Chapter 3

Romance Completed 32271

Tiga

Kuliah Teaching of Writing bersama Madam Zarihan tamat jam 4.30 petang. Marha mengurut lehernya yang lenguh. Dia bingkas bangun dan berjalan keluar daripada BK 5. Dia bergegas pulang ke hostel untuk menunaikan solat Asar. Tambahan pula dia ingin berehat sebentar sebelum berjumpa dengan Farhan. Badannya terasa letih seharian berada di luar. Langkahannya sedikit laju tetapi teratur.

Kad matrik ditunjuk kepada pengawal keselamatan sebelum dia melangkah masuk ke perkarangan hostel perempuan. Dia menuju ke blok J5 yang terletak berhadapan dengan surau. Tombol pintu dipulas setelah kuncinya dibuka. Dia melangkah ke bilik. Teman sebiliknya, Nuha Nadhirah sedang menunaikan solat Asar. Marha duduk bersandar di atas katilnya, nafasnya dihela berat.

“Marha, Farhan Hakimi ada jumpa kau?” Nuha bersuara setelah dia usai menunaikan solat Asar.

“Ada.” Jawab Marha acuh tidak acuh sahaja.

“Dia ada beritahu kenapa dia jumpa kau?”

“Ada. Kenapa kau cadangkan nama aku untuk sertai projek Bulan Penghayatan Al-Quran?” Marha menoleh ke arah Nuha.

“Apa salahnya kalau kau turut serta. Kau ada pengalaman menguruskan program. Tak salah rasanya kalau kau beri sedikit sumbangan.” Kata Nuha sambil melipat kemas telekung dan sejadahnya.

“Yalah. Tapi kenapa sampai Farhan sendiri yang jumpa aku? Tak boleh kau sendiri yang beritahu aku?”

“Oh, pasal tu ya? Kau marah?”

“Marah tu tidaklah tapi aku rasa tak selesa bercakap dengan lelaki tanpa teman.”

“Farhan berkeras hendak beritahu kau sendiri. Katanya tak sopan kalau wakilkan orang lain. Maaf ya Marha.”

“Tak mengapalah. Boleh kau tolong aku? Temankan aku jumpa dia pukul 5.30, boleh?”

“Tak ada masalah.”

“Thanks Nuha.” Marha bangun mencapai tualanya dan terus ke tandas. Dia bersegera menunaikan kewajipannya sebagai seorang hamba Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience