Chapter 9

Romance Completed 32270

Sembilan

Kereta Kancil berwarna biru dipakir kemas oleh Marha. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi kereta. Letih. Dia memandu dari Putrajaya ke Bestari Jaya, Kuala Selangor. Perjalanannya memakan masa selama satu jam setengah. Volume radio direndahkan. Dia mencapai telefon bimbitnya daripada beg sandang dan mendail nombor Sazaira. Dia sudah berjanji dengan sahabatnya itu di bangunan Canselori pada jam sembilan pagi. Dia berbual seketika dengan Sazaira sebelum turun daripada kereta.

Fail kuningnya diambil daripada tempat duduk penumpang di belakang. Hari ini dia dan pelajar-pelajar tahun akhir ISMP daripada Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan akan mengambil jubah konvokesyen. Dia teruja dan bersyukur kerana segala perit jerih selama tiga tahun akhirnya membuahkan hasil.

Pagi di UNiSEL agak terik walaupun masih awal lagi. Failnya digunakan untuk melindungi wajah daripada terus dijamah sang mentari pagi. Dia bergerak masuk ke dalam bangunan Canselori yang tersergam indah di kawasan UNiSEL. Sazaira berjanji untuk bertemu di hadapan pintu masuk bangunan biru itu.

Sebaik sahaja dia tiba di pintu masuk, dia membesarkan matanya. Pelajar daripada Fakulti Sains dan Pendidikan dan Fakulti Kejuruteran telah membanjiri ruang legar bangunan Canselori. Barisan untuk mengambil set jubah konvokesyen juga sudah mulai panjang hingga ke tangga. Suasana di dalam bangunan itu agak hingar-bingar dengan suara mereka.

Bahu Marha ditepuk dari belakang. Dia menoleh ke belakang. Sazaira sudah berada di belakangnya dengan sengihan. Marha dan Sazaira bersalaman dan bertemu pipi kiri kanan tanda ukhuwah yang erat di antara mereka. Mereka berdua terus memasuki barisan untuk menunggu giliran mereka mengambil jubah. Mereka berdua rancak berbual dan bertukar pengalaman semasa menjalani latihan praktikum.

Apabila barisan mereka hampir tiba di bilik mengambil jubah, Marha melihat suasana bilik itu sangat meriah dengan gelagat pelajar-pelajar. Ada yang teruja mencuba jubah dan mortar board di luar bilik itu. Marha menarik senyuman. Sejujurnya dia sendiri sudah tidak sabar untuk mengambil jubahnya.

“Marha, Ira. Kau berdua baru sampaikah?” Halim dan Fadzly merapati Marha. Set jubah sudah berada di tangan mereka.

“Ya. Baru sahaja sampai. Panjang betul barisan. Pukul berapa kau sampai?” Marha bertanya kepada Fadzly.

“Uish, aku sudah ada di UNiSEL ni dari pukul 8. Hehe. Excited hendak konvolah katakan.” Fadzly tersengih.

“Eh, hood TESL warna apa?” Sazaira mengajukan soalan kepada Halim yang leka membelek mortar boardnya.

“Ta da! Tengok ni. Sedodon tu. Hood warna kuning. Rambu mortar board warna kuning. Sulam jubah pun warna kuning! Pendek kata TESL paling gempak dan bergayalah masa konvo nanti.”

“Cun sangatlah.” Sazaira ketawa. Marha turut ketawa melihat gelagat sahabat-sahabatnya itu.

“Ha, sudah sampai pun giliran. Oklah, aku dan Marha masuk dulu. See you!” Sazaira melambai-lambai tangannya ke arah Fadzly dan Halim.

Mulut Marha sedikit ternganga. Bilik yang dia baru masuki penuh dengan jubah, hood dan mortar board. Mereka terus ke kaunter yang tertulis B. Ed. TESL. Marha menyerahkan slip bayaran yuran konvokesyen kepada pegawai yang bertugas. Senyumannya semakin melebar setelah dia menerima jubah.

Bila dia memusingkan badannya, dia terkejut. Farhan Hakimi berada di belakangnya. Dia mencari Sazaira namun Sazaira sudah berada di kaunter mengambil bingkai gambar.

“Er, Assalamualaikum.” Marha memberi salam. Pandangannya dihalakan ke lantai. Dia segan hendak melihat lelaki muda itu.

“Waalaikumussalam. Apa khabar Marha? Lama tak dengar berita.”

“Alhamdulillah. Macam biasa sahaja.” Dada Marha berdebar-debar. “Hmm, saya gerak dahula la ya? Hendak ambil bingkai gambar pula. Assalamualaikum.”

“Marha, nan.....” Belum sempat Farhan menghabiskan ayatnya, Marha sudah berlalu pergi.

Marha tidak sanggup berbual dengan Farhan. Tangan kanannya diletak di dada. Jantungnya berdengup kencang. Dia cuba menyisih perasaan yang dialaminya sejak semester lepas lagi. Dia hampir berjaya namun perasaan itu kembali lagi.

“Ya Allah, aku tidak mahu merasai perasaan ini. Aku tidak mahu berharap kepada lelaki yang bukan halal bagiku. Bantulah aku ya Allah untuk menyisih perasaan ini." Marha menekup mulutnya. Matanya mula berair.

Langkahannya terhenti. “Ya Allah, perasaan apakah ini?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience