Chapter 14

Romance Completed 32271

Empat Belas

Fail panitia Bahasa Inggeris menimbun di atas meja Farhan. Hampir satu setengah tahun dia memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Agama Al-Falah. Memandangkan sekolahnya hanya mempunyai tiga orang sahaja guru Bahasa Inggeris, dia diberi tanggungjawab untuk memikul jawatan itu. Pada mulanya dia agak keberatan kerana dia masih guru baru dan tiada pengalaman. Namun, dia berfikiran positif dan cuba sedaya-upaya untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan itu. guru-guru yang bepengalaman di sekolah itu banyak membantu dan membimbingnya.

Dia ligat menyusun semula isi kandungan fail tersebut dengan akitiviti yang telah dirancang bersama guru Bahasa Inggeris yang lain. Aktiviti yang akan dijalankan tidak lama lagi ialah Explorace yang telah dirancang bersama-sama guru praktikal daripada USIM, UPM dan UPSI. Kertas kerja dan bahan yang diperlukan sudah disiapkan. Hanya menunggu masa sahaja untuk dijalankan.

“Farhan, pergi pejabat sekarang. Ada surat untuk awak.” Jerit Cikgu Amirah dari luar bilik guru.

Farhan sedikit tersentak bila mendengar suara nyaring Cikgu Amirah. Dia menggelengkan kepalanya dan tersenyum. Cikgu Amirah merupakan guru Matematik yang hebat dan berkaliber di Sekolah Menengah Agama Al-Falah. Wanita separuh abad itu banyak membantunya semasa dia mula-mula menjejakkan kaki di sekolah itu.

“Ok, kak. Sebentar lagi saya pergi ke pejabat.” Balas Farhan.

“Surat apa pula yang sampai ni?” Dia tertanya-tanya. Fail ditutup dan dia bingkas bangun daripada kerusi. Kakinya melangkah keluar daripada bilik guru dan menuju ke bilik pejabat.

“Assalamualaikum. Encik Asmi, ada surat untuk saya?” tanya Farhan dengan sopan. Encik Asmi adalah pembantu am di sekolah itu.

“Ha, tahniah.” Encik Asmi menghulurkan surat rasmi kepadanya.

“Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia...... 26 April.. Ya Allah! Alhamdulillah! Akhirnya.” Farhan melompat girang. Puan Bunga dan Cik Feena ketawa melihat telatah guru muda itu.

“Satu pesanan lagi, esok ada taklimat Kursus Induksi di JPNS jam lapan pagi. Jangan lupa pergi. Ada assignment individu yang perlu diambil.” Maklum Encik Asmi.

“Tahniah, Farhan.” Ucap Cik Feena, pembantu makmal di SMAAF.

“Hehe. Terima kasih.” Dia membelek-belek surat itu. Dua buah buku yang agak tebal dihulur kepada Farhan.

“Ha, baca buku ni. Jangan tak baca pula.” Kata Cik Feena sambil tersenyum. Farhan membesarkan matanya. Sengihnya terus terpadam apabila melihat buku-buku yang tebal itu. Dia mengambil buku tersebut dan mengucap terima kasih kepada Cik Feena. Dengan lemah longlai dia keluar dari bilik pejabat. Buku berkulit oren itu diselak seimbas lalu. Matanya berpinar melihat nota-nota di dalam buku itu.

“Alahai, kena study lagi. Semangat Farhan!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience