Prolog

Romance Completed 32271

Prolog

Sekumpulan pelajar lelaki masuk ke dalam dewan kuliah 1 yang terletak di sayap kiri bangunan Fakulti Bahasa dan Pendidikan Universiti Industri Selangor. Mereka galak bergurau senda antara satu sama lain. Auni Marha sedang khusyuk mengulangkaji subjek Educational Phsychology sedikit terganggu dengan keadaan riuh pelajar-pelajar lelaki daripada kelas 8B yang sedang melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Sudah menjadi kebiasaan Marha untuk membuat sedikit bacaan sebelum kuliah bermula. Kuliah untuk subjek ini bergabung dengan semua kelas pelajar semester lapan jurusan pendidikan TESL.

Dia melontar pandangannya ke arah pelajar-pelajar lelaki yang sedang berjalan dihadapannya. Sepasang mata jernihnya bertemu dengan pandangan Farhan Hakimi yang sedang memandang tepat ke arahnya. Pantas Marha melarikan pandangannya ke buku rujukan Educational Psychology karangan Richard D. Parsons. Menyesal berbuku di hati kerana memandang lelaki muda itu.

Farhan Hakimi. Siapa tidak kenal dengan Farhan Hakimi. Seorang pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL. Seorang yang kacak dan segak penampilannya. Ramai gadis terpesona dengan Farhan Hakimi. Dia lantang dan hebat dalam berbicara dan tidak hairanlah kerana dia merupakan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar di UNiSEL. Bicaranya cukup bernas dilontarkan bila berhujah. Dalam kelebihannya, tidak pula dia sombong dan angkuh. Sebaliknya, Farhan Hakimi seorang yang baik budi pekertinya dan bergiat aktif dengan aktiviti di masjid universitinya.

Dalam diam Auni Marha mengagumi Farhan Hakimi. Bijak berbicara, hebat dalam penulisan di blognya. Marha mengangumi karya-karya Farhan Hakimi terutama cerpen karangannya yang segar dengan idea dan tema yang sentiasa menyentuh perasaan pembaca.

Dewan kuliah yang hingar-bingar dengan suara pelajar TESL mula senyap apabila Professor Elinna melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Professor Elinna terkenal dengan ketegasan dan tidak suka pelajar bercakap semasa dia memberi kuliah.

“Ok, class. Today we’re going to discuss about the types of reinforcement...” Professor Elinna memulakan kuliahnya. Marha fokus mendengar kuliah yang disampaikan oleh pensyarahnya. Jemarinya ligat menari menyalin nota yang dipaparkan di layar skrin. Sesekali dia terasa dirinya diperhatikan oleh seseorang.

Marha menoleh ke kiri. Dia perasan Farhan Hakimi sedang menghalakan pandangan ke arahnya. Cepat-cepat Marha mengalih pandangannya kembali ke layar skrin. Rasa tidak selesa melanda diri Marha. Bukan sekali dia terperasan keadaan itu. Sudah beberapa kali.

“Astaghfirullah al-azim. Perasaan, perasaan. Fokus Marha.” Marha menyisih perasaan yang menganggu hati dan diri.

Kuliah Professor Elinna tamat setelah tiga jam berlalu. Marha menyandarkan tubuh di kerusi. Badannya terasa letih setelah menempuh dua kelas yang memakan masa tiga jam setiap satu. Dia memasukkan buku rujukan dan nota ke dalam beg sandang berwarna hitam miliknya. Pelajar-pelajar lain berasak-asak keluah daripada dewan kuliah 1. Marha membiarkan mereka keluar dahulu. Malas hendak berasak-asak dengan mereka.

Dia melihat jam tangannya. Sudah hampir jam lima petang. Marha bingkas bangun daripada tempat duduknya dan menuju ke pintu keluar dewan kuliah. Dia sedikit tergesa-gesa kerana malam itu dia mempunyai usrah bersama sahabat-sahabat di masjid UNiSEL. Malang buat Marha. Dia hampir terlanggar Farhan Hakimi yang kebetulan sedang menuruni tangga yang dilalui oleh Marha.

“Ah, maaf. Saya tak sengaja.” Kata Marha dengan nada terkejut.

“Tak mengapa. Saya pun salah juga. Tak pandang kiri kanan sebelum turun tangga ni.” Balas Farhan dengan sopan.

Senyuman janggal tertarik di bibir Marha dan dia berlalu pergi setelah meminta maaf.

Share this novel

Shafikah Nasir
2019-12-29 18:01:57 


NovelPlus Premium

The best ads free experience