Chapter 5

Romance Completed 32270

Lima

Malam dingin. Sudah beberapa hari berturut-turut hujan membasahi bumi. Marha memeluk tubuhnya menahan kedinginan. Perjalanan ke Dewan Utama yang terletak sejauh dua kilometer daripada hostel terasa begitu jauh sekali. Dia menoleh ke arah Nuha yang menggigil kesejukan.

“Nuha, macam tak percaya projek Bulan Penghayatan Al-Quran sudah sampai ke penghujung.” Marha bersuara memecah sunyi. Hanya derapan kaki melangkah kedengaran. Suasana malam di UNiSEL sunyi sepi dan hanya bertemankan cahaya lampu jalan.

“Kenapa? Kau rasa sedih?” Nuha menoleh.

“Mestilah aku rasa sedih, Nuha. Aku dapat berkenalan dengan orang-orang yang hebat bila aku join projek ni. Alhamdulillah. Beruntung aku. Terima kasih kepada kau juga kerana cadangkan nama aku.”

“Hehe. No problem. Sedih sebab projek sudah hampir tamat atau...” Nuha mengangkat kening kirinya.

“Atau apa?” Marha rasa curiga dengan riak wajah sahabatnya seperti sedang berteka-teki.

“Atau sedih kerana Farhan Hakimi?” Nuha kekal dengan sengihan.

“Apa kaitan Farhan dengan perasaan sedih aku?”

“Hmm, yalah. Bukankah kau admire sangat dengan dia. Hari-hari baca blog dia. Puji melangit cerpen dan puisi dia. Naik penat aku dengar.”

“Mana adalah. Kau sengaja menyakat aku.” Marha menyiku lengan Nuha. Wajahnya kemerahan disembunyi dalam kegelapan malam.

“Ha ha ha. Tak mahu mengaku ya? Kau suka dia?”

“Nuha, be realistic ok? Farhan Hakimi seorang yang hebat. Manalah layak aku hendak menyimpan perasaan terhadap dia?

“Siapa kata tak boleh? Simpan perasaan sahaja. Tak ada masalah.” Nuha menepuk belakang Marha.

“Sudahlah tu Ustazah Nuha. Malas aku hendak melayan kau. Makin menjadi-jadi kalau dilayan sangat.”

“Eleh...” Nuha mencebik.

“Ha, sampai pun kita di DU. Alhamdulillah. Teruja rasanya hendak mendengar ceramah Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran. Bukan senang hendak dengar ceramah daripada Dr Mohd Arip Kosmo.” Riak wajah Marha jelas menunjukkan dia tidak sabar-sabar masuk ke dalam Dewan Utama. Dia menarik tangan Nuha dan melangkah dengan lebih laju.

“Bismillah...” Kalimah Bismillah mengiringi langkahan Marha masuk ke dalam Dewan Utama.

Kerusi di Dewan Utama sudah hampir penuh dengan pelajar-pelajar UNiSEL yang terdiri daripada pelabagai jurusan. Masing-masing kelihatan bersemangat dan ternanti-nanti ceramah bermula. Nuha dan Marha mengambil tempat duduk yang terletak berhampiran dengan pentas. Buku nota dikeluarkan untuk menyalin isi-isi penting.

Majlis ilmu bermula selepas lima minit selepas Marha dan Nuha tiba. Marha mengukir senyuman apabila melihat pengacara majlis yang sedang mengambil tempat di atas pentas. Farhan Hakimi bertindak sebagai pengacara majlis untuk program ceramah Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience