bangun. Akhirnya dia mengalah.

"Kau nak apa?? " tanya Ilham, malas.

"Jom zumba. " ajakku. Aku terus menekan butang play dan aku sengaja menguatkan volume dari sebelum ini.. Lagu terus bergema dan aku sudah mula melompat-lompat hanya Ilham yang masih tidak bergerak, dia hanya memandangku.

"Yeah abang shake your body off!! "

"Ni beruk ke manusia ?? " Ilham memandangku sekilas sebelum keluar dari bilikku. Aku mengejarnya dari belakang, badanku di bongkokkan membuat penutup kepala dinosaur itu kelihatan di hadapan.

"Abang I'm coming!! " laungku. Ilham pantas menuruni tangga ke ruang tamu. Aku dan Ilham ketawa. Aku terus mengejarnya, dia menghala ke pintu keluar. Pandanganku terhalang dengan penutup kepala dinosaur.

Aku pantas mengejar nya dengan tubuh yang sengaja aku bongkokkan. Toingg!! Aku terjatuh ke lantai. Aku menggosokkan punggungku yang terhempas.

Penutup kepala dinosaur yang menghalang pandangan ku terus aku alihkan ke belakang. Apa yang aku langgar tadi? Aku memandang ke hadapan.

"Aduhh!! Sakitnya perut aku!" aku menutup mulutku. Aku terlanggar seorang mak cik yang usianya lebih kurang sama dengan mamaku. Dia sedang mengusap perut yang aku langgar dengan kepalaku tadi.

"Eh, Ya Allah Fatimah kau kenapa?? " suara mamaku kedengaran dari belakang ku. Aku pantas berpaling lalu memberikan sengihan.

"Dina kenapa ni?? " mama bertanya kepada ku.

"Dina terlanggar auntie ni. " jawabku.

"Macam mana boleh jadi macam ni. Jom kita ke dapur Fatimah. " ajak mama.

"Tumpang lalu. " aku meminta laluan untuk mendapatkan abang ku di luar yang sedang sakan ketawakan ku.

"Ilham!!! " aku melompat atas belakangnya. Aku memeluk lehernya kuat sampaikan dia terkapai-kapai mencari nafas.

"Padan muka! "

***

"Selamat pagi Tuan. " beberapa orang pekerja menundukkan kepala mereka sedikit sambil mengucapkan ayat yang sama.

Adrian hanya melemparkan senyuman nipis. Briefcase di tangannya dipegang kemas. Sebelah lagi tangan membetulkan rambut yang terjuntai di dahi.

"Ada masalah ke?? " tanya Adrian lembut apabila beberapa pekerja perempuan sedang memandangnya. Mereka menggeleng lalu kalut melakukan kerja. Adrian menggeleng kepala.

"Kak Anita! " panggil Adrian apabila berselisih dengan wanita mengandung itu. Adrian melemparkan senyuman manis. Dia amat menghormati wanita di hadapannya yang sudah berbakti lebih 10 tahun di syarikat ini.

"Ya tuan. " jawab Kak Anita.

"Amsyar dah masuk kerja ke?? "

"Belum tuan. " Adrian mengeluh mengenangkan adik nya yang seorang itu.

"Dah berapa hari dia tak masuk office?? "

"Dah masuk seminggu. " Adrian terdiam.

"Ada apa-apa lagi ke tuan?? " tanya Anita.

"Oh, tak ada apa dah. Awak boleh pergi sekarang. " wanita mengandung itu berlalu pergi.

Adrian mengatur langkah ke biliknya. Wajahnya di palingkan ke tepi, di mana bilik PA nya terletak. Aiikk tiada jugak. Baru sahaja dia ingin menanyakan jadualnya. Adrian memulas tombol pintu bilik pejabatnya.

"Happy Birthday Adrian!!! " dia di kejutkan dengan jeritan daripada beberapa pekerjanya. Ruang biliknya bergema dengan nyanyian lagu 'Happy birthday'.Salah seorang daripada mereka membawa kek ke depannya. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Adrian memandang kosong kek coklat itu.

"Hey Ian kenapa dengan muka tu?? Kau tak suka ke??" mereka saling berpandangan. Pertanyaan dari salah seorang pekerja menyentakkannya.

"Eh,aku suka la! Suka sangat." katanya. Senyuman hambar di berikan. Matanya masih terlekat di kek coklat itu.

"Kalau suka, tiup kek cepat. Aku nak makan ni. Lapar."

"Ya la, ya la. Aku tiup. Lapar je kerja kau eh, Farid." Adrian meniup lilin-lilin itu sehingga terpadam lalu kek itu dipotong.

"Masa makan!!! " jerit Farid.

"Bagi dekat I piring tu. I nak suap Adrian. " semua orang memandang , tidak percaya. Walaubagaimanapun piring berisi sepotong kek dihulurkan kepada Nadia, PA Adrian.

"Say aaa, Ian. "

"No, it's okay Nad. I boleh makan sendiri. " Adrian menolak dengan lembut.

Nadia menghentakkan kaki nya ke lantai. "U ni. I penat-penat plan ini semua untuk U. U pulak tak nak bagi I suap U. "

"I already have mine. U makan la. Lagipun I still have my hands." Adrian menunjukkan piring nya.

"Farid tolong agihkan lebihan kek ini dekat pekerja lain. " arah Adrian. Farid menganggukkan kepala lalu meneruskan suapan keknya.

"Tapi U..... "

"Okay semua, I think semua dah boleh keluar, buat kerja masing-masing. " Adrian cepat memintas. Mereka berpusu-pusu keluar. Ya lah, arahan bos mana boleh bantah. Hanya Nadia yang masih tidak berganjak dari tempat nya. Dia sedang memeluk tubuh.

"Nad, U pun boleh keluar. "

"No. I tak nak. "

Adrian mengeluh. "Okay kalau U tak nak keluar, fine. U duduk la kat sini. " Nadia meleretkan senyuman. Dia perlahan-lahan mendekati Adrian .

"Biar I yang keluar. " sambung Adrian.

Adrian berura-ura untuk keluar tetapi Nadia lebih pantas menghalang dengan tubuh kecilnya. Nadia mencapai tangan Adrian namun dia pantas melarikan tangannya ke belakang.

"Out. " kata Adrian sepatah.

"Ala... U... "

"I said out. " suaranya bertukar tegas. Nadia mengalah, dia pun keluar. Akhirnya, Adrian mampu melepaskan nafas lega. Kakinya di atur ke mejanya. Kerusi empuk menjadi tempat singgahan punggung nya.

Adrian mengetuk jemari di meja kaca miliknya. Majlis hari lahir nya yang ringkas sebentar tadi terbayang di ruang mata. Dia tersenyum hambar. Kalau boleh, dia tidak mahu menyambut hari lahirnya, baginya ia tidak perlu di raikan.

Dia membuka laci meja lalu menyelongkar isinya. Sekeping gambar yang sudah lusuh di keluarkan. Dia mengusap-usap gambar tu kejap sebelum di lekapkan di dada bidangnya. Matanya dipejam rapat.

"Ibu, kenapa ibu pergi dulu ? " cecair jernih keluar dari tubir matanya. Adrian menyeka air mata yang mengalir. Gambar itu di tenungnya, hanya gambar itu sahaja yang dia ada untuk melepaskan rindu kepada arwah ibunya.

****

"Lisa!! Cepat lah kau ni siput betul. " aku memarahi Lisa kerana berjalan perlahan.

"Aku pakai heels. Sabar la, tak lari punya si Linda tu. " Lisa menjegilkan mata nya yang bulat. Seram dibuatnya mak.

"Suit yourself.Aku pergi dulu. Bye! " Aku menghiraukan panggilan namaku dari Lisa. Aku mencari rakan-rakan ku yang lain. Mana pulak Minah ni. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Aku ternampak seseorang melambai ke arahku. Aku mengecilkan mata untuk melihat dengan lebih jelas gerangan siapa yang melambai itu. Ahhh itu Syira dengan yang lain.

Aku membalas lambaian mereka lalu kakiku atur ke arah mereka. Mereka sedang mengelilingi Linda. Aku lihat meja yang bulat itu sudah penuh dengan helaian-helaian berwarna putih. Itu tisu lahh!!.

Aku menghampiri mereka lalu mengambil tempat bersebelahan dengan Rina salah seorang rakanku. Aku melemparkan senyuman kepada yang lain.

"Hey, Linda. Kenapa ni?" Linda menarik tisu dari kotak yang di hulurkan oleh Fara, juga kawanku. Syira menggosok-gosok belakang badan Linda, menyalurkan kekuatan.

"Laki dia buat hal. " jawab Rina.

"Hal yang macam mana?? " tanyaku. Buku limaku sudah di genggam. Aku paling tidak suka apabila kaum hawa di aniaya, lagi-lagi jika kawanku sendiri.

"Dia balik lewat malam, abaikan Linda and banyak lagi lah. " jawab Fara bagi pihak Linda.

"Ya Allah, dia abaikan kau Linda? " tanyaku. Linda mengangguk, air mata mengalir tidak berhenti. Bunyi hembusan hingus nya menemani kami.

Apa-apapun bagi aku pengabaian terhadap seseorang memang tak boleh diterima. Bluetick dekat whatsapp pun boleh buat orang murung 2-3 hari.

"Hai korang!! " sapa Lisa yang baru sampai. Aku memandangnya geram, apa taknya dia boleh pulak pergi shopping and siap buat muka tak bersalah dia. Haishh geram pulak aku nak baling purse aku ni dekat muka dia.

"Linda kau pasti ke yang suami kau ada dekat sana?" tanyaku. Dia mengangguk, tisu tidak lepas dari tangannya.

"Okay, jom gerak. " aku dan yang lain bangun dari tempat duduk.

"Wait. What?? Gerak?! Aku baru sampai kut. " rungut Lisa.

"Kau duduk je sini kalau tak nak gerak sekali. " kata Fara.

"Haah. Alang-alang dah duduk tu kau pun tolong la buang tisu bekas hingus Linda ni. " tambah aku.

Lisa memandang geli. "Eii no no aku follow korang. "

"Cepat sikit jalan tu. " kataku sambil berjalan di belakang Linda. Kami sudah jauh berjalan ke depan meninggalkan Lisa di belakang.

Linda menuding ke arah sekumpulan lelaki yang sedang bergelak ketawa. Kami memandang ke arah mereka.

"Yang mana satu husband kau?? "

"Farid pakai baju kemeja merah. " aku sekali lagi berpaling untuk memandang mereka. Aiyaa ada dua orang yang pakai baju merah, duduk bersebelahan pula tu. Ahh redah je lah.

Aku mengambil botol mineral di pegangan Syira lalu aku meluru ke arah mereka. Mereka memandang aku pelik, aku menghiraukan pandangan mereka terhadap aku. Penutup botol aku buka lalu aku tuang ke dalam gelas berisi jus oren yang aku kira itu miliknya.

"Enjoy your drink, Farid. " aku memberikan senyuman manis. Aku lihat dia seperti ingin berkata sesuatu tetapi aku tidak memberi peluang lantas gelasnya itu aku ambil lalu aku menuang ke atas rambutnya. Rakan-rakan nya melihat ku tidak percaya.

"Ian!!" panggil rakan-rakannya. Ian?? Not Farid! Aku memandangnya serba salah.

Dia menggigit bibir merahnya. Dia meraup rambutnya yang basah ke belakang lalu memandangku tajam. Aku terpaku dengan perlakuannya and his eyes attract me.

"Done showering me?! " katanya. Suaranya husky. Aku terdiam. Aku tidak mengangguk atau menggeleng.

  "Sorry." kataku perlahan.

   Dia bangun lalu merempuh bahuku. Aku memusingkan badan melihat rakan-rakan ku yang sudah melopong. Linda menghampiri ku, dia memegang bahuku.

"Kau dah salah orang Dina. "

"Oppss " aku gigit jari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience