Chapter 1

Romance Completed 32271

Satu

“Farhan, kenapa aku tengok kau lain macam dua tiga hari ni? Macam orang angau.” Tanya Danish Arfan kepada Farhan Hakimi dalam perjalanan pulang ke hostel. Mereka baru sahaja tamat mengikuti kuliah Educational Psychology.

Farhan menarik sengih dan memandang sahabatnya. Arfan musykil dengan perilaku Farhan yang pelik itu. Tidak pernah dia melihat sahabatnya berkelakuan sebegini selama dua tahu setengah mereka berkenalan. Dua tahun setengah jugalah mereka sekelas dan sebilik. Tangan kirinya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Eh, aku bercakap dengan tunggulkah? Jawablah Farhanku sayang.” Kata Arfan sambil mencuit dagu Farhan

“Ish, geli aku.” Farhan menepis tangan Arfan.

“Ha ha ha. Siapa suruh tak nak jawab soalan aku tadi.” Arfan terkekek mengetawakan sahabatnya.

“Aku ok. Apa masalahnya? Kau tu yang ada masalah. Gatal cuit-cuit aku apa kes?” Muka Farhan mencuka.

“Hehe, aku main-mainlah bro. Rilekslah. Cuba kau cerita sikit apa masalah kau ni? Rindu seseorang?” Arfan cuba memancing Farhan untuk menjawab soalannya. Tangannya ligat mencari kunci rumah di dalam begnya. Tombol pintu rumah yang bernombor D5-2-2 dipulas oleh Arfan.

Farhan dan Arfan membuka kasut dan meletakkannya di rak. Farhan menuju ke bilik dan terus menghenyak punggungnya di atas katil bujang.

“Argh, penat betul hari ni. Kau tak penat? Mulut membebel macam bertih jagung dari tadi.” Bebel Farhan.

“Ceh, kau sengaja ubah topikkan? Aku tahu masalah kau. Kau ada hati dengan budak perempuan kelas 8E kan, kan, kan?”

“Hei, apa yang kau mengarut ni pakcik Danish Arfan! Aku sekeh baru kau tahu.” Farhan berpura-pura menggertak. Tangan kanan diangkat dan jemarinya digumpal kemas. Siap sedia hendak menyekeh Arfan.

“Ops, ops. Sorry.” Arfan mengambil kertas putih yang terletak di atas meja studinya, mengibar kertas itu seperti mengibar bendera putih.

“Ha, takut juga ya. Ha ha ha.” Farhan tergelak puas.

“Tapi kan, orang cakap kalau orang tu marah-marah maknanya betullah tu.” Arfan mengenyit mata.

“Macam ahli nujum Pak Belalang aku tengok kau ni. Boleh teka perasaan aku pula.”

“Alahai Farhan. Berapa lama pula aku dah berkawan dengan kau. Aku sudah masak dengan perangai kau. Kau asyik curi-curi tengok dia masa kuliah Prof. Elinna tadi. Curiga aku.”

“Alamak, malu aku.” Farhan menutup mukanya dengan bantal peluknya.

“Aik, Farhan Hakimi yang terkenal dengan keyakinan yang tinggi, pandai bercakap, YDP MPP boleh malu? Ini sudah parah.” Usik Arfan.

“Entahlah Arfan. There’s something about her. Something special. She’s different compare to other girls.” Farhan menghela nafas berat. Kepalanya diletak di atas bantal.

“Ooo, sah kau ada hati dengan Auni Marha tu. Dia memang baik. Kawan-kawan perempuan aku ceritalah.”

“Wah, Mat Romeo nampak?” Perli Farhan,cuba mengalih topik perbualan.

“Apa barang jadi Mat Romeo. Biasalah aku suka berkawan dengan budak kelas lain. Bila ramai kawan senang nak buat assignment, dapat tips exam.” Cebik Afran.

“Kalau kau perasan dia selalu juga datang masjid kalau ada aktiviti. Kadangkala aku terserempak dengan dia masa dalam perjalanan ke masjid.”

“Aku tahu. Aku pun selalu nampak dia dengan kawan dia berjalan kaki ke masjid.”

“Kau suka dia?” Arfan mengangkat kening sambil tersenyum.

“Mungkin.” Farhan tersenyum penuh makna.

“Kau nak meluahkan perasaan?”

“Mungkin.”

“Ah, tak habis-habis mungkin. Berahsia sangat dengan aku. Malas aku hendak layan kau lagi. Baik aku makan dulu.” Dia mendengus dan berlalu ke dapur.

Farhan ketawa.

“Marha...” Nama gadis itu meluncur laju di bibir Farhan. Dia meraup mukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience