Chapter 2

Romance Completed 32271

Dua

“Assalamualaikum, awak Auni Marha kan?” Farhan menegur perlahan gadis yang sedang khusyuk menelaah subjek Introduction to Sociolinguistics di perpustakaan UNiSEL. Perpustakaan berwarna biru yang tersergam indah menghiasi perkarangan Kampus Bestari Jaya.

Gadis berkulit kuning langsat, berbaju kurung biru itu mendongakkan kepalanya. Dia beriak terkejut melihat Farhan yang sedang berdiri di hadapan meja studi yang didudukinya. Senyuman manis terukir di bibirnya. “Waalaikumussalam.” Marha membalas pendek sapaan Farhan. “Ya, saya. Ada urusan apa dengan saya?” Dia bertanya lembut. Santunnya jelas terserlah.

“Er, saya ada hal hendak cakap dengan awak. Boleh saya ambil masa awak sebentar?”

“Hmm, apa dia?” kata Marha. Dia kelihatan sedikit tidak selesa dengan kehadiran Farhan.

“Pukul dua kelas 8E ada kuliah dengan Madam Zarihan kan?”

“Ya.” Marha mengerutkan dahinya. Rasa curiga bermain di benak fikirannya dengan pertanyaan lelaki muda yang berada di hadapannya.

“Boleh saya jumpa awak selepas kelas di PKP?”

“Jumpa saya? Hendak buat apa?”

“Marha jangan salah faham. Saya ada hal hendak minta tolong awak.”

“Minta pertolongan saya?” Marha mengangkat keningnya.

“Ya. Pihak Pusat Islam UNiSEL minta saya buat satu projek dan saya perlukan AJK. Jadi saya rasa awak adalah orang yang paling sesuai menolong saya. Boleh bantu?” jelas Farhan dengan bersungguh-sungguh.

“Projek apa?”

“Bulan Penghayatan Al-Quran.”

“Oh, tapi kenapa saya pula? Banyak lagi orang yang lebih layak dan sesuai membantu awak. Rasanya ramai pelajar Diploma Pendidikan Pengajian Islam yang bergiat aktif dengan aktiviti Pusat Islam.”

“Ya, saya tahu. Ada beberapa rakan saya cadangkan nama awak untuk turut serta dalam projek yang akan diadakan. Awak kenal Nuha Nadhirah, pelajar Diploma Pendidikan Pengajian Islam?”

“Kenal. Roommate saya.” Marha mengangguk.

“Jadi boleh bantu saya?” Tanya Farhan dengan nada mengharap.

“Baiklah. Pukul berapa awak hendak berjumpa dengan saya?”

“Pukul 5.30 di PKP selepas awak tamat kuliah Teaching of Writing, boleh?” Kata Farhan. Dia tersenyum ceria.

“Insha Allah.” Marha menguntum senyuman.

“Shukran, Marha.” Balas Farhan. “Saya bergerak dahulu. Maaf kerana menganggu awak. Assalamualaikum.” Farhan mengangkat buku-buku rujukan yang diletak di atas meja studi dan berlalu pergi.

“Waalaikumussalam.”

“Farhan Hakimi minta tolong aku? Hmm...” Marha menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Matanya dilekatkan semula ke buku rujukan yang tebal seinci itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience